expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, May 3, 2011

Hobi dan Cita-citaku

Sabtu lepas, sementara Suami pergi mengulangkaji pelajaran bersama rakan-rakan, aku membuat keputusan untuk meluangkan masa di rumah ibunda. Sampai-sampai nampak Mama tengah buat operasi besar-besaran mengemaskini rak buku lama di rumah kami. Rumah parents aku tu memang terlalu banyak buku, sangat-sangat banyak disebabkan Baba memang suka membaca, suka membeli, dan kerap dihadiahkan buku-buku ketika zaman mudanya. Tak cukup dengan itu, Mama pulak memang jenis yang suka simpan buku-buku pelajaran kami dari zaman anak sulung beliau (Kakna) sehingga anak ke lapan (Oyah) T_T. Contohnya, buku-buku zaman SPM aku (atau zaman SRP Kakna) disimpan supaya bila Man, Lah atau Oyah nak ambil SPM nanti boleh rujuk buku-buku itu.
Bukanlah aku nak kata buku-buku lama ni tak berguna, tapi berdasarkan pengalaman dan pemerhatian aku, kemungkinan buku-buku itu untuk dibaca atau at least diselak oleh generasi seterusnya amatlah tipis. Mungkin 0.76% sahaja. Sebab setiap tahun syllabus bertukar ganti, dan merujuk pada diri aku sendiri, sedangkan buku sendiri pun malas nak rujuk, apatah lagi nak habiskan buku-buku latihan tahun lepas-lepas milik kakak abang. Dan selalunya buku-buku itu akhirnya dibiarkan berhabuk atau dimakan anai-anai sahaja.
Setelah memikirkan logiknya bicaraku, Mama pun decide untuk let go sahaja segala buku-buku lama tersebut. Buku-buku kami tidak dibuang, tapi dihantar untuk dikitar semula di kilang kitar semula yang berhampiran. Itupun ada juga beberapa buah buku yang Mama berkeras untuk simpan.
"Ni Mama nak simpan ke? Oyah pun dah habis belajar, takde sape nak guna punyaaaa.."
"Ala.. Kesianlah cucu-cucu nanti, takde pun buku rujukan nak baca.."
"Maaaaaaaaa.........."
"OK OK, yang ni je simpan."
Comel betul lah Mama kitewwwww T_T
Tengah sibuk mengemas, terjumpa Kad Laporan Kemajuan Pelajar masa aku sekolah rendah dulu. Buka. Terus tergelak kuat sampai tergerak baby dalam perut.
Oh bukan sebab tertengok gambar aku masa Darjah 1 yang pakai tudung nampak jambul gaya mak Datin (jangan harap aku nak tunjuk kat sini), tapi tengoklah hobi aku....
Darjah 4 : Menanam bunga
Darjah 5: Mengumpul setem
Darjah 6: Mengumpul setem
*Menangis terus*
Aku fahamlah masa tu semua budak-budak nak tulis sesuatu yang nampak best supaya menjadi idola rakan-rakan, tapi..... kenapa.... menanam bunga.... T_T
Seumur hidup aku TAK PERNAH LANGSUNG menanam bunga, dan album setem yang ada di rumah aku tu SEMUANYA milik Mama yang dikumpul sewaktu masih bekerja di kedutaan Jepun dulu T_T
Tak boleh ke aku tulis membaca buku saje... Kalau tulis memasak pun kedengaran lebih logik berbanding menanam bunga tsk tsk tsk oh Tuhan..
Dan ini pula cita-citaku :/
Profesor tuuuuuuuu. Macamlah Profesor tu dikira sebagai satu kerjaya.. Tapi aku berfikiran positif dengan menganggap ketika itu mungkin aku bermaksud untuk belajar bersungguh-sungguh sambil menanam bunga dan mengumpul setem sampai dapat pangkat Profesor. Ye, Husna semasa kecil memang sangat berpandangan jauh :/





















9 comments:

  1. hahah , comel la kak una punya cita-cita dgn hobi tu.

    ReplyDelete
  2. salam....

    hi cik husna...

    im your silent reader be4.. but now i already have blog...so i can leave my comment here

    so im your new follower...

    love too read ur blog

    ReplyDelete
  3. wa paling tak tahan...pramugari tuuuuuuu.
    hahahahahaha :D

    ReplyDelete
  4. Comel keww :">
    Malu sendiri je tengok hobi & cita-cita dulu. Entah apa tah fikir masa tu.

    Hannajoe:
    HAHAHAHAHAHAHA.
    Seronok nampak???
    Huu.. Bajet body hot nak jadi pramugari. Tsskk

    ReplyDelete
  5. APASAL SEMUA NAK NAMPAK PRAMUGARI????! T_T
    Punyalah aku taknak highlight yang tu.
    Huuuu..

    ReplyDelete
  6. menanam bunga, kak una u've made my day! hahaha.

    'doktor bedah'

    ReplyDelete