Monday, March 27, 2017

Sabah Trip Day 1: Off to Kundasang (Strawberry Garden Hotel)

Assalamualaikum, hi! Been really busy lately sampai cerita 2 minggu lepas pun tak cover dalam blog lagi. Dah agak malas sebenarnya nak blog kan, sebab you know, nak blogging ini kita kena ada mood, we have to be passionate about it baru dapat karang ayat yang menyentuh jiwa pembaca wahwah! Tapi semalam tiba tiba H tanya, "B kenapa tak blog kan lagi pasal pergi Sabah tu? Senang Abang nak keep track the date". Wow. What an avid reader we have here 😍

Trip to Sabah ni, bukanlah trip yang dah plan berbulan bulan lamanya. I don't have that patience untuk plan trip sebegitu awal. It started masa January when my family sent me to the airport for Cuckoo Bangkok trip, then on January we went to airport again to send H for umrah pula. Masa tu timbul rasa kesian pulak anak anak aku dok pergi airport je tapi tak naik airoplane pun 😩. So kami terus beli flight ticket to Sabah (dah plan last minute takkan nak pergi London pula wakaka) dan book hotel. Book dahlah last minute, nasib baik hotel masih available dan flight ticket taklah mahal sangat. It was a 4 days 3 nights trip dan ianya sangat sangat menyeronokkan! Serious wey, mungkin sebab anak dah besar dan dah faham banyak perkara so memang seronok sangatlah. Tak puas rasanya.


Ready to take-off. Flight KUL - BKI pukul 1105 pagi, perjalanan ambil masa 2 jam 35 minit. Anggaran sampai Kota Kinabalu pada jam 1.40pm. Flight ticket untuk kami berempat rasanya dalam RM1200 return. Quite okay jugalah rasanya seorang RM300.


Ini adalah kali pertama Adam Muaz naik aeroplane so memang kami agak teruja juga untuk tengok reaksi dia macam mana. Tapi 5 minit je lepas gambar ni dia terus tidur HAHAHA dasar kaki tidur.

Dekat nak sampai baru dia bangun, dan soalan pertama dia adalah, "Aeroplane ni dah terbang ke?" 😂😂

 

Baru bangun tidur.

Sampai sampai KKIA, luggage kami pecah teruk sebenarnya. Lupa pula nak ambil gambar tapi memang pecahlah, dengan roda tercabutnya, nasib baik ada lapisan kain kat dalam so taklah terburai kain baju segala. Iyalah luggage free gift sign up credit card dulu, mestilah tak berkualiti. But fret not, sebab esoknya AirAsia ganti dengan luggage baru yang lagi sturdy dan cantik haha.

Keluar dari airport tu our Sabahan friend, Edmond sudah menunggu. H minta tolong beliau untuk carikan kereta sewa sebab kami plan nak memandu sendiri dari Kota Kinabalu ke Kundasang. Kami sewa Nissan Almera auto, RM150 untuk setiap 24 jam. Kalau in case terguna extra hours, lebih 5 jam dikira sebagai sehari. Okay jugalah kereta itu, tapi rasanya semput juga bila naik bukit. Best lagi drive Vios.



Sepanjang perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kundasang tu memang hujan lebat dan kabus tebal. Kami hanya drive berpandukan Waze saja, drive macam biasa jangan slow sangat jangan speeding sangat. Ikut je kereta depan inshaaAllah okay. 

Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kundasang mengambil masa lebih kurang 2 jam lebih. Better gerak awal dari Kota Kinabalu sebab kalau drive masa hari dah gelap tambah dengan kabus tebal lagi, mungkin agak berbahaya untuk orang yang tak biasa dengan jalan sana.


Alhamdulillah, selamat sampai ke Kundasang dengan berpandukan hanya Waze semata mata. Dalam perjalanan tadi ada beberapa tempat yang takde line pun tapi rasanya tak perlu risau sebab jalan dia terus je sampai Kundasang ni, dan boleh refer signboard juga. Kami menginap di Strawberry Garden Hotel. Bila dah ada line tu boleh Waze hotel ini, agak agak macam dah dekat tu boleh slow sikit kereta sebab kalau drive laju memang confirm akan terlepas. Belok je selekoh terus entrance masuk ke hotel, mujur sempat nampak.


Strawberry Garden Hotel
1 night with breakfast for 2 adults and 2 kids = RM159.05 inclusive all taxes and fees
2km from Kundasang town, around 10-15km from Desa Dairy Cattle Farm.


Hotel dia simple je, harga itu untuk queen sized bed, sementara anak masih kecil ni masih muat lagi share katil. Tapi kalau upgrade sikit dapat extra single bed pun taklah mahal sangat, tambah extra RM20 je tak salah.



Sampai hotel around pukul 5 petang, bagi Daddy rest dulu. Memang first day ni kami plan untuk berehat di hotel je 2 jam lebih flight dan 2 jam lebih driving. Kesian Daddy.

Hotel memang simple, tapi view dia mashaaAllah.. magnificent! Superb sangat. Eh memang puas hatilah duduk hotel ni, highly recommended!


Yusuf tunjuk kat Muaz cakap "Itulah Bukit Kinabalu" haha dia ingat Gunung Kinabalu tu level level Broga Hills yang Mummy dia daki tu agaknya 😅. Anyway yang belakang tu is not even Gunung Kinabalu pun, waktu macam ini mana boleh nampak dah puncak Gunung Kinabalu.

Okay dah alang alang cerita pasal Strawberry Garden Hotel, I cover teruslah apa yang ada di hotel ini termasuk gambar pada hari kedua.


Untuk naik ke bilik hotel you kena naik tangga macam setinggi rumah 2 tingkat juga. So kalau bawa luggage banyak tu faham fahamlah macam mana. Nasib baik suamiku gagah perkasa wakaka, hampir saja aku suruh beliau dukung aku sekali 😝




Sepanjang naik tangga tu memang cantiklah. Dari atas boleh nampak ada kolam ikan ni. Kena keep an eye of your children, anak aku tu macam ada gaya nak terjun je tu.


Dekat tepi bilik kamilah terletaknya strawberry garden ni. Anak anak aku memang sukalah, macam kat Cameron Highlands katanya. Kundasang ni memang sejuk, mungkin sebab hujan agak kerap juga makinlah bertambah sejuknya. So bawa sweater siap siap. Kecuali kalau kau lemak tebal macam aku 😋


 You might think they were bored, padahal taknak turun okay dok suruh aku buaikan je dahlah berat buaian ni!

Pemandangan dari perkarangan hotel. Cantik gila woi subhanallah!

Around pukul 6 dah gelap dah. Lepas Maghrib kami keluar for dinner. Dari Strawberry Garden Hotel tu boleh drive dalam 5-10 minit sampai ke Kundasang town. Ada KFC kalau nak, tapi kami lapar nasi so we settled for restoran yang ramai crowd. Makan nasi putih, sup daging dan telur dadar je pun dah heaven sangat dah sebab memang sejuk dan kelaparan. Takde gambar kedai, sebab kedai biasa je pun. On the way balik singgah kedai runcit nak beli makanan untuk kunyah kunyah malam malam, nampak biskut Gery ni. Terlompat terus sebab tak pernah makan 😂


Beli 2 packets je, nasib baik tak beli banyak sebab macam muak juga lepas makan sekeping je pun.



Dua orang ini bab makan benda manis mana pernah muak. I prefer yang perasa coklat berbanding cheese. Muak.

Pukul 8 lebih dah siap mandi semua orang, terus tidur. Memang kepenatan betul! Lagipun esok kena bangun awal, nak pergi tengok lembu 🐄🐄. Stay tune untuk cerita hari kedua, memang best sangat rugi tak baca! #oversell 😂



3 comments:

Jepun Mari said...

mmg ya pun klu mkn banyk biskut gary tu lama2 muak, bg yg suka cheese bolh bntai habis 1 pax, bg kita ni satu tu pun jenuh nak mengabihkan.

Jepun Mari said...

happy holiday..

Wanie Mahir said...

biskut gery cheese tu i boleh habiskan sepeket tanpa rasa bersalah.. muahaha.. btw, harga biskut gery kat sandakan lagi murah. rm2.50/pack.. but rm3.80 is ok berbanding harga kat semenanjung ni.