Taaapiiii, sejak 2-3 bulan kebelakangan ini aku telah menemui cara pembayaran yang lebih mudah malah menjimatkan duit kau orang. OK it's so lame, ORANG LAIN DAH TAHU SEJAK ZAMAN PALEOLITIK LAGI KAU SORANG JE BARU TAHU WUUU JAHATNYA KORANG TAK BAGITAHU AKU PUN (T___T).
OK Step 1: Pergi website: http://www.ptptn.gov.my/ dan klik pada kotak pertama, Laman Web Rasmi.
Klik kotak pertama tau, Laman Web Rasmi.
Lepas tu, pilih E-FES (tengok arrow merah tu, susah-susah aku lukis guna Paint dah lah dasar tangan tak bedung masa baby maka bergetar-getar lukisan T_T)
Dah keluar benda berlatarbelakangkan biru laut sejuk mata memandang ni, masukkan No. IC dan No. Pin. Nombor Pin tu adalah 6 digit Letter of Offer No./No. Pinjaman kau. Ada tulis benda ni kat atas belah kanan surat yang remind kau tiap-tiap bulan pasal hutang PTPTN ni. Kalau dah hilang surat tu (sengaja hilangkan dengan harapan tak payah bayar), boleh juga hubungi HOTLINE PTPTN: 03-2092 7788 dan minta je Letter of Offer No. or No. Pinjaman ni. Benda yang sama je dua-dua ni.
Dah masuk IC dan No. Pin tadi, akan keluar benda alah kat atas ni. Boleh klik pada gambar untuk imej yang lebih jelas. Dia akan listkan berapa jumlah hutang kau. Macam aku, ada dua pinjaman. Yelah belajar tak pandai mana so takde orang nak offer biasiswa tskk tsskk. Aku sengaja hide semua detail dan jumlah hutang aku malulah bodoh nak tunjuk.
Kalau ada dua pinjaman, tick pada Pinjaman 1 dan Pinjaman 2, letak jumlah yang kau nak bayar pada kotak yang disediakan (let say Pinjaman 1 = RM100, Pinjaman 2 = RM200) dan klik Bayar.
Dah keluar benda ni, tekan Teruskan.
Kat sini, pilih mana-mana bank yang kau nak guna. Make sure kau memang dah biasa guna or dah register online banking bank yang kau nak guna tu. Select and click Agree and Continue.
Aku pilih Maybank punya. Dan keluar benda ni, tekan Proceed. Nanti dia akan minta kau log in macam biasa Maybank2U, akan request TAC No. macam biasalah. Dah siap semua, jangan lupa print, sebagai bukti pembayaran. Kalau boleh buatlah satu file untuk simpan semua pembayaran kau, nampak teratur sikit hidup.
Itu sahaja. Lagi senang kan compare dengan bayar direct dari website Maybank2U? Hah pergi bayar sekarang jangan nak bising-bising PTPTN cekik darahlah apalah tapi tak pernah start bayar pun. Kalau kau disiplinkan diri bayar ikut jadual pembayaran yang PTPTN pos pada kau tu, dalam 10 tahun dah settle semua. Dan kalau ada banyak duit bayar je lah banyak sikit, at least takdelah rugi sangat caj perkhidmatan. Let say kau bayar lebih dan settle selama 9 tahun instead of 10 tahun, dah jimat caj perkhidmatan untuk tahun ke 10 tu. Takda maknanya nak cakap sampai mati tak habis bayar, unless kalau dah tua lanjut nanti baru nak start bayar tu lain cerita. Whatever it is, kita dah berhutang, dah sign perjanjian segala mak nenek dulu, dah enjoy habis pun guna duit tu. Kenapa bila dah berjaya, dah bekerja, banyak cekadak pula nak membayarnya?
Ibnu ‘Umar, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
مَنْ مَاتَ وَعَلَيْهِ دِينَارٌ أَوْ دِرْهَمٌ قُضِىَ مِنْ حَسَنَاتِهِ لَيْسَ ثَمَّ دِينَارٌ وَلاَ دِرْهَمٌ
“Barangsiapa yang mati dalam keadaan masih memiliki hutang satu dinar atau satu dirham, maka hutang tersebut akan dilunasi dengan kebaikannya (di hari kiamat nanti) kerana di sana (di akhirat) tidak ada lagi dinar dan dirham.” (HR. Ibnu Majah no. 2414. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini sohih).

dear husna,
ReplyDeletethanks 4 ur entry.sy pun baru tau okeh!!!satu puak paleolitik la kita sbb ketinggalan zaman.. T_T
HAHA.
ReplyDeleteAda geng satu puak rupanya.
Sep sikittttt!!!
ok. timekasih kak una. senang skit nak byr.
ReplyDeleteentri sebegini amat diperlukan. thanks.
ReplyDeleteHAHAHA...good job!TQ sooooo much..(baru tau jgk..hihi)
ReplyDeleteAssalamualaikum semua,
ReplyDeleteSekadar ingin berkongsi info.Bab hutang PTPTN toksah dok cerita..semua orang dah tau..2 tahun dulu aku mulakan projek ini, motif dia nak cari jalan untuk bayar hutang PTPTN bini aku yang berjumlah RM17K ++. Sebelum siap benda ni aku siap kena tipu lagi..dekat-dekat 2k juga oleh agen yang kononya boleh bantu aku untuk dapatkan pendapatan...akhirnya projek aku dah selesai dan kini operasinya telah pun dimulakan. Ikut plan kalau tak dak kacau bilau dalam tempoh 2 tahun hutang PTPTN boleh selesai.Tapi aku hanya handle untuk hutang bawah pada RM25 K sahaja..had lain tu dia ambik masa sikit mungkin 4 ke 5 tahun baru boleh selesai..haaa..kalau ada yang berminat masej mai dekat aku..Tq
Assalamualaikum semua,

Tengkiu pn usna...
ReplyDeleteGood seo.. ramai yang guna guide yang diberikan :)
ReplyDeleteHEHEHEHE.....klu bayar guna pos cam mane????
ReplyDeletecara ni dah tak boleh dah....
ReplyDeleteHi,
ReplyDeletethanks for the info!!Love it!!
XOXO,
Aina
hello2...good entry la babe,tq so much...
ReplyDeleteMasih boleh guna ke cara ni?
ReplyDelete