Tuesday, October 29, 2019

Hikmah

Aku bersyukur sangat banyak perkara dalam hidup aku yang mulai fall into places. Satu persatu mula ditunjukkan kefahamannya, well a lot of things has begin to make sense. Banyak perkara yang berlaku (especially the ones that I didn't like), aku diperlihatkan hikmah di sebaliknya. Even sekecil kecil perkara sekalipun.

Antara kejadian yang aku ingat adalah ketika kami bercuti di Bukit Tinggi 2 bulan lepas, we were having lunch at one western restaurant there. I ordered a plate of spaghetti carbonara which is Maryam's favourite, I was thinking to just share with her senang kan? Tapi apabila makanan sampai, Maryam tak berminat betul nak makan walau sesuap pun, sampai aku jadi frust. Iyalah kita purposely order benda yang dia suka so that dia boleh makan sekali, kalau tahu dia taknak makan might as well aku order something spicy for me! Since she really refused it, I ended up finished it all, all by myself. Turns out, the whole night at the hotel dari pukul 10 malam sampai keesokan harinya, in fact sampai SEMINGGU kemudian, I was having diarrhoea and muntah teruk!! Food poisoning!! 😵 Walaupun masa itu rasa suffer sangat berulang alik ke tandas, dalam hati aku tidak putus putus rasa syukur yang Maryam menolak untuk makan, walaupun itu adalah makanan kegemarannya. Besarnya hikmah itu, aku seorang sahaja yang kena tak mengapalah, jangan anak anak yang kena! Kesian mereka..

Satu kisah lagi berkaitan dengan kiosk Cuckoo yang aku sepatutnya buka. Selama berminggu minggu aku follow up dengan sebuah mall hebat yang terletak di kawasan yang sangat stragetik untuk aku setup kiosk di sana for my team, sewaktu perbincangan awal aku diberitahu sewa bulanan kiosk di situ dalam RM4000 sebulan and I was okay with it. Takpelah mahal sikit, nampak crowd di situ memang ramai so inshaaAllah hasil daripada sales nanti boleh balik modal. Throughout several email correspondence dengan pihak mall, mereka memberi banyak feedbacks yang memberansangkan dan aku pun mulalah menyimpan harapan besar, tapi akhirnya kiosk itu diberikan kepada orang lain tanpa sebarang notice dan ianya membuatkan aku sangat sangat kecewa! Tanyalah ramai orang terdekat aku, sungguh aku memang kecewa. I ended up opening an agency near my place now, dan selepas beberapa bulan aku berkesempatan bertemu dengan Sales Manager yang 'memenangi' tempat di mall yang aku sangat mahukan itu. Turns out the crowd there agak mengecewakan, sales yang diperoleh tidaklah seberapa dan sewa yang perlu dibayar pada mall adalah RM9000 sebulan! 😱 Gilaaaa, income RM20,000 sebulan pun tak berbaloi untuk bayar sewa setinggi itu. At that time I was like Allahuakbar aku bersyukur sangat dengan 'rejection' yang aku terima sebelum ini, dan aku bersyukur sangat diberi peluang lain dengan membuka pejabat agensi, sudahlah sewa bulanan RM1000 sahaja and now the office has been such a convenient place for many Cuckoo agents and my fellow Sales Managers to get together, to have a meeting, discussion, brainstorming dan sebagainya. I love that it serves a good cause, I love that it brings values to a lot of people and more importantly, it is very budget-friendly! 😂

Banyak sebenarnya perkara yang dahulunya membuatkan hati aku sedih dan kecewa, rupa-rupanya Allah nak kurniakan perkara yang jauh lebih baik berbanding perkara yang kita kecewakan sangat itu, dan ada kalanya disebabkan Allah nak melindungi kita dari kemudaratan yang lebih dahsyat lagi in future. It is just the matter of timing, cepat atau lambat. Truth it, kita je rasa yang hikmah itu sampai lambat, tapi sebenarnya hikmah sesuatu kejadian itu sampai tepat pada masanya. Itulah masa yang Allah sudah tentukan yang mana fizikal dan mental kita sudah bersedia untuk memahaminya.

So kawan kawan, bilamana you guys rasa sangat sedih dan kecewa tentang sesuatu, cuba sedaya upaya untuk fahamkan diri sendiri, yang semua ini ada hikmahnya. There's always blessing in disguise. Kecil atau besar, hikmah tetap ada. My magic words yang for me sangat berkesan untuk memupuk kesabaran dalam diri, "This too, shall pass". Ya, semua ini akan berlalu. 




No comments: