expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, March 4, 2015

Brothers

Ahad lepas kami ke majlis aqiqah di rumah cousin ipar aku. Seperti yang telah aku nekadkan sebaik sahaja H habis belajar, apa sahaja undangan inshaAllah kami akan cuba penuhi. Merapatkan silaturrahim, mengeratkan hubungan kekeluargaan. 

Selepas beberapa jam di situ, kami mahu beransurlah, nak ke rumah Mama pula. Sudah hampir 2 minggu tak balik sana. Keluar keluar, H tak jumpa selipar dia. Puas dicari, puas ditengok pada kaki setiap tetamu di luar yang sedang makan, tak jumpa juga. Selipar biasa je pun. Mungkin orang tertukar, mungkin nak pinjam pakai sekejap terpakai bawa balik.

H berdiri di tepi, "Dah tu macam mana ni? Kang Abang pakai je kang selipar mana mana kat sini"

Aku kata jangan, nanti cycle tu akan berterusan-- pemilik selipar yang dipakai oleh H akan pakai selipar orang lain, orang lain itu akan pakai orang lain punya pula. Ramai pula yang susah nanti. Teringat Baba dulu masa sembahyang Jumaat ada orang ambil selipar Baba, Baba balik berkaki ayam je sebab tak mahu menyusahkan orang lain. Jalan kaki pula tu dari masjid ke rumah! That's my father. Lelaki paling baik di dunia :')

"Tak apalah, nak pergi rumah Mama je pun. Nanti kat sana pakai la mana mana selipar untuk sementara"

So H pun masuk la kereta dan drive ke rumah Mama berkaki ayam HAHA. 

Dalam kereta, Ammar Yusuf (yang sangat menyayangi bapanya -____-") kelihatan tidak berpuas hati, 

"Kenapa orang ambil selipar Daddy?"
"Kesian Daddy tak ada selipar"
"Orang tu suka selipar Daddy ke?"
"Orang tu takde selipar ke?"

Melihatkan Ammar Yusuf yang runsing dan bertanya tanpa henti, H pun cakap,

"Kesian kan Daddy, macam mana Daddy nak jalan ni..."

Ammar Yusuf diam. H mula mengusik,

"Abang dukung la Daddy.. Kalau Abang tak ada selipar Daddy selalu dukung Abang. Ni Daddy takde selipar, Abang dukung la Daddy pulak.."

"Mana boleh! Abang kan small," ketawa ketawa Ammar Yusuf menjawab.

"Abang kata Abang dah big boy? Bolehlah dukung Daddy kan?" aku menyambung.

Ammar Yusuf diam sekejap seperti berfikir dan tiba tiba memberi cadangan, "Mummy jelah dukung Daddy."

"Kenapa Mummy pulak?" aku tanya.

"Sebab.... Mummy dengan Daddy kan brothers"

T______T


So, we are brothers =))))


2 comments:

  1. hahahahahaha...hahahahaha..
    serious klaka.hahaha..kat office ni tengah buat kerja sambil-sambil baca blog una..tiba-tiba gelak sensorang..hahaha..dah lama tak baca blog dan berblog. Eh..Una, asal nampak cun sgt skarang? tak macam mommy anak dua pun...

    -nutt-

    ReplyDelete