Thursday, October 24, 2019

Tips Menjadi Peniaga Yang Berjaya Hanya Dari Rumah (Part 1)

Wahahaha tajuk mestilah guna ayat yang akan menangkap Google Search Engine! 😆


Okay, sepanjang lebih tiga tahun aku berkecimpung dalam bidang online business bersama Cuckoo ni, aku dah selalu sangat terima message seperti, "Saya nak join Cuckoo, sebab tengok Kak Una buat Cuckoo macam senaaaangggg je!", "Saya nak join Cuckoo, sebab best tengok life Kak Una duduk rumah jeee main dengan anak jeee tengok Netflix jeeee" Hahaha aku baca pun hanya mampu tersenyum sinis je sebab, emm actually memang senang pun, senanglah bagi aku BERBANDING SEMUA PEKERJAAN LAIN YANG AKU PERNAH BUAT SEBELUM INI! Haaa tudiaa capslock.

Truth be told. Memang senang. Tapi senang pada aku mungkin tak senang pada kau. Sebab personaliti kita berbeza. Mindset kita berbeza. Keazaman kita berbeza. Haaa tercabar tak baca ni? Ek eleh Kak Una ni ingat dia seorang je ke yang personaliti kuat, mindset kental, keazaman tinggi? Bagus! Kalau kau ada semua ini, sangat bagus, sebab kau pun sangat sangat boleh berjaya! The best part is, kita buat semua secara ONLINE. Guna handphone, laptop dan of course, internet.

Let me share with you apa yang aku buat, di kala permulaan aku terjun di dalam bidang online business ini sehingga mencapai income puluhan ribu ringgit sebulan alhamdulillah mashaaAllah. Semua tips ini bukan semestinya boleh apply untuk kerja Cuckoo sahaja, tapi aku rasa any online business pun boleh. Ini dinamakan usaha. Dan you kena percaya yang setiap usaha yang dilakukan ikhlas disertai dengan niat yang betul, pasti ada ganjaran dari Allah SWT.

Tips #1: Start Dengan Apa Sahaja Yang Kita Ada

Sebaik sahaja aku register sebagai agen Cuckoo, aku terus fikir apa je yang aku ada. Aku ada Whatsapp, Facebook, Instagram, Twitter dan of course, blog. Semuanya medium yang personal. Masa itu tak terfikir pasal nak buat Facebook page khas Cuckoo ke, Instagram business ke or nak jaga kedai Cuckoo mana mana ke. Aku TERUS START DENGAN APA SAHAJA YANG AKU ADA. Aku dapat product info dari my sister, aku takde ambil banyak masa pun untuk study. Yelah nak study apanya lama lama, nanti bila prospect tanya bukannya semua itu kau hafal pun, still kau kena rujuk semula kan? 

Ada orang dia nak tunggu nak print dahulu semua products info, nak cari masa nak keluar cari printing shop itu bertangguh last last tak mula apa pun. Ada orang nak tunggu buat Instagram business dulu, nak tunggu page dah penuh baru nak mula. Ada orang nak tunggu buat business card ataupun tunggu dah ada flyers Cuckoo baru nak mula. Kenapa nak tunggu banyak sangat perkara seperti ini? Jangan! Start je dengan apa yang you ada. Don't take tooo much time to get ready. Because the truth is, you will never be 100% ready! 

Tips #2: Start Terus, Jangan Tunggu!

So aku start dari mana? Nak start terus announce kat Facebook, macam malu. Tak cool la hahaha maluuuu. Tak tipulah yang aku malu. So bila aku tahu aku malu dan tak bersedia untuk terima rejection secara berkumpulan (yelah karang orang komen ramai ramai aku down pula), aku start dengan promote secara persendirian melalui medium di bawah.

a) Facebook Messenger

Aku send satu persatu semua contact list aku di dalam Facebook, menggunakan Facebook Messengger. Ketika itu friendlist aku ada 1200 orang, aku masuk Facebook Messenger, aku bermula dengan huruf A hinggalah Z. Dari kawan yang bernama Aali hinggalah kawan yang bernama Zzyana hahaha bukan nama sebenar. Dalam satu masa, Facebook hanya benarkan kita send message pada 30-40 orang sahaja sebelum kita di-blocked. Tapi jangan risau, kena block itu sementara sahaja, malam atau esok itu boleh sambung semula.

Aku promote macam mana?


Hahahaa aku letak terus sini apa ayat yang aku guna. Tengok date, 01/08/2016. Saat segalanya bermula. Sorrylah aku manalah pernah pergi kelas copywriting or kelas berniaga online ke apa, masa itu tak ada pun orang ajar cara buat poster yang catchy dan aku pun takde masa nak godek godek apps untuk buat poster pula. Inilah apa yang aku terima dari my leader, dan aku terus guna sahaja. Ayat very straightforward, very simple. Pendek dan ringkas. Sebab aku tahu kalau send sekali dengan fungsi mesin, pH air, servis setiap berapa haribulan akan jadi panjang dan people will lose interest terus untuk baca. Betul tak?

So inilah ayat yang aku guna. Tidaklah best ataupun gempak sangat, tapi aku nak MULA TERUS. Aku taknak terlalu fikir ayat apa yang best last last tak gerak langsung kerja betul tak? Bila dah send di Facebook Messenger 30-40 orang dan Facebook dah blocked, apa aku buat? Aku sambung di Whatsapp pula.

b) Whatsapp group

AND THAT WAS A MISTAKE.

Mungkin perkara ini tidak berlaku pada orang lain, tapi ianya berlaku pada aku sendiri. Aku send ayat di atas dalam Whatsapp Group, lalu menjadi bahan jenaka orang lain. Aku masih ingat sampai sekarang tau, setiap ayat mereka itu. Yelah bila beramai ramai kan seronok nak mengenakan orang, bila berseorangan tak berani pula! I was kinda upset, but only for a while sebab jenis aku ini, apabila hatiku dilukai aku jadi lagi aggresive TO PROVE THEM WRONG! Haaa. So I stopped sending at Whatsapp Group but instead, I continue with?

c) Whatsapp personal

Yes, Whatsapp personally. Memang sedikit lambat dan extra work berbanding Whatsapp group, tapi dengan cara Whatsapp personal ini, message disampaikan dengan lebih... you know, personal. Instead of aku send ayat yang general, aku boleh sebut nama orang itu di awal perbualan.

Contoh: Assalamualaikum Nana, aku sekarang jual Cuckoo..

Begitu. Kita boleh sebut nama prospect itu. Lebih personal, lebih berkesan di hati. Mungkinlah. Sebab nampaklah yang kita buat effort untuk orang itu kan? 

d) Instagram dan Twitter direct message

Ya sepertimana Facebook Messenger, aku juga DM semua friendlist aku di dalam Instagram. Kecualilah jika mereka adalah orang yang sama di dalam Facebook, sometimes aku send je tak check pun. Lambatlah nak check satu persatu.

e) Blog

Aku buat satu post, menceritakan pengalaman memakai Cuckoo sendiri. It was a very honest story, a very genuine testimonial and at the end of the post, I put my contact number and I refer myself as a third person haha. Sebab malu nak cakap jual Cuckoo kan. It was like aku beli dari that person, I put the number but it's actually my number 😂. Eh berkesan tau! Sampai sekarang aku masih close sales dari blog ini tau! Hanya dari post itu sahaja.

Untuk bagi blog kita naik di Google Search Engine, make sure guna tajuk yang biasa digunakan oleh orang lain untuk search. Make sure guna ejaan yang penuh dan susunan ayat yang betul.

Orang takkan cari "Wtr filter yg best". Taip penuh setiap perkataan. Baru boleh appear di muka surat pertama pencarian Google.

f) Broadcast Whatsapp 

Masa aku baru join Cuckoo, my husband merupakan seorang agen takaful dan beliau mempunyai list of contact numbers yang sangat banyak yang diperoleh entah dari mana haha. Aku tengok contact list tu lamaaaa sampai berhabuk tak bergerak, last last aku ambil, aku save number semuanya (ada cara lain yang lebih bagus dari ini, I will reveal later) dan aku Whatsapp secara broadcasting. Punyalah penat aku save satu persatu dan Whatsapp, beberapa hari kemudian baru aku tahu yang the thing about broadcast Whatsapp ini, hanya boleh diterima oleh recipient HANYA JIKA MEREKA SAVED NOMBOR KITA! Aduh kecewa betul masa itu! Penat tahu tak saved number satu persatu! So now, nombor dah ada banyak ini, apa yang aku boleh buat lagi TANPA PERLU KELUAR RUMAH?

g) Cold-calling

Yes! Kau ingat aku tak pernah buat kerja tebal muka ini? Aku pernah buat okay! Cold-calling adalah cara di mana kita call nombor itu untuk promote. You know yang kita selalu terima call dari bank promote loan itu kan, itulah cold-calling. Satu persatu aku call, ada yang polite dengar je aku explain, ada yang tanya mana dapat nombor, dan paling ramai yang letak terus lepas aku sebut aku jual Cuckoo haha!

Nak cakap apa masa cold-calling?

Ala jadi diri sendiri saja,

"Hi encik, maaf mengganggu ya. Nama saya Husna, encik ada pakai penapis air di rumah tak? Sekarang ni penapis air jenama Cuckoo ada buat promosi blablabla, memang bagus sangat kalau beli sekarang takde dah penat nak masak air, nak register pun senang je blabla"

Ya itulah cold-calling. Malu tak nak buat cold-calling ni? Mestilah malu haha tapi dia bukan kenal kita pun! And actually, percaya tak stranger takkan melukakan hati kita? Sebab biasanya yang akan mengguris hati seorang sales person adalah orang yang kita kenal dan mengenali kita 

Start terus guna semua medium social media ini, sebab keburukan bertangguh ini you akan merasai once you dah start promoting, dan terima ayat seperti ini;


Dan ini,


Aaaaaa sakitnya tuh di sini! Aku yang tak bertangguh start ini pun rasa geram terlepas sales, bayangkan kalau you tunggu berhari hari, berminggu minggu, berbulan bulan untuk start. Nak sedapkan hati cakaplah bukan rezeki aku, tapi geram tak apabila orang yang rapat dengan kita beli product yang kita baru start jual, dari orang lain yang mereka tak kenal rapat pun?! Geram!

So dengan semua method di atas ini aku gunakan selama 2-3 bulan pertama bersama Cuckoo, alhamdulillah setiap bulan aku close sales minimum 10 units so dapatlah at least RM4000 yeayy! Semuanya method secara zero cost marketing sahaja so seronoklah untung bersih.

Setelah 2-3 bulan menggunakan semua cara ini, at one point aku mula rasa yang aku sudah kehabisan prospect untuk promote, so aku rasa aku sudah perlu mulakan dengan mempromosi pada strangers pula. Untuk promote pada strangers TANPA PERLU KELUAR RUMAH, masa itu aku hanya terfikirkan Facebook ads (sebenarnya ada cara lain yang aku discover kemudian, zero cost sahaja. Nanti later aku explain on separate post). So aku pun mulakanlah Facebook ads.

h) Facebook Ads

Guna Facebook ads ini adalah promosi berbayar, so kena atur betul betul budget dan pastikan hasil yang kita akan dapat nanti setelah ditolak cost ads, kita masih untung banyak. Facebook ads ni nak buat kena ada ilmu, tapi aku masa awal awal itu aku banyak try and error sendiri sahaja. Tak ada masa nak pergi kelas dan sebagainya, aku try buat sendiri dulu. Bila nampak tak berkesan, aku tanya my leaders tentang setting yang mungkin perlu diubah. The thing about Facebook ads, dia bukan hanya tentang setting semata mata, ianya melibatkan copywriting yang menarik, poster yang catchy dan keseluruhan page yang perlu nampak reliable and trustworthy. It is a lot of works, semuanya melibatkan creative thinking dan brainstorming. Originality memainkan peranan, kalau nak senang memanglah boleh copy je ads orang lain, tapi nanti ads jadi macam duplicate dengan ads orang lain dan akan jadi mahal.

So berhari hari try and error, ada ads yang ramai orang engaged dengan kita (means ramai orang comment 'PM') bermakna ads kita settingnya bagus dan berkesan untuk deliver apa yang kita nak orang tahu, tapi tak close pun sales. Itu bermakna kita kena enhance closing skills pula. Ayat apa yang kita guna, kita cukup mesra atau tidak. Semuanya kena belajar sendiri, banyakkan membaca dan banyak bertanya pada leader. Ada yang pergi kelas dengan orang yang terkenal bayar mahal mahal, which is not wrong tapi make sure selesai kelas itu you terus implement. It's better to go small tapi consistent setiap hari daripada buat something yang big tapi sekali itu sahaja usaha kau.

Bila dapat banyak contact numbers melalui ads, semuanya aku save elok elok di dalam phone. Namakan elok elok. Contohnya Prospect Apr17 Ali. Bila dah berjaya close sales, tukarkan nama kepada Client Apr17 Ali. Begitulah, at one point, ada 500 contact number prospects yang belum berjaya close sales, aku terus stop ads. Sebab aku rasa aku dah ada database yang mencukupi untuk follow up setiap bulan.

Tips #3: Follow Up The Right Way, Dan Jangan Overthinking

Masalah ramai orang yang menjual barang ini, mereka terlalu banyak fikir tentang rejection dan takut nak follow up. Takpe ke nak follow up selalu? Berapa hari gap nak follow up?

Kalau tanya aku, jawapannya adalah follow up sekerap mungkin haha! Gap 2 hari sekali should be okay, dan cara follow up itu kena betul. Contoh you jual penapis air, follow up yang pertama kali itu you send la gambar atau perkiraan electric consumption untuk menunjukkan penjimatan elektrik. Selang dua hari you send dimension penapis air itu dan send gambar penapis air yang diletakkan di dapur yang cantik untuk memberi gambaran pada prospects itu. Selang dua hari lagi you send promosi apa yang dapat jika beli penapis air itu bulan ini.

Jangan follow up dengan ayat, "Salam cik, macam mana jadi ke nak beli?"

Dua hari lagi,

"Salam cik, macam mana jadi ke nak beli?"

Dua hari lagi,

"Salam cik, macam mana jadi ke nak beli?" Eh dah single tick dah, dia block ke?

I learnt this from someone else juga, orang ni dia pernah promote make up products dengan aku. Dia follow up dengan kerap tapi send pelbagai materials yang berbeza, promosi terbaru, warna lipstick itu jika dipakai dengan baju apa, tunjuk contoh lipstick itu dipakai oleh selebriti, lama lama daripada aku tak minat nak beli terus jadi tertarik.

Jangan takut nak follow up, jangan fikir perkara yang belum terjadi. Kita tak tahu keperluan orang lain itu bila, mungkin 5 kali you follow up dia diam sebab belum mampu, kali keenam itu you follow up kebetulan dia dapat bonus. 

Dari 500++ prospects itu, aku follow up dengan kerap alhamdulillah selama 3-4 bulan aku masih mampu close sales 10 units setiap bulan tanpa run Facebook ads lagi! Secure lagi minimum RM4000 commission bersih (tidak termasuk Group Sales Incentives which I will explain later). Bila aku buat kerja follow up ni? Masa anak pergi sekolahlah! Masa itu aku baru ada 2 anak, both sekolah pagi dan balik pukul 12 tengahari. Setiap pagi aku akan spend 1-2 jam hanya untuk follow up sahaja. Aku follow up by Whatsapp, aku follow up by call! Yes jangan takut untuk call prospect. Baca selawat, baca bismillah banyak banyak, and make a call. Ada beberapa sales yang aku berjaya close melalui phone call. Sebab dengan mendengar suara, nampak lebih genuine, honest dan nampaklah yang kita sangat memerlukan sales itu. Kadang kadang kesungguhan kita mampu membuka hati orang untuk beli dengan kita. Make time, you are not that busy, you can always make time for something you really want.


Penatlah pula nak taip lagi, nak pergi menguruskan kehidupan pula. Kita sambung later in Part 2 ya?



To be continued....


2 comments:

Nurul Hannan said...

Tq una for sharing the tips. sangat berguna dan membantu as Cuckoo agent.

Umi Nazrah said...

terima kasih sangat untuk info sharing ni. boleh digunakan oleh semua jenis perniagaan. asalkan terus mahu dan terus maju tanpa tunggu ^_^