expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, May 9, 2011

Cantik di Mata Suami

Aku suka baju kurung. Tapi mungkin bukan untuk dipakai ketika mengandung. Awalnya aku rasa biasa-biasa sahaja pakai baju kurung setiap hari Jumaat, tapi aku perasan sejak mengandung ni tiap-tiap kali aku pakai baju kurung ke pejabat mesti akan ada orang cakap aku macam makcik-makcik. Erm, no. Tiap kali orang cakap aku nampak macam makcik-makcik, mesti masa tu aku tengah pakai baju kurung :(

Lalu aku memandang sejenak diri sendiri di hadapan cermin. Betullah. Macam makcik suri rumah yang dah beranak pinak (no offense makcik suri rumah yang dah beranak pinak, it's not you, it is me).

Sedih tak terperi. Nekad taknak pakai baju kurung lagi. I mean, taknak pakai baju kurung lagi masa mengandung. Sepanjang pemanduanku pulang ke rumah bermacam perkara bermain-main di fikiran.

Mengandung tidak bermakna tidak perlu menjaga penampilan.
Kalau Suami bosan macam mana?
Kalau Suami malu dengan penampilan kita macam mana?

Dengan perasaan sedih yang terbawa-bawa (Drama Queen, macam biasa), tunggu traffic light merah, aku SMS Suami di rumah yang kepenatan baru lepas habis exam.

I feel old and ugly :(

Suami balas,

Kenapa pulak ni?

Beria-ia aku mengadu,

Sejak pregnant ni bila pakai baju kurung, orang cakap kita nampak macam makcik-makcik. Kita sedih sangat :(

It didn't take too long for him to reply,

Cantik bagi Abang je dah cukup kan?

Dengan airmata bergenang ditambah dengan hujan yang mencurah-curah di jalan raya (untuk menambah kedramatikan cerita tadi), aku tersenyum sendiri menyedari selama ini walau bagaimana pun penampilan aku, Suami masih memegang erat tanganku, masih mengurut lembut bahu ketika berjalan bersama di khalayak ramai.

Tak kisahlah jika kata-kata beliau mungkin hanya untuk menjaga hati dan perasaan, tapi memang kata-kata itulah yang aku perlukan ketika ini. Ya, aku biasanya memang suka orang yang berterus terang, tapi.. dalam keadaan emosi seperti ini, err, maybe not. Save your honesty to other time, when I'm not easily disturbed and cepat sentap lalu menjengkelkan ramai pihak :/


Thank you, my better half :)



5 comments:

  1. You're always pretty sis! :)

    ReplyDelete
  2. Amal:
    Huu.. Thanks.
    Padanlah tengok kat dah lama tak update, rupanya dah tukar link rupanya.


    f.a.r.a.h:
    You haven't see me like, forever. Tssk.
    But thanks :p

    ReplyDelete
  3. Nak suami macam tu. i wish:(

    ReplyDelete
  4. owh. now i know some woman just need what they want to here at certain time. thank for make me realize n u r soo lucky to have a very gentle husband. :)

    ReplyDelete