Thursday, March 2, 2017

Jaga Rezeki Untuk Murah Rezeki

Okay kita selalu dengar kan rezeki ini ada macam macam selain rezeki materialistik seperti harta dan wang ringgit. Segala perkara baik yang kita ada sekarang, itulah sebenarnya rezeki yang Allah bagi pada kita. Antaranya anak (zuriat), kesihatan, jiran yang baik, ibu bapa yang dipanjangkan umur (agar kita boleh terus berlindung di bawah pohon doa mereka), makan pakai yang cukup walaupun gaji kecil dan banyak lagi.

Itu semua adalah rezeki. Dan selalu kita dengar kan, semakin kita bersyukur, semakin rezeki kita dilimpahruahkan? Be thankful for what you have, you'll end up having more. Semua orang tahu, tapi bukan semua orang apply dalam kehidupan seharian. Termasuklah aku.

Bila kerja sendiri ini, walaupun masa kerja adalah sangat flexible (alhamdulillah), tapi ianya juga bermaksud masa kerja adalah tidak menentu. Orang berniaga kan, bukannya dah fixed masa customer cari kita. Kadang kadang dah lewat malam tiba tiba ada orang comment PM kat Facebook. Kena reply terus dan delete comment itu terutamanya bila potential customer itu tinggalkan nombor handphone dia siap siap. Yelah, kang orang Cow*y rembat pula selamba je curi rezeki orang ingat kita buat iklan free ke. Jangan ingat aku tak tahu okay? Banyak kali tau aku menyamar jadi customer dan comment pada iklan aku sendiri, berduyun duyun orang Cow*y datang message aku suruh beli product depa. Eh come on lah? Takkan desperate macam itu sekali? Aku tak pernah ganggu pun rezeki orang lain. Tak berkat tahu tak sailang rezeki orang macam itu? Contoh aku buka kedai jual baju, kau nampak ada orang turun kereta menuju kedai aku tiba tiba kau halang dia tengah jalan suruh pergi kedai kau sebab kau pun jual baju sambil buruk burukkan kedai aku. Elok ke perangai macam itu? Bila kena sound pandai pula cakap rezeki kena kongsi ewah kau. Konsep kongsi rezeki hanya applicable kalau kau sama sama kongsi modal. Paham tak? Haa panjang pulak leteran dah alang alang kan. Lama aku diam makin menjadi jadi pula.

Anyway, that's it. Kena reply message atau WhatsApp tu cepat. Kadang kadang waktu itu adalah waktu bedtime story dengan anak anak, atau waktu aku check bacaan Iqra' atau Siri Cepat Membaca mereka, atau just simply cuddling and tickling them to bed. So aku kadang kadang keraskan hati, yang Mummy cari rezeki. Mummy kena fokus kerja.

Sampailah ada suatu hari tu aku dok termenung memikirkan konsep rezeki ini. Alhamdulillah rezeki aku memang baik sejak beberapa bulan ini, dari segi wang ringgit rasanya berganda melebihi gaji aku waktu bekerja pejabat dulu. Tapi aku rasa sepertimana aku, ramai sebenarnya yang terlepas pandang konsep rezeki ini. For instance, anak anak kita. Kita nak cari rezeki, tapi kita abaikan rezeki (anak anak) yang lebih bernilai yang Allah dah bagi ini. Faham tak? Kita kejar rezeki, tapi rezeki yang dah ada kita ambil berat pun kepentingannya. Kita sibuk reply customer sebab NAK CARI REZEKI, sedangkan waktu itu adalah waktu untuk kita MEMELIHARA REZEKI YANG SEDIA ADA. Macam mana Allah nak beri kita lebih rezeki sedangkan rezeki yang ada pun kita tak hargai?

Contoh kita sebagai manusia, kita bagi hadiah pada A. A tak jaga pun hadiah itu, tapi sibuk dok meminta minta hadiah lagi? Sakit tak hati kita nak bagi hadiah lagi eh kau ni cuba tengok apa yang aku dah bagi tu. Itulah yang aku fikirkan berdasarkan pandangan aku sebagai manusia biasa. Aku fikir, entah entah kalau aku lebih jaga rezeki (selain wang ringgit) seperti anak anak, Mama Baba, jiran tetangga, besar kemungkinan Allah akan lebih permudahkan rezeki material aku. Sebab Allah 'nampak' yang kita hargai rezeki, jadi Dia beri lebih lagi.

Begitulah dalam hal lain juga. Macam mana nak murah rezeki kalau rezeki kesihatan yang Allah bagi kita sia siakan? Hisap rokok, makan berlebihan sampai obesiti dan sebagainya. Badan adalah amanah, kesihatan yang baik adalah rezeki. You nak kaya, tapi you buat Allah marah. You abaikan amanah Allah. Macam mana nak kaya kalau ibu bapa kita masih hidup dan mendoakan kita tapi kita ziarah atau hubungi mereka sebulan sekali pun susah? 

Jadi itulah yang aku cuba ubah dalam diri aku dan jadual kerja aku. Aku masih kerap bersama handphone tapi bila mana anak anak datang pada aku atau bercakap dengan aku, aku memang akan letak terus handphone dan bercakap dengan mereka sambil mata tepat pandang mata anak anak. Kalau waktu itu sangat kritikal aku perlu reply WhatsApp, aku minta anak anak beri Mummy 5 minit, dan habis 5 minit memang aku terus letak handphone dan attend to their needs walaupun just tengok hasil lukisan atau mendengar cerita lawak yang berlaku di sekolah. Bukannya layan anak anak berbual tapi tangan tetap menaip, mata pandang skrin iPhone. Sedihnya perasaan anak anak diperlakukan seperti itu.

Allah nampak apa yang kita buat, kita nak tipu siapa? Beria-ia berdoa siang malam minta murah rezeki, minta close sales 20 unit sebulan blabla, tapi rezeki lain yang Allah dah bagi kita sambil lewa saja. Peliharalah rezeki yang ada, inshaaAllah rezeki lain akan semakin dimurahkan. Semoga niat aku menggembirakan anak anak ini akan 'menggembirakan' Allah, dan semoga urusan harian aku dan kita semua akan semakin dipermudahkan. Amin..


3 comments:

  1. Sampai mcam tu skali ye.. Berebut2 msg nak sailang rezeki org. Ish... Geram plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Pah. Cuba Pah komen pm kat post Cuckoo Specialist kita. Mesti tak kurang 5 orang Cow*y send request kat FB messenger Pah nanti 😤

      Delete
  2. There is a chance you are eligible to receive a Apple iPhone 7.

    ReplyDelete