Thursday, February 23, 2017

Cara Pilih Penapis Air Yang Sesuai Untuk Rumah Anda

Assalamualaikum, 

Okay ramai yang tanya (eh macam ayat stereotaip C*co ni 😋, yeke orang tanya bahaha!), seriously, setiap kali orang PM aku tanya pasal Cuckoo ni memang antara soalan yang aku terima adalah, which model yang bagus, which yang aku recommend, kenapa this one is cheaper than that one, apa bezanya antara setiap model ni.. So I rasa perhaps bagus juga kalau buat satu special post about all Cuckoo water purifier models at one go. Explain sekali harung based on my honest view.

Okay so kita start dengan yang paling murah to paling mahal. Sebab I know sebenarnya dalam hati semua orang memang tahu yang hidup kita memang perlukan air minum yang bersih dan mudah diperoleh, dan biasanya persoalan pertama yang selalu timbul bukanlah air jenis apa, pH air dan sebagainya, tapi semestinya, budget.

You guys boleh refer harga pada setiap gambar, Outright bermakna belian secara cash, Rental bermakna harga sewabeli bulanan.


MARVEL

Ini ada model Marvel, model Cuckoo paling baru di pasaran. Design dia seriously cantik, buat dapur yang biasa biasa pun nampak cantik dengan adanya Marvel. Marvel ni tankless so boleh supply air yang takkan habis habis hingga akhir zaman eh tetiba. Slim, tak makan space, boleh just slot ini tolak sikit sikit je rak pinggan kat tepi sinki tu, sebab ianya memang slim, lebar hanya sejengkal jari runcing aku je kekeke. Marvel ada air suhu bilik sahaja. Alaaaaa suhu bilik je keeeee? Percayalah, untuk rumah yang sampai sekarang masih masak air guna cerek lepas tu susun dalam jug deret deret atas para dapur, Marvel ini saja pun mampu membawa perubahan besar dalam hidup you.

Dulu masa awal awal kahwin dan baru je deliver baby, penapis air pertama yang H belikan adalah jenis yang ada suhu bilik saja. Sebab masa tu aku breastfeed, sangat kerap minum air dan memang tak larat dah asyik nak kena masak air. Ada suhu bilik je pun, tapi kami pakai sampai habis minimum kontrak 3 tahun juga sebelum upgrade ke model baru dan kami rasa sangat sangat bersyukur ada penapis air bersuhu biasa itu saja pun. Macam aku cakap tadi, beli ikut keperluan. Kalau orang baru kahwin dan tak ada baby or baby tak minum susu formula, pakai Marvel ini pun dah sangat mencukupi dah. 


FUSION TOP

Model ini aku rasa tak perlu diperkenalkan lagi kot, sebab terlampau popular dan sangat high in demand seantero Malaysia 😁. Fusion Top ini honestly model Cuckoo paling laris di pasaran, sebab ini adalah model yang ada air panas dan sejuk paling murah yang you boleh dapat. I mean, if you compare apple to apple la okay. Kalau you jenis compare Mercedes dengan Perodua memang you takkan rasa I bercakap benarlah macam mana pun 😅

Fusion Top ni ada air panas dan sejuk saja. Ada orang jenis nak ada 3 suhu which is panas, sejuk dan suam so dia macam "Mehh... panas dan sejuk saja ka? Air suam takda ka?". Seriously, you jenis pakai air panas, sejuk dan suam setiap hari ke? Fusion Top ni memang dah cukup dah sebenarnya untuk small family of 5 to 8 people. Sebab apa tau, Fusion Top ada individual switch yang boleh off je mana jenis air yang you jarang guna. Kalau you ada baby jenis minum susu formula or husband jenis suka mengopi, you biar ON untuk air panas dan OFF kan air sejuk setiap hari. Mana yang you OFF tu akan jadi air suhu biasa. Kalau musim perayaan or ada tetamu datang rumah, biarlah ON panas dan sejuk. Senang kan? Dengan harga RM103.88 sebulan dah boleh dapat penapis air yang cukup best dan lengkap dah.


KING TOP

King Top ni antara model latest juga. Baru launch kat Malaysia dalam November tahun lepas saja. One thing you have to know about Cuckoo ni, kita takkan pakai model yang sama sampai 5-6 tahun. Eh come on lah, MyVi pun setiap tahun keluar model baru walaupun nama sama. Sebab kita tahu orang suka benda yang updated, yang terkini seiring dengan peredaran masa.

So King Top ini, ada air panas dan sejuk. Macam Fusion Top, cuma bezanya King Top suhunya boleh laras so boleh straightaway dapat air suam tanpa perlu ON OFF apa apa. Tapi King Top bersaiz lebih kecil dari Fusion Top. Kalau ikut my personal preference, aku lebih suka Fusion Top sebab macam fungsi lebih kurang tapi harga lebih murah. Betul tak? Again, bergantung pada you. Cuma kalau orang tanya antara dua model ini, biasanya aku akan recommend Fusion Top. Memang lebih murah dan commission aku pun sebenarnya kurang berbanding King Top, tapi aku tahu customer memang akan suka Fusion Top ni and it reflects my aftersale service #penjualberhemah 😆😆


ICON


Here comes the doom........ for your husband's pocket 😂. Sebab Icon adalah model paling cantik, paling canggih dan paling sophisticated dan sangat digemari oleh golongan wanita yang anggun dan bercitarasa tinggi hamboih oversell sangat. Ehem, Icon user here! ✋ Well, Icon adalah model yang perfect lah bagi aku. Kalau Icon ni celebrity Malaysia, dia ibarat Neelofa ataupun Anzalna hoi tak perfect ke depa dua orang ni?

Icon ada 3 suhu; panas, sejuk dan suam. Ada voice-guided yang setiap kali you tekan button nak minum air, akan keluar suara saying, "Air panas" atau "Hot water" atau bahasa Mandarin. Ada faucet sterilization yang boleh tolong you sterile faucet setiap pagi sebelum minum, in case masa malam malam dalam gelap tu cicak atau lipas lalu kawasan faucet tu. Eh macam macam lagi sebenarnya fungsi Icon ni kalau nak explain semua ibarat aku dedicate this post just for Icon. Sebab ianya adalah model serba lengkap and it's totally bringing the look of your kitchen to a whole new level. Dan ianya hanyalah RM120 sebulan. RM4 sehari. Jumlah yang kadang kadang tak sedar pun kita gunakan setiap hari macam aku petang petang pergi playground dengan anak anak singgah beli pisang goreng eh habis dah RM4. Tak sedar pun, selama ini yang you sebenarnya lebih dari mampu untuk pakai Icon 😊


FUSION STAND

Pernah tak rasa yang kita nak sangat pasang penapis air tapi dah tak ada space nak letak atas table top dapur anda yang comel tu? So anda tak perlu risau lagi, because that is how Fusion Stand comes in handy. Fusion Stand ni macam kakak kepada Fusion Top, sebab fungsinya sama saja, cuma the tank is slightly bigger dan Fusion Stand diletakkan berdiri di atas lantai saja. Ada child lock ya, semua model Cuckoo ada child lock so jangan risau bab anak ter tekan air panas. Boleh accommodate 10-15 orang dalam satu masa, or perhaps more sebab sistem auto-refill penapis air Cuckoo sangat pantas, will come back to this later.


DELUXE

Haaa ini adalah bapa segala model, sebab ianya paling besar! Ini sajalah model Cuckoo yang bulky, yang lain semua slim dan cantik belaka. Buat apa nak pasang penapis air gemuk gemuk dalam rumah kan, so sebab itulah Deluxe ini direka khas untuk penggunaan di pejabat.

Ada air panas dan sejuk, boleh tampung sehingga 30 orang dalam satu masa eh come on lah tolong recommend ini pada office you guys yang masih guna botol besar biru tu. Pakai Deluxe je, jimat space daripada nak susun deret deret tong biru tu. Boleh gunakan space tu untuk letak stok makanan yang makcik makcik office rajin bawa tu. Tahu tak Cuckoo tawarkan free trial for 1-week untuk mana mana syarikat yang nak cuba merasa pakai Deluxe ni? Haaa baik kan Cuckoo ni? Baik ada maknaaaa bahahaha seriously, bolehlah start recommend this model to your admin department now.


JAZZ

Malaslah nak cerita ini, sebab mahal korang bukan suka pun dengar benda benda mahal kan? 😆 Honestly dalam hampir 100 units yang aku jual sejak aku bekerja ni, adalah satu dua je kot model Jazz. Sebab, mahal. Malaysian suka murah. Termasuklah aku pun hehe. Jazz ni fungsi macam Icon, kalau dia murah sikit dah perfect dah macam Icon juga. Bezanya, Jazz tak ada tank. So nampak tak kenapa Jazz mahal, sebab dia macam Marvel yang boleh dapat air tanpa henti. Tapi Marvel boleh dapat air suhu biasa je, Jazz boleh dapat AIR PANAS, SEJUK DAN SUAM TANPA HAD! Biasa orang ambil Jazz ni orang yang memang dah habis banyak duit buat dapur yang bombastik, takkan dia nak pakai Fusion Top je kan? So to compliment dapur yang grand, haruslah pakai Jazz. Lifestyle orang lain lain kan, if money is not an issue kita pun nak juga pakai model yang terbaik kan?

****
So itulah semua model penapis air yang kita ada. Kontrak sewabeli minimum 3 tahun, kalau dah genap 3 tahun kita taknak pakai boleh pulangkan pada Cuckoo dan bolehlah kita melaram model lain pula. Dah 3 tahun mestilah gaji pun dah naik, or you sendiri dah kerja dengan Cuckoo gaji tetiba jadi 5 angka ke 😋. Tapi kalau you teruskan pakai lepas 3 tahun tu, Cuckoo bagi loyalty discount 10% untuk semua model kecuali Marvel. Contoh Fusion Top harga sekarang RM103.88 sebulan, tahun 4-5 you teruskan pakai harga jadi RM84.80 je sebulan.

Ramai yang tanya kenapa model Cuckoo semua slim je, tangki pun tak sebesar model lain. Sebabnya adalah, Cuckoo punya sistem auto-refill sangat sangat sangat cepat. I pernah ada tetamu datang rumah perlu hidang air 3 jug sekaligus, I isi semua tanpa perlu tunggu pun sebab setiap air yang keluar akan digantikan semula ke dalam tank tak sampai beberapa saat pun. Model brand lain yang I pakai dulu tangki memang besar, tapi bila dah pakai separuh or at certain level baru dia refill so nak kena tunggu 15-20 minute pulak haish pointless je. Tangki kecil bukan masalah, kecil kecil cili padi Cuckoo ni.

Servis, warranty semua free sepanjang sewabeli. Tukar filter pun cepat, setiap 4 bulan dah tukar filter. Tahu tak Cuckoo adalah jenama yang tukar filter paling kerap? Ada brand lain tukar filter setiap 6 bulan, malah ada yang setahun sekali tapi tak tahulah filter dia jenis macam mana kan. Paling best, Cuckoo ni air mineral, bukan drinking water (RO) biasa. In fact kalau pergi pasaraya or Petronas sana pun air mineral dijual sekali ganda harga berbanding air RO, tapi Cuckoo jual harga setara (if not cheaper) je dengan mesin air RO.

Penapis air ni aku rasa dah jadi satu keperluan dalam kehidupan harian, I harap penjelasan yang dah bagi panjang lebar kat atas ni dah boleh membuka mata dan hati you guys yang masih berkira kira untuk pasang, baik untuk diri sendiri atau orang tua kat kampung tu. Sebenarnya orang tua kita jarang nak susahkan kita, macam my mom sebelum kami pasangkan penapis air Cuckoo kat rumah Mama, Mama masih pakai penapis air lama yang jenis kena servis sendiri tu. Air nampak keruh je kadang tu. Masa kami bagitau nak pasangkan Cuckoo Mama cakap tak payah pun, okay je apa yang ada. Tapi bila dah pasang, bukan main gembira lagi both my parents sampai bercerita dengan adik beradik lain. Kan seronok senangkan ibu bapa, inshaaAllah dapat pahala juga 😊

I hope this post is sufficient to educate my friends here about Cuckoo water filter. Tapi kalau belum cukup jelas lagi it's okay, boleh contact je I at 0162324492 or tinggalkan nombor telefon you and I'll contact you at soonest possible. Why Cuckoo? Obviously because it's beyond standard 😎




No comments: