Friday, July 21, 2017

HforHOME: Kitchen Cabinet

Ehehe lamaaaa sangat tak cerita pasal progress rumah baru kami itu kan? Sebenarnya lepas siap plaster ceilings, grill, wiring and pasang kipas lampu tu, kami habis around RM12k so dah habis savings dah huhu. After that many things happened, kami semakin sibuk, and then mula rasa macam taknak dah duduk sana, siap plan nak jual dan cari rumah lain kononnya. Setengah tahun kami biarkan rumah itu tak visit langsung entah apa jadi dalam tu pun kami tak tahu.

 Dingdongdingdong one day tu we both berbaringan, tiba tiba kami decided untuk betul betul think about it and we decided to tengok balik gambar, pergi balik sana, ya Allah memang tak bolehlah nak let go rumah tu! Rumah tu ibarat macam our first love, jujurnya kalau you guys datang sana rasa macam biasa je rumah tu nothing special pun tapi entah kami dah survey banyak rumah lain lepas tu memang tak adalah yang menambat hati kami, padahal beza harga rumah lain itu lebih RM200-RM300k dari rumah kami sepatutnya lebih mahal lebih menariklah kan? But no. Ada je yang tak kena di mata kami, toilet kecil lah, toilet kena share lah, takde balkonilah, takde family hall lah. Memang semua rumah yang kami survey dengan harga range plus minus RM200-300k tak ada yang menarik minat. Tak macam our first love. Mungkin kena tengok rumah yang harga sejuta dua kot baru jatuh cinta lagi wakaka! 😝 

Anyway, dulu kami stop progress sebab dah kehabisan fund, bila kami tak fikir sangat pasal rumah tu, tiba tiba ada je rezeki masuk. Rasa macam wow bila tak fikir sangat tetiba cukup dah duit 😂. So daripada duit habis entah kemana we finally decided untuk sambung semula progress rumah itu and ya Allah I'm so excited!! 

We started with kitchen cabinet (KC), kami study a few contractors, ask them to quote and asked contractor lama to requote semula, plan our budget. So far, untuk kitchen cabinet with all the appliances, most contractors quote roughly RM15k to RM18k. Material sama, design sama (simple je pun), mahal rupanya kan. Applicances (hood, hob, oven & sink) pun dah nearly RM6k, so tambah dengan kitchen cabinet itself memang boleh sampai RM20k lah. Ada satu hari tu kami pergi sampai 3-4 tempat termasuklah kilang kontraktor kabinet dapur untuk tengok sendiri dalam masa sehari, from Puchong to Sungai Buloh to Shah Alam. Gila punya penat esok tu rasa nak pengsan tak larat dah nak pergi open house 😪.

Last last ambil dengan kontraktor yang duduk Puchong je, dan dia sendiri datang rumah kami untuk discuss. Haha penat penat je pergi merata. Tak apalah, at least we get some ideas kan. Lepas first meeting, kami bersama sama contractor tu pergi ke rumah baru for final measurement with some additional wiring and plumbing (kena upah orang lain lagi).

So this will be our kitchen cabinet design;


Sepatutnya macam ni je then masa kami cari hood and hob (we decided to purchase separately from different supplier, not all by kitchen cabinet contractor), supplier hood and hob tu kata ducting akan lalu kat atas cabinet seperti yang dilukis di atas. So better cover dengan cabinet la, and our KC contractor proposed macam ini;

OPTION A

Tambah one cabinet atas hob tu so that ducting dari hob terus ke ceiling and belok ke luar, extra cost RM100. I tanya tak pelik ke tetiba ada 1 body je terkeluar ke atas? Kontraktor tu kata biasa je, ramai je buat macam ni untuk cover ducting. Oh okay.

OPTION B

Atau naikkan terus semua cabinet to full height instead of standard height, extra cost RM600. Tetiba nak tambah RM600 untuk ruang cabinet yang belum tentu guna pun. Sebab KC kami at our current house pun standard cabinet je, tu pun banyak ruang tak guna pun entah tak tahu nak simpan apa dah pun, or perhaps kami berdua bukan jenis hoarder. Bekas aiskrim ke apa mana pernah simpan, semaklah sebenarnya.

So now tengah fikir mana satu nak pilih ni. Extra RM600 rasa macam nak pejam mata je buat, tapi woi RM600 banyaklah bagi aku! Macam macam boleh buat kot. Fridge pun belum masuk lagi dalam pengiraan, semalam survey kat Harvey Norman hati macam rasa macam ada adrenaline rush sebab excited gilaaaaaaaa! Best best.

Hopefully everything berjalan dengan lancar. Ha! Tahu tak kontraktor yang buatkan plaster ceiling, wiring dan grill kami tu sepatutnya buat kitchen cabinet untuk jiran sebelah kami tau, depa bawa lari duit jiran kami tu RM12ribu! 😱😱 Gilaaaa masa tu rasa macam, walaupun bersimpati dengan jiran kami tapi syukur gila kami tak kena dengan dia masa tu! Alhamdulillah siap semua yang dia sepatutnya buat untuk rumah kami, memang terkejut betul kami masa tu bila jiran kami bercerita, nasib baik bukan kami yang recommend-kan contractor tu pada dia. Teruk betul, so moral of the story, jangan sesekali bayar full payment untuk construction works! Fishy betul minta full payment sebelum kerja siap ni. Rasa syukur dan nasib baik kami tak pernah recommend dia pada siapa siapa pun 😓

Ya Allah peliharalah kami dari sebarang musibah, jauhilah kami dari manusia yang berniat jahat. Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Will update more on this soon.


3 comments:

  1. option B looks better.. eh tetibe pulak bagi ulasan kan.. hihi..
    Moneywise, option A lah kan. rm500 diff, byk jugak tu.. nampak mcm awkward sket, tp sbnrnye kite rase ok juga option A tu. ruang kosong atas hanging cabinet boleh utilise utk deco supaya tak nmpak kosong sgt kat situ.
    As for option B, jalan senang, cover up je semua. Who knows bile dah duduk rumah baru yg lebih selesa, and selalu pulak tetamu datang berkunjung, family or business prospect, you might want to have certain dining set for certain function/event or for certain guests, mase tulah ruang2 byk tu berfungsi.
    Just my 50cents. Hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aha yes we finally opt for Option B. Betul juga tu, mesti akan ada kegunaannya nanti in future kan? Kena plan properly apa yang nak disusun kat dalam tu. Thank you Ily!

      Delete
  2. boleh dpt contact for ur kc contractor?

    ReplyDelete