Friday, June 19, 2020

Selepas 3 Bulan

Semalam 18 haribulan Jun 2020, genap 3 bulan kita semua melalui Perintah Kawalan Pergerakan sempena pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia. Taip ini pun rasa goosebumps rasa.

Daripada PKP, kepada PKP Bersyarat (PKPB), dah kini kita sampai ke fasa PKP Pemulihan (PKPP), apabila aku reflects balik apa yang berlaku sepanjang tempoh rasa sebak betul. Daripada tak biasa, bertatih jadikan biasa, hingga lama-lama bila fikir kehidupan sebelum ini rasa macam tak percaya how much we have changed.

Masa kali pertama diumumkan PKP untuk 2 minggu, kebetulan ketika itu baru 5 hari cuti sekolah yang kami sepatutnya pergi bercuti keesokan harinya. My family memang jarang sangat cuti sekolah duduk di rumah lama-lama. Boleh jadi stress, boleh jadi mental sebab anak anak jenis aktif dan mesti ada aktiviti while both of us are also working from home. Setiap kali cuti sekolah memang kami dah plan separuh dari tempoh cuti itu kita mesti pergi bercuti to keep our sanity 😩

So apabila dengar kena stay at home for 2 weeks dan semua pergerakan dihentikan, I'm not going to lie; I was so devastated. Bukan kerana perlu handled anak anak 100% come on, tapi semua pekerjaan (kecuali essentials party) sahaja dibenarkan bekerja bermakna syarikat kami bekerja juga terpaksa stopkan semua operasi. Tiada installation of CUCKOO products boleh dibuat, 18 haribulan Mac yang sangat bersejarah, I literally cried so bad!

Lama sangat aku kumpul semangat, trying soo hard to adjust with the new routine. Ketika itu online homeschooling with the boys' school teacher masih belum bermula. My group sales terhenti di 72 units pada 18th March, syukur sudah melepasi target minima insentif sebagai Sales Manager. Barang memasak yang dibeli ketika panic buying mula berkurangan, husband keluar setiap 4 hari untuk cari groceries, almost always dari 10 barang yang disenaraikan, lebih separuh sudah tiada lagi di atas rak supermarket.

1. Cuba hiburkan hati untuk cuba beberapa makanan viral,


 Tiba-tiba keluar status Facebook viral betapa rakyat Malaysia suka membazir. Sepatutnya berjimat cermat dengan bahan bahan yang ada. Sepatutnya catu makanan.

Terkesan betul hati ketika itu, rasa takut, rasa bersalah, adakah kita akan melalui fasa darurat, adakah aku tergolong kalangan orang senang yang membazir bahan makanan?

Talked with Mama almost everyday by phone, when I said to her yang kami nak try berjimat jimat makanan just so anak anak faham erti susah, Mama terus berleter,

"ANAK ANAK NAK MEMBESAR TAK PAYAHLAH NAK JIMAT JIMAT MAKAN!! BAGI JE CUCU AKU TU NAK MAKAN APA, BERAPA KERAP PUN!"

Terus aku rasa lapang hati. Betullah, bila fikir semula kami dulu membesar biarpun susah, adik beradik ramai kecil kecil, tapi Mama tak pernah halang kami makan. Yes lauk pauk memang bercatu, tapi Mama setiap petang rajin sangat baking, pelbagai jenis kek, buat roti inti kelapa, roti inti sambal, sebab Mama kata anak anak kuat sangat makan dan tak mampu nak beli di luar so buat sendiri jimat sebab anak ramai. The point is, Mama tak pernah halang anak anak makan. So whatever I want to do, I just do it. I take it as membantu ekonomi orang lain. Mesti kena berbelanja, janganlah hidup ketakutan sampai taknak berbelanja langsung, macam mana ekonomi Malaysia nak pulih??

2. Tried banyak jenis dishes yang tidak pernah dimasak pun sepanjang tempoh perkahwinan. Contoh paling lawak adalah Nasi Lemak. Tahu tak hampir 10 tahun perkahwinan aku sekali pun tak pernah masak Nasi Lemak???? Alasan sebab rumah tinggi takde daun pandan hahaha. Sekali dah masak, 3 bulan PKP ini rasanya lebih 5 kali dah masak Nasi Lemak punyalah senang hahaha! Thanks my colleague Ain for the recipe, Ain dulu pernah jual Nasi Lemak so I trusted her recipe. Memang sedap. Nasi sedap, sambal sedap, semualah sedap!


Sedap gila okay Nasi Lemak aku ini tahap boleh buat berniaga 😆

3. Baked 4 types of cake, our oven kali pertama digunakan ketika PKP inilah. Sempat bagi jiran lagi kek hahaha confident betul! Ada yang menjadi sangat sedap, ada yang terlebih manis (malu betul dengan jiran, dah buka puasa baru rasa). I even joined beberapa group masakan di Facebook. That's a new me, I rarely join any Facebook group before!


Classic butter cake. Yumm taip pun rasa meleleh air liur haha.

4. Went crazy with online shopping, hampir setiap hari datang parcel ke rumah. From baking utensils to baking ingredients (brown sugar, cooking chocolate, different types of flour......) to kids toys (ada je alasan aku nak beli toys untuk reward itulah inilah padahal nak menggembirakan anak anak) to kerepek bawang, to keropok lekor to cordless vacuum cleaner (oh I owe you guys my review on it)! Nanti aku blog kan separately). My credit card statement penuh dengan Shopeeeeee je 🙊




I asked on my Instagram Story whether or not it's worth it to buy PlayStation for the kids, one of my friend suggested to just buy Brick Games. And it was the most brilliant suggestions ever HAHAHAHAHAHA 2-3 hari kemudian terus sampai. RM5 each. What a bargain 😆


Maryam's wooden kitchen all the way from China.


Spiderman collectible set, also from China. Panjang betul cerita toys yang order dari China ni, menyesal pun ada order hahahaha punyalah lamaa!


Airbot Hypersonics cordless vacuum. Nanti one day aku review pasal ini dalam blog. Short review for now; Taklah sangat sangat best, tapi for me wajib ada. Especially untuk rumah dua tingkat.

5. Obediently stayed at home. Tak keluar rumah langsung. Ada sekali tu I need to go out to buy something tak ingat apa, I went to Speedmart which is only like 2km from my home, and the experience was traumatic! Nak pegang apa pun rasa geli, nak berselisih dengan orang pun rasa seram, not all people practice social distancing and it was scary!! Negeri Sembilan adalah antara negeri yang mempunyai jangkitan COVID yang tinggi di Malaysia, takut sangat!

6. Entering Juzuk 8 for my Road to Khatam Quran. Started on the first day of Ramadhan and yet to finish it I know I know it is not impressive, I will do better from now on pray for me please.


7. Finished Crash Landing On You, Money Heist, YOU, The World of The Married, currently on Season 7 of Modern Family OMG PATUTLAH LAMBAT NAK KHATAM QURAN!!!

6. Developed new interest in indoor plant. Mestilah beli pokok yang viral sahaja, katanya senang jaga tapi belum sebulan pun dalam rumah ni dah ada beberapa daun yang kering dan gugur 😭😭😭




7. Celebrated our first raya ever at home, jauh dari ibu bapa tercinta. With only 5 of us. 


My feeling was so gloomy on the Raya eve and in the Raya morning I cried so bad on the phone with my mother. Rasa macam takde mood langsung, macam malas nak buat apa apa. But I woke up energetically, terus masak (soto ayam dan bergedil), put on a nice make up dan siapkan anak anak. We performed solat sunat Aidilfitri together and have a raya meal after that, suddenly jiran datang hantar ketupat palas, lemang, rendang daging, rendang ayam dan ayam masak merah. I cried inside, rasa terharu sangat dapat semua ini di kala berjauhan dengan keluarga.

Our raya this year went so beautiful, so calm. No rush like previous rayas, pagi pagi nak ke rumah Mama then nak ke rumah Umi (or the other way round), then nak visit nenek saudara pula. This time sangat tenang, anak anak pun behaving so well as if they understood what is happening. Jangan kacau mood Mommy hahaha, Mommy is so fragile now.


Raya pertama yang Maryam dah berdiri. Barulah cantik pakai baju kurung. 

8. Developed extreme paranoia towards eating outside. Rasa geli memikirkan pinggan, sudu garpu yang digunakan di restoran. Adakah mereka betul betul basuh bersih? Adakah orang yang pakai sudu garpu sebelum ini berkemungkinan positif COVID-19 huwaaaa this really drives me crazy 😩😩😩. Ada je rasa keinginan nak makan kat restoran yang tak deliver GrabFood, teringin nak pergi Chili's, teringin nak makan steamboat, tapi for now memang paranoid terhadap kebersihan eating utensils itu mengatasi keinginan untuk makan best best. Aaaa haraplah semua perasaan ini hanya sementara saja!

9. Berjaya menyiapkan 15 videos berkenaan CUCKOO pelbagai topik yang memberi impak besar pada my personal and also group branding. Sebelum ini nak buat satu video pun bukan main susah, 3 bulan PKP tak sangka boleh buat 15 videos yang bukan video ala kadar tapi videos HD yang diatur dengan baik skrip dan jalan ceritanya. Even I was impressed with myself 😆

10. Solat berjemaah setiap waktu, setiap hari, sepanjang tempoh PKP. Inilah blessing paling besar yang kami rasai dalam kesulitan yang dihadapi ini.

3 bulan asalnya nampak seperti sangat panjang, tapi tak sangka kita berjaya melaluinya without any dramatic incidents 😅. Kami mula keluar beberapa hari selepas kerajaan mengumumkan kebenaran merentasi negeri,


Durian feast at my mom's.


Cousins beza umur 2 bulan reunited.


Jalan jalan cuci mata tengok showhouse.


Hangout at my husband's cousin's. Sebab inilah relatives yang tinggal paling berhampiran dengan rumah kami.

InshaaAllah, PKP ini menjadikan kita semua manusia yang lebih baik, lebih menjaga kebersihan dan paling penting lebih menghargai hubungan kekeluargaan.




1 comment:

Cik TK said...

Hehe time 3 bulan dekat rumah semua beli barang online.

Walaupun sekarang masa PKPP ni kita dah boleh keluar, merentas negeri dan sebagainya, kita tetap kena berjaga-jaga. Sentiasa pakai mask dan ikut sop yang telah ditetapkan