Friday, June 14, 2019

Perbelanjaan Adik Beradik




Nampak artikel ini lalu kat timeline Facebook hari ini.

Sebenarnya bila baca benda macam ini rasa sedihlah, wujud rupanya masalah macam ini di kalangan keluarga lain. Sebab dalam adik beradik kami, kami BEREBUT untuk jadi orang yang bayar semua itu. Berebut nak belikan barang basah, baru nak tanya Mama bila Mama free untuk pergi shopping rupanya ada adik beradik lain yang dah belikan. Berebut nak belikan baju raya sampai Mama cakap "Tak payah beli dahhh banyak dah baju aku ni haaa". Setiap kali Hari Ibu bersusun haaa jambangan bunga-bungaan sampai dah jadi kedai bunga rumah Mama tu! Berebut untuk berbakti, terlalu ingin untuk jadi yang paling membahagiakan orang tua kami.

Dari dulu sampai sekarang, alhamdulillah culture di dalam artikel ini tidak terjadi dalam keluarga kami. Kami bukan adik beradik yang hidup sentiasa senang pun. Tapi bila ada apa apa yang memerlukan duit, mesti ada yang akan volunteer untuk tanggung bayar. Kita kenal adik beradik kita, kita tahu kemampuan setiap dari mereka. We understand each other. It is like an unspoken rule. Ada yang nampak kerja elok duit banyak, tapi anak-anak semua dah besar masuk universiti yang mana kita tahu memerlukan perbelanjaan yang banyak. Ada yang anak sikit, tapi baru berhenti kerja. Dan amazingly, tidak ada yang ambil kesempatan pada yang paling berduit. Itu adalah adik beradik kita! For God sake. Takkan kita tak kenal. Adik beradik adalah orang yang kita paling TAK PATUT berkira. Paling TAK PATUT bermasam muka disebabkan duit.

Dalam hidup kita ini kan, kita kena sentiasa fikir "Apa yang patut aku sumbangkan pada orang", bukan "Apa lagi yang patut aku dapat dari orang". Fikir apa lagi yang kita boleh tolong keluarga kita. Apa yang boleh kita buat untuk senangkan adik beradik kita. Kita tak patut hidup senang lenang hati tenang sedangkan ada adik beradik kita yang masih susah. Ya Allah if you always have this kind of mentality, inshaaAllah hidup you takkan pernah susah. Tahu tak setiap yang kita ikhlas sumbangkan pada orang lain apatah lagi keluarga sendiri, Allah akan balas balik berkali ganda jika tak di dunia akan dapat di akhirat.

Instead of tolak menolak dan berkira kira, change your mindset untuk bekerja lebih kuat dan berusaha, agar kita boleh jadi orang yang berjaya jadi TUKANG BAYAR SEMUA DALAM KELUARGA. Instead of kita rasa lega tak tergolong dalam golongan yang patut bayar zakat, kita sepatutnya berusaha dan bekerja lebih keras agar kita tergolong dalam golongan yang wajib bayar zakat. Fokus untuk jadikan diri kita orang yang PALING BANYAK MEMBERI, bukan asyik fikir cara untuk jadi orang yang PALING BANYAK MENERIMA. 

Berlumba-lumbalah untuk jadi yang paling menyenangkan ibu bapa dan keluarga. Jika bukan dengan wang ringgit, kita sumbangkan tenaga dan keringat. Usah fikir apa sumbangan orang lain, usah nak dikira-kira apa yang you dah bagi apa yang orang belum bagi, sebab di Hari Pengadilan nanti kita akan diadili atas amal dan perbuatan kita sendiri, bukannya orang lain.





1 comment:

Puan Hazel said...


Salam Aidil Fitri Una.

Good sharing. Tq.