Thursday, January 3, 2013

Anak dan Televisyen

Sebenarnya Ammar Yusuf baru keluar dari wad, due to viral croup. Atau term yang lagi senang, demam tonsil. Ujian untuk anak Mummy, supaya jadi anak yang lebih kuat menghadapi cabaran selepas ini. Alhamdulillah dah sembuh, takdelah kena bedah-bedah macam yang disangka. Harap-harap tonsil tu tak membengkak lagi. Tapi taknaklah cerita pasal itu, it's just too heartbreaking, taknak dah ingat lagi :(

Ni nak cerita pasal pengaruh televisyen pada anak-anak.

Dulu, pernah berbual santai dengan rakan-rakan sekerja yang mostly lebih tua, dan berpangkat superior la pada aku. Borak kosong lunch hour beramai-ramai. Berbual dengan kaum bapa ni best, banyak pengalaman tentang membesarkan anak-anak, macam-macam boleh belajar. Suami pun ada sekali ketika itu. Masa itu topik perbincangan berkisar tentang rancangan TV yang elok untuk bagi anak-anak. Masa itu, Ammar Yusuf baby lagi, tak faham apa lagi so aku tak adalah bagi pendapat sangat, cuma apa yang penting tu aku dengar dan simpan jugalah untuk rujukan akan datang.

Kata salah seorang bos aku,

"Saya tak suka bagi anak tengok cerita Melayu. Takut anak terpengaruh dengan benda bukan-bukan.."

"Lahh, cerita omputih lagi banyak yang tak senonohnya. Pergaulan bebas segala tu," celah aku, ibu muda yang cuba tunjuk pandai LOL.

"Kalau cerita omputih, kita boleh cakap yang diaorang bukan orang Islam. Tak tahu dosa pahala. Nanti masuk neraka terus je.. Tapi bila anak tengok cerita Melayu, yang ada scene lebih kurang tak senonoh je dengan cerita omputih, scene anak derhaka, scene mat rempit, bohsia, scene maki hamun... Lagi leceh nak explain. Sebab pelakon semua orang Melayu, orang Islam.." terang beliau.

Hmm.. Make sense juga.

Drama Melayu kadangkala memang melampau juga teruknya, cuba menyaingi drama luar negara kononnya. Mama pun setuju, Mama cakap masa zaman Baba jadi Ketua Pegawai Preview TV3 dulu, drama yang ada scene anak derhaka, isteri curang tidur dengan lelaki lain, semua tu tak pernah lepas ditayangkan kat TV. TV3 at least. Tapi sekarang, dah macam trend pula, kalau hari raya tu berderet-deret drama anak derhaka. Drama gangster rempit. Seram nak tengok kalau ada anak sama-sama di depan TV, walaupun dia mungkin belum faham apa-apa lagi. Drama Melayu, obviously menggunakan bahasa Melayu, bahasa seharian yang didengari anak-anak, maka anak lebih mudah faham, lebih mudah mengikut kalau ada scene yang menggunakan kata-kata yang tidak sopan ataupun maki hamun, berbanding drama berbahasa Inggeris ataupun bahasa-bahasa lain.

Mujur kami jarang tengok cerita Melayu, bukanlah nak berlagak western ke apa sebab cerita omputih pun sama dah jarang tengok sebab dah tak banyak yang best kat Astro sekarang kan? Suami lagilah, kalau bukan Sport, memang Discovery Channel/NatGeo. Skema betul LOL. Tapi eloklah kan untuk tengok dengan anak, bagi dia kenal binatang-binatang.. kan?

Bagi aku, umur-umur macam Ammar Yusuf sekarang, patutnya takdelah faham sangat. Maka seringkali terlupa yang si kecil tu adalah super-observant. Sangat mendengar, sangat cepat menyerap, sangat mudah mengikut.

Malam tadi, balik dari hospital, baring-baring tengok TV dengan anak. Tertengok satu drama Melayu, Astro Ria kot. Ada scene cubaan rogol. Dah tak sedap hati, sebab anak ada di sebelah, tapi macam best pula drama ni so teruskan sekejap. Sehinggalah keluar dialog, "Kau jangan jadi bodoh!!"

"Bodoh...." terdengar suara kecil di sebelah. Jelas dan lancar.

Allah. Terus aku tukar channel. Memang drama Melayu bawa pengaruh buruk pada anak-anak.








7 comments:

ettyzukhair said...

bercakap hal tv n anak2 dibawah 2 thn..ade sorg pakar motivasi keluarga ni kata usia dibawah 2thn seelok2nya tidak diajar tgk tv/or jgn nak bg leka dgn tv..under 2 years ni paling crucial diorang develop skill bermain, explore mainan dorg, belek2 buku, experiment real things..main sand pit, more to nature & exposed them social skill dgn fmly & his frens..

yup pengaruh tv ni kuat..kalau boleh dipantau, pantaulah..etty sendiri kurg tgk malay drama..cm colleague husna ckp scene dlm malay drama lg serupa xsenonoh, kata2 kesat, rempit2, gangster..naik nyampah tgk..so bukak channel masak2 sukelah..& movie sekali sekala..my ameer mmg x dilekakan dgn tv, juz rancangan pagi2 di channel 9 (tanyalah ustaz, adik & al-quran, & upin ipin) dia mmg hanya kenal upin ipin je..kartun lain semua dia xminat..slalu je buka baby tv..but it keeps him bored..so dia akn explore mainan dia je n tawaf 1 umah explore barang2 umah hehe..tanpa henti..

Husna Hadzarami said...

LOL samalah dengan Ammar Yusuf, kenal Upin Ipin je HAHA! Dia memang tak berapa minat tengok TV, kalau suka pun bila keluar iklanlah, masa tu memang melopong tengok kita cium cium usik usik pun langsung tak bergerak haha ;) Bukan TV je, gadget macam iPad iPhone pun kita tak encourage sangat, tak elok untuk mata dia. Tapi itulah, bukan selalu ada masa kat rumah, malam baru balik kerja so TV jelah yang boleh hadap. That's why on the weekend cuba bawa dia keluar selalu, pergi taman, swimming, biar mata dia pandang jauh orang cakap, pandang something yang healthy for his eyes and brain development.

Memang teruk drama Melayu. Makin lama makin sakit mata sakit hati tengok. Tapi dah nak buat macam mana, drama macam itulah yang orang kita suka sangat, yang lebih mendapat sambutan adoi..

ily♥ said...

Kita pulak, mmg jarang sgt2 tgk tv...lagilah nak layan drama kan..mmg takde..klu org ckp ketinggalan zaman, taktau latest drama series dlm tv, x kisah pun...sbb mmg tak addicted dgn tv pun. klu duduk rumah sorang2 or dgn anak, dari hubby keluar pagi sampai dia balik petang, senyap sunyi je tv tu..
hubby pulak, kalau bukak tv, selalunya layan astro oasis, tv alhijrah atau channel 9..
Faheem pulak hantar kat rumah maktok die. selalunya maktok bagi dia layan disney channel. pastu kita pesan kat mak, jgn bagi die tgk katun2 jepun macam hagemaru, shin chan sume tu dan juga ultraman...sebabnya kita rase katun jepun tu tak senonoh dan ajar budak jadi kurang ajar..klu tgk ultraman pulak, nti anak2 asyik nak prektis skill ultraman, tendang sane sini, gaduh2..contoh plg dekat bila tgk anak2 buah yg khusyuk layan ultraman, lepas tu abis sume org nak disepak terajang..adehh...

DYatie ABakar said...

saya agak layan drama...huhu..too bad for me..isk isk isk...but Alhamdulillah Arissa bukan peminat tv...tak kisah lah Upin Ipin, Donal Duck, Mickey Mouse, bla bla dan walaupun iklan...dia tengok sekejap...dia toleh tempat lain...banyak kerja katanya...saya tak ingat kat mana saya pernah baca tentang anak kecik tengok tv tak elok..so, since that saya tak bagi sangat Arissa tengok tv...kui3...but obviously since we're stay apart and she lives with her dad & tok - bila tgk Nat Geo dia macam terpaku...hahahaha...tok dia mmg addicted to Nat Geo, History dan yang sewaktu dengannya..huhu...dan satu lagi, tengok Bleach ikut Pak Cu dia...haish! huhuhu. seriously, I hate those extreme malay drama/movie...macam tak ada benda lain.. @_@

YanaHime said...

Hmm, mmg betul. anak akak tgk boboiboy jaa keja dia. sekali ayat pertama yg keluar dari mulut dia bukan mama abah lg dh tp boboiboy.

husband akak punduk marah klu tgk drama2 ni. dia ckp discovery channel lg elok

Fatimah Al-Attas said...

Salam,

Saya pun rasa macam tu, Drama Melayu kadang-kadang tu memang melampau, exaggerated sangat, pastu ada je scene-scene pelik. Kami pun tengah usaha jangan bagi anak tengok TV. Tapi Haraz baru je 16 bulan hi hi hi

http://ourwonderland.blogspot.com/2012/10/why-we-dont-let-haraz-watch-tv.html

Salam perkenalan ;)

Ainur said...

setuju sbb tu prefer tengok cite omputih dr cite melayu... tp encik suami suke tengok cite melayu... anak2 mmg quick and fast absorver... cite2 yg ade unsur2 negatif mmg kene dipantau...