Sunday, September 1, 2019

Niat

Ibu bapa mertua baru pulang dari menunaikan ibadah haji, alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik. Seronok aku dengar pengalaman mereka menunaikan haji, tak sabar menunggu giliran kami pula. Suami berpeluang untuk hantar dan menjemput mereka di airport, alhamdulillah. Setiap kali adik beradik ipar memerlukan bantuan untuk hantar ke sana sini pada bila bila masa pun, Suamilah juga yang sentiasa menjadi their 'Grab' driver haha.

Melihatkan semua itu, besarnya hati aku ini Tuhan sahaja yang tahu.

I still remember beberapa tahun lepas berlaku kematian mengejut dalam keluarga suami, yang mana ianya berlaku selang dua minggu saja. Sebagai anak sulung dalam keluarga, my husband mempunyai tanggungjawab besar untuk bersama-sama menguruskan upacara memandikan jenazah dan pengkebumian. But we were working at that time so while waiting for us to come back from work (emergency leave), my sister-in-law and her husband yang bekerja sendiri terus ke sana untuk bersama sama menguruskan majlis tersebut. Dalam hati aku ketika itu meruntun-runtun perasaan, betapa bertuahnya mereka.

Ya Allah, sungguh bertuah mereka.

Bertuahnya mereka yang diberi peluang untuk menjadi antara yang terawal berkhidmat pada keluarga. Dan itu menjadi antara yang aku sebut sebutkan di dalam doa memohon diberi jalan keluar dari pekerjaan sebelum ini.

Apabila berlaku apa-apa pada keluarga aku atau suami, aku mahu kami menjadi manusia terawal yang tiba untuk memberi sokongan moral.
Jika ada sesiapa yang memerlukan bantuan tenaga, biarlah kami menjadi manusia yang boleh diharapkan untuk berada di sana secepat mungkin. Apa saja bantuan yang diperlukan, bila bila masa di mana jua, biarlah kami menjadi nama pertama yang disebut untuk dihubungi.
Terutamanya ibu bapa kami, keluarga, jiran jiran, sekolah dan sebagainya.

Ketika temuduga ibu bapa untuk kemasukan Adam Muaz ke Darjah 1 baru baru ini, apabila ditanyakan apakah yang kami boleh bantu untuk bersama sama memajukan pendidikan anak anak di sekolah itu, kami dengan yakin menjawab "Kewangan dan tenaga. Sebab kami bekerja sendiri, inshaaAllah, bila bila masa saja sekolah memerlukan bantuan, kami ada".

It makes us feel so good mashaaAllah.

Selalu sangat orang cakap, "Bestlah hidup Kak Una, nak juga kerja macam Kak Una, stresslah kerja sekarang rasa nak duduk rumah je at least boleh jaga anak sendiri"

Sebenarnya niat kita memberi impak besar pada perjalanan hidup kita. Aku yakin segalanya dipermudahkan, apabila niat kita ikhlas merangkumi kemudahan bukan hanya untuk kita dan anak anak, tapi untuk keluarga besar kita, keluarga mertua, masyarakat dan negara. Dalam hati sentiasa tanamkan niat, jika you diberi peluang bekerja sendiri you mahu jadi orang yang temankan ibu bapa ke hospital tidak perlu lagi adik beradik yang lain apply cuti dah, you mahu jadi orang yang boleh diharapkan untuk hantar adik adik pulang ke universiti, you mahu yang orang yang adik beradik boleh minta tolong dari segi kewangan apabila perlu, you mahu jadi penyumbang terbesar dalam keluarga, baik dari segi tenaga mahupun kewangan. Niat bukan hanya untuk kesenangan sendiri dan kayakan anak anak sahaja, tapi untuk beri lebih impak dan nilai pada kehidupan orang lain. Niat untuk sentiasa 'outgive' orang lain; instead of fikir apa yang kita patut dapat, kita tukar pada apa yang kita boleh beri pada orang lain. Niat mesti ikhlas, sebab Allah tahu apa di dalam hati kita dan Allah yang berkuasa atas segala-galanya, kita nak tipu siapa kan?

Tidak dapat aku ungkapkan betapa syukurnya atas segala kurniaan Allah. I really hope that I can bring more values to other people. But truth be told, Allah tidak akan mengubah nasib seseorang jika dia sendiri tidak berusaha untuk mengubahnya. Jika niat dalam hati anda berbeza sebelum ini, mari kita betulkan niat. Luruskan hati. InshaaAllah dari situ perlahan lahan apa yang anda inginkan akan dikabulkan, one way or another.


No comments: