expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, May 21, 2013

Pengalaman Bersalin Anak Kedua

Pagi 3hb May 2013, at my 39 weeks 2 days of pregnancy, bangun tidur ada nampak blood show banyak daripada biasa, tapi taklah penuh pad pun, just like half of pantyliner je. Tapi takde rasa sakit sangat pun. I let my husband to go to work and kalau dah agak-agak sakit lebih sikit I'll call him, malas nak suruh dia cuti takut false alarm lagi membazir cuti saje.

Pagi tu, selesaikan basuh baju, lipat baju, buat latihan Matematik sikit, sambil tengok tv. Contraction dah mula terasa, kadang-kadang kuat kadang-kadang biasa-biasa saje, so I just chill, take my own sweet time. Sambil-sambil cakap dengan perut, "Adik, hari ni hari Jumaat tau, elok tau kalau keluar hari ni". In the mean time aku cuba makan banyak, minum susu secukupnya, yeah in case bersalin hari tu at least adalah juga tenaga kan? ;)

Dalam masa yang sama, aku dah start kira timing contraction dah, at that time masih lagi around 8-10 minit so takdelah risau sangat. My husband keeps calling me and asked me to keep him posted. Since dia dah naik motor sekarang, aku takdelah risau sangat dia tak sempat balik macam kes Ammar Yusuf dulu. 4 jam redah jem T_T Naik motor, 30-40 minit InshaAllah sampai. Kalau tak hujanlah :/

Around 6.15 petang, Suami dah sampai rumah. Kami kemas-kemas sikit, bersiap serba sikit. Ammar Yusuf kami tinggalkan di rumah babysitter, tidur situ. Contraction masih dalam kekerapan yang sama. Suami tanya nak kena bawak laju-laju tak HAHA. Nervous la tu first time nak tengok isteri bersalin :p I just asked him to drive as usual je, tak perlu panik-panik sebab takdelah sakit sangat pun lagi.

Sampai Hospital Serdang, dah familiar sangat dah dengan prosedur situ so dah pegang kain batik siap-siap. Dekat kaunter, kena sign borang setuju untuk menunggu, rupanya masih full house lagi macam last week. Macam biasa, nurse ambil blood pressure, suruh bagi urine, dan suruh baring kat mana-mana katil kosong.

Aku pun baringlah. Sejam jugalah baring takde siapa attend pun T_T. Nampak dua doktor pelatih lelaki, sorang Cina sorang Melayu kot. Serius aku berdoa janganlah diorang yang cek aku. First, tak sukalah doktor lelaki, rasa berdosa besar je kangkang depan diorang :( Second, tak sukalah doktor muda. Tak convincing.

Lepas sejam lebih, barulah datang doktor perempuan sorang ni, muda jugalah ah tak kisahlah asalkan bukan lelaki. Dia minta maaf sebab lambat, penuh katanya hari ni, then tanya itu ini, dan terus cek bukaan. 4cm. So suruh stay hospital dah tak boleh balik dah tapi kena duduk kat luar tempat banyak-banyak kerusi sebab takde katil kosong. Lagi 2 jam dia akan panggil untuk check bukaan lagi meanwhile kalau kita tiba-tiba rasa sakit luar biasa or pecah ketuban boleh masuk balik bilik tu bila-bila masa je lah. Aku okay je, sebab rasanya baik duduk luar dulu daripada baring je tunggu, kebosanan tu lebih menambah sakit kot.




So kami pun tunggulah. Borak-borak, cerita-cerita, main game kat handphone. Dah mula terasa contraction tu makin kerap dan kuat, Suami urut-urut pinggang, usap-usap lengan. I tried to distract my pain dengan cara fokus pada main game kat handphone, and it quite helped kot.

Lepas 2 jam, serius dah memang sakit sangat. Sakit contraction ni...... walaupun dah pernah rasa dulu, still rasa macam tak sangka ianya sesakit tu. How can I forget how painful it is??! Dia macam, segala benda dalam pinggang dan perut kau dipulas-pulas diranap-ranap!

Aku masuk balik bilik prosedur tu minta check. Agak menggeletar jugalah masa tu. Doktor cakap, dalam 5cm. Argh 2 jam buka 1cm jeeeee??! Lagi 5cm nak tunggu?! Doktor suruh makan something heavy dulu, sebab dah masuk labour room nanti kena puasa katanya.. So Suami keluar pergi beli makanan, cafe hospital dah tutup so terpaksa pergi Bangi, tak tahu dia bawak kereta macam mana tapi setengah jam je dah datang balik bawa Nasi Goreng Seafood. So makanlah sambil tahan sakit, takde selera pun tapi paksa diri juga makan untuk tenaga kan.

Selesai makan, tak tahan dah sakit. Masuk lagi bilik tu. Takde orang nak attend, or maybe I've annoyed them kot sebab balik-balik suruh check bukaan tapi bukaan tetap 5-6cm je. Masa tu doktor suruh baring je. Jangan berjalan lagi but lying there with that kinda of pain.... sebenarnya berjalan ke berbaring ke dah tak membantu apa pun. Perempuan Cina kat katil sebelah tiba-tiba menjerit, padahal first check dia baru 2cm. Sekali doc check dia dah buka terus ke 8cm whoahh senangnya beranak!

I asked for epidural, bukan minta, dah almost merayu dah pun. Nurse cakap Hospital Serdang tak pernah ada epidural. I insisted that last 2 years I also delivered here, with epidural!

"Puan, memang sini tak pernah ada epidural Puan, percayalah cakap kami. Kami kerja sini bertahun dah, kami tahulah.. Kalau ada memang kami bagi dah..."

Wuuu takde epidural.... I'm not that strong.... I need an epidural.... T_T

Aku ulang alik bilik tu ke kerusi untuk jumpa husband, setiap kali datang contraction memang tak tahu nak genggam apa dah. Last-last aku decide untuk berbaring je kat katil dalam bilik tu, sebab bila berdiri rasa nak terkeluar anak tu. Menggigil-gigil dah masa tu, contraction dah at every 3 minutes oh Tuhan. Rasa nak mati.

Tiba-tiba rasa nak terberak. Aku tanya doktor boleh tak aku pergi berak HAHA.

"You yakin ke nak berak? You confident tak you takkan teran keluar anak you?"

"I tak tahu..." terketar-ketar aku jawab.

"You rasa nak teran tak sekarang? Berani ke nak pergi toilet ni?"

"I tak tahu doktor, I tak tahu.."

"Takpe, baring jap kita check lagi bukaan you"

It's already 7cm now. Doktor panggil seorang nurse lagi, bawa satu rod panjang alamak dia nak buat apa ni benda panjang ni nak cucuk apa ni serius aku takut gila masa tu.. Rupanya nak pecahkan ketuban hoho manalah aku tahu sebab masa Ammar Yusuf dulu ketuban pecah sendiri kat office :p Tak sakit pun masa pecahkan ketuban tu, or mungkin dah dikaburi dengan kesakitan contraction kot.

Bersambung......







HAHA tipu je. Malas pula nak buat 2-3 entri. Rajin tak nak baca panjang-panjang ni? Kita habiskan terus la eh?

OK sebaik sahaja ketuban dipecahkan, aku dah rasa kesakitan tadi bertambah 10 kali ganda kot!! Sebab daripada 7cm terus jadi 10cm dah.........

Aku terus dikejarkan ke labour room menggunakan stretcher, masa tu huru-hara la juga sebab dengar nurse bising-bising;

"Ada ke bilik kosong ni?"

"Nak bawa dia ke bilik mana ni?"

"Dia dah nak bersalin dah ni nak bawa ke mana lagi, labour room lah!"

Aku dah tak hirau sekeliling dah masa tu, aku cuma ulang-ulang cakap suruh panggil suami aku je.

"Nanti kita panggil suami puan ye, nanti kita panggil.."

On the way to labour room banyak kali dah rasa nak teran sangat.

"Puan jangan teran lagi puan! Dah nak sampai ni sikit lagi puan! Jangan teran lagi.."

Cuak suara nurse tu huu memang tak boleh controllah, datang je contraction memang nak teran je rasa.

Masuk labour room, ada 2 orang je masa tu. Oh. Okay juga kot, sebab masa bersalinkan Ammar Yusuf dulu punyalah ramai, dengan doktor pakarnya, dengan doktor pelatihnya, dengan student nursenya, terasa macam bahan ujikaji pun ada.

Dua orang tu, seorang doktor muda lelaki Cina, sorang nurse. Ah sudah. Takde choice dah. Doktor tu nampak takut-takut, nurse tu yang nampak sangat meyakinkan dan berani untuk handle aku, dialah yang bagi semangat kat aku, dialah yang marah aku bagi aku geram semua dia jelahh. Huh biar dia seorang je dalam tu pun takpe, takde fungsi sangat pun doktor lelaki tu :(

Suami masuk kelam kabut, terus disuruh ampu badan aku dari belakang, sebab nak teran tu kita tak boleh baring. Posisi yang betul is, kita angkat badan ke depan, kangkangkan kaki, kedua-dua tangan pegang tumit kita, dan bila contraction datang, push sekuat hati segeram mungkin.

Push sekuat hati, sambil curi nafas TANPA BERHENTI MENERAN.

Dua anak, dua-dua kali aku susah bab ini. Bila tengah push, hilang nafas, and nak curi nafas tu, aku akan berhenti push. So banyak kalilah anak aku dah nampak macam nak keluar, alih-alih tersedut masuk balik. Suami kat sebelah yang watak tukang ampu badan pun dah letih. Isteri berat nak masuk 80kg mana taknya HAHA.

Nurse tu memang bising bagi semangat, dan aku pun dah almost give up. Banyak kali jugalah aku merayu minta dia vakum je kalau dah nampak baby. Ammar Yusuf dulu pun vakum.

"Awak boleh push, awak mampu nak push, kenapa nak kena vakum? Kita kalau boleh nak elak vakum, c-sect semua ni. Semua tu guna alat-alatan yang boleh bagi effect kat anak awak. Awak boleh push, jangan asyik cakap tak boleh. Push sekuat hati, push panjang-panjang jangan berhenti.."

After several failed attempts, nurse tu panggil Suami ke depan suruh tengok.

"Suami meh sini tengok, bagitau kat isteri awak dah kat mana dah baby tu. Biar dia semangat sikit nak teran"

HAHA benda inilah yang suami itew paling takut, tapi dia pergi jugalah tengok.

"Eh Yang dah nampak rambut dialah, dah nampak lahhh!!" Beria muka dia hahahaha.

Dan akhirnya aku push sekuat hati, dan masa tu rasa ada something yang besar gila padat sangat keluar dari bawah tu, nurse menjerit-jerit, "Jangan stop, terus lagi, teran geram-geram, lagi, lagi, bagus, sikit lagi, haaaaaaaaa" masa tu juga terasa ngilu digunting sikit bawah tu aisehmen kena jahit jugalah ni. Dan akhirnya, blup!, keluar dah, terdengar suara Suami aku,

"Mummy, adik la. Adik dah keluar la..."

Ya Allah... Hilang semua sakit ya Allah.. Legaaaaa sangat. Lega that everything is over, lega that I can make it, no epidural, no entonox gas... I'm strong without even knowing it. Mengalir bersungguh air mata, bila dengar tangisan pertama Adik. Amboi, garau. Baby dibalut, dan terus diletakkan di atas badan aku for skin to skin moment. Syukur ya Allah, semuanya selamat. Berkali-kali Suami cium dahi and say thank you. Then, Daddy azan dan qamatkan Adik.

Sementara Adik dibersihkan, aku kena jahit sikit lah. Masa kena jahit tu aku minta maaf dengan nurse tu, entah kenapa entah aku minta maaf, sebab cepat sangat give up kot. Sampai membebel dia. Baik je nurse tu. Dia cakap bukan dia marah pun, saje dia buat macam tu supaya aku geram and teran lagi kuat.

Alhamdulillah, daripada awal aku dilayan dengan baik oleh semua orang. Sebenarnya dari awal aku dah set dalam fikiran, semua benda bermula dengan diri kita sendiri. Kita nak dilayan baik, kita layan orang dengan baik juga. Mereka, pekerja di hospital tu semua pun manusia juga. Bila kita bersopan, mereka akan bersopan juga. Kita cakap berlembut, mereka akan cakap berlembut juga kan? ;)




Name: Muhammad Adam Muaz Bin Muhammad Hanis.
Date of birth: 4th May 2013 at 2:39a.m
Birth weight: 3.24kg
Birth length: 50cm








Daddy is so proud saying that Adam Muaz looks a lot like him. I just agree (to make him happy HAHA), because I think macam sama je Adam Muaz dengan Ammar Yusuf masa baby dulu (means sama macam kitew la hihihi tamaknya), with more hair of course.
















More photos on Instagram. Hehe tak habis-habis nak suruh orang follow Instagram dia :p

So inilah dia pengalaman bersalin nombor duaku. Tak tahulah akan ada lagi pengalaman bersalin nombor tiga atau empat atau lima eh banyak pula. I must say, bersalin kali ini walaupun nampak macam susah tapi sebenarnya lebih mudah compare to Ammar Yusuf. Mungkin sebab anak kedua kot. Post natal pun tak sakit sangat alhamdulillah. Bersalin awal pagi, tengahari tu dah boleh discharged. Syukur semuanya dipermudahkan.

Til the next entry. Sorry kalau banyak typo or perenggan tunggang langgang, maklumlah blogging pakai handphone saje. Nanti kalau ada masa kita cerita pasal berpantang (yang tak berapa pantang sangat pun ni). Take care everybody, assalamualaikum.




- Posted using BlogPress from my iPhone



36 comments:

  1. Kak husna.. cite la mcm mana riaksi ammar yusuf dapat adik.. btw.. congratez.. baby tu muka kk husna jugak la..

    ReplyDelete
  2. Tahniah husna! Comei sgt2 baby adam. Selamat berpantang ya!

    ReplyDelete
  3. Congrats husna!besnya da ada 2 heroes yg sgt hensem!take care and selamat berpantang mommy! :)

    ReplyDelete
  4. Hahaha mcm kelaka la plak tp baca ni terus I takut nak preggie lg tp nak baby lagi hahaa camnee..tp kan mcm dh lupa sakit contraction tu camne tp mmg sakit giler la kan huhu..

    Time suri dulu my husband mmg duk depan..mmg dia yg beriya ckp 'By nak tgk suri tak..nak jumpa suri tak but it doesnt really helps much tp bila doc ckp klu u tanak push I hv to vacuum ur baby terus i push sekuat hati hahaha

    Bdway congrats to u both luckily this time around daddy ada utk sambut Adam hihi..take care babe and selamat berpantang..

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Salam.. Dari siang tadi saya tgu entry ni.. Bila la dak una ni nak besalin.. Saya plak yg risau, walhal saya baru je 'kenal' awak pg td, masa google pasal bfeeding... Anyway, congrats on yr new born..

    DAri pg td saya baca entry una, tujuannya hanya mbaca pasal bfeedg je, sama cam blog lain.. Tp saya 'tsangkut' lama di blog una dari bfeeding ke zaman una anak dara.. Ke blakang :-)

    It's like reading a novel of a true story.. Dah lama saya tinggalkan minat mbaca novel ni.. Tp mungkin i have lots of time, (since i'm also in confinement period after delivering my 4th a day earlier fr yours -3/5/2013) reading your blog xmembosankan.. Most of d time, it makes me reflect of my own life..

    Anyway, it's a relief knowing u dah pun selamat melahirkan another cute son, saya sampai sanggup create a google acc so that i can leave a comment to congrats both of u, may u have a blissful life with yr dearest hubby n 2 lovely sons...

    ReplyDelete
  7. Eh sory ye sbb guna panggilan una... Mungkin sbb baru baca entry yg guna nama una td... :-)

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah selamat semuanya.tahniah ye.bestnya dah ada 2 anak.rasa mcm sebak baca pengalaman bersalin u...

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah!
    congrats husna n family...
    super comel baby tu...
    ;)

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah...seram pulak membaca..next month nak deliver jugak ni...fuhhh...

    ReplyDelete
  11. alhamdullillah selamat dah dan tahniah. comel nya adik putih gebu

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah...

    Tahniah atas kelahiran cahaya mata kedua. Saya yang lebih lebih senyum bila tengok gambar Ammar Yusuf dengan Adam Muaz. ^^ Comelnye...

    ReplyDelete
  13. Allahuakbar...u r such a strong mommy...Alhamdulillah selamat semuanya..Congratulation...satu geng la kite, 2 heroes in the house..hehe..

    ReplyDelete
  14. tahniah..comel sangat dua beradik nie =) tapi klakar lah ingat bersambung..skali..ehhh..ada lagi laaaa...hehe..yer lar.tgh semangat baca tetiba bersambung..hahaha..sib baik continue

    ReplyDelete
  15. syukur dan tahniah!semoga jadi khalifah yang baik!

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum..Tahniah dah ade 2 hero..hip hip horay =)

    ReplyDelete
  17. Subhanallah hensemnye baby adik si ammar ni..adam..hai hensem..bagu kiut bak bagi maketty geget sikit!! geramnye..oh my una..u kuat!! sume ibu2 pun kuat sebenarnya..tu yg request macam2 masa nak bersalin..nak epidurallah, nak vacum lah..etty xfamiliar sgt bab ni..hehe..siyes ni nak kena amek tau..dulu masa ameer alhamdulillah without epi, vacum & etonox juga..xreti sedut pun ye hahaha..last2 aku baling je benda tu..etty dulu pun bersalin kat H.Serdang..this time errr xtaulah nak ke sana ke x..head gynae Dr Hamilton tu cousin etty..mama etty dh insist gi sane je..senang sume nnt dia handle walaupun dia xattend etty..rase nak bersalin kt Ampang je lagi dekat hehe..

    ReplyDelete
  18. hihihi tahniah kak husna! i can imagine on every single thing ur labour story! waakakka...

    ReplyDelete
  19. pengalaman bersalin ni memang best, walaupun sakit.
    tak sangka kita bleh lalui nyer kan?
    ulang 2-3 kali plak tu hi hi hi...

    ReplyDelete
  20. waa...alhamdulillah.congrats kak n husband.=)

    ReplyDelete
  21. waa..alhamdulillah.congrats kak & husband.=)

    ReplyDelete
  22. salam. wlp x mengenali..tahniah...selak2 blog bersalin....baca blog husna. Tahniah sekali lagi atas kehadiran zuriat baru. Tarikh lahir Muaz sama dgn anak akk yg sulong 4 mei..tp anak akk dh 13 thn...yg no 2 15 mei..dh 7thn...at this time...tgh tunggu hari utk kelahiran yg ke3 inshaAllah...14dys to go....hrp jugak mudh2n kali ni pun dapat in mei....semoga selamat mcm husna n baby.

    ReplyDelete
  23. salam kenal...=)

    best kan dah bersalin..eheh ;)

    ReplyDelete
  24. tahniah kak una & abg hanis. alhamdulillah. lepas ni macam mana lah reaction ammar yusuf dengan adik dia. hehehe selamat berpantang ! ;)

    ReplyDelete
  25. tahniah kak una & abg hanis. alhamdulillah semuanya selamat. tak sabar nak tahu reaction ammar yusuf dengan adik. well, selamat berpantang! xoxo ;)

    ReplyDelete
  26. tahniah una n husband.. dah 2 dah anak korang. me nak fikir ke-2 ni masih takut2 lagi.. doakan kite ye.. pape pun selamat berpantang

    ReplyDelete
  27. Alhamdulillah selamat semuanya. Tahniah u!
    Seronoklah abang ammar yusuf dah ada geng.=)

    ReplyDelete
  28. congrats dearie! seronok baca your writing on your 2nd birth experience. i pn kene prepare physically and mentally for my 1st labor, which is due in 2 months time. takut at the same time nervoussss...

    ReplyDelete
  29. Kahkahkahkah. I baca blog u nih masa i tengah course nih. Sengal gila u tek. U made me cryyyyy. I macam dalam hati nih "Ya Allah....rindunya nak bersalin lagi". Haha.

    I serius macam excited and nak nangis baca part contraction tuh. I always told Fuad i nih banyak sangat dosa sebab tak easa contraction. Sebab contraction kan hapuskan dosa but i tak rasa all those things. Hehe. Drama....

    We will visit you soon. Take care kak una!

    ReplyDelete
  30. Ahh I cant believe I missed out this entry!! LOL. Congratulations!!! Dpt rasa kesakitan tu, huhuh. Baby Adam is so so cutee!! Congrats to you and hubby again :D Kisses for Adam!!

    ReplyDelete
  31. Thank you for all the best wishes, really appreciate it ;)

    ReplyDelete
  32. dah selamat bersalin rupanya....tahniah yer!...2 hero. lepas ni kena seting gegirl pulak/

    masa baca pengalaman kamu nih dah blh bygkan mcm mana sakitnya. elin cuma rasa contraction je pun rasa nak putus nyawa...inikan nak keluarkan baby tuh kan... walaupun dulu elin czer masa amani.. harap yg no 2 ni elin nak normal. nak merasa beranak normal.

    selamat berpantang dear :)



    ReplyDelete
  33. teran geram-geram sama je macam sn handle I masa beranak.hahaha.. rindu moment bersalin but yet nervous

    ReplyDelete