Monday, July 10, 2017

Cara Elak Suami Curang


Emosi betul pagi ini. Sebenarnya aku jaranglah nak baca berita berita macam ni, aku tak pernah follow Kisah Rumah Tangga, atau page berkenaan confession bagai, sebabnya memang boleh terganggu emosi baca kisah macam ni walaupun tak berkaitan dengan kita kan. Kes di atas adalah kes tipikal lelaki curang ketika isteri mengandung dan berpantang sebenarnya, cuma jadi besar sebab isteri tu end up with depression dan dikatakan bunuh diri (atau dibunuh suaminya, wallahu'alam). Sedih gila baca okay, semoga Allah memberi keampunan pada arwah isteri terbabit. For the husband, may you rot in hell, you don't deserved to be forgiven.

Isteri isteri, kita kena kuat okay. Tapi kita perlu kuat itu bukan bermakna kita perlu lakukan semuanya seorang diri hanya kerana kita rasa kita kuat, no you're wrong. That is actually a sign of weakness, sebab you biar diri you diambil kesempatan oleh orang yang sepatutnya buat kerja kerja yang menjadi bebanan you tu. Sedihlah bila tengok isteri isteri yang berkorban segala tapi dibalas dengan tahi. Seperti kes di atas, arwah isteri berkorban jiwa raga dan wang ringgit disebabkan gaji suami yang tak seberapa, tapi tidak dihargai dan dicurangi pula.

I'm going to share some tips, well it's not really tips but it's more to basic knowledge dan apa yang I rasa patut dilakukan oleh semua isteri semenjak awal perkahwinan supaya rumahtangga berjalan dengan baik. This is for adik adik yang baru berkahwin atau baru memilik anak. Memang it's seriously just a basic knowledge tapi ramai yang tak buat entahlah kenapa. Maaf ya, I tulis sini bukanlah bermakna rumahtangga I sempurna sebab I sendiri pun baru nak masuk 7 tahun je pun berkahwin, tapi ianya berdasarkan pengalaman sendiri dan banyak kes di sekeliling I yang banyak sangat memberi pengajaran pada kami suami isteri. Mana yang elok, harap boleh diambil sebagai panduan, mana yang you tak setuju it's okay, you may stick to your opinion.

1. Penuhkan masa suami dengan tugasan rumahtangga

Seriously, walaupun ramai yang tak suka dengan kenyataan ini, tapi urusan kerja rumah seharusnya dilakukan bersama sama suami dan isteri. Untuk adik adik yang baru berkahwin, mulakan dari sekarang. Untuk yang dah lama berkahwin, belum terlambat untuk ubah sekarang. Ada lah sebabnya dalam Islam tugas menguruskan kerja rumahtangga diletakkan di 'bahu' suami, bukannya isteri sepertimana yang diamalkan oleh ramai lelaki tipikal Melayu. Suami jenis yang pulang saja ke rumah terus berganding bahu pergi angkat kain, pass pada isteri untuk lipat, kemudian pergi potong bawang, isteri sambung masak, sementara isteri masak suami layan anak anak bawa ke bilik mandi, mandikan anak anak, isteri selesai masak kita makan bersama, suami sambung basuh pinggan pula. Suami jenis ini biasanya jarang sekali ada masa untuk perkara perkara lain. Tak ada masa untuk main kayu tiga, tak ada masa nak bercurang curang, tak ada masa nak fikir pasal zina. Penting untuk pastikan suami sentiasa terisi masanya. Sebab apa yang aku perhatikan seringkali suami yang dikaitkan dengan kecurangan, adalah suami yang langsung tidak membantu urusan rumahtangga, langsung tak pernah berbasah basahan mandikan anak atau basuh kain baju, lelaki yang pulang saja ke rumah terus declare diri sendiri sebagai raja dan isteri seperti hamba.

Macam mana kalau suami yang memang langsung tidak tahu pegang penyapu pun? It's okay. Mulakan dengan tugasan ringan, seperti pergi buang sampah, atau basuh pinggan mangkuk selepas makan malam, atau buat susu anak. Sebab ada lelaki bukan dia malas, tapi dia tak tahu. Daripada you merungut "Kenapalah suami aku tak macam suami orang lain yang rajin blabla", baik you keraskan hati untuk ajar. "Abang, sini kejap. Okay abang buat macam ni, sabun ambil kat sini, atau ambil hanger tu, yang tebal jemur pada yang paling dekat dengan matahari". Keraskan hati untuk ajar, sebab almost always, isteri isteri ni takut nak mulakan, takut nak ajar, atau tak sampai hati nak ajar. Lalu berterusan memendam rasa, badan penat hati sakit, nak buat kerja rumah pun dah tidak ikhlas lagi. Sudahlah letih sakit badan, pahala pun tak dapat, lagi teruk kita merungut bercerita pula kepenatan dan kekecewaan kita pada keluarga dan kawan kawan, tambah dengan dosa lagi. Kesian tau, apa pun kita tak dapat. Jadi, mudahkan kerja kita, ajak suami berganding bahu.

2. Atur gaji suami

Ada tak you guys yang tak tahu pun gaji terkini suami? Kenapa? Taknak ganggu privacy suami? Hello you guys dah tidur bersama dah nampak luar dalam, apa yang privacy lagi? Penting untuk tahu gaji suami, supaya kita boleh buat aturan sewajarnya. Dalam gaji suami tu ada sebahagian besar hak keluarga kita tau, hak kita dan anak anak. Sebab banyak kes yang aku jumpa, dia masih ingat gaji suami dia RM3000 dan bertahun tahun dia berhempas pulas tolong bayarkan banyak expenses rumahtangga kerana kasihankan suami yang bergaji kecil. Rupanya gaji suami dah RM7000-8000 pun dan seronok enjoy gaji sorang sorang. Daripada awal perkahwinan, aturkan apa yang you perlu bayar, apa yang husband perlu bayar. Jangan takut atau segan untuk duduk semeja bincangkan, sebab financial management yang jelas semenjak awal perkahwinan memang memberi impak yang sangat sangat besar dalam rumahtangga.

Aku pernah buat entri khas tentang kewangan rumahtangga sebelum ini. Boleh klik link di bawah untuk baca semula.
Merancang Kewangan Dalam Rumahtangga

Banyak perkara dah berubah since that post, tapi sistem kami masih sama dan alhamdulillah sangat berkesan sehingga sekarang. Tak salah kalau you nak tolong your husband, mungkin you rasa you mampu untuk sama sama tanggung belanja rumahtangga 50-50, tapi slowly you boleh jadikan 60-40, 70-30, sebab gaji makin lama makin bertambah dan serious aku cakap, lebih banyak suami contribute dalam rumahtangga, semakin murah rezeki suami sebenarnya. Bila dapat bonus atau suami memang bergaji besar ajak dia plan siap siap untuk downpayment beli rumah baru, buat investment atas nama isteri dan anak anak, bawa ibu bapa pergi umrah dan haji. Atur dengan baik.

Kenapa penting untuk pastikan gaji suami digunakan sewajarnya? Sebab biasanya, suami yang kewangannya memang diatur dengan baik jaranglah boleh curang. Sebabnya, hahaha sebab dia dah takde allocation untuk main kayu tiga haha lawaklah 😂. Lawak, lawak juga. Tapi memang itulah hakikatnya. Orang lelaki yang curang sampai berzina bagai ini adalah lelaki yang tidak diatur kewangannya, duit berlebihan sangat sedangkan perbelanjaan rumahtangga masih dibantu isteri. Tak salah susah bersama suami isteri, tapi susah sama sama senang sama samalah! Ini tidak, dari dulu sampai sekarang you susah sorang sorang dan suami senang sorang sorang. You nak beli baju sendiri pun fikir banyak kali, suami selamba pergi tukar sport rim kereta. You nak beli perfume mahal sikit pun dok kira kira budget, suami selamba beli tiket holiday Europe trip dengan kawan kawan. Celaka betul suami macam ni, aku taip ni pun rasa benci je 😡😡. So pastikan kewangan suami isteri jelas dan memuaskan hati kedua dua belah pihak, inshaaAllah aman bahagia rumahtangga.

3. Hubungan suami dan anak anak perlu sangat sangat close

Hubungan yang close ni bukan yang suami main dengan anak anak bila anak nangis je pass kat kita okay? Suami main dengan anak bila anak berak pass kat kita, suami main dengan anak anak bila anak lapar suruh kita buat susu. Hamboiiii. Make sure suami ambil bahagian secara serius dalam setiap urusan anak anak. Sama sama besarkan anak, mandikan anak basuh berak anak buat susu anak tengok homework anak dan sebagainya. Seorang bapa yang sangat kasih dan hidupnya devoted pada anak anak, akan tipis sekali chancesnya untuk buat perkara perkara terkutuk di belakang isterinya. Sebab dia terlalu cintakan anak anaknya, terlalu takut dibenci anak anak, terlalu takut kebahagiaan anak anak diragut oleh tangannya sendiri. Kadang kadang suami ni tak berapa affected sangat bila isterinya terluka, tapi dia takkan sesekali melukai hati anaknya. Anak anak adalah penyambung kasih ibu dan bapa, pengikat cinta suami dan isteri. Jadi sibukkan suami dengan anak anak, pastikan dalam satu hari ada tugasan tetap bapa dengan anak anak, tukang bacakan buku cerita, tukang check homework, tukang basuh berak, tukang mandikan, bahagikan tugas ini sesama suami isteri secara bergiliran. Sebab anak itu amanah Allah untuk kedua dua suami dan isteri, susah senang sakit sihat gembira duka anak semua kita hadapi bersama. Bukannya waktu gembira dengan ayah, waktu susah dengan emak. Bukan ya.

4. Suami isteri sentiasa berkomunikasi

Cliche kan? But yes, communication is virtue. Communicate, walaupun mungkin akan menimbulkan perasaan tidak enak. Communicate, walaupun mungkin akan berakhir dengan persengketaan. Sebab banyak perkahwinan yang gagal adalah disebabkan tiada komunikasi, bukan terlebih komunikasi. Bercerita setiap hari, walaupun sekecil kecil perkara. Ringankan mulut bercerita, dan bila bercerita tu make sure husband tengok kita bukan tengok handphone. Husband and wife yang setiap hari biasa bercerita perkara perkara kecil, akan mampu untuk communicate tentang perkara perkara yang lebih besar dengan lebih baik in future. Bila biasa bercerita dan berbual, husband boleh bagitau apa yang dia suka dan tak suka, wife pun boleh luahkan apa yang ada dalam isi hati. Sebab bila jarang bercakap, sesekali bercakap je husband nak terus tegur "I tak sukalah you pakai macam ni" kan dah boleh bergaduh besar terus. Kalau dah biasa, bila suami tegur pun kita boleh improve diri kita, straightaway jadi wanita idaman suami, dan selalu sangat berbual kita pun takdelah segan sangat nak minta belanja beli iPhone baru ke apa kan win-win situation wakaka 😆😆

5. Sama sama perbaiki agama

Sobs. Ni sebenarnya patut di point nombor 1. Zina ni, terlalu banyak sangat kes sampai dah jadi macam biasa. Bila suami curang, confirm dah berzina. Macam tak mungkinlah sekadar curang gitu gitu, memang sah sah dah berzina. Seolah olah zina tu perkara ringan. Kita sama samalah perbaiki agama. Janganlah nak belajar mengaji sendiri sendiri, nak perbetulkan solat sendiri sendiri. Ajaklah suami sekali. Kata sehidup semati kan taknak ke jumpa kat syurga nanti.. Apa apa ilmu yang kita baru tahu, kita terus share dengan suami. Tak salah pun kita betulkan bacaan Al-Quran suami, dan janganlah sentap bila suami perbetulkan agama kita juga. Suami yang jaga agama, akan boleh lakukan 4 perkara di atas dengan mudah je. Sebab agama Islam ni dah sempurna if only you really practice it. Jangan ambil sebahagian sebahagian je, bab berkahwin lebih nak ikut agama, bab kebajikan anak isteri taknak ikut agama.

Apa apa pun, sematkan dalam hati yang kita suami isteri ini satu team, bukan rivalry. Apa yang kita buat, we do it for the team, not for ourselves je. Kita improve diri kita, team kita akan turut bertambah baik. Suami, pandanglah isteri you sebagai your teammate. You hancurkan hati dia, you actually work against your own team. What will happened next? Your team will collapse, dan akan tarik sekali anak anak you. Sedihlah bila involved anak anak sekali.

Maaf ya kalau tulisan aku kali ini mengguris perasaan atau menimbulkan rasa tidak seronok pada suami isteri lain. Aku sedar memang aku bukan orang yang selayaknya untuk bagi tips rumahtangga. Dan aku juga tahu at the end of the day, jodoh itu di tangan Allah dan kita tidak dapat nak elak kalau sesuatu itu telah ditakdirkan akan terjadi. It's only that, patah hati ni adalah kesakitan yang sangat dahsyat, bukan boleh diubati semudah patah tangan atau kaki. Kalau boleh kita janganlah sampai perlu mengalaminya sendiri untuk belajar, be smart dan belajar saja dari pengalaman orang lain. Semoga perkongsian ini bermanfaat.


No comments: