expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, May 24, 2012

Sekolah Rendah #1

Semua murid darjah 1 dikumpulkan. Tak ramai pun murid darjah 1 Sekolah Agama Al-Ehsan, untuk sesi pagi mungkin dalam 30 ke 40 orang. Begitu juga sesi petang. Bermakna, sesi pagi ada darjah 1 hingga 6, sesi petang juga begitu. Aku berada di sesi pagi, sebab Sekolah Kebangsaan dah sesi petang.

Ustazah datang, bawa susunan kad laporan pelajar yang diikat dengan tali. Kedengaran Ustazah itu merungut kecil, kerana tercampurkan kad laporan semua murid Darjah 1  sesi pagi dan petang sekaligus.

"Okay dengar sini, Ustazah akan panggil ikut nama kat repord card ini, siapa yang nama dia dipanggil datang depan ambil ya. Kalau tak ada tu, maknanya dia murid sesi petang lah. Faham tak?"

"FAHAAAAMMM UUUSSTAAAZAAAAHHHHH"

(Tak faham aku kenapa dulu kena berlagu-lagu bila nak jawab soalan atau nak bagi salam beramai-ramai)

Maka seorang demi seorang murid dipanggil, siap announce dengan kedudukan peperiksaan lagi, tapi tak ikut turutan lah.

"Muhammad Ali, nombor 6." macam itu contohnya.

Kalau nama yang dipanggil tiada yang menyahut, maka akan kedengaran suara kanak-kanak riang menjerit beramai-ramai, "Sekolah petaaaangggggg..!!"

Sampailah..

"Noorul Husna. Nombor 1"

Itu nama aku tu. Aku dapat nombor 1! Aku dapat nombor 1 yeay yeay!

Tapi. . . aku diam je. . . sebab. . . takut. . . . sebab. . . tak ada keyakinan diri nak pergi depan kelas. . . baru 7 tahun. . . penakut. . . loser. . . tak ada kawan. . . tak ada siapa kenal. . .

Tak sampai seminit, belum sempat aku habis berfikir nak pergi depan ke tidak, satu kelas bergema.

"SEKOLAH PETANNNGGGGG...!!" 

Aku pandang Ustazah, dengan harapan Ustazah tu cam aku. Budak pendiam yang selalu dapat markah penuh setiap ujian. Aku pandang penuh pengharapan.. Tapi. .

Ustazah tu tak nampak aku pun. . . hanya terus mengetepikan kad aku bersama kad-kad laporan untuk pelajar kelas petang yang lain. Dan terus sambung panggil nama pelajar seterusnya.


**********

Orang kata, kalau sampai besar kita ingat sesuatu kejadian yang berlaku berpuluh tahun dahulu, bermakna kejadian itu telah memberi kesan besar dalam hidupnya.

Entah. Tak adalah aku affected sangat dengan perkara itu. Tak adalah aku marah dengan Ustazah tu, tapi. . itulah aku ketika zaman sekolah rendah. Loser habis.

Sebab itu aku selalu cakap, dengan Suami, dengan kawan-kawan, dengan kau orang yang baca blog aku dari dulu, aku tak pernah suka zaman sekolah aku T_T




3 comments:

  1. hehehe.. masa zaman sek rendah dulu pun mcm ni. kita serupa kak una. keyakinan tak ada dan sadis bila cikgu tak kenal :/

    ReplyDelete
  2. apa jadah satu kelas tak kenal member kelas tapi budak sekolah petang boleh kenal pulak?

    ReplyDelete
  3. oih! ak lagi la loser cmtu. aku tak suka zaman skolah aku. zaman uni. zaman keje lagilah benci! harap2 zaman kawen nanti aku suker. kehkehkeh

    ReplyDelete