Tuesday, June 9, 2020

Maryam Helena Turns 2!

Genap 2 tahun usia Maryam Helena, satu satunya anak perempuan kami yang sangat sangat kami sayangi. Rasanya Maryamlah yang paling jarang kami ceritakan di blog, disebabkan lahirnya Maryam adalah pada saat kemuncak kerjaya Mommy dan biarpun kedua-dua Mommy dan Daddy bekerja dari rumah, apparently kesibukannya melebihi kerja di pejabat!

We're sorry, Maryam. Hanya kurang coretan di blog, namun tidak sedikitpun kurang di hati kami malah Maryam adalah pelengkap hidup kami. Sebelum lahirnya Maryam, selalu rasa cukuplah dua sahaja anak. Tapi mulut sahaja cakap cukup tapi hati ada satu rasa keinginan yang tak tergambar. Rasa belum complete, yang mana perasaan itu lenyap seratus peratus apabila lahirnya Maryam Helena.

Maryam dilahirkan tepat pada masanya, tidak terlalu awal, tidak terlalu lewat. Perfect. Ketika Adam Muaz pun sudah besar, 5 tahun usianya ketika bergelar abang.

Maka lahirnya Maryam terus jadi kesayangan semua. Sangat dinanti-nantikan, dan ketika tahun pertama Maryam dilahirkan hampir setiap pagi Maryam adalah the first person yang abang abang akan jenguk sebaik sahaja bangun pagi. Maryam is Mommy's bestfriend and Daddy's sidekick. Maryam seolah olah dilahirkan untuk menenangkan Mommy dan Daddy daripada kehidupan yang stress dan emosi yang marah. Yes she literally her brothers' saviour; everytime Mommy Daddy sedang meleteri abang abang, Maryam di tepi akan turut sama meleteri abang abang siap dengan body language yang sama, terus buat Mommy Daddy stop marah sebab tak dapat nak tahan ketawa! Geramlahhhh. Kadang kadang ketika semua orang tengah marah, tiba tiba dia ketawa like it is so funny terus semua orang tak jadi marah lawak laa Maryam!!


Maryam Helena, the girl of our dream.
She is everything we ever wanted in a daughter. So loving, so girly (walaupun tak suka ikat rambut 😑). She loves all the girly toys like plush toys, dolls, kitchen set dan sebagainya. Tak sabar nak belikan dollhouse untuk dia yang besarrr tu (sebenarnya Mommy yang dah lama teringin 😝).

We love you so much Maryam, there is nothing we wouldn't do to protect you. Tak tergambar dengan kata kata betapa kami semua sangat menyayangi Maryam.

InshaaAllah Maryam akan membesar di bawah lindungan Allah SWT, Mommy sentiasa berdoa agar dipinjamkan dengan lebih lama lagi untuk terus membahagiakan Mommy Daddy 😭, sentiasa sihat dan sentiasa gembira jadi anak Mommy dan Daddy.

Happiest birthday Maryam Helena!




Here is a video we made for her first birthday, let's watch to recap her first year of life 💕










1 comment:

Yusniza said...

I am always big fan of Yam. Moga terus membesar dengan sihat dan bijak..☺️☺️