Tuesday, October 22, 2019

Jumlah Perbelanjaan Untuk Percutian Di Perth, Australia

Hi semua! Ramai yang tanya berapa total keseluruhan habis untuk bercuti ke Perth ini? Okay to help you guys untuk merangka budget percutian ke Perth, aku akan share di sini total kos untuk keluarga kami tapi di sini aku akan share expenses yang TIDAK TERMASUK flight tickets tau. Sebab flight tickets kami beli hanya dua bulan sebelum pergi, so agak mahal tambahan pula kami ambil seat jenis flatbed. Kalau baca blog lain, rata rata flight tickets ke Perth tidaklah mahal sangat. Kalau beli setahun awal itu boleh dapat harga RM500 return flights untuk seorang if I'm not mistaken. So once you already purchased the flight tickets, you may refer to the below budget if you want (total cost below is based on exchange rate AUD1 = RM2.87 at that particular time). Perbelanjaan di bawah ini aku rasa dah dapat percutian yang kiranya sangat selesa dan makanan pun sedap dan sangat mengenyangkan dah ni tau.

Visa RM20 per person, siap in 24 hours (5 pax) = RM100
Hotel 6 hari 5 malam (Perth Central City Stay Apartment 2-bedroom) = RM1640.79

Total (1) = RM1,740.79

OPTUS Simcard 60GB = AUD30
Kereta sewa untuk 5 hari = AUD395 
Parking dalam hotel AUD10/day for 5 days = AUD50

Total (2) = AUD475

Makan:

ISPA Kebabs (2 jenis kebab dan chips, 2 kali pergi) = AUD52
Chocolateria SanChurro = AUD16
Fish & Chips and Seafood Chowder at Cicerello's (2 kali) = AUD52
Chocolate Cafe at Margaret River (Hot chocolate, chips & dips and scones with jam and cream) = AUD26
Charcoal lamb ribs at Charcoal Chicken Dianella (2 sets) = AUD38
Lamb pizza, cheezy chips, cappucion and hot chocolate at Thornlie's Kebabs = AUD41
Apple strudel at Corica Pastries = AUD25
Groceries = AUD100 (anggaran, might be less)
(kami pergi Coles hampir setiap hari, and each time habis around AUD20)

Semua harga di atas adalah bersesuaian dengan portion untuk satu keluarga 2 dewasa, 2 kanak kanak yang kuat makan dan seorang toddler yang sudah makan makanan dewasa.

Total (3) = AUD350

Places of attraction:

Mandurah cruises = AUD82 (family ticket for 2 adults and 2 kids above 3)
Caversham Wildlife Park (2 adults and 2 kids above 3) = AUD88
Pinnacles Desert = AUD12 (parking fee)

Yang lain lain tempat masuk free saja.

Total (4) = AUD182

Fuel and parking tickets for places of attraction:

Parking tickets overall = AUD30 excluding Pinnacles (anggaran, might be less)
Fuel (2 kali isi, AUD30 each) = AUD60

Minyak kereta lain stesen minyak lain harganya tau. Ini adalah yang paling murah kami jumpa ketika itu iaitu AUD1.35 seliter. Paling jauh pakai kereta masa pergi Lancelin dan Pinnacles, 4 jam perjalanan. Mandurah 50 minit, yang lain lain perjalanan 30-40 minit macam itu. Lima hari pakai kereta, dua kali je isi minyak so okaylah. Masa ambil kereta dari Aries Car Rental itu mereka memang bagi full tank dan masa pulangkan mesti dengan full tank juga.

Total (5) = AUD90

TOTAL ALL IN AUD = AUD1,097

Exchange rate AUD1 = RM2.87, so AUD1,097 darab 2.87 = RM3,148.39

Tambah VISA and hotel = RM4,889.18

So total perbelanjaan percutian ke Perth untuk kami sekeluarga TIDAK TERMASUK FLIGHT TICKETS adalah RM4,889.18. 

Contoh you dapat flight tickets return RM500 seorang, pergi satu keluarga 4 orang RM2000, tambah dengan RM4,889.18 tadi baru RM6,889.18. Tak sampai 7 ribu pun! Cuma kena rajinlah survey ticket murah dan beli awal awal.

To be completely honest, banyak je sebenarnya yang you guys boleh cut cost lagi. Contohnya untuk car rental, tak semestinya you bercuti 6 hari, kena sewa kereta 6 hari. You can save a lot of money jika itinerary yang di dalam bandar Perth you tak sewa kereta, you naik CAT bus sahaja. Jimat duit sewa kereta, jimat duit parking juga. Parking dalam bandar mahal tau! Ada sekali itu kami nak pergi Coles di dalam Raine Square Mall, tengok tengok parking dia AUD7 untuk 30 minit!! 😱 Punyalah laju masa itu kami ambil groceries lari lari dengan kutip je barang tak tengok harga pun hahahaha macam Amazing Race pun ada sebab nak keluar dalam tempoh 30 minit punya pasal! Memang mahal tau parking dalam bandar. Kat area luar bandar murah sikit. 

So perhaps you can only rent a car masa hari yang nak pergi Caversham, Lanceline and Pinnacles sahaja. OPTUS Simcard pun actually boleh beli yang AUD10 pun cukup, kami beli yang AUD30 itu dapat 60GB, pakai internet untuk dua orang menggunakan personal hotspot jalan merata semua tempat even jalan kaki pun guna Google Maps, still tak sampai 5GB pun pakai. Banyak gilaaa extra! And on the groceries part pun tak perlu nak habis begitu banyak, boleh je kalau nak bawa makanan kering dari Malaysia. Kami kalau masuk Coles macam dirasuk hantu membeli haha, yang paling banyak ulang beli adalah,


Strawberries! Ya Allah gemuk gemuk segar segar dan murah murah! Sebekas besar hanya 99 sen sahaja! Banyak kali ulang beli sebab anak anak semua memang peminat strawberries!


TimTam Dark Chocolate! Ni kat Malaysia pun selalu beli kat Jaya Grocer, sepeket biasa dalam RM12 paling murah pernah beli pun RM9. Kat Coles Australia sepeket ini AUD1.30 😱. Inilah antara bekalan kami ke sana sini, memang sugar rush semua orang haha tapi seriouslah murah!


Dan of course, DARE ICED COFFEE! Ini pula digilai oleh ibu bapaaa hahaha. I think this is what made both of us so energetic and happy uruskan anak anak kat sana. Badan penuh kafein dan gula! 😝 Sehari entah berapa botol beli ini. Sebotol AUD3. Bergilir gilir Mommy dan Daddy beli haha. We tried perisa Mocha and Double Espresso, BOTH SANGAT SEDAP. Aaaaa tak boleh move on, takde keeee jual kat Malaysia ni??

Eh bila bentangkan perbelanjaan macam ini, rasa macam tak banyak sangat pula habis hahaha boleh pergi lagi ke camne ni? 😆 






Klik di sini untuk entri yang berkaitan:


1 comment:

najwa said...

Jom ke PERTH AUSTRALIA 2020!!!!!! Hanya RM1970/pax termasuk flight + transport + hotel + tour guide ✈ Haaa jom cepat2 booking trip ke Perthl! Promosi valid sehingga 31/10/19. Kalau nak tahu full itinerary boleh ws di no 018-9581995 or email najwaakutravel@gmail.com.