expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, March 9, 2015

My Tudung Style: Now and Then

Growing up, aku dah pernah cuba pelbagai cara mengenakan tudung. Maklumlah dari darjah 1 dah pakai tudung. Dari se-selebet punya style sampailah yang agak senonoh sedikit.

1. Tudung Bawal



 Style yang paling lama dipakai. Tak lapuk dek hujan anyway style ni, sebab sampai sekarang orang masih pakai tudung bawal. Kesian betul zaman dulu hanya bergantung pada tudung bawal, susah okay pakai bawal ni. Salah kelepet sikit, memang seharianlah tudung kau senget benget.

Tudung bawal sudahlah susah dipakai, mahal pula tu. Ingat lagi masa kat UiTM dulu selalulah kirim tudung bawal dari kawan yang tinggal di Terengganu, konon kat sana boleh dapat bawal berkualiti dengan harga murah. Tapi okay la, memang berkualiti pun, harga pun okay juga. Around RM30-40 sehelai.

Sekarang masih pakai lagi, tapi tak pernah beli lagi dahlah. Ulang pakai yang lama lama, kalau ada mood la. Macam dah tak reti nak pakai sekarang pun ada juga, sebab dah lama tinggal.

2. Tudung Awning

Lepas bawal, orang mula menggilai tudung awning. Padahal asalnya orang Indon je pakai tudung awning ni. Paling top masa tu, of course la Ariani. Tapi mahalnyaaaa la. Aku pernah beli sekali dua je. Sebab mahal. But yes, senang dan pantas memakainya.


My first Ariani. Jakun betul first time beli terus blog kan HAHA carilah kau kat entri lama lama dulu, tak semenggah betul perangai. RM60 buy 1 free 1. Kira harga diskaun la tu gila ke apa plain hitam pun boleh sampai RM60.


Aku panggil tudung indon je sampai sekarang pun. Dulu pakai selamba je, sekarang bila tengok balik gambar dulu dulu, mak aih tuanya la nampak sabar jelah laki aku jalan dengan aku masa tu wuuu. Sekarang dah tak pakai langsung kot. Eh ada, untuk emergency orang datang rumah secara tiba tiba. Tak apalah, boleh menyamar jadi bibik.

Ada orang memang sesuai pakai tudung ni, cantik terletak je dengan bentuk muka. But maybe not me. Tak kena dengan aku, nampak tua :(

3. Tudung Syria

Ataupun inner with shawl. Ni pun jenis senang pakai juga, dan lebih murah berbanding tudung awning. Bagi aku, stail syria ni lebih nampak muda, tapi sebenarnya taklah sesuai sangat dengan aku sebab aku jenis pipi tembam *sobs*. Untunglah orang yang cantik pakai stail syria ni, sebab senang dan cantiklah juga jenis ini.



Masa trend tudung syria ni, aku rasa aku beli semua color kot untuk inner dalam tu. Nak nak bila orang start buat inner magic yang boleh bentukkan jadi muncung sikit di depan. Nampak okaylah bila macam tu, takdelah bulat sangat nampak muka aku.

4. Shawl

By far, my favourite tudung ever! Semoga Tuhan merahmati orang yang mencipta shawl ni. Sebabnya, shawl ni dahlah murah, senang dipakai, boleh dipakai dengan pelbagai cara, paling best tak membuatkan kita nampak tua huhu. So far aku dah pakai shawl dengan pelbagai cara.

Stail Aina




All the above adalah style pertama yang aku belajar, dari Aina ex-colleague aku dulu (tudung pink baju putih flower). Hence the name hehe. Tengok, sama kan style tudung kami masa tu sabar jelah Aina aku tiru style dia :p Senang je, lipat kat muka macam biasa, pusing dan pin di tepi.

Stail Adik Ipar



Ini adalah stail yang aku belajar dari adik adik ipar hehehe. Untung okay adik ipar perempuan deret deret, selain boleh belajar memasak membuat kek menjahit (bukan patutnya kau ke yang ajar adik adik ipar kau??), boleh juga belajar cara pakai tudung. This is one of my favourite style. Sebab senang, kemas dan sopan. Rasanya ramai dah tahu pakai style ni kot.

Pari-pari Style




By Raja Nadia Sabrina. Aku suka betul style ni, tapi Raja Nadia pakai lagi cantik la of course dia tu kurus tinggi cantik putih stylish dan sebagainya aku hanyalah melukut di tepi gantang sekadar di pinggiran sedihnya perumpamaan sob sob. But thanks to her for creating this, aku sukaaaaa sangat sebab finally jumpa stail tudung yang sesuai dengan bentuk muka aku. Self-conscious tak habis habis. Aku rasa ramai juga yang suka style ni tapi rasa macam susah je nak pakai, but honestly, pakai tudung bawal lagi susah okayyy. Like seriously. Aku dah pernah upload kat Instagram long time ago on how to style this, tapi ramai yang cakap susah nak ikut sebab pendek sangat duration dia. So I come up with this.



Maaflah kualiti video tak seberapa lantaran pencahayaan bilik yang kurang memuaskan ditambah dengan model yang berwajah kusam (kalau video Instagram bolehlah aku edit bagi nampak flawless kahkah). Dan maaflah kalau panjang berjela sangat explanationnya, sebab aku cuba nak explain semua persoalan yang sering ditanya setiap kali aku terangkan cara aku pakai tu selama ini.

Senang je sebenarnya. Mungkin sebab aku dah biasa sangat pakai. Tapi masa awal awal aku cuba pakai tu 20 minit jugalah mengadap cermin sabar jelah H tunggu. Sekarang zassss 5 minit pun tak sampai. Senang je. Selesa sangat.

Lately aku sebenarnya berminat dengan cara Belle Al-Yahya tu lilit shawl dia, but rasa macam tak berapa kena dengan bentuk muka aku kot. Tak pernah cuba pun anyway, tapi tengok Kakna pakai memang cantiklah. Cantik dan sopan, mungkin sebab sesuai dengan bentuk muka dia. We'll see nanti, maybe one day, bila aku dah ada keyakinan diri sikit.

Hope this video helps :)



20 comments:

  1. Apa2 stail pun u still look pretty Husna :)

    ReplyDelete
  2. nak try jugak la pari2 style ni...teringin tp belum confident..anyway husna..u comel je pakai style camane pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try laaaa sementara muda ni hehe. Thanks Ilyana, alhamdulillah.

      Delete
  3. aku baru blaja2 pakai shawl. tapi hampa gak, kalo bulat tak menjadi, lari-lari aku tukar syira...

    senang cerita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kau cantik pakai syria tu okay je, aku ni sebab macam tak berapa kena sangat dgn syria. Kalau tak boleh stick to that style je senang sikit hee..

      Delete
  4. Assalamualaikum Husna

    Hanis sihat?
    Entah bila nak jumpa kalian sekeluarga entah. Aku, siap nak tunggu no 4 September ini, insya'Allah.

    Bab entry hang; bab tudung ni, pakai lah macamana pun. yang penting, lurus niatnya, insya'Allah x ada masalah. alah, hangpa lagi reti bab tu.

    anyway, glad to see your sons enjoy living dengan 'brother' husnahanis. Hehe, syukurlah, dalam dok sibuk-sibuk menggila keja kalian tu, menjaga anak tidak terabai. ALhamdulillah.

    Thumbs up!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.

      Hanis sihat, dah gemuk sikit maklumlah aku kan pandai masak HAHA tak tak tipu je. Haihh time flies, dari belum kahwin sampai anak dah masuk 4 dah. Girl ke boy this time? Kalau girl lagi pun apa salahnya ye dak. Ramai la menantu lelaki nanti :p

      One day boleh la meet up both families. It's gonna be fun, sebab kau ni antara blogger friends paling lama aku pernah kenal :)

      Delete
  5. Tq sis 4 d tutorial.. Slow n steady jah... Tingin jgk nak pkai mcm ni.. Cm x konpiden.. Haha.. Sentap.. Hero suka tarik shawl mama.. Tp nak try lah lps tgk una pnya tutorial... Hehe. Thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks for reading and watching the video. Cuba la untuk pakai keluar pergi kerja ke dulu, yang without anak anak. Lama lama nanti mesti rasa biasa je macam pakai tudung lain juga.

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Tqvm kak husna..will try later.kak husna pakai shawl mcmne pn still nmpk gorgeous ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha you're welcome. Taklah gorgeous mana punnn. Thanks anyway ;)

      Delete
  8. Kak unaaaa. Kau una cantikk sgt. Suka tengok kak una pakai apa pun. Stay pretty! Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Yantee! Thank you. Taklah cantik sangat pun sayang, biasa je. Awak lagi cantik kot ;)

      Delete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum
    husna pakai shaw apa ye
    thanks

    lily

    ReplyDelete
    Replies
    1. Most my shawls are from Calaqisya. Maggie Shawl type. Ada normal size, ada XL. Yang XL punya lagi cantik kalau nak buat pari pari tu.

      Delete
  11. assalamualaikum husna, lama tak dengar khabar.
    nak tanya, dalam tutorial ni, husna pakai shawl material apa? chiffon ke?

    ReplyDelete
  12. Gosshh so pretty!! Especially shawls. U look so good in shawls :D

    ReplyDelete