Tuesday, January 8, 2013

Losing Something Just To Gain Something

Malam tadi, anak tidur awal. Maka kami suami isteri bolehlah ambil kesempatan, untuk melipat baju dan menonton filem hehe. Dah lama tak tengok movie dalam laptop, dulu masa takde anak selalu juga buat aktiviti ni, find a movie, watch together and talk about it later. We're such an old couple like that.

Hubby ajak tengok Click. Siapa pernah tengok? Yang Adam Sandler berlakon dengan Kate Beckinsale, pasal bapa yang workaholic sampai mengabaikan keluarga. Suami ai yang dalam hati ada taman cakap dia menangis tengok cerita ni sorang-sorang masa kami berdua warded hari tu hoho mahal oh air mata jantan. Dah jadi ayah-ayah kan. Aku dah pernah tengok sekali kat wayang rasanya, dengan my girlfriends back then. 

Dulu tengok, tak terasa apa sangat. Bila ada anak ni, it really hits me big time. Filem itu, menyedarkan aku banyak sangat perkara. Sememangnya, to gain something, you have to lose something. To please someone, you have to dissapoint someone else. Tapi janganlah sampai kita hilang orang yang tidak sepatutnya, kecewakan orang yang tidak sepatutnya. The art of choosing what is right for you, and to prioritize, is something that all of us must learn and live with it.

Banyak yang selalu terjadi, apabila diminta untuk memilih, antara kawan atau keluarga, kerjaya atau keluarga, cinta atau keluarga, selalu sangat, keluarga yang dikorbankan. Sebab kita selalu anggap, family will always be there, family will always understand. Dan selalunya kita akan sedapkan hati sendiri dengan berkata, "Semua yang aku buat ni, untuk kebaikan keluarga juga..". Sedih sangat. 

Lepas habis cerita tu, sambil berbaring di dalam gelap, kami berbual berdua. Tentang apa yang penting dalam hidup kita, dan sebenarnya aku taklah risau dia mengabaikan keluarga, aku takut aku sendiri yang tidak dapat mengutamakan apa yang penting dan mengorbankan keluarga.

Sejak ada anak tahun 2011 hari tu, aku memang sangat berkira kerja. Kami setiap hari datang on time, balik on time, sangat berkira untuk outstation, setiap hari handphone company memang tinggal terus di pejabat, sebab aku taknak ada kaitan langsung dengan hal kerja sebaik selesai waktu bekerja. Bila balik rumah, aku dah jarang pegang handphone. I do Instagram sometimes, dan sangat lambat reply WhatsApp. Kecuali kalau anak dah tidur. It works well, for my family at least. 

Cuma bila nak tukar kerja ni, banyak yang aku dengar pasal bidang oil and gas ni. Especially about it's working hour. I'm so excited to begin and be new, but I'm so scared that I've become someone who loves her career more than family, which I'm trying so hard not to be. Kesianlah anak-anak. 

This morning, I have a conversation with one of my directors,

"Husna nanti, kerja betul-betul tau. Oil and gas ni prospect besar. Grab semua peluang yang ada, sebab you muda lagi. Macam my daughter, dari muda dah jadi engineer Shell. Sekarang gaji almost RM50ribu tau."

Memang nak terbeliak mata dengar. Terus rambang mata. Berangan macam-macam. But there's always a catch, I know. You have to travel a lot, you have to leave your family very often, you don't have time for your family. You'll be very rich, but you'll missed a lot of other important things in life. You sangat kaya, tapi you tak ada masa pun untuk kongsikan kekayaan you tu dengan orang yang penting dalam hidup you. So apa sebenarnya tujuan kita kerja keras selama ini tu? Sedih kan? Now I'm in the middle of evaluating my life goals, dan berulang kali aku cakap dengan Suami, kalau kerja baru ini akan mengorbankan terlalu banyak masa aku dengan anak-anak, kalau kerja ni buat hubungan kami suami isteri renggang, I'll just quit. Find a better/stable job after that. 

Like a teacher. Or kerani kerajaan. Or, a housewife.




9 comments:

AJ said...

salam Una
ya, di bidang O&G nanti kerja nya menuntut masa kamu dah masa lapang kamu.
TAPI, jangan memburukkan pandangan kamu sebelum kamu berdepan dengannya dahulu.
jangan kusutkan dengan pre-judgement berdasarkan kata-kata orang sebelum kamu berjumpa dengan situasinya.
let the time decide.

of course, there are one or two necessary change needed, but family should be able to evolve accordingly.
tapi bukan lah kena change the whole you; and that should never being the case too.


cuma.
tolak ansur perlu lebih tinggi.
dan kena lebih memahami.

perbincangan demi perbincangan dan transparency really needed at the first few months to let everybody adjust to the new rutine;kemudian baru semuanya bisa baik-baik sahaja.

cuma.
pesan aku.
pada kamu.

1.
always think twice.
you will face junction of life, from time to time.
always think twice.
and let decide from the bigger picture point of view.

2.
jangan tinggal solat. dan banyakkan berjemaah dengan suami bila berkesempatan. sebab, kadang-kadang, itu je yang tinggal bila kalian dah berasing tempat kerja.

3.
always drop all your problem at parking bay. jangan bawak masuk rumah. Masa dengan Ammar dan adik dah makin kurang, jadi jangan biar mereka berebut dengan masalah kerja pulak bila bersama. Let your tired face smile a bit, and put BIG Patient. Penat berkejaran mengejar masa dan ketika, tapi dengan mereka (yang juga penat seharian bermain menunggu kita balik) masa itulah untuk merenggek manja dan bermain dengan kita. so, dont disappoint them, cause you will hurt yourself more than them, at the end.

4.
last.
dapatkan redho suami.
every day.


end.


semoga kebaikan untuk kamu, dan Hanis. Insya'Allah, aku doakan semuanya yang terbaik untuk kalian.
Ameen

Husna Hadzarami said...

Your comment, bring tears in my eyes. Betul juga, jangan kusutkan fikiran dengan pre-judgment yang bukan-bukan. Cuma jenis aku ni, I tend to prepare for the worst in things that I tak tahu lagi macam mana keadaannya, so hati aku ni lebih kuat dan lebih bersedia.

Time management is crucial rasanya lepas ni. I have to give the most of myself as an employee, as a wife, as a mother. Semuanya menuntut dedication yang tinggi, kerja kena betul-betul baru gaji berkat, tapi dalam masa yang sama kena pandai balance juga dengan tanggungjawab lain yang lebih penting. How am I going to balance, dan mampu ke aku untuk balance, are my major concern. Let the time decide, it's a learning process as always. Ya Allah risaunya aku..

AJ said...

Allah will never test beyond your reach.

everything happen with a great benefit of all.

once you move forward, do it with firm stand; and believe. Walk with holding hand, and always believe your partner (husband) will always beside you; with HIM.

you face the big problem before; and you strive well being a better Una. now, Allah test Super Una again, and this is where you should prevail.

Hanis? He will always at your right hand side, and will be the best you can always trust and believe.

*smile*

dengan Allah kamu berkeputusan, dengan Dia kamu bergantungan. Insya'Allah, semuanya berbaik-baik dan bersederhana dalam kebaikan.

Ameen.

jaga diri.

Kirim 'Assalamualaikum' dekat Muhammad Hanis sama ya.

Salam

Unknown said...

dear..
u know wat... i study engineering..
tp jadi kerani kerajaan..

because of... husband i suruh...

dulu i xsuka... sekarang i ok with it...
even kadang bosan sgt kerja ni...

tp at least i dah blh balik kol 5...

mak i selalu pesan.. dgr je cakap suami..
allah tolong kat mana2 nanti...

tp u kan strong woman...
u can do it..

Nursaila Norman said...

mungkin apa yg saya rasa tentang kerjaya lebih kurang atau jauh sikit mcm kak husna, sy dh mula goyah actually dgn kerjaya saya sbb selalu sgt bw blk kerja ke rumah, susah pejam mata sbb kerja..lately mood down di pejabat terbawa2 dpn suami..sy rasa sgt,sgt,sgt loser..sy syg kan kerjaya sy yg ini sbb gaji dan pengalaman mmg byk,cuma hal di rumah dgn suami..belum ada anak lagi..

masih mencari-cari jalan.

YanaHime said...

kadang2 kena korbankan sesuatu utk dpt sesuatu. my boss said, if i have to choose between work & life, i choose life. she understood why i want to resign...in the process now ^__^

cha said...

baca entry u buat air mata i bergenang huhu. ada pro and kons kan. kalau kaya, tapi sibuk dgn kerja sampai terabai anak, suami, isteri tak boleh jugak. nanti ada orang yang makan hati. kadang-kadang i fikir macamanelah yang suami jauh 3 bulan sekali baru jumpa. i tak dapat bayangkan. im not that strong. alhamdulillah walaupun husband i busy tapi lambat macamane sekalipun dia tetap nak balik rumah kitorang. studio kitorang kat shah alam and rumah kitorang kat nilai. dia akan ulang alik tiap-tiap hari. tiap-tiap hari balik 4 pagi sebab studio jamming kan orang jamming sampai lewat pagi. kdg-kdg i rasa nak berhenti kerja and pindah duduk shah alam tapi husband i tak kasik dia cakap dia sanggup ulang-alik :')

btw salam kenal :)

Orkid said...

Husna,
I am your silent reader  I am working in Oil n Gas industry. Yes, working here is very demanding, suitable with its perks. I just started my life as a wife n soon to be a mama insyaAllah. Still adapting.. late night meetings, long hours, outstation are routine. But I would say, I am not burn out as the company respects the employees’ work life balance and need to know how to work the best out of the minimum time. The best thing, it does not matter how u do your work..as long as u deliver your work. I have seen a lot of my dual income n a mother really good at juggling their time. They block their time to send their children, or BF etc. and we can work from home if we have night calls.

Not sure how it will be like for you. But you will survive and do the best out of any situations. We cannot change the way O&G industry works..but we can do the best out of that, based on our needs. I had the same conflict at first coz I really love my job. Then, when I attended Prof Muhaya’s talk..it makes me thinking. What is our intention? Just to prove ourselves we can do? Just for name? Just for salary? If we starts with wrong intention, everything will fall apart. Then, now I try to be very productive. Remind myself that I am now have bigger responsibility.. insyaAllah u can get both. Family and career balanced. Don’t worry. As time goes by, adjust your expectation. That’s very crucial. N of coz, always communicate with ur partner 

Anonymous said...

ini buat aku berfikir. ia, lebih banyak perkara yang lebih baik dari kekayaan kan?