Friday, July 19, 2019

Focus, And You Will Succeed

Aku yakin semua orang boleh betul betul capai apa yang dia nak, kalau dia FOKUS.

Dengar macam cliché sangat kan; focus, and you will succeed. But literally, apa yang you faham tentang focus?

I have received a lot of questions, macam mana nak atur urusan kerja dan urusan kehidupan, apabila you bekerja dari rumah? Bekerja dari rumah ni, tendency untuk hilang fokus dan lost track I think more than 50% lebih tinggi berbanding kerja pejabat. Because you don't have a specific schedule. Takda punch in, punch out. And obviously no one is monitoring you! Terlalu banyak cerita yang aku dengar dari kenalan yang berhenti kerja kononnya untuk bekerja dari rumah, end up regretting it sebab bertambah stress. Stress ke kerja di rumah? Stress ke padahal tak perlu buktikan apa apa pada sesiapa? Tak perlu bertanding tanding dengan sesiapa? Tak perlu lapor diri pada sesiapa? Stress ke, bekerja HANYA UNTUK ORANG YANG KITA SAYANG?

Everytime I hear things like this, aku conclude satu je. Dia tak fokus.

Fokus bermula dengan you really REALLY know what you want. Write it down in, or print it out so that you are very clear apa yang you nak. Punca kegagalan dalam kehidupan ini, mostly kerana kita TAK TAHU apa yang kita nak. Kita nak senang, nak happy, nak kaya, nak bahagia, taknak penat, nak cantik, nak kurus, eh semua yang best bestlah kita nak. Now cuba you fikir apa satu perkara yang you paling nak.

For me, I know exactly what I want.

Aku nak kaya.
Aku nak keluarga bahagia.
This means a total work-life balance.

Kaya dan bahagia, dua perkataan yang pada surface nampak ringan dan mudah sahaja menyebutnya, tapi sebenarnya meliputi terlalu banyak perkara. Tak perlu nak justify pada sesiapa pun keinginan kita itu, kita berhak untuk mengimpikan apa sahaja.  Dua keinginan ini aku pegang elok elok, dalam setiap perkara yang aku buat, aku sentiasa ingatkan diri aku ini adalah apa yang aku mahukan, perkara lain semua tolak tepi. 

That is the first step; you kena tahu apa yang you nak secara jelas.

Step two: Planning.

Those who failed to plan, plan to fail. Take this quotes seriously guys, sebab ayat ini sangatlah benar! Checklist! Checklist!! Checklist!!! I wake up every morning with my mind already planning what I am going to do today. I make my own checklist in Reminder apps, some use traditional planner which is still good, only that my job requires me a lot with my iPhone so Reminder apps is more practical. Ramai yang kata, awal awal je bolehlah buat checklist ini, lama lama kelaut. You have failed. You have failed to istiqamah, you failed to plan. Thus you plan to fail. Itu je aku boleh cakap. Because this Reminder, aku buat SETIAP HARI selama hampir 3 tahun ini. Setiap hari without failed. Because I have a lot of things on my plate, it's nearly impossible for me to have an organized-happy life if I don't have a checklist.

Only when you have a Plan, baru you boleh Fokus. Tak mungkin you boleh fokus untuk kejar impian you, kalau you tak ada plan.

I give you a situation based my very own experience. Dalam sehari kita ada 24 jam, untuk hari yang aku tidak perlu keluar rumah, aku ada baki 16 jam untuk menjalani kehidupan yang merangkumi;

1. Pekerjaan
2. Tanggungjawab sebagai isteri
3. Tanggungjawab sebagai ibu 
4. Tanggungjawab sebagai anak.
5. Tanggungjawab terhadap adik beradik.
6. Tanggungjawab terhadap diri sendiri, dan of course, 
7. Tanggungjawab sebagai hamba kepunyaan Allah. 

Ini contoh in general sahaja dan numbering di atas does not reflect the priorities. Okay now, cuba bahagikan 16 jam dengan 7 perkara di atas. 16 bahagi 7 equals to 2.28 hours. Satu perkara itu ada 2 jam sahaja untuk kita laksanakan dengan baik. 2 freaking hours, 120 MINUTES! Banyak ke? TAK BANYAK. Belum masuk keluar rumah, stuck in traffic jammed, etc. 2 jam habis begitu sahaja. Dan ini baru nak atur SATU pekerjaan dengan kehidupan, kalau buat 2-3 kerja? That's why aku selalu cakap dengan my teammates, if you decided untuk kerja sendiri/nak cari part time job on top of your fixed job, PILIH SATU SAHAJA. Sebab aku tak pernah lagi jumpa orang yang kerja sendiri or buat part time sampai 2-3 pekerjaan yang dia berjaya. Sebab tak fokus. Tak balance tanggungjawab terhadap keluarga dan pekerjaan. Allah marah, Allah tak berkati. Kerja penat macam nak mati, tapi tak kaya apatah lagi bahagia. Tak terkejar dunia akhirat. Sedih kan? 😢

So bila aku tahu yang aku tak punya masa yang banyak, aku jadi sangat fokus dan aku akan marah diri sendiri setiap kali rasa tempted nak tahu apakah yang diperbualkan semua orang tentang artis itu ini di timeline Facebook, setiap kali rasa nak react pada isu yang tidak penting di dalam Whatsapp group, setiap kali nampak on Netflix cerita bersiri yang terkini hahahaha ini aku selalu kalah. Especially bila nampak series yang kita ikuti dah keluar new season seperti The Blacklist baru baru ini 🙊. Dan sudah tentunya, jadi menyampah bila orang cuba nak ajak aku buat side income lain kononnya akan bertambah kaya (I've received a lot of invitation; from insurance to property, also MLM. Come on...).

I CHOOSE WHAT I WANT TO INCLUDE IN MY DAILY LIFE. 

Aku pilih, so that aku tak hilang fokus pada apa yang aku benar benar mahu. Bukan semua isu kita perlu react, bukan semua isu in Whatsapp Group memerlukan tindakbalas dari kita, bukan semua isu di sosial media memerlukan komen balas kita dan bukan semua pekerjaan kita perlu cuba, especially at the same time! Ini tidak, pantang ada gosip artis heboh heboh di social media pasti nama engkau akan lalu di timeline aku untuk komen tentang isu itu. Pantang ada isu isu panas yang belum sahih, laju saja engkau forwardkan merata ke semua Whatsapp group. If you see me so active on social media, that is me working. My job requires me to constantly active on social media. If it doesn't reflect my job, do you think I care about social media? Penat tau sebenarnya. At this age, millions of people has gained a lot of benefits using social media, why are you still the one who's ripped out by social media? Okay let me rephrase; Terlalu ramai orang yang bijak pandai berjaya grab the opportunities untuk membina kehidupan yang lebih baik dunia akhirat menggunakan social media, kenapa engkau masih kekal sebagai orang yang berterusan 'rugi' dunia akhirat melalui social media? Membuang masa di sosial media dengan perkara yang tidak bermanfaat, mengumpat, menipu, memfitnah tanpa sedar. Dunia miskin akhirat muflis. Apa lagi yang lebih dashyat dari itu?

FOKUS LAH. Obviously you didn't know what you want in your life. Salah siapa jika semua orang sudah laju ke hadapan, you masih di tempat yang sama?

Knowing what I want has really helps me focus everyday. Bila nak lari dari landasan sikit, I will sternly remind myself, adakah perkara itu boleh membantu aku kaya? Tidak. Adakah perkara itu membantu keluarga aku untuk jadi bahagia? Tidak. So don't. Stick with what you have plan. Daripada aku layan itu, baik aku pergi baring bercerita dengan anak anak. Daripada aku buat itu, baik aku Google apa rewards nak bagi for my Top Achievers (huwaaa ini nampak mudah tapi pening okay!). Daripada aku buat itu, sempat lagi aku nak habiskan satu dua page Al-Quran. Itulah sebabnya you kena ada checklist. Susahlah nak tersasar apabila you ada checklist, seriously. What I usually do is, dalam setiap yang aku buat, dalam fikiran aku sudah plan lagi at least lagi dua perkara yang aku perlu buat selepas ini. For example; When I take shower, aku dah tahu lepas ini aku akan suap Maryam makan dan upload marketing content for my team. Masa makan, aku dah atur selepas ini aku akan gosok baju kemudian kemas rak buku sekolah. Bila Maryam tidur siang, aku dah terus atur selepas ini aku akan solat dan baca Al-Waqiah. Otak sentiasa berfikir, hati sentiasa terisi, contented. Penuh. Tidur rasa bahagia. Sebab kita contented. Hidup kita, hanya untuk mereka yang bermakna. We don't need anyone else's approval. Kita tidak sempat pun nak ambil tahu adakah kita dibenci mahupun disanjung orang. IT DOESN'T MATTER.

Evaluate your lives now, decide segera apa sebenarnya yang you mahukan in your lives. Make a checklist everyday consistently, and stick to your checklist. Jujurnya, bukan setiap hari pun perancangan kita berjalan benar benar seperti yang kita rancangkan, tapi jika kita berjaya selesaikan 7 perkara daripada 10 perkara di dalam to-do-list kita, bukan itu lebih baik daripada satu pun tidak selesai? We plan, Allah plans, and Allah is The Best Planner. 



No comments: