Tuesday, February 28, 2017

Sehari di KidZania!

Assalamualaikum! Haaa kena cepat cepat publish entri ini sebelum ianya bertambah basi 😅 2 minggu lepas kami sekeluarga (without Daddy) termasuk Acu, Alaina dan Arissa pergi ke KidZania, a place that I was so long to bring my children. This was the second time for Ammar Yusuf, and the first time for Adam Muaz. Untuk Aina dan Asha dah kali keempat kot entah, tapi anak dara dua orang tu memang dah banyak kali pergi. Berapa harga tiket? Sorry tak teringat nak pergi tengok, sebab kami masuk under complimentary tickets yang Kakna dapat dari kawan dia. So.. free entrance yeay!


Sebelum masuk kami semua diberi pakai wristband ini, something that looks like a watch for safety. Safety untuk apa? Haa ini petang nanti masa nak balik, sebelum keluar tu ada checkpoint yang akan di-scan melalui wristband ini, selagi tak cukup ahli keluarga kita di pintu keluar tu kita takkan dibenarkan keluar. Bagus kan? So tak adalah budak kecil pandai pandai keluar sendiri.

Untuk permulaan, kanak kanak diberikan sekeping cheque setiap seorang, dan perlu ditunaikan di CIMB Bank kat dalam tu. Nanti kat dalam tu ada pekerjaan yang kita akan dapat duit, dan ada pekerjaan yang kita perlu bayar duit. 

Masuk masuk je dah berpinar mata aku tak tahu nak mulakan dari mana. Awal awal aku dah bertekad yang apa cara sekalipun, aku akan pastikan anak anak aku dapat jadi fire fighters. Sebab kali pertama Yusuf pergi dengan rombongan sekolah dulu dia tak dapat jadi bomba, so dia pulang dengan sangat kecewa kesian aku tengok. Tapi ya Allah, queue untuk menaiki bomba sangatlah panjang, siap ada specific time untuk queue ambil giliran. Bukan queue untuk naik tau. Contohnya dia tulis situ datang pukul 12 untuk queue, so kita datang pukul 12, queue dan giliran kita untuk naik adalah pukul 2. dan queue pukul 12 itupun belum tentu kita sempat ambil nombor. Begitulah betapa susahnya nak dapat. Barulah aku memahami perasaan teacher masa itu sebab lepas trip sekolah ke KidZania dulu ramai juga parents complaint anak tak dapat jadi bomba. susah rupanya 😣

So kami terus masuk je tempat yang tak queue panjang sangat.


Bermula dengan tukang basuh tingkap bangunan 😂. Dapat masuk sini, pakai vest dan safety helmet itupun dah seronok sangat dah untuk anak anak aku.


Setiap pekerjaan itu akan ada seorang orang dewasa yang akan guide 'pekerja pekerja' kecil ini. Dan bahasa perantaraan di dalam KidZania ini adalah Bahasa Inggeris sepenuhnya. Nasiblah anak aku entah paham entah tidakk tu tapi macam paham je 😆


Pekerja pembersihan tingkap bangunan ini di bawa dari satu tempat ke satu tempat untuk membersihkan tingkap. Si Muaz nampak panik dah awal awal tu sebab dia tak sempat nak bersihkan, bergenang genang air mata dia sebab dia ingat kena betul betul buat sampai bersih 😂


Cute je masing masing geram aku. Seronok dia kat sini sebab buat boleh main air, lap guna sponge dan kilatkan guna scrapper tu. Eh scrapper ke nama dia. Alah benda yang kat petrol pump orang selalu guna untuk bersihkan windscreen kereta tu.


Dah siap kerja! Cutenyaaa geram aku! Habis ini mereka pun diberi upah entah tak ingat berapa KidZo. Oh matawang yang digunakan di sini adalah KidZo, banyak betul depa bawa balik last sekali bukan boleh guna pun.

Selesai pekerjaan ini kami berehat makan ringan ringan sekejap. Dalam KidZania ini ada dijual makanan ringan dan ada juga restoran untuk kita beli makanan berat. Tapi semua guna betul Ringgit Malaysia ye, ingatkan boleh guna duit KidZania hahaha banyak kot duit KidZo kami ada! Lepas bawa anak anak ke toilet, kami terus ke Vitagen factory. 


Of course, perlu beratur juga. Dalam 20 minit juga queue nya sampai anak anak aku dah start restless dah terutama si Adam Muaz. Oh lupa nak cakap, untuk semua 'pekerjaan' di dalam ini hanya kanak kanak dibenarkan beratur dan masuk ya. Ibu bapa tidak dibenarkan beratur on behalf of their children.


Dapat pun masuk! Senyum lebar budak paling kecil tu dapat pakai lab coat 😁


Gambar dari luar je. I took a lot of videos tapi belum ada masa nak compile dan masukkan di YouTube. 


Dalam kilang Vitagen ni mereka diajar cara pemprosesan vitagen dan setiap seorang diberikan secawan serbuk untuk dimasukkan sendiri ke dalam mesin mesin kat tepi tu. Seronok tengok anak anak berdikari macam ini. Dalam 15 minit juga mereka di dalam, dan mereka buat sendiri Vitagen tu dari awal sampai habis, dah habis tu setiap orang akan dapat sebotol Vitagen, konon konon itulah yang mereka proses sendiri tadi. Senyum sampai telinga anak anak aku keluar dari sini sebab minum Vitagen yang depa buat sendiri 😆

Keluar kilang Vitagen, kami terus meluru ke Gleneagles Hospital yang terletak berhadapan saja dengan kilang Vitagen. Kebetulan queue pun tak panjang so boleh terus masuk. Dalam hospital ini ada tiga pekerjaan boleh dicuba; surgeon, doctor and nurse. So anak anak masuk dalam pun based on vacancy of these 3 jobs.


Adam Muaz di dalam ni kira agak kecil juga so mana mana dia masuk pun mesti kena beratur paling depan.


Pekerja hospital tolong pakaikan gloves.


So... they were a surgeon! Parents tak boleh masuk hospital ini, sayang tak dapat ambil gambar anak anak buat surgery hehe.

 
Dari jauh aku lambai anak anak, pekerja hospital pun baik hati bagi anak anak datang kat Mummy untuk ambil gambar dan video. Si Muaz gembira tak terkata. Biasalah, budak budak kan paling suka dapat jadi 'dewasa'. Tahu tak jadi orang dewasa hakikatnya tak best pun?! 😭


My two little surgeons. Terharu Mummy tengok gambar ini, entah. Seronok kot tengok anak anak seronok 😍

Lama juga mereka di dalam, I think around 15-20 minutes juga. Mungkin pembedahan penuh komplikasi agaknya, berhempas pulas pakar bedah dua orang ini nak selamatkan nyawa pesakit 😆. Sambil menunggu tu sempat Mummy buat kerja Cuckoo kejap 😅. Tapi dalam KidZania ni Digi memang takde line, kena depends on WiFi connection. 

Selesai urusan di hospital, kami pergi beratur di depan balai bomba. Beratur untuk ambil giliran je, lama sangat beratur kat sini Mummy terpaksa beli makanan ringan untuk dimakan anak anak sementara menunggu giliran. Kat sini kalau you guys bawa anak anak yang lebih kurang usia anak aku or smaller, better you ada bersama anak anak masa depa beratur. Sebab dalam KidZania ni lebih ramai big kids lingkungan sekolah rendah darjah 4-5 macam tu, so kalau tak perhatikan anak anak kita yang kecil tu kesian juga budak besar boleh selamba potong queue. Aku memang dalam ni jadi possessive and over-protective mother betul, yelah dahlah Daddy tak ada so it's totally depend on me untuk protect anak anak. Nasib baik Oyah si Acu ada sekali, yang boleh tahan garang juga marah budak besar yang main tolak tolak and potong queue 😏. 

Dah dapat giliran (which is around 2 hours later), kami jalan jalan tengok apa yang ada. Tiba tiba dua orang anak aku ni terlompat lompat tunjuk satu tempat, oh face painting rupanya. Ada Spiderman tu yang buat si Muaz tu went hysterical tu 😑

Price list for face painting.
Cheek: RM7
Half face: RM12
Full face: RM15

Adam Muaz requested muka Spiderman half face, Ammar Yusuf sebab pakai baju Batman dia requested muka Batman full face. Aku tanya lagi betul ke dia nak Batman sebab dia bukan suka Batman pun. Tapi sebab dia nak sama macam baju dia juga, aku turutkan saja.



Adik start dulu. Senyum tersipu sipu sepanjang proses painting. Terlampau teruja.



Dah siap! One truly satisfied customer here. It's like a dream comes true untuk Adam Muaz dapat jadi Spiderman haha. Priceless sangat reaction dia lepas siap face painting ni.


Now giliran Ammar Yusuf. I prefer the lady yang buatkan Adam Muaz tadi sebenarnya, lebih kemas hasil kerjanya. Tapi tak apalah.


Dah siap pun Batman, jom bergambar dengan Spiderman! 



I can feel that Abang wasn't so happy with his face. Dah tahu dah, sebab dia bukan familiar sangat dengan Batman. You should've listened to your mother, mother always knows best 😤 Or perhaps, the perfectionist in him tak suka muka diconteng kot 😂


Dah siap semua ni, baru terserempak dengan Kakak Asha. Kakak Aina entah kemana langsung tak jumpa. Asha dan Aina dah banyak kali datang sini so mereka dah tahu mana nak pergi and they go all by themselves je. Banyak tempat yang lebih enjoyable for big kids seperti mahkamah (jadi lawyer and hakim), radio station FlyFM (jadi DJ/announcer), TV station (jadi pembaca berita, cameraman) wall climbing, driving school etc.


Ni masa Acu jumpa diorang dan bawa pergi lunch.


Kemudian, kami masuk ke theater hall to watch a magic show. Persembahan magic show ini diketuai dua magician ini dan ramai magician kanak kanak lain. Kiranya kanak kanak yang nak join bekerja sebagai magician akan buat persembahan magic ini di hadapan penonton dengan bimbingan dua magician ini.

Baguslah buat macam ini, next time nak suruh anak anak join buat magic show pula, Bagus untuk tingkat keyakinan diri dan belajar mengatasi stage fright.

Selesai magic show, berehat sambil bergambar sebentar.


My Spiderman.


My Batman.


Mummy and the superheroes.

 

Acu and the superheroes.


Sementara tunggu giliran ke fire station, teman Kakak Asha register for fashion show. Ini pun menarik juga untuk bagi Mummy anak anak masuk, but apparently hanya budak perempuan je yang berminat nak buat fashion show ni. Next time maybe, when I have a daughter 😂

Jam 3.40 petang, tibalah ke acara kemuncak pada hari ini. Yang paling lama ditunggu anak anak, dan paling diidam idamkan semua kanak kanak di sini. Off to fire station everyone!


Totally worth the wait, keterujaan anak anak memang tidak dapat digambarkan lagi. Ini bukan small kids je seronok, big kids pun tak sabar! Tengok ada budak perempuan tu besar kot I bet dia darjah 6 dah agaknya.


Dengar briefing dulu.



Comel betul superheroes Mummy ni geram aku #annoyingmom.


Habis je briefing kedengaran bunyi siren kuat. Oh my God ada kebakaran hotel, cepat cepattt!!


Excuse me fire fighters, cepat sikit boleh? 😑


Saat yang paling dinanti-nantikan telahpun tiba 😁


Masuk je fire truck ni semua 'pegawai bomba' kecil ini akan dibawa mengelilingi kawasan KidZania ni dan semua orang perlu ke tepi. Dengan bunyi siren yang kuatnya, dengan jeritan semangat ketua bombanya, memang havoc la rasa. Lepas tu orang sekeliling semua tengok dan ambil gambar, itulah yang budak budak suka, perasaan bagus bagus jadi centre of attention 😂😂


Dah sampai lokasi kebakaran, come fire fighters! Move!



Ini seorang je agaknya fire fighter yang padamkan api sambil tengok emak 😆


Yusuf fokus padamkan api. Sepanjang operasi memadamkan 'kebakaran' ini ada ramai pegawai polis kecil yang buat 'fencing' sekeliling hotel yang terbakar ini untuk mengelakkan orang awam masuk. Tak sempat anak anak aku nak bekerja sebagai polis, macam menarik juga sebenarnya. Takpe, there's always next time.


Fire fighter looking so satisfied berjaya memadamkan kebakaran. 

These pictures did not do justice of how fun the activities were, sebab itu aku ambil banyak video untuk direkodkan untuk kenangan anak anak. Memang jadi bomba ini paling seronok untuk anak anak sebab acara ini kira paling grand dan paling mendapat perhatian berbanding pekerjaan lain.

At 4pm, we have another appointment to make; Arissa's fashion show!


Yes we came just in time! Setiap model diberikan sesuatu untuk digayakan, ada yang dapat jacket, ada yang dapat sunglasses and head bands, ada yang dapat topi. 


Catwalk beramai ramai dulu.


Asha's turn to catwalk alone. Dan menerima sorakan melampaui batas dari aunties and cousins 😂


Supermodel Arissa is looking at us, probably feeling so embarassed 😆😆


Weewittt Arissa!!!

It was so much fun!! Selesai fashion show ini baru teringat belum cuba jadi pilot, so berlari larilah kami ke pejabat AirAsia tapi malangnya slot untuk pilot dah habis untuk hari ini. Tak apalah, budak budak pun dah puas hati dengan banyak benda so tak ada merengek pun. 

Dari AirAsia, kami ke TV station pula. At TV station ni minimum age requirement perlu 8 tahun sebab perlu lancar membaca untuk jadi pembaca berita, tapi the lady yang jaga TV station tu panggil je Abang dan Adik masuk sekali entah untuk pekerjaan apa. Jadi cameraman kot, Mummy dan Acu duduk bersandar keletihan kat luar je.


And it's a wrap for today! Ey seriously KidZania ni best gila kot, betul! Puas hati sangat and the kids were having a real good time here! In fact dah 2 minggu berlalu pun masih disebut sebut lagi betapa seronoknya mereka di sini. Budak budak kan suka nak berlakon buat pekerjaan orang dewasa, so KidZania is totally bringing role playing to a whole new level! Memang tak rugi untuk datang lagi sekali, sebab ada few jobs yang aku nak bagi anak anak cuba seperti pilot AirAsia, pekerja McDonalds (queue panjang sangat!), pegawai polis, nanti dah lancar membaca boleh jadi pembaca berita juga. Bestnya, memang clever orang yang cipta KidZania ni kenapalah zaman kita dulu tak ada HAHA.

Around pukul 4.30 dah dengar pengumuman yang KidZania akan ditutup sebentar lagi. Rupanya sampai pukul 5 petang je, so kalau nak datang dan main banyak benda better datang awal, pukul 10 dah buka dah. Sementara tunggu Kakna datang jemput Aina dan Asha, kami lepak dulu di McDonalds kat luar ini je. Dah lama tak makan McDonalds. Letih tak payah cakaplah, penat tapi puas!


Andddd finally, Spiderman down 😴😴

'Til we meet again!






No comments:

Post a Comment