Wednesday, May 17, 2017

Of My Health, My Job and My Life At This Moment

Oh hi! Assalamualaikum,

Tengah tunggu servis kereta sebenarnya, plan tadi nak bawa laptop tapi macam renyah pula, end up kebosanan sorang sorang. Dah ke depan ke belakang habiskan bihun dan biskut kat Perodua ni, then baca blog Namee and then tiba tiba baru sedar, dah lama tak update blog. Ada lagi ke reader ni 😓

Last month aku kerja macam orang gila. Sejak Cuckoo launch Goood Plan campaign sampai keluar TV radio semua tu, sambutan sangat sangat sangat overwhelming sampai seriously aku tak buat benda lain dah sampai rumahtangga tunggang langgang dapur tak berasap kain tak berlipat 😅. Tajam je jelingan laki aku kakaka. Nak makan pun tak sempat, serious aku bangun pagi lepas siapkan anak anak pergi sekolah aku terus mengadap kerja, then anak balik school nak juggling between being a working mom dalam masa yang sama perlu uruskan rumahtangga whoaaah memang tak teruruslah kehidupan masa tu! Kempen Cuckoo tu memang gempak tau, penapis air yang ada air panas, sejuk dan suhu bilik harga RM60 sebulan mana nak dapat. Dulu kena hempas pulas cari sales, tapiii start last month kita takyah cari sales pun, pembeli yang berduyun duyun cari kita!



Inilah bendanya yang menghuru-harakan kehidupanku bulan lepas 😂

So breakfast pun tak sempat, dinner pun kadang dah letih sangat aku terus tidur je.

End up...


Masuk hospital! It was gastrisitis. Selama ini dengar orang sakit gastric macam mengada je, bila dah rasa, pergh sakit gila rupanya. And then scary sebab kena buat endoscopy (masukkan kamera dalam perut) untuk check dalam badan. Tapi proses tu tak sakit pun, dia kebaskan tekak, masuk ubat bius, sedar sedar aku dah ada kat katil ward semula. Alhamdulillah keadaan dalam perut tak teruk sangat, so kena berjaga jagalah sikit. Doktor kata takde pantang makan, tapi wajib makan dengan teratur. Baik tuan doktor, keluar hospital terus penuhkan peti ais dengan makanan berkhasiat haha dah terhantuk baru nak tergadah (betul ke peribahasa ni 😆)


Family-in-law yang sangat caring dan penyayang. 3 hari 2 malam di Sunway Hospital, rawatan specialist buat ultrasound, endoscopy dan apa lagi entah, total bill RM4,170.00 tapi aku bayar RM0.00 sebab fully covered by AIA Takaful wohooooo! Makan sedap, bilik selesa walaupun share 4 orang (sebab full house takde bilik dah!) dan paling penting, rawatan pantas dan menyeluruh tak perlu menunggu. Serious memang bersyukur sangat dibukakan hati dan diberi kesedaran tentang betapa pentingnya ada Takaful ni, you guys kalau bab insurance Takaful ni janganlah compromise. Baik takde Astro daripada takde insurance, dahlah korang bukannya jaga makan dan exercise pun, mengadap Facebook je banyak kann 😏. I ambil takaful AIA last year bulan 5, caruman sebulan RM220. Tahun ni dah pakai RM4170 sekali ganda dari jumlah keseluruhan yang dibayar, memang rasa berbaloi betul alhamdulillah.

Lepas warded tu, memang siang malam aku dihujani leteran dari segenap pelusuk masyarakat 😂😂. Jangan kerja kuat sangat, jangan skip makan walau macam mana sibuk pun, duit banyak takde erti kalau kesihatan terjejas, blablabla yang mana semuanya betul pun. Orang berleter sebab sayang, kan?

So aku decided bulan ni aku malas kerja bahaha! Sangat menurut perintah kan 😄😄. Takdelah, aku cuma bekerja sambil sambil je. For the past few months dah buat marketing gila gila, so hasilnya dah nampak dah sekarang. Alhamdulillah sekarang ramai yang dah cari kita, sebab publisiti meluas dah kan keluar iklan TV radio semua. Memang makin senang dah nak berniaga Cuckoo ni.

Apa yang berlaku membuatkan aku terfikir banyak perkara. Kalau ikutkan jumlah sales dan recruitment, aku dah boleh naik manager sebenarnya. Tapi sebenarnya tujuan aku berhenti kerja dan kerja sendiri bukanlah untuk climb the career ladder sangat, it's more to flexibility, boleh atur masa sendiri and paling penting adalah boleh spend more time with my family. That's my utmost priority. I mean, baik jadi executive biasa gaji RM10k dan banyak masa dengan family plus less headache, daripada jadi manager gaji RM20k tapi sakit kepala uruskan anak buah dan takde masa untuk diri sendiri apatah lagi untuk keluarga 😟

So aku bertekad untuk fokus pada apa yang penting dalam hidup aku. Ramai yang suruh fikir jauh jauh, 5 tahun 10 tahun akan datang, tapi aku lebih suka capai apa yang ada depan mata, appreciate segala yang berlaku pada masa sekarang dan enjoy it while it lasts. Lagipun apa yang nak dikejarkan sangat, kita orang perempuan kalau takde duit pun ada duit laki bahahaha tak tak gurau jeee (or maybe not 😋). Hakikatnya, masa yang dah berlalu takkan dapat dikembalikan lagi, in order to climb the career ladder, there's always something you have to sacrify, and I don't want to sacrify the wrong thing 😔. Our children, they grow up so fast. Truth be told, anak anak ni mereka bukan kisah kita duit banyak ke tak pun, mereka nak kita ada bersama mereka saja wuuu sedihnya taip ni 😭

So bulan ni aku memang relax, kerja macam tak kerja sangat just assist my girls with their sales and entertain mana mana potential customers yang contact aku. I deserve to rest, my body and my mind deserve to rest. Bulan ni anak anak ajak Mummy pergi mana mana pun boleh terus "Jom!", dan aku memang banyak habiskan masa dengan family, Mama Baba adik beradik and catching up with close friends. Penting tau jaga hubungan baik dengan people we love and those who love us, tanpa bercakap pasal kerja. Lagipun nak puasa kan, kena fokus amal ibadah tinggalkan duniawi kejap. Kerja rumah pun aku tak buat hahaha lebih lebih betul ambil kesempatan. Letihlah, dah penat kerja kan. Apa guna kerja kuat kalau tak boleh enjoy hasilnya (beria-ia explain). Panggil part time maid datang rumah je. 4 jam RM65 je pun baru tahu murah gila rupanya, kalau tahu murah macam ni dari dulu lagi aku dah panggil.


Love this woman, a 35-year old Sarawakian yang sangat teliti buat kerja rumah. Tapi terlampau teliti sampai aku kena stop her dan sambung kerja lain 😅. Panggil seminggu or 10 hari sekali pun cukup dah, berseri seri rumah langsung tak stress sekarang.

Haa, hasil kerja macam orang gila bulan lepas, first time in my life dapat achieve 5-figure income #mybucketlist #achievementunlocked. Kesian kan, orang lain dah lama merasa, awak dah tua baru nak rasa 😅. Masa first time aku kerja right after I graduated dulu, my first income as Civil Engineer was RM2000. I was 23 at that time. Masa tu aku konon konon buat calculation based on yearly increment, by 30 aku sepatutnya dah gaji 5 angka dan terus masukkan dalam My Bucket List.

When I reached 30, gaji aku adalah RM4350 😑😑.

Masa tu dah tak nampak dah gaya akan 5 angka so redha jelah impian tak tercapai. Tak disangka sangka alhamdulillah at 31 aku dibukakan jalan untuk masuk bidang yang aku sendiri tak terfikir boleh buat, and manage to achieve my dream at 32. Better late than never, huh? 😂 #daretodream


Semua gambar dari Insta Story je haha malas nak screenshot semula.


Sorry if you found this post is kinda show-off-y, but my intention is just to let you know that it's never too late to start something new, do what makes you happy and try to achieve your dream! Aku memang jenis list down impian hidup, kalau korang tengok diari aku (taklah diari sangat, more to virtual diary), memang kelakar je benda benda yang aku nak capai. Tapi biarlah, kita semua berhak untuk punya impian kan. Sebenarnya honestly for me, tak kisah pun kalau gaji sikit if you memang happy dengan kerja you, and you're happy with how your job reflects your personal life. Sebab before this, my income was fine taklah mewah tapi serba cukup je nak shopping bagai, BUT I was miserable and it affected my family and my life so badly 😔. Sabar je Suami dan anak anak aku masa tu. I really had to get out of that situation, and alhamdulillah Allah leads me to this.

So bulan ni setelkan semua hutang, belanja family make them happy, Mama sebut nak apa je terus beli je takyah fikir sangat eeee best gilaaa perasaan ni, buat investment sikit, and apa lagi eh yang aku buat untuk habiskan duit haa I signed up for braces semalam nanti aku cerita bahaha dah tua baru nak pakai, and balance tu saving for belanja puasa and raya inshaaAllah.

Since I think mungkin tak sempat nak update blog lagi lepas ni, I'm gonna wish all of you selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak. Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu rahmat pada kita semua, inshaaAllah.



2 comments:

  1. Assalamualaikum. sis boleh guide sy jd mcm sis tak....nak juga income mcmtu...kerja income macamni je tak berubah2....

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam Fifie. Boleh inshaaAllah. Bila bila dah ready nanti whatsapp je saya 0162324492 okay :)

    ReplyDelete