Monday, March 27, 2017

Sabah Trip Day 1: Off to Kundasang (Strawberry Garden Hotel)

Assalamualaikum, hi! Been really busy lately sampai cerita 2 minggu lepas pun tak cover dalam blog lagi. Dah agak malas sebenarnya nak blog kan, sebab you know, nak blogging ini kita kena ada mood, we have to be passionate about it baru dapat karang ayat yang menyentuh jiwa pembaca wahwah! Tapi semalam tiba tiba H tanya, "B kenapa tak blog kan lagi pasal pergi Sabah tu? Senang Abang nak keep track the date". Wow. What an avid reader we have here 😍

Trip to Sabah ni, bukanlah trip yang dah plan berbulan bulan lamanya. I don't have that patience untuk plan trip sebegitu awal. It started masa January when my family sent me to the airport for Cuckoo Bangkok trip, then on January we went to airport again to send H for umrah pula. Masa tu timbul rasa kesian pulak anak anak aku dok pergi airport je tapi tak naik airoplane pun 😩. So kami terus beli flight ticket to Sabah (dah plan last minute takkan nak pergi London pula wakaka) dan book hotel. Book dahlah last minute, nasib baik hotel masih available dan flight ticket taklah mahal sangat. It was a 4 days 3 nights trip dan ianya sangat sangat menyeronokkan! Serious wey, mungkin sebab anak dah besar dan dah faham banyak perkara so memang seronok sangatlah. Tak puas rasanya.


Ready to take-off. Flight KUL - BKI pukul 1105 pagi, perjalanan ambil masa 2 jam 35 minit. Anggaran sampai Kota Kinabalu pada jam 1.40pm. Flight ticket untuk kami berempat rasanya dalam RM1200 return. Quite okay jugalah rasanya seorang RM300.


Ini adalah kali pertama Adam Muaz naik aeroplane so memang kami agak teruja juga untuk tengok reaksi dia macam mana. Tapi 5 minit je lepas gambar ni dia terus tidur HAHAHA dasar kaki tidur.

Dekat nak sampai baru dia bangun, dan soalan pertama dia adalah, "Aeroplane ni dah terbang ke?" 😂😂

 

Baru bangun tidur.

Sampai sampai KKIA, luggage kami pecah teruk sebenarnya. Lupa pula nak ambil gambar tapi memang pecahlah, dengan roda tercabutnya, nasib baik ada lapisan kain kat dalam so taklah terburai kain baju segala. Iyalah luggage free gift sign up credit card dulu, mestilah tak berkualiti. But fret not, sebab esoknya AirAsia ganti dengan luggage baru yang lagi sturdy dan cantik haha.

Keluar dari airport tu our Sabahan friend, Edmond sudah menunggu. H minta tolong beliau untuk carikan kereta sewa sebab kami plan nak memandu sendiri dari Kota Kinabalu ke Kundasang. Kami sewa Nissan Almera auto, RM150 untuk setiap 24 jam. Kalau in case terguna extra hours, lebih 5 jam dikira sebagai sehari. Okay jugalah kereta itu, tapi rasanya semput juga bila naik bukit. Best lagi drive Vios.



Sepanjang perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kundasang tu memang hujan lebat dan kabus tebal. Kami hanya drive berpandukan Waze saja, drive macam biasa jangan slow sangat jangan speeding sangat. Ikut je kereta depan inshaaAllah okay. 

Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kundasang mengambil masa lebih kurang 2 jam lebih. Better gerak awal dari Kota Kinabalu sebab kalau drive masa hari dah gelap tambah dengan kabus tebal lagi, mungkin agak berbahaya untuk orang yang tak biasa dengan jalan sana.


Alhamdulillah, selamat sampai ke Kundasang dengan berpandukan hanya Waze semata mata. Dalam perjalanan tadi ada beberapa tempat yang takde line pun tapi rasanya tak perlu risau sebab jalan dia terus je sampai Kundasang ni, dan boleh refer signboard juga. Kami menginap di Strawberry Garden Hotel. Bila dah ada line tu boleh Waze hotel ini, agak agak macam dah dekat tu boleh slow sikit kereta sebab kalau drive laju memang confirm akan terlepas. Belok je selekoh terus entrance masuk ke hotel, mujur sempat nampak.


Strawberry Garden Hotel
1 night with breakfast for 2 adults and 2 kids = RM159.05 inclusive all taxes and fees
2km from Kundasang town, around 10-15km from Desa Dairy Cattle Farm.


Hotel dia simple je, harga itu untuk queen sized bed, sementara anak masih kecil ni masih muat lagi share katil. Tapi kalau upgrade sikit dapat extra single bed pun taklah mahal sangat, tambah extra RM20 je tak salah.



Sampai hotel around pukul 5 petang, bagi Daddy rest dulu. Memang first day ni kami plan untuk berehat di hotel je 2 jam lebih flight dan 2 jam lebih driving. Kesian Daddy.

Hotel memang simple, tapi view dia mashaaAllah.. magnificent! Superb sangat. Eh memang puas hatilah duduk hotel ni, highly recommended!


Yusuf tunjuk kat Muaz cakap "Itulah Bukit Kinabalu" haha dia ingat Gunung Kinabalu tu level level Broga Hills yang Mummy dia daki tu agaknya 😅. Anyway yang belakang tu is not even Gunung Kinabalu pun, waktu macam ini mana boleh nampak dah puncak Gunung Kinabalu.

Okay dah alang alang cerita pasal Strawberry Garden Hotel, I cover teruslah apa yang ada di hotel ini termasuk gambar pada hari kedua.


Untuk naik ke bilik hotel you kena naik tangga macam setinggi rumah 2 tingkat juga. So kalau bawa luggage banyak tu faham fahamlah macam mana. Nasib baik suamiku gagah perkasa wakaka, hampir saja aku suruh beliau dukung aku sekali 😝




Sepanjang naik tangga tu memang cantiklah. Dari atas boleh nampak ada kolam ikan ni. Kena keep an eye of your children, anak aku tu macam ada gaya nak terjun je tu.


Dekat tepi bilik kamilah terletaknya strawberry garden ni. Anak anak aku memang sukalah, macam kat Cameron Highlands katanya. Kundasang ni memang sejuk, mungkin sebab hujan agak kerap juga makinlah bertambah sejuknya. So bawa sweater siap siap. Kecuali kalau kau lemak tebal macam aku 😋


 You might think they were bored, padahal taknak turun okay dok suruh aku buaikan je dahlah berat buaian ni!

Pemandangan dari perkarangan hotel. Cantik gila woi subhanallah!

Around pukul 6 dah gelap dah. Lepas Maghrib kami keluar for dinner. Dari Strawberry Garden Hotel tu boleh drive dalam 5-10 minit sampai ke Kundasang town. Ada KFC kalau nak, tapi kami lapar nasi so we settled for restoran yang ramai crowd. Makan nasi putih, sup daging dan telur dadar je pun dah heaven sangat dah sebab memang sejuk dan kelaparan. Takde gambar kedai, sebab kedai biasa je pun. On the way balik singgah kedai runcit nak beli makanan untuk kunyah kunyah malam malam, nampak biskut Gery ni. Terlompat terus sebab tak pernah makan 😂


Beli 2 packets je, nasib baik tak beli banyak sebab macam muak juga lepas makan sekeping je pun.



Dua orang ini bab makan benda manis mana pernah muak. I prefer yang perasa coklat berbanding cheese. Muak.

Pukul 8 lebih dah siap mandi semua orang, terus tidur. Memang kepenatan betul! Lagipun esok kena bangun awal, nak pergi tengok lembu 🐄🐄. Stay tune untuk cerita hari kedua, memang best sangat rugi tak baca! #oversell 😂



Monday, March 6, 2017

Merendah Diri Yang Membinasakan

This morning I received an awkward message from one of my old friend which basically says, "I'm sorry I have to unfriend you because your life seemed so good". Speechless sekejap aku, because honestly to unfollow or unfriend people on social media is not unusual (because I do this kind of thing too!), but to tell the person that we have unfriended him/her and explain the reason is actually something new to me 😅. Later I found out that she was just went through a very nasty divorce and perhaps this is one of the ways she choose to 'heal' herself. I don't blame her though, but perhaps no explanation is necessary. You want to unfollow/unfriend people, you just do it. Or mungkin dia taknak aku salah faham later dan bersangka buruk pada dia, so she explains. Well that makes sense 😏

What happened this morning has suddenly got me thinking. Lama fikiran aku menerawang berfikir sambil jemur baju dok fikir, sambil masak nasi dok fikir, eh motif bagitau ini untuk tunjuk rajin buat kerja rumah kah bahahaha! 😜😜. Seriously, ianya membuatkan aku berfikir betapa kita semua cenderung untuk merendah diri lalu membinasakan diri sendiri dan orang lain. Apa kaitannya dengan cerita di atas? Okay jujurnya, when I received the message this morning, the first thing yang aku terfikir nak reply dia adalah "No lah, hidup aku biasa biasa je macam orang lain juga ada masalah blablabla", you know, things we tend to say just to make other people feel better about their bad situation? But I stopped. Sebab my life is indeed, happy. Alhamdulillah, and I don't have to say otherwise just to make us equal. 

Aku tak patut mendedahkan masalah aku hanya kerana hidup orang lain bermasalah.
Aku tak patut memburukkan suami aku hanya kerana suami orang lain buruk.
Aku tak perlu menafikan kebahagiaan aku, hanya kerana orang lain tak bahagia. 

Itu bagi aku, mendustakan nikmat yang Allah bagi. Dan aku rasa itulah yang sering dilakukan ramai orang (termasuklah aku sendiri!) selama ini, dan kata kata dari yang keluar dari mulut kita sebenarnya merupakan satu doa.

So I just say, "MashaaAllah Alhamdulillah. Do whatever makes you happy, it's okay. Semoga kau juga akan bahagia sebab bahagia itu milik semua orang". Sebab bahagia aku, adalah kerja Allah, atas kehendak Allah dan atas kurniaan Allah. 

Situasi ini juga sering berlaku apabila melibatkan anak anak dan mulai hari ini jomlah kita berazam untuk ubah mindset dan ucapan kita apabila melibatkan anak anak. Sebab sangat kerap berlaku, bila orang puji anak kita, apa yang kita buat? Kita nafikan pujian itu dan burukkan anak kita pula 😔

Orang cakap: "Bagusnya Muaz ni rajin buat homework"
Kita balas: "Ni pun nak kena paksa baru buat, kalau tidak jangan harap nak buat"

Orang cakap: "Pandainya anak kau solat mengaji, sejuk hati tengok"
Kita balas: "Takdelah pandai sangat pun, malas sebenarnya dia ni, main je banyak"

Ya betul niat kita sebenarnya nak merendah diri, taknak riak dan sebagainya, tapi dalam masa yang sama kita buat dosa lain yang lebih buruk kesannya pada anak anak. Kita sebenarnya boleh merendah diri, tanpa perlu menafikan anugerah yang Allah beri. Kita letak semua perkara yang baik datangnya dari Allah,

 "Alhamdulillah. Semoga kerajinan ini berterusan"
"MashaaAllah. Budak budak memang otaknya senang meresap ilmu"

Itu antara ayat yang sepatutnya kita sebut, dan yang aku akan ubah mulai saat ini. Ucapkanlah perkataan yang baik baik, apatah lagi jika kita sebagai ibu ini memperkatakan tentang anak anak. Semuanya boleh jadi doa dan inshaaAllah diperkenankan. Aku tahu, kadang kadang sesuatu situasi itu membuatkan kita rasa janggal untuk 'mengucapkan syukur', sebab aku pernah beberapa kali berada dalam situasi yang orang sekeliling semua mengadu tentang suami atau anak masing masing dan aku hanya berdiam diri, tiba tiba semua orang beralih topik pada aku dengan ayat seperti,

"Husna untunglah, suami rajin tolong dia blabla" atau
"Husna lainlah, anak dia dengar cakap tak lasak sangat blabla"

Dan dari pandangan mereka aku dapat merasakan yang mereka mahukan aku berkata sesuatu seperti "Taklah, suami aku pun sama teruk juga macam itu blabla" atau "Eh anak aku tu korang nampak je baik macam itu tapi blabla" but I choose not to give in. Nombor 1, sebab laki aku memang awesome pun wakakaka 😝😝. Okay seriously, sebabnya aku tak nampak apa keperluannya mendedahkan keburukan suami just to make other people feel better about their marriage. Aku pernah tau sekali tu tengok gambar rumah someone penuh dengan pokok bunga, sayur sayuran dan sebagainya dan menurut gambar itu semuanya ditanam oleh suaminya so aku yang tengah sangat impressed masa itu pun komen, "Rajin suami awak tanam tanam ni, menjadi pulak tu pokoknya!". Tanpa disangka sangka the woman reply, "Ini jelah yang dia tahu pun, benda lain semua tak boleh harap hahaha". Terkesima aku, sebab aku tak harap pun akan terima jawapan seperti itu because I don't need to know someone else's husband's weaknesses just to make me feel better about my husband. No, I'm way better than that 😎. WE ALL should be better than that.

 You know, manusia ini memang perlu melihat orang lain bermasalah untuk membuatkan kehidupan mereka berasa lebih baik. Mereka salah faham tentang konsep 'melihat orang di bawah untuk merasa bersyukur'. That is totally two different things. Kita melihat orang yang berada di bawah supaya kita bersyukur dengan nikmat Allah dan dibukakan hati untuk membantu mereka yang memerlukan. Kita tak patut mengharapkan orang lain (apatah lagi kawan terdekat dan orang sekeliling) hidup bermasalah dan tidak bahagia, hanya kerana kita sendiri tidak bahagia. Bila sampai tahap hati kita berasa seronok dan berbunga bunga melihat kejatuhan orang lain, well, there's obviously something wrong with your heart. You should be worry about yourselves.

Terlalu banyak perkara negatif berlaku dalam dunia sekarang, we don't need more of it. Let's spread good things and bring good feelings to other people. Kita sorok masalah, bukan bermakna kita bersikap hipokrit. Dan kita memilih untuk bercakap dan tunjukkan hanya perkara yang baik baik, bukan bermakna kita riak dan berpura pura. Let's change our mindset.


Thursday, March 2, 2017

Jaga Rezeki Untuk Murah Rezeki

Okay kita selalu dengar kan rezeki ini ada macam macam selain rezeki materialistik seperti harta dan wang ringgit. Segala perkara baik yang kita ada sekarang, itulah sebenarnya rezeki yang Allah bagi pada kita. Antaranya anak (zuriat), kesihatan, jiran yang baik, ibu bapa yang dipanjangkan umur (agar kita boleh terus berlindung di bawah pohon doa mereka), makan pakai yang cukup walaupun gaji kecil dan banyak lagi.

Itu semua adalah rezeki. Dan selalu kita dengar kan, semakin kita bersyukur, semakin rezeki kita dilimpahruahkan? Be thankful for what you have, you'll end up having more. Semua orang tahu, tapi bukan semua orang apply dalam kehidupan seharian. Termasuklah aku.

Bila kerja sendiri ini, walaupun masa kerja adalah sangat flexible (alhamdulillah), tapi ianya juga bermaksud masa kerja adalah tidak menentu. Orang berniaga kan, bukannya dah fixed masa customer cari kita. Kadang kadang dah lewat malam tiba tiba ada orang comment PM kat Facebook. Kena reply terus dan delete comment itu terutamanya bila potential customer itu tinggalkan nombor handphone dia siap siap. Yelah, kang orang Cow*y rembat pula selamba je curi rezeki orang ingat kita buat iklan free ke. Jangan ingat aku tak tahu okay? Banyak kali tau aku menyamar jadi customer dan comment pada iklan aku sendiri, berduyun duyun orang Cow*y datang message aku suruh beli product depa. Eh come on lah? Takkan desperate macam itu sekali? Aku tak pernah ganggu pun rezeki orang lain. Tak berkat tahu tak sailang rezeki orang macam itu? Contoh aku buka kedai jual baju, kau nampak ada orang turun kereta menuju kedai aku tiba tiba kau halang dia tengah jalan suruh pergi kedai kau sebab kau pun jual baju sambil buruk burukkan kedai aku. Elok ke perangai macam itu? Bila kena sound pandai pula cakap rezeki kena kongsi ewah kau. Konsep kongsi rezeki hanya applicable kalau kau sama sama kongsi modal. Paham tak? Haa panjang pulak leteran dah alang alang kan. Lama aku diam makin menjadi jadi pula.

Anyway, that's it. Kena reply message atau WhatsApp tu cepat. Kadang kadang waktu itu adalah waktu bedtime story dengan anak anak, atau waktu aku check bacaan Iqra' atau Siri Cepat Membaca mereka, atau just simply cuddling and tickling them to bed. So aku kadang kadang keraskan hati, yang Mummy cari rezeki. Mummy kena fokus kerja.

Sampailah ada suatu hari tu aku dok termenung memikirkan konsep rezeki ini. Alhamdulillah rezeki aku memang baik sejak beberapa bulan ini, dari segi wang ringgit rasanya berganda melebihi gaji aku waktu bekerja pejabat dulu. Tapi aku rasa sepertimana aku, ramai sebenarnya yang terlepas pandang konsep rezeki ini. For instance, anak anak kita. Kita nak cari rezeki, tapi kita abaikan rezeki (anak anak) yang lebih bernilai yang Allah dah bagi ini. Faham tak? Kita kejar rezeki, tapi rezeki yang dah ada kita ambil berat pun kepentingannya. Kita sibuk reply customer sebab NAK CARI REZEKI, sedangkan waktu itu adalah waktu untuk kita MEMELIHARA REZEKI YANG SEDIA ADA. Macam mana Allah nak beri kita lebih rezeki sedangkan rezeki yang ada pun kita tak hargai?

Contoh kita sebagai manusia, kita bagi hadiah pada A. A tak jaga pun hadiah itu, tapi sibuk dok meminta minta hadiah lagi? Sakit tak hati kita nak bagi hadiah lagi eh kau ni cuba tengok apa yang aku dah bagi tu. Itulah yang aku fikirkan berdasarkan pandangan aku sebagai manusia biasa. Aku fikir, entah entah kalau aku lebih jaga rezeki (selain wang ringgit) seperti anak anak, Mama Baba, jiran tetangga, besar kemungkinan Allah akan lebih permudahkan rezeki material aku. Sebab Allah 'nampak' yang kita hargai rezeki, jadi Dia beri lebih lagi.

Begitulah dalam hal lain juga. Macam mana nak murah rezeki kalau rezeki kesihatan yang Allah bagi kita sia siakan? Hisap rokok, makan berlebihan sampai obesiti dan sebagainya. Badan adalah amanah, kesihatan yang baik adalah rezeki. You nak kaya, tapi you buat Allah marah. You abaikan amanah Allah. Macam mana nak kaya kalau ibu bapa kita masih hidup dan mendoakan kita tapi kita ziarah atau hubungi mereka sebulan sekali pun susah? 

Jadi itulah yang aku cuba ubah dalam diri aku dan jadual kerja aku. Aku masih kerap bersama handphone tapi bila mana anak anak datang pada aku atau bercakap dengan aku, aku memang akan letak terus handphone dan bercakap dengan mereka sambil mata tepat pandang mata anak anak. Kalau waktu itu sangat kritikal aku perlu reply WhatsApp, aku minta anak anak beri Mummy 5 minit, dan habis 5 minit memang aku terus letak handphone dan attend to their needs walaupun just tengok hasil lukisan atau mendengar cerita lawak yang berlaku di sekolah. Bukannya layan anak anak berbual tapi tangan tetap menaip, mata pandang skrin iPhone. Sedihnya perasaan anak anak diperlakukan seperti itu.

Allah nampak apa yang kita buat, kita nak tipu siapa? Beria-ia berdoa siang malam minta murah rezeki, minta close sales 20 unit sebulan blabla, tapi rezeki lain yang Allah dah bagi kita sambil lewa saja. Peliharalah rezeki yang ada, inshaaAllah rezeki lain akan semakin dimurahkan. Semoga niat aku menggembirakan anak anak ini akan 'menggembirakan' Allah, dan semoga urusan harian aku dan kita semua akan semakin dipermudahkan. Amin..