Friday, October 25, 2019

Tips Menjadi Peniaga Yang Berjaya Hanya Dari Rumah (Part 2)

Sambungan dari entri sebelum ini,



Tips #4: Anggap Diri Seperti Gelas Kosong, Open Your Heart Untuk Belajar Dari Orang Lain

Bulan kedua aku terlibat dengan Cuckoo, aku sudah mula membentuk team aku sendiri yang ketika itu dimulakan dengan rakan sekerja. Aku rasa banyak dropship businesses yang menawarkan peluang untuk kita grow, dan Cuckoo adalah salah satu di antaranya. Eh Cuckoo ini dropship business ke? Ya memanglah, kita buat marketing and promote barang, later barang dihantar dan dipasang oleh orang lain dan service juga dibuat oleh orang lain. Senang sangat. Isn't that how dropship works? 😉

The thing about working in a team is, eventhough you are a leader, you sendiri sebenarnya akan belajar banyak perkara baru dari your team members. Selama ini kita bekerja idea keluar dari satu kepala sahaja kan, apabila bekerja beramai ramai, lebih banyak kepala bermakna lebih banyak idea untuk marketing yang kita boleh gunapakai bersama sama. You have to open your heart with all the ideas, jangan sombong. Susah nak terima ilmu baru nanti.

To recap my previous post ideas yang I've personally tried and succeed,

a) Facebook Messenger
b) Whatsapp group
c) Whatsapp personal
d) Instagram and Twitter direct message
e) Blog
f) Broadcast Whatsapp
g) Cold-calling
h) Facebook Ads

Below adalah methods yang aku belajar dari my teammates, yang ternyata sangat berkesan untuk mempromosi barangan yang kita jual.

i) Whatsapp Status, Instagram Story and Facebook Story

Yes jangan pandang rendah pada medium yang running 24-jam sahaja! Instagram Story dan Facebook Story aku memang biasa guna, tapi Whatsapp Status hanya setahun kebelakangan ini sahaja yang aku betul betul take it seriously kewujudannya 😅. I still remember last year when I was hanging out with my girlfriends, ada seorang itu cerita, "Eh abang dia yang itu sakit tenat kan?". Masa itu aku terkejut dan rasa ralatlah sebab aku tak tahu pun, so I asked, "Mana korang tahu ni?"

"Tengok kat Whatsapp Status dia hari itu"

Hahhh ada orang main ke Whatsapp Status??!

Apparently, RAMAI! Ramai yang take Whatsapp Status seriously melebihi Instagram Story dan Facebook Story tau! Whatsapp Status ini powerful, sebab dia terus dilihat oleh orang yang memang simpan nombor kita di dalam contact list mereka, so marketing itu straight dituju untuk mereka. Ramai orang lebih selesa nak beli dengan orang yang mereka memang kenali.

Selalu bila aku cerita dengan orang tentang cara ini, ramai yang akan cakap,

"Ala kalau post pasal jual jual ini mesti orang skip skip je"

MANA KAU TAHU?

Kalau semua orang memang skip semua post yang menjual, kenapa setiap bulan ramai orang yang masih berjaya close sales melalui Whatsapp Status? JANGAN FIKIR YANG NEGATIF! In fact do not waste your time overthink tentang perkara yang terlalu mudah untuk dibuat seperti Whatsapp Status, Instagram Story dan Facebook Story. Orang tengok your post atau tidak, you bukan rugi tenaga pun! Lainlah kalau you nak overthink tentang nak buka khemah menjual di pasar malam, or nak pacakkan counter table di hadapan bank dan approach orang satu persatu promote barang. Itu aku fahamlah yang kau nak fikir panjang panjang sebab ianya melibatkan tenaga dan masa yang panjang. Untuk perkara senang yang hanya buat online sahaja, kenapa kau nak fikir banyak sangat? BUAT JE!
 

Di sini aku share antara pengalaman my teammates yang berjaya close sales melalui Whatsapp Status. See? Memang ada orang yang tengok Whatsapp Status kita walaupun post menjual. Jangan fikir banyak sangat, jangan fikir nanti orang annoying ke apa. Fikir kita nak cari rezeki, apa pun cara asalkan ianya cara yang halal, kita mesti kena cuba. Apatah lagi cara itu adalah cara yang sangat senang seperti ini.

So jangan pandang rendah pada medium yang berlangsung selama 24 jam ini ya, manfaatkan sepenuhnya. Bukan hanya you update your own Whatsapp Status, Instagram Story and Facebook Story, you boleh ambil your husband's phone and update his Whatsapp Status, Instagram Story and Facebook Story promoting the same things too! Aku pernah 2-3 kali tau, promote Cuckoo kat Whatsapp Status husband dan close sales dengan kawan kawan husband haha! Hey itulah namanya kerjasama! 😂. I keep my social media very active (and been asking my husband to do the same too). Sebab bagi aku social media ini terlalu mudah untuk jana pendapatan dan terlalu rugi untuk orang yang aktif di social media tapi tidak memanfaat sebaik baiknya secara lebih berfaedah.

j) Whatsapp strangers from friends and relatives' contact lists

Selalu kan kalau kita beli insurance, atau subscribe gym membership, mereka akan minta kita letak at least 5 nombor orang lain yang mereka boleh hubungi untuk promote membership juga? You can do the same too! Minta elok elok contact numbers from your relatives, your bestfriends yang tak berminat nak berniaga itu, request contact from their Whatsapp groups. Haa and once dapat nombor itu you contact satu persatu. Hubungi prospects cakap baik baik, niatkan ikhlas untuk berniaga. Takut kan nak approach strangers? Janganlah takut, dia bukan kenal kita pun hehe. Ada satu masa itu my teammates sehari boleh close deal dari 3 orang strangers dengan cara ini tau. Kita tak tahu lubuk rezeki kita di mana, kadang kadang sesuatu cara itu nampak seperti tak mungkin berhasil kan? Tapi tak mustahil kita akan kena pada orang yang kebetulan memang tercari cari product yang kita jual, dan kita hubungi dia tepat pada masanya.

Macam mana nak hubungi contact list itu? Perlu ke save nombor satu persatu? Kalau tanya saya, tak perlu pun sebenarnya. Hanya masukkan dalam Whatsapp link, you know orang berniaga kan mesti ada Whatsapp link kan? Hanya gantikan nombor di belakang Whatsapp link itu satu persatu, klik dan hubungi satu persatu. Jika prospects itu berpotensi untuk jadi client, barulah kita save nombor dia elok elok untuk kita follow up seperti yang aku cerita in previous post.

So letak target, kalau you nak jual 10 unit product, you kena approach at least 100 orang. So pandai pandailah aturkan sehari kita nak hubungi berapa orang. Either Whatsapp, or cold-calling. Your choice. When I delivered this task to my team several months ago, ada seorang tu berjaya collect 2000 numbers! Haaaa banyak kan prospect itu? Tak perlu nak keluar duit buat Facebook ads pun. Tapi effort kena extra sikitlah berbanding Facebook ads, dan hati kena kental juga. 

k) Facebook groups

Haa biasa kan nampak orang menjual di Facebook group? Group perumahan, group cari kerja, group perniagaan, group suri rumah dan sebagainya. Kadang kadang kita scroll je laju laju bila nampak orang menjual, tapi kadang kadang kita stop sebab perkhidmatan mereka itu menarik perhatian kita kan? So kita tahu Facebook group is one of a very popular and effective way to market your products.

Join as many group as possible. Ada sesetengah group meletakkan syarat mesti kena add berapa ramai orang lain baru boleh start post jual barang, ada sesetengah group minta certain bayaran untuk membenarkan post products, ada group pula tidak membenarkan langsung menjual, hanya waktu waktu tertentu sahaja dibenarkan menjual kemudian kena delete pula post itu selepas beberapa ketika. So pilihlah group yang mudah, yang tiada syarat ketat. Banyak je sebenarnya. Mulakan dengan group yang berdekatan dengan you. Kalau duduk Bangi, cari group perumahan Bangi. Kenapa? Supaya jika orang di sana berminat dan ajak berjumpa untuk melihat sendiri product anda, anda mudah untuk aturkan pertemuan itu. 

So every morning upload post tentang your products to maximum 10 Facebook groups. Lepas upload bukan tunggu je tau. Selang sejam you kena masuk balik pada kesemua post itu dan letakkan komen di bawah post tersebut. Letakkanlah maklumat lanjut tentang product, atau testimoni pelanggan, atau poster promosi. Buat selang 1 jam, pada kesemua 10 posts itu. Kenapa? Supaya your post sentiasa naik ke atas dan tidak ditenggelami post pengiklanan yang lain.

It might looks like a lot of work, but I know beberapa orang in my team yang sangat dedicated buat cara ini setiap hari, dan setiap bulan commission yang diperoleh tidak kurang RM3000 untuk yang buat secara part time, dan lebih RM5000 untuk yang buat secara full time. Hanya kerja melalui phone! Boleh dibuat di mana mana kan? 

l) Facebook Marketplace

This one is very straightforward. Don't forget to promote your product consistently on Facebook Marketplace. Also a good medium to sell your products.

m) Instagram Business Page

Marketing menggunakan Instagram Business Page bagi aku agak lambat hasilnya kecuali jika you run Instagram ads, tapi berkesan dan berbaloi untuk tempoh masa yang panjang. Create satu (atau lebih) business page Instagram for your business, kemudian follow seramai mungkin orang setiap hari untuk menarik orang lain follow your page juga. Ada ke orang nak follow kita balik lepas kita follow orang? Haha ada! Memang ada. Quality of followers kita ketepikan dahulu, just kumpulkan kuantiti dahulu. Memang awalnya you akan dapat followers budak budak remajalah, foreignerlah. Tak apa. Followers yang berkualiti akan mula follow you apabila melihat your page sudah ada followers yang ramai, sebab you sudah create reliability. In one day, dalam tempoh 5 jam you cannot follow more than 300 orang if I'm not mistaken, so jangan over-follow/unfollow, nanti Instagram akan block you. Mula mula memang block temporary, jika kesalahan itu berulang, Instagram akan blocked you permanently and disabled your account, even your personal account! 😱 So be careful, jangan gopoh. Biar lambat asalkan selamat.

Nak kumpul followers memang lambat, boleh makan tahun. Tapi apabila followers sudah mencecah lebih 10,000 seriously hasilnya you akan rasa manis sangat penat lelah selama ini. Sebulan boleh close sales banyak dari situ secara zero cost marketing, boleh earn ribuan ringgit setiap bulan. 

Setiap post, make sure letakkan hashtag sebanyak mungkin. Dalam satu post, maximum hashtag dibenarkan adalah 30 otherwise your caption akan hilang, so letaklah 29 hashtags. Aku memang cukup pantang tengok my teammates upload post tanpa hashtags. Rugi! Sebab zaman sekarang ini ramai orang yang nak membeli barang dia cari dari hashtag! Even my sister pun subscribe takaful dia cari dari hashtag di Instagram sahaja. So letaklah hashtag semaksimum mungkin, hashtag merangkumi lokasi, nama product, dan ayat penarik product. Lokasi boleh letak se-spesifik yang mungkin. Contoh aku tinggal di Puchong, hashtag yang boleh digunakan adalah seperti,

#cuckoopuchong #agencuckoopuchong #agencuckoopuchongperdana #agenpenapisaircuckoo #agenpenapisairmurah #penapisudarauntukjerebu #penapisudaramurah

Eh banyaklah boleh letak. Letak maksimum 29 hashtags! Tuliskan semua hashtag ini siap siap dalam Notes handphone, so bila nak gunakan dalam setiap post boleh copy and paste sahaja tak perlu nak taip semula banyak banyak. Ramai sangat my teammates close sales daripada strangers yang mencari melalui hashtag. Bestkan? Rezeki yang datang pada kita.

n) Instagram strangers

Sepertimana kita approach di Whatsapp stranger, kita boleh approach stranger melalui Instagram juga. Masuk Instagram selebriti yang berkaitan dengan your product, approach satu persatu followersnya. Ini aku tak pernah buat, tapi ada one of my teammates buat dan dia pernah close sales dari situ. So yeah, worth a try.

Wow dah sampai (n), banyak sangat ini! Agak agak dah boleh tak berjaya kerja dari rumah? Eh mestilah boleh. Ya Allah zaman sekarang yang penuh dengan teknologi merata ini, terlalu banyak cara yang boleh digunakan untuk jana pendapatan especially bila you ada internet access yang unlimited! Berniaga melalui Youtube channelShopee, Carousell, promote di Mudah.my. Semua ini boleh dibuat dan memang mendatangkan hasil, kalau nak listkan di sini memang tak akan habis! Kerja guna handphone dan internet sahaja. Boleh kata most of you mesti ada internet access kan? In fact nak baca blog ini sekarang pun memerlukan internet betul tak? So I believed everyone can be a successful online entrepreneur, hanya usaha yang membezakan kita semua.

Tips #5: Sentiasa Bersedia Menerima Rejection 

Yeah... rejection hurts. Memang tak dinafikan. Tiada orang yang tidak pernah ditolak, even yang bukan peniaga pun. Beza pengalaman masing masing adalah sama ada ditolak dengan baik atau secara kasar sahaja. Salah satu cara positif untuk menangani rejection adalah dengan menganggap yang you sekarang sudah eliminate bad prospects from your list and you are now one step closer untuk berjumpa dengan your good prospect. Faham tak? It is not rejection, it is REDIRECTION. 

Cekalkan hati, be strong and everytime you want to approach people to sell your product, betulkan niat yang you nak cari rezeki untuk menambah nilai dalam hidup you dan hidup orang itu juga. What does not kill you make you stronger, everytime you feel like giving up after being rejected, keep thinking that maybe the next person can be your customer. Kadang kadang kita approach 100 orang dan semua pun reject kita, kita sudah rasa nak give up. Sedangkan there is a big possibility yang orang ke 101 adalah orang yang sudah lama tercari cari product yang kita jual.

Tips #6: Do Something, Because Rezeki Datang Dari Allah

Kerja sales adalah kerja yang sangat berkait rapat dengan emosi dan pemikiran. Pernah ke jumpa sales person/entrepreneur berjaya yang emosi teruk dan berfikiran negatif? Seriously, TAK ADA. We can never have a positive life with a negative mind, it doesn't work that way. Usaha, do something everyday. Pernah dengar THE DO SOMETHING PRINCIPLE? The Do Something Principle adalah setiap hari kita do something. Bila kita stuck dengan kerja yang tak ada penyelesaian, kita do something else. Perhaps kemaskan working desk, re-arrange your bookshelves. Bila dah buat satu cara itu tak berhasil, jangan stop dan termenung apatah lagi nak dwell with your negative emotion, buat cara lain pula. Bila rasa down sangat dengan kerja, shift your focus pada perkara lain pula untuk sementara. Bila dah tak tahu sangat nak buat apa lagi untuk menaikkan sales, mungkin you boleh Google "How to sell". You know, "How to sell water filter" or kalau you jual kosmetik, Google "How to sell cosmetics effectively". Mesti akan dapat sesuatu walaupun sedikit. Ataupun boleh je back to basic, perhaps keluar rumah selitkan flyers ke pintu jiran atau naik turun kawasan rumah flat berhampiran. Just keep moving. Gerakkan otak, gerakkan badan, tangan dan kaki. Keep moving. Bila penat, rehat. Tapi jangan give up. 

Sebab apa kena do something? Sebab rezeki semuanya dari Allah, dan Dia boleh anugerahkan rezeki itu dengan apa cara sahaja. Contohnya kau keluar rumah pergi berniaga kat pasar malam tapi tak ada hasil, tapi bila balik rumah je jiran sebelah tiba tiba cakap nak beli barang kau. So kau pun rasa "Ala buang masa je berniaga kat pasar malam, yang belinya jiran sebelah je tak payah keluar berniaga pun takpe". Ataupun kita promote siang malam guna banyak Facebook groups, tiba tiba yang beli dengan kita adalah adik ipar yang tak ada pun dalam semua group kita promote itu. And then kita pun macam, "Buat penat je post banyak banyak sampai lenguh jari kat Facebook group, yang belinya orang lain, malaslah nak buang masa lagi". Salah tu, rezeki yang diberi melalui jiran itu, adalah anugerah Allah selepas melihat usaha kau keluar rumah berniaga di pasar malam tadi. Rezeki yang diberi melalui adik ipar itu, adalah anugerah Allah selepas usaha kau post sungguh sungguh di Facebook group sebelum itu. Faham kan?

Keep doing something. Buat sesuatu setiap hari. Usaha bersungguh sungguh dengan apa cara sekalipun, jangan pertikaikan cara ini tak bagus cara itu lagi bagus, buat je semua dengan keyakinan yang tinggi bahawa rezeki itu datang dari Allah SWT.