Friday, October 4, 2019

Semoga Tiada Lagi

Assalamualaikum and salam Jumaat semua!

Thinking of continuing to blog about my Perth vacation but I think I'm gonna take a break for a while and share something else with all of you, something which is very close to my heart.

I've learnt one thing yang for me sangat powerful dalam menarik positivity dalam kehidupan seharian kita dan orang lain, yang membawa keyakinan yang tinggi pada Allah SWT dan menarik rezeki yang sangat banyak untuk kami sekeluarga alhamdulillah. Ilmu ini diajar oleh my mother beberapa bulan lepas yang mana ketika itu Mama pun baru sahaja belajar tentang itu dari sebuah buku bertajuk Formula Tarik Rezeki. Waktu Mama share pada aku dan Oyah, awalnya aku nak aplikasikan pun rasa janggal but I did and still doing it anyway and eversince that I believe my life has become way better and better.

Ilmu itu adalah, kita tukar ucapan SEMOGA kepada INSHAALLAH.

Faham tak, instead of kita ucap SEMOGA, kita tukar pada INSHAALLAH.

Contoh ucapan hari lahir,

"Happy birthday! Semoga panjang umur murah rezeki"

Kita tukar pada,

"Happy birthday! InshaaAllah, panjang umur kau dan inshaaAllah dimurahkan rezeki"

Haaaa. Dapat tak?

The first time I tried to change adalah pada malam itu juga sebaik sahaja pulang dari rumah Mama, one of my friend's child dimasukkan ke hospital. In our whatsapp group, semua orang mengucapkan kata kata semangat semoga cepat sembuh, semoga dipermudahkan semua urusan dan pelbagai 'semoga' yang lain.

I typed, "InshaaAllah, anak kau akan sembuh cepat dan InshaaAllah akan dipermudahkan segalanya", yes terasa janggal, but I sent it anyway.

Ya Allah sebaik sahaja klik Send, terasa berbezanya ucapan itu di dalam hati.

Getarannya berbeza.
Keikhlasannya berbeza.
Keyakinan pada doa dan ucapan itu juga berbeza.

Bertambah tambah. Membuak buak rasa yakin dan percaya bahawa semua perkara yang terjadi adalah dengan izin Allah SWT.

Eversince that, I never use the word 'semoga' again. Buang terus dari ucapan dan doa.

Bila ada orang bercerita tentang dugaan kesihatan/rumahtangga/anak-anak, instead of, "Semoga kau diberi kekuatan", I said "InshaaAllah kau akan kuat."

Bila teammates bercerita tentang prospects yang mereka harapkan sangat untuk close deal, instead of, "Semoga close sale ini!", I said, "InshaaAllah, you akan close sale ini."

Bila ada orang yang mohon didoakan untuk rezeki yang baik, instead of "Semoga kau dimurahkan rezeki", I said, "InshaaAllah ada rezeki yang melimpah untuk kau."

Bila aku sendiri mahu capai sales target and want to say it out loud, I didn't say, "Semoga bulan ini Husnazara close sales 100 units!", instead, "InshaaAllah bulan ini Husnazara akan close sales 100 units!!!"

Yes. 

Bergetar rasa hati. Satu doa yang kita ucapkan pada orang lain, malaikat akan mendoakan perkara yang sama juga pada diri kita berlipat kali ganda. Dan ketahuilah bahawa doa malaikat tiada hijab. Ini juga merupakan ilmu yang Mama ajarkan pada kami adik beradik juga. 

InshaaAllah, kita semua akan dipermudahkan segala urusan hari ini.
InshaaAllah semua pembaca blog Husna Hadzarami akan kaya, berjaya dan bahagia dunia akhirat.
Aaamiiin 💖





2 comments:

Puan Hazel said...

Good sharing. Tq dear

Husna Hadzarami said...

Alhamdulillah, you're most welcome!