expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, May 31, 2011

Urut Semasa Berpantang

Dulu aku tak nampak pun perlunya tukang urut semasa berpantang ni. When I was asked by my mother and mother-in-law, I was like, "Perlu ke??". Maka barulah kelam kabut Google sana sini mencari bahan bacaan tentang kepentingan mengurut, apa itu bertungku, bengkung, param, pilis, mandi daun dan sebagainya T_T

Sekarang baru tahu, penting sebenarnya berurut dan berpantang macam orang dulu-dulu ni. Ada orang yang moden sikit dia cakap, "I dulu tak berpantang sangat pun, elok je sampai sekarang." Ye Kak, sekarang memang tak rasa. Orang cakap kesan mengabaikan berpantang selepas bersalin ni akan sangat dirasai apabila telah tua kelak. Memang sangat penting untuk ikut berpantang; berurut, bengkung dan bertungku ni untuk memperbetulkan segala urat yang dah lari alignment sepanjang 9 bulan kita mengandung dan banyak yang dah terjejas semasa kita meneran nak bersalin tu. Isk takut pula fikir.

InsyaAllah, aku akan berpantang di rumah mertua selama seminggu. Semangat Umi awal-awal lagi dah cakap nak ambil cuti. Cucu pertama katakan. Aku okay sahaja, ibu mertua ni tak banyak beza pun dengan ibu sendiri. Cuma mungkin dengan ibu sendiri kita boleh mengada-ngada sikit, dengan Umi.. erm, sama mengada je kot aku ni HEHE. Aku ingat nak hire tukang urut selama 3 hari di rumah Umi, selebihnya di rumah Mama. Untuk kat rumah Mama tak ada masalah sangat, ramai tukang urut sekeliling situ. Kawasan kampung katakan. Mama pun okay saja bila aku bagitahu akan duduk rumah Umi seminggu. Di pihak keluarga aku, anak aku nanti merupakan cucu ke-12. Mungkin kami boleh mempertimbangkan untuk membentuk satu pasukan bola untuk anak-anak buah kelak.

Berkenaan tukang urut semasa berpantang, bukan semua tukang urut ni menyediakan pakej sekali dengan penjagaan. Kebanyakannya hanya menyediakan perkhidmatan urut, memakaikan bengkung, pilis dan param sahaja. Tak termasuk menyediakan makanan, memandikan bayi, memandikan Mummy, etc. Yang sekali dengan penjagaan tu dipanggil confinement lady. Ada juga yang hanya berurut sahaja, takde bertungku/bengkung segala. So kena tanya betul-betul. Tapi kebanyakannya tak sediakan bengkung, kalau ada pun kau kena beli bengkung dia. Harga bengkung lebih kurang RM55-RM70. Tapi bengkung ni biasanya ada sekali dengan set bersalin yang kau dah beli siap-siap tu. Nanti aku cerita pasal set bersalin pulak (macam bagus-bagus semua pun nak cerita).

Yang confinement lady tu kalau ibu dan ibu mertua kita bekerja dan tak boleh nak tumpukan perhatian sepenuhnya pada kita semasa tempoh berpantang, lebih baik ambil confinement lady ni. Range harga lebih kurang RM1500-RM2000 untuk 2 minggu. Lebih kurang begitulah harga yang aku dapat, kalau ada yang dapat lagi murah aku tak tahulah.

Dan based on survey juga, range harga untuk urut/tungku/bengkung/pilis/param selepas bersalin ni biasanya RM100 ke bawah untuk sehari. Dalam RM85 macam tu boleh dapat. Sebaik-baiknya kena berurut paling kurang 3 hari berturut-turut selepas bersalin. Lebih banyak lebih bagus. Aku jumpa paling murah RM50 sehari, tapi kita kena pergi jemput dia sebab makcik tu tak ada transport. Dan makcik tu recommended by several people jugalah, ada seorang customer dia cakap lepas seminggu urut berat badan dia turun 12kg. Dengar je pasal berat badan tu memang teruja betul aku, sebab hampir 8 bulan mengandung berat badan dah naik hampir 10kg T_T. Dan suami pun sanggup pula nak jemput dan hantar tukang urut itu selagi dia masih bercuti. Tapi belum booking lagi, nak discuss dengan mertua dulu, in case Umi boleh recommend someone better based on her experience. We'll see..

Bila boleh start berurut? Ada tukang urut yang cakap sehari selepas bersalin dah boleh berurut, ada yang kata tunggu jahitan sembuh dahulu, ada yang bagi tempoh macam 4 hari selepas bersalin. Entah mana yang betul pun aku tak tahu. Mama cakap sehari selepas bersalin dah boleh dah, mana ada orang berurut sampai part jahitan tu. Dengar pasal jahit-jahit ni memang meremang lah tsskk..

Itulah lebih kurang yang aku boleh share pasal urut semasa berpantang ni. Aku ada list panjang lebar nama-nama tukang urut sekitar KL dan Selangor, siap dengan harga sekali. Ingat nak taip sini semua, tapi benda tu korang boleh Google je kot, semuanya di hujung jari je kan heppp jangan nak pemalas sangat nanti baby ikut pemalas! *tiba-tiba garang*

Hee.. As-Salam.



5 comments:

  1. hiks, mak ijah pun ckp , masa muda2 boleh la ckp tak apa tak ikut sgt pantang segala. tunggu masuk umur 30 / 40 tahun , rasa la sakit sana sini mengalahkan org umur 60 tahun T_T

    ReplyDelete
  2. btul2..kena brpantang betul2..ti kesan msa tua..masa tu baru ckap kt dri sndri "padan muka aku" hahahaha...xthu lah turn aku nnt cm ne..huhuhu..dh laa penyegan nak makan jamu..(makan benda lain..laju je)..huahuahua..smoga mummy una sehat yek..LOL

    ReplyDelete
  3. 2nd day dah boleh stat urut kalau normal...good luck!

    ReplyDelete
  4. salam, boleh x suggest tukang urut.. sy duk area keramat.. thanks.. nie email address sy pumpkin8734@yahoo.com

    ReplyDelete
  5. salam, boleh x suggest tukang urut.. sy duk area keramat.. thanks.. nie email address sy pumpkin8734@yahoo.com

    ReplyDelete