Sunday, March 29, 2015

'Sticker Reward' Untuk Memotivasikan Anak

Dah lama sebenarnya plan nak buat Sticker Reward ni, tapi asyik bertangguh je. Masa Ammar Yusuf baru mula potty train dulu pun ada buat sekejap, tapi tak ada lah guna sticker pun, guna tanda biasa je. Just to take note how many times he used the toilet, not as a reward pun.

Bila Rajiah buat entri pasal sticker reward recently, terasa nak cuba juga. Sebabnya... kami berdua ni, kadang kala rasa macam.... dah kehabisan idea macam mana lagi cara untuk mendisiplinkan anak anak ni. Daripada selembut lembut cara 'Naughty Corner' yang mana apabila mereka berkelakuan nakal kami suruh berdiri di sudut tepi rumah mengadap dinding untuk beberapa minit, sehinggalah cara yang lebih ganas seperti threatened to throw all the toys if they refused to clean up after playing dan kurung dalam bilik stor kalau dua dua bergaduh---both anak aku pernah kena dengan bapak dia hahah, ala tak sampai seminit pun dalam tu, just so they get some idea what awaits them if they don't behave :p. Well, we're just trying to be good parents sometimes we went overboard, forgive us, dear sons.

So earlier this week, my husband and I had a discussion and set up some ground rules for them to follow dan kalau mereka ikut aturan yang telah ditetapkan itu, mereka akan dapat sticker at the end of the day. Rules yang ditetapkan itu, adalah perkara basic yang kami dah lama mulakan selama ini, cuma belum diikuti secara berdisiplin oleh anak anak saja.


Dan ini adalah hasil experiment selama seminggu. Perkara paling atas, dan paling bawah, langsung tidak berjaya T____T

Hari pertama tu, balik je kerja aku terus panggil anak anak duduk dan terangkan fungsi untuk setiap row and column. Ammar Yusuf mendengar dengan penuh minat, Adam Muaz... well I think he was more interested to chew the stickers. Selepas selesai briefing, Ammar Yusuf punyalah bersemangat, setiap peraturan dipatuhi dan sebaik sahaja berjaya buat salah satu perkara yang disenaraikan di dalam jadual itu, terus saja dia minta sticker. He played nicely with his brother, dengar je azan Maghrib dan Isya' terus ajak Daddy solat, dah siap solat terus ambil Iqra' dan minta diajarkan, selesai mengaji terus dia pergi ambil school bag siapkan homework pula. Oh anyway I bought some exercise books to teach him to write long time ago. 

Here's a sneak peek of what's inside the book.


I think this book is quite good, dia tak terus suruh tulis ABC, dia ajar dulu cara buat straight lines, curves, zigzag, etc., supaya anak anak belajar cara memegang pensil dengan betul terlebih dahulu. I call this as his homework, Mummy balik je kerja, lepas solat dan mengaji bolehlah buat homework.
Hari pertama mengaplikasikan sistem Sticker Reward ni, it went so well and I was so happy, wow this method really works (although I feel like having a lump in my throat to say that "Lepas solat bolehlah dapat sticker", it sounds not right kan....?).

Adam Muaz pula... well, he didn't understand that he needs to earn the sticker by being a good boy, he only knows that he should have the sticker no matter what. So, I just put some in his chart when he saw that I stick to his brother's, just to avoid him throwing tantrum.


I didn't do this often anyway, yelah nanti Ammar Yusuf rasa tak adil lah adik tak buat apa apa pun dapat juga stickers. Tak apalah, Adam Muaz besar sikit nanti Mummy explain semula (praying hard he'll understand).

Hari kedua, dia dah mula acuh tak acuh. Mungkin sebab mengantuk nak tidur sebab pengasuh cakap dia tak tidur siang sangat pun. He picked a fight with his little brother, refusing to clean up his toys after playing, belajar Iqra' pun main main. Mummy was so frustrated lepas je ajar mengaji terus masuk dalam bilik tutup pintu giving both of them (three, including their father, unfortunately) a silent treatment. Maybe I was looking for perfection, maybe I was putting too much hope, or maybe I was just too tired. I feel bad after that and decided to cut myself some serious slack the day after.

Day 3, aku lebih rileks. Lepas solat, ajar mengaji, bila dia dah start main main I simply said, "Okay Abang dah taknak belajar lagi kan? Sadaqallahul'azim" terus tutup buku dan buat perkara lain. He seemed surprise, I just want to save myself from being a monster and it's not so bad after all.

What I can conclude is, 'Sticker Reward' method is good. I still agree that it is good to motivate our children to be a better person by rewarding them. Sedangkan kita orang dewasa pun akan lebih termotivasi jika diberikan ganjaran atas usaha kita, betul tak? Cuma, aku rasa cara ini lebih sesuai untuk digunakan jika kita merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. You know, being a working mom, pulang je dari tempat kerja, we are constantly torn between spending a real good time with our children, or disciplining them. You cannot do both, okay maybe you can, but it's not easy. Kita ada 4-5 jam bersama mereka selepas waktu bekerja, waktu itulah yang kita nak habiskan masa dengan mesra, kissing and hugging, tanpa marah marah. Kalau waktu itulah kita nak buat semua perkara mendisiplinkan anak anak, kita takkan dapat that quality time. Kita akan jadi guru disiplin yang sangat garang instead, or maybe it's just me. I'm trying to be realistic here. Aku taknak anak anak aku membesar hanya mengingati perkara yang menyedihkan tentang aku.

What I do now is, to take it easy and just go with the flow. Kalau aku ajak anak buat homework, tapi mereka lebih berminat untuk mewarna (instead of menulis), aku ikutkan sahaja. Kita mewarnalah sama sama. Kalau aku suruh anak anak kemas toys selepas main dan mereka buat acuh tak acuh, senang saja, kira sampai tiga dan collect semua toys yang berselerakan itu masukkan dalam plastik besar dan letak di luar rumah (konon sudah diberi pada anak jiran, later in the morning we take it back and simpan dalam almari); my husband did this once the other day, pucat lesi muka anak anak aku terkejut depa ingat bapak depa ugut main main sekali betul betul HAHAHA padan muka. Tengah belajar mengaji tiba tiba dia sengaja tukarkan 'ba' jadi 'jim', 'alif' jadi 'ta' walhal dia memang sudah tahu, aku terus berhenti saja. What he did right, I'll reward him with stickers, otherwise I'll just explain that you cannot have the sticker because you don't obey the rule, hopefully he understands.

Aku still akan terus menggunakan cara ini sementara boleh, at 1 point kita kena berhenti juga sebab cara ini bukannya berkesan untuk semua peringkat umur. Akan tiba satu tahap yang dia kena tahu yang dia perlu bersolat kerana itu adalah kewajipannya sebagai seorang Islam, bukan untuk memperoleh sticker. Dia perlu berkata baik dengan ibu bapa dan adik-adik kerana berkata baik adalah sifat seorang Muslim dan Mukmin, bukan untuk mendapatkan sticker.

Aku percaya, semua orang mahukan yang paling baik untuk anak anak. But I really think that we should give ourselves a break too, tarik nafas, bertenang. Biarlah anak orang lain yang sebaya atau lebih muda dari anak kita nampak awesome kebabom pun, tak apa. A slow start is still a start; afterall, it is not how we start, it's how we end, kan?


1 comment:

FAA said...

Thank you Kak Una for putting up this entry !!! I pon tengah nak cuba cuba dengan Nuh, tapi bila fikir balik memang dia tak faham lagi apa kepentingan sticker tuh. Hehehe. Sticker yang ada skrg pon asek kena lekat kat dahi i. :P