Thursday, February 16, 2017

Mendaki Bukit Broga

Banyak perkara menarik berlaku dalam beberapa bulan kebelakangan ini yang bagi aku sangat memorable dan patut disimpan di dalam blog ni, tapi asyik bertangguh je lama lama cerita dah basi 😔. Bila nak remind balik sesuatu peristiwa itu dah tak ingat bila tarikhnya, dengan siapa kita pergi, haish menyesal tak blogkan. So azam baru aku (bermula hari ini HAHA) nak cuba spend masa sikit untuk blogging dan dokumenkan benda menarik yang aku dah lalui sebagai kenang kenangan untuk diri sendiri.

So last Tuesday, aku dan dua kawan baik pergi mendaki Bukit Broga! Hahaaaa dah lama sangat teringin tapi itulah tak ada masa kan? Honestly aku memang tak pernah hiking kat mana mana pun, eh no, pernahlah masa camping zaman belajar dulu tak ingat dah. So bila kawan kawan dah mula join hiking club ni rasa teringin juga nak mencuba. Kawan aku Kak Wan dan Ayu ni dah 2 kali naik Broga, tapi sebab si suri rumah ni teringin dan hanya free on weekdays, mereka sanggup ambil cuti so that I can join them wuwuuwu terharu betul 😂😂 #friendshipgoals.


Kami bertolak dari Seri Kembangan around 7.30 pagi, sampai sana dalam 8.15 macam tu. Kak Wan dan Ayu sebelum ini pernah ke sana sebelum Subuh, siap solat Subuh di kaki bukit tapi kata mereka macam tak menarik sangat hiking waktu itu, sebabnya, tak nampak apa! Gelap saja sepanjang perjalanan. Tapi sampai sana berpeluanglah tengok matahari terbit, itulah yang pricelessnya. Other than that memang taklah seronok sangat, tambahan pula mereka pergi masa hujung minggu, padat sangat orang! Nak berhenti bergambar pun segan.

Kiranya kali ini kami datang memang seronoklah, tak ramai orang, boleh berhenti bila bila untuk ambil nafas, untuk bergambar. Alhamdulillah.


Sepanjang pendakian tu, untuk aku yang dah bertahun tahun tak mendaki bukit bagi aku memang mencabarlah. Laluan ke atas tu jujurnya taklah susah sangat, ada banyak tali dan pokok pokok untuk berpaut, banyak kawasan rata dan banyak juga tanah yang dibentukkan seperti tangga. Tapi sebab aku tak fit, macam itu pun dah rasa ya Allah susahnyaaa bila nak sampai ni!! 😭


Contoh macam kat sini, tepi tepi tu ada tali untuk berpaut, tapi kalau tak larat boleh je jalan ikut lubang di tengah ni. Muat ngam ngam satu kasut je sekali jalan.


Muka aku dah macam sireh, perempuan ni siap boleh ajak selfie tengah tengah jalan sabar jelah 😑  


Sepanjang naik ke atas tu memang bertembung dengan beberapa hikers dan seperti kata Kak Wan, hikers memang mostly helpful and friendly. Boleh berbual macam dah kenal, minta tips, dan di bahagian yang susah sikit ada je passer-by yang tolong.


Kawasan mendatar. Setiap kali jumpa kawasan mendatar ni memang rasa ada sinar baru dalam kehidupan yang hampir putus nyawa tadi haha.


Dah sampai ke first viewing point (Peak 1). Sini pun rasa macam dah cantik sangat dah. Dah puas sangat dah. Ingatkan dah sampai, sekali tengok depan ada dua lagi bukit kena lalu sebelum sampai ke puncak yang sebenar 😭😭😭



Tengok belakang tu kan. Itulah bukit yang masih perlu didaki. Nampak macam dekat je kan? Nampak rendah je kan?? Tapi hakikat sebenar dari pandangan mata aku Tuhan saja yang tahu. BILA NAK SAMPAI NI??  


Baru sampai second viewing point. Berpeluh sakan dah masa ni nampak tak kat kepala tu basah habis dah. Tapi kat sini subhanallah memang cantik sangat padahal Broga Hill je pun! Bestnya ada kat atas ni. In my personal opinion, Peak 2 ni lagi menarik pemandangan berbanding puncak sebenar.


 

Pendakian diteruskan ke puncak Broga Hill. Daripada second viewing point ke puncak Broga tu perjalanan dah agak senang bagi aku. Ataupun mungkin sebab kita dah makin excited sebab dah nampak matlamat hampir tercapai, so rasa ringan je kaki naik 😅


Dua orang yang dah 2 kali naik Broga, selamba je masing masing. Bagus naik dengan depa ni, sabar je tunggu aku setiap kali aku berhenti to catch a breath. 



And finally, after seemed like forever, sampai pun kami ke puncak Broga ni. Masa sampai ni ada seorang lelaki level pakcik pakcik around 50-an tu ada kat atas tu siap dengan basikal. I was like, "Whattt???" Yelah nak carry badan kita sendiri saja pun penat, apa lagi nak carry basikal 😭😭😭. 


Disebabkan mungkin kami kelihatan begitu kekaguman, pakcik tu pun angkatlah basikal dia bagi kami bergambar dengan basikal wakaka. Nampak nau membohongnya kalau kami poyo poyo mengaku naik atas puncak bersama basikal ni 😋


Alhamdulillah. Boleh crossed one of my bucket list ni, walaupun Broga je kekeke.



Haloh haloh dia. Kasi chance lah. Ingat senang ke aku nak paksa diri aku buat benda macam ini just for fun 😂😂


Kami spend masa di puncak itu dalam 20 minit juga. Lepaskan lelah sekejap, minum dan makan kuih sikit sambil enjoying the view sebelum turun.



My first assumption nak turun mestilah lebih senang kan, or at least kurang penat berbanding naik. Tapi memang silaplah, sebab nak turun memerlukan kekuatan kaki sepenuhnya sampai rasa longgar habis lutut okay! At one time macam menggigil lutut sebab dok bertahan sepanjang masa 😝 #wargatua. Lawak betul, macam orang Parkinson.


Laluannya taklah susah, sebab tanah tu macam dah terbentuk tangga tinggal nak jalan je. Tapi itulah, sepanjang jalan macam tu tambahan pula kita nak kena berjaga jaga sebab boleh tergelincir kalau turun laju sangat. Tengok orang lain yang dah biasa siap boleh berlari turun, aku memang tak berani, takut terbabas terus sampai entah ke mana. Lawak juga kalau bayangkan aku berguling guling sampai ke bawah macam cerita Kung Fu Panda tu.


Perjalanan turun. Minah ni siap bermekap naik bukit, sabar jelah biar aku hodoh sorang sorang.

Masa turun dah tak banyak bergambar, sebab kaki dah longgar plus nak kena sentiasa berjaga jaga jalan agak licin. Bagi aku memang sama penat je naik dengan turun, memang basah berpeluh rasa macam dah turun 2kg berat badan haha.

Orang cakap once kita dah start hiking activity ni, mesti akan ketagih untuk mendaki lagi. Itulah, ada juga rasa excitement untuk teruskan aktiviti macam ini kalau ada masa terluang. Maklumlah suri rumah, masa terluang kita tak sama dengan kawan kawan lain yang bekerja. Memang seronok cuba perkara baru, keluar dari zon selesa kita, cipta pengalaman sendiri. So, what's next? 😉



2 comments:

ily♥ said...

Seronok!! First time join husband hiking, panjat Bukit Saga. 30 years duduk Ampang, tak pernah tahu ade bukit saga belakang rumah mak..haha.. Broga belum sampai lagi sebab masa husband panjat Broga, I was 8 months pregnant. Geram je tak dapat join. 2nd one Gunung Nuang, but not up to the peak. Sampai check point Lolo je. New year baru ni husband naik Gunung Datuk, tapi tak dapat join jugak. Jealous punya pasal sampai pujuk husband tak payah pergi..hahaha..Tapi sbb dia yg organize, takkan tak pergi pulak. Memang boleh jadi addicted once dah try sekali. Rasa fresh je bila dah keluar segala peluh yang dah lama tersimpan..heheh..

Jaja said...

Aduhai teringin juga ni nak naik Broga. Sis hiking brp lama sis? Jauh tak..hehe tanya dulu