Wednesday, February 1, 2017

Bulan Pertama Yang Awesome

Assalamualaikum 😊

Wow dah masuk February, sekejap je kan. Tahun ini, azam baru aku lain macam sikit. Eh takpe ke dah February baru nak cerita azam baru? 😂 Sebenarnya jenis aku ni memang tiap kali ada peralihan dalam hidup akan buat azam, masuk New Year ke, Maal Hijrah ke, birthday ke. Kadang kadang azam itu benda ulangan je, sama ada benda yang belum tercapai atau benda yang dah tercapai tapi kita nak upgrade lagi. Tak apalahkan, kita bagi refresh dan remind sikit diri kita apa yang kita patut buat dan patut capai at certain age.

Tahun ni, aku berbalik ke zaman dulu, which is tulis diari fizikal 😜. Tapi diari orang dewasa ni bukanlah lagi kisah cinta atau kisah sentap dan sebagainya, tapi lebih pada matlamat hidup aku. Kali ini aku fokuskan untuk jangka pendek, sebab you know, jangka pendek ni lebih achievable dan lebih nampak 'jalannya', setuju tak? So I list down like 5 things I have to achieve by the end of January, siap ada check box. Bagus tau buat macam ni, at least untuk diri akulah. So alhamdulillah, by yesterday aku berjaya capai 3 daripadanya. Okay what? So I ticked the box, and the rest aku carry forward to February with another additional targets. Setiap awal bulan aku akan buat macam tu inshaaAllah.

Hasilnya, memang hidup jadi lebih tersusun, and I have to say that my life has become a lot lot happier! 😊😊 Starting tahun ini juga aku buat spring cleaning dan unfollow ramai orang di media sosial. Bukan sebab benci, tapi sebab rasa tak perlu. Kalau rindu bolehlah jenguk once in a while, tapi bukan setiap masa kita perlu tahu kehidupan sesetengah orang. 

Aku hanya fokus pada perkara dan siapa yang memberi impak positif dalam hidup kita. People who lift us up, not bring us down. Kadang kadang kita tak sedar yang kita sendiri yang buat diri kita susah dan miserable. Kita boleh pilih siapa yang kita nak masukkan dalam hati kita, kita definitely boleh pilih siapa yang kita nak tahu kehidupannya. Come on, benda hujung jari je. Just click unfollow and don't feel bad about it.

Also, I decided to leave few WhatsApp groups yang rasanya dah patut dah untuk ditinggalkan. I only choose positive crowds, positive people. Nak tinggalkan tu, memang macam macam fikir sebab dalam setiap group tu ada je kawan yang kita sukai; bukan semuanya menjengkelkan, tapi bila dah tinggalkan, ya Allah damainya rasa hidup. Tak perlu justify pun sebenarnya kenapa kita leave, sebab kita je tahu apa pilihan yang terbaik untuk diri kita. Kesihatan hati itu penting, so again, kita boleh pilih. Of course we have a choice.

Sekarang ni aku sepatutnya ada banyak masa terluang, memandangkan pagi sampai pukul 1 anak anak berada di sekolah, Tapi ya Allah cepatnya masa berlalu! Dulu masa bekerja masuk pukul 9 nak tunggu waktu lunch pukul 12.30 tu macam aduh lambatnya masa berjalan. Sekarang ni setiap hari rasa macam tak cukup je masa nak buat semua benda pagi pagi. Betullah, bila kita seronok, kita tak perasan pun masa yang berlalu.


Hati aku, memang aku cuba dan paksa penuhi dengan orang yang aku sayangi dan perkara yang membahagiakan. Kita kena ajar hati kita untuk be selective, apa yang kita masukkan dalam hati itu mempengaruhi luaran dan keperibadian kita. Mula dengan paksaan, lama lama jadi biasa je. Aku dah bereksperimen for the whole one month, dan hasilnya memang menakjubkan. Of course, bukan dalam sebulan tu kita seronok je sepanjang masa. TAPI, bila ada je perkara tak gembira/masalah melanda, aku hanya bagi diri aku masa 1 malam je untuk kenangkan perkara itu dan bangun pagi esoknya I'll wake up fresh as a new person. Semalam punya cerita dah habis. Today, is a new day. Benda yang dah jadi, tak kira berapa lama kita pandang dan ingat pun, tetap takkan mengubah apa apa. Fokus, pandang depan. Always be positive. InshaaAllah, everything will be fine 😇



4 comments:

  1. Ooo.. Patut la dapat notification una unfollow saya :'(

    ReplyDelete
  2. saya selalu ternanti2 husna update blog sb suka baca blog kamu..sy juga follow ig kamu...peminat kamu dan harap satu hari ada peluang dapat jumpa kamu dan jadi kawan kamu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah. Terima kasih kasih awak. Of course we can be friends, and I think we're already friends now. May Allah bless you 😘

      Delete