Friday, January 4, 2013

Financial Management 101

Among all my closest friends, aku adalah antara orang yang paling tak teratur sekali LOL! I've to admit, aku bukan pengemas orangnya. Messy, serabut, kelam kabut. Cuma bila dah kahwin ni, kenalah jadi teratur sikit. Sikit jelah, dah kau kahwin dengan orang yang paling pembersih di dunia (exaggerate) kau gila nak buat perangai bersepah kau tu?? 

Tapi, ada satu yang aku rasa, aku sangat teratur. Tehehe self-proclaimed. Financial management. Sejak zaman belajar lagi dah ada satu buku kecil khas untuk buat budget sehari-hari. Dulu pernah Oyah terbaca buku tu, dia siap kutuk lagi tak guna punya adik, "Kak Una ni kedekut betul semua nak tulis.." Memanglah! Masa student kalau nasi lauk yang selama ni beli RM3.00, tiba-tiba esok jadi RM3.50 pun boleh jadi isu besar hoho. 

Bila dah mula bekerja, dah start generate income sendiri, lagilah kena ada financial planning. Tapi takdelah tulis detail sangat macam masa belajar sampaikan belanja lunch berapa ringgit pun nak masuk dalam ni. Aku guna Microsoft Excel je, handphone masih cap ayam masa tu kan. Dah kerja 2-3 tahun pun pakai handphone cap ayam lagi rasanya haha. Aku bukan jenis suka tukar-tukar kalau tak perlu, sebab.. sayang. Sebab tu sekarang ni bila satu office tukar pakai Samsung Note II tu (office aku ni memang very up-to-date pantang ada teknologi terkini 1 office berlumba-lumba tukar lepas tu bahan orang yang masih di takuk lama, seperti iPhone4s macam aku ni tak guna betul), aku walaupun ada rasa intimidated sikit, tapi tak ada rasa nak tukar pun. Sebab dah selesa kan? Daripada beli untuk ganti something yang dah ada dan masih cantik, baik beli something yang tak ada. Beg LV contohnya. Tehehe.

Okay back to the main subject.

Untuk adik-adik yang baru bekerja, atau baru nak belajar pengurusan kewangan, meh sini akak ajar cewah! Financial Management My Style ;)

First, janganlah guna buku lagi. Cuba guna something/software yang boleh automatic sum up or deduct perbelanjaan harian kita. Lebih mudah dan teratur macam itu. Kalau masih pakai handphone cap ayam, don't worry. There's always Microsoft Excel to help hehe. Excel is very powerful tau, macam-macam kita boleh buat dengan Excel. Generate formula (ala tambah tolak autosum macam tu je bukanlah formula canggih-canggih pun), buat column macam ini.


Kalau tak nampak boleh klik la ye. Eceh ada Credit Debit macamlah terer sangat Akaun. Ni contoh jelah, tak perlu ikut pun tak apa sebab lain orang lain expenses dia kan. Buatlah guna perkataan apa yang adik-adik faham. Debit tu duit yang masuk i.e. gaji, bonus, elaun atau kalau ada side income berniaga online ke, berniaga tupperware ke apa listkan kat situ. Credit tu, perbelanjaan yang memang fix (keperluan) tiap-tiap bulan, jangan masuk lagi shopping-shopping tu. Yang aku bold Others tu, adalah perbelanjaan yang bukan fix setiap bulan, yang dibuat setahun sekali atau ikut mood aku je hoho. Kemudian totalkan Debit (yang warna kuning), totalkan Credit (warna merah) guna formula Auto Sum, dan Balance warna biru tu adalah hasil jumlah warna kuning tolak warna merah. Formula tambah tolak semua tu Excel ada, bila satu amount berubah, total automatic berubah so senaaang sangat ala mesti semua orang dah tahu apa entah Kak Una kau ni. Yang warna biru itulah, balance yang kau ada untuk shopping yeay!! Dan juga perbelanjaan makan setiap hari. Aku tak masuk perbelanjaan makan harian dalam column Credit lagi sebab selama ini perbelanjaan makan adalah tajaan Suami sepenuhnya tehehe. Nanti dah kerja asing-asing, nampaknya terpaksalah lunch sendiri *sobs*. Yayang bak duit sikit please.  

Paling best, bila balance warna biru tu ada lebih, dan kita boleh masukkan dalam Debit untuk bulan depan, means Carry Over gaji last month. Kalau boleh buat macam tu, kau memang sangatlah awesome dan hebat.

Pernah juga guna aplikasi dalam smartphone. Tapi tak jumpa yang best, semua macam pening je. Plus tak semua ada currency Ringgit Malaysia. Annoying je buat budget tapi dalam $, macam tak feel (padahal tak effect calculation pun entah apa-apa aku ni).

Until I found this apps. Called 'Spending'.



Kena tutup gaji. Gaji sikit malu je nak tunjuk. Kalau gaji banyak mesti aku show off kahkah.


Siap ada pie chart for total expenses, cool eh?

Baru try je, tapi memang best. Senang tak perlu nak buka laptop refer Excel lagi (maklumlah iPhone annoying tak boleh edit Excel unless kena pakai apps berbayar malaslah, dahlah tak jailbreak).

Eh ni bukan sponsored post tau. Blog tak femes takdenya nak buat advertorial post bagai T_T.

Please adik-adik, manage your financial. Bila pengurusan kewangan kita excellent, inshaAllah perkara lain dalam hidup kita juga akan baik. Sebab bila kewangan kita teratur, kita akan nampak apa yang penting, seperti bayar hutang, bayar zakat, sumbangan kepada ibu bapa.. kan? Tidak dinafikan, kita bukanlah akan sentiasa ikut 100% apa yang kita dah listkan tu, kadangkala ada juga over budget tehehe biasalah tu. Tapi at least kita takkan lari jauh sangat. Percayalah. Fikirlah untuk jangka masa panjang, bila ada list macam ni senanglah nak set target bila kita boleh beli rumah, atau bila kita boleh beli beg LV harga 3-4 riban ke, bila kita boleh pergi holiday overseas ke, bila kita boleh bawa parents pergi Umrah, pergi Haji. Best kan? Financial planning is the best planning. Since 2013 baru bermula, jadikanlah tahun ini sebagai tahun yang lebih baik  dan teratur pengurusan kewangannya. Let's go for it!



10 comments :

  1. he..aida pon gune app ni buat bajet tiap2 bulan..good..good..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak nampak sangat kita sorang je yang ketinggalan T__T

      Memang best kan apps ni? Rasa macam nak upgrade je ambil yang Pro punya.

      Delete
  2. terbaik lah kak husna.. :)

    diarimrsmcbride.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. hahahha...same with me. gila suka buat bajet camni. buku lama2 ada lagi. tapi skrg masih conventional. byr bil, print masuk file. masih punch a4 paper. hahah...so, sape yg xmula lagi...silakan. sgt seronok especially bila ujung bulan baki ada byk. time tu boleh la makan besar. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Hanis siap declare kita sebagai Menteri Kewangan dalam rumah tu LOL. Certain orang nampak benda ni nampak macam kita berkira sangat je, that's a very wrong perception. Salah sama sekali. Benda macam ni la yang buat segalanya dalam rumahtangga tu lebih teratur kan?

      Oh kami hanya simpan bills up to the latest 3 months saje, lepas tu buang. Yang boleh guna untuk claim income tax je kita punch and masuk dalam file ;)

      You're awesome Wani, a housewife with a good financial management ;)

      Delete
  4. Ahaha.walaupun takde gaji and takde income, tapi tetappp nak buat bajet dalam excel.
    Syok kan?

    syok kira berapa duit cik abe, income in, pastu spenses.
    At the end, sendiri rasa tak syiok sebab bila tengok, rupa-rupanya gaji cik abe abih kat diri sendiri memandangkan diri sendiri adalah big spender. T_________T

    ReplyDelete
  5. Format excel kita sama..hehe.. App kat phone pun guna jugak untuk record small expenses. Nampak macam berkira kan, tapi best sebenarnya baru lah tahu duit ke mana. Penting financial management ni supaya tak lupa diri dalam berbelanja. ;)

    ReplyDelete
  6. ~ waaahh..bagus la husna..leh la akak praktikkan jugeks..tima kasih ye..wink!! wink..!! :)

    ReplyDelete
  7. jalan2 sini buat lawatan rasmi..cantik blog anda! mai ler tgk blog saya plak..follow sekali taw :)

    ReplyDelete