Monday, April 3, 2017

Sabah Trip Day 3: Island Hopping

 Sorry terlampau busy dan tak berapa sihat these past few days, mood memang tak ada tapi ramai yang request sambungan Sabah trip hari tu waaaaah statement bajet sangat kakaka. Seriouslah. Ramai yang tanya macam macam so aku rasa might as well aku sambung terus kan cerita sebelum ianya menjadi basi. Apa jelah ayat aku ni πŸ˜“

Hari ketiga, yeah sudah sampai hari ketiga, daripada Kundasang kami sudah pun tiba di Kota Kinabalu sehari sebelumnya. Menginap di Kinabalu Daya Hotel yang tersangatlah murah (RM115 kot per night) tapi toilet takde paip herghhhh but depa ada sediakan gayung so takpelah. Pagi tu, kami jalan kaki pergi breakfast di Oldtown White Coffee berhampiran hotel, sorrylah ye kami kalau travel dengan anak anak ni memang takde maknanya nak try tempat makan yang adventurous; malam semalam pergi Anjung Selera Tanjung Aru tu pun agak tak selesa sebab toilet super dirty (Adam tiba tiba nak berak grrr) dan tempat tu dan kebetulan ada meja sebelah melompat sebab apa entah tikus ke apa entah. Sabar jelah. So dengan anak anak ni, kami memang always settled for tempat yang selesa, berpenghawa dingin, easy access to toilet dan ada menu kanak kanak πŸ˜…

So lepas makan, H panggil owner Nissan Almera tu untuk return kereta. Di Kota Kinabalu kami decided untuk pulangkan kereta, sebab most places boleh jalan kaki atau Uber je. Easier and cheaper. Sebelum pulang kereta minta brader tu tolong hantar ke Jesselton Jetty dulu. We are going for island hopping!


At the jetty. Sampai sini kena beli tiket untuk island hopping. Masuk dalam bangunan tu ada banyak sangat kaunter yang jual tiket. Kebanyakannya harga sama je. Aku takde survey sangat kaunter mana yang murah, kami pilih kaunter nombor 5, Borneo apa entah nama dia. Ada empat buah pulau yang kita boleh pergi, kami pilih untuk ke Pulau Manukan dan Pulau Sapi, tak ada sebab pun. Cuma pulau itu yang rasa macam popular disebut orang bila ke Sabah. Total harga untuk 2 dewasa dan 2 kanak kanak rasanya dalam RM125 macam tu untuk 2 pulau. Tak pasti pula sebab masa H bayar tu aku sibuk layan anak anak nak beli pistol air πŸ˜‘



Lepas beli tiket perlu berkumpul setempat, pakai safety jacket. Kami ambil trip bermula pukul 11 pagi. Kami diberi masa 2 jam untuk setiap pulau, so anggaran balik dalam jam 3 petang. Nak lebih masa pun boleh, tapi 2 jam hari tu pun okay dah rasanya, kecuali kalau you guys nak snorkelling.


I tak snorkelling, I nak sightseeing dan melawa je πŸ˜†


Ngam pukul 11 depa dah panggil untuk naik bot. Bot kecil je, cukup untuk 10 orang je sekali naik.


First boat riding experience for Adam Muaz.


Yusuf dah pernah island hopping masa kat Phuket hari tu. Tapi dia baru setahun lebih masa tu bukan dia ingat apa. So kalau nak bawa anak buat aktiviti macam ini tunggu depa dah faham sikit, baru berbaloi. Berhari hari cerita naik bot meniti di bibir punyalah memorable πŸ˜‚

Alhamdulillah takde yang mabuk laut antara kami, perjalanan daripada jeti Jesselton ke pulau pertama iaitu Pulau Manukan ambil masa dalam 20-30 minit rasanya. Saspen juga bila berada di tengah laut memang terasa jugalah terumbang ambing setiap kali berlanggar dengan air yang bergelora. Masa itu jugalah H cerita pernah tercampak keluar dari bot masa beliau di Pulau Perhentian dulu sebab ombak kuat, langsung tak membantu πŸ˜–πŸ˜–. 


Tapi Adam Muaz jangan risau, beliau hanya tidur sepanjang perjalanan, dasar kaki tidur 😝


Alhamdulillah selamat sampai ke pulau pertama kami, Pulau Manukan! Nampak tak kebiruan dan kehijauan airnya? Serious cantik gilaaaaaa air dia memang crystal clear. Sangat sangat cantik!


Emak memang macam nak pergi shopping mall haha. Memang aku tak ada intention langsung nak mandi. Kegelian aku pada public toilet memang tidak dapat dibendung lagi, lagi lagi kalau kat pulau pulau. Biasanya memang tak terjaga.


Sampai sampai anak anak terus tukar baju mandi dan meluru ke laut.



Mummy tukang jaga barang je, Daddy tengok anak anak.


Honestly, pulau ini laut dia memang super duper cantik, tapi bagi aku pantainya tak terjaga. Kotor, anak anak aku dok kutip sampah je sepanjang kat sini. Sayang betul pusat peranginan tak well-maintained, dan sayang juga mentaliti ramai pelancong ke sini masih low class lagi.


Dua orang ni dok kutip sampah masuk dalam botol tu. Jenuh melarang takut terpijak kaca just in case.



Asalkan anak anak Mummy happy je..


What's with that face Muaz? πŸ˜†πŸ˜† #posingbaruMuaz



Nampak macam tak ramai orang, tapi masa ini macam crowded juga bagi aku. Ramai pelancong Korea masa ini entah kenapa.



My beloved three boys. Bila nak ada anak perempuan ni.. #tetiba


Tips untuk travel dengan anak kecil: Make sure your husband adalah seorang yang penyabar. Terutama bila bab anak nak ke toilet. Mummy pun penyabar (haha!), tapi bab ke public toilet memang minta maaflah. Alangkan toilet shopping mall yang appropriate pun Mummy taknak bawa, apa lagi tempat macam ini. Thanks for making things a lot easier for me, Sayang. I can never do this without you 😘


Genap pukul 1, kami dah berkumpul di jeti Pulau Manukan. Tunggu bot untuk bawa ke pulau seterusnya, Pulau Sapi. Masa ini si Adam Muaz dah cranky sebab nampak budak depan makan jajan. Maka berzikirlah beliau sebut "Nak jajan" x 1000. Kali pertama belajar perkataan jajan. Emak kau dahlah pantang bagi anak makan jajan.

Masa tunggu kat jeti ni kalau rasa macam dah lebih 10 minit tunggu tu boleh tanya ke orang yang jaga bot kat situ dan tunjuk tiket, kadang kadang depa bukan panggil, tahu tahu semua orang dah tunggu dalam bot tinggal kau sorang je belum naik macamlah kau jenis tak paham arahan tunggu pukul 1. Sebab kami kena macam tu, punyalah lama tunggu kat jeti rupanya orang lain dah naik bot dah 😀

Sampai sampai Pulau Sapi, terus beli jajan just to satisfy Adam Muaz. Memang lapar pun sebenarnya, tapi tak jumpa pula kedai makan or restoran kat tepi pantai ni. Kecuali kalau you beli tiket bot sekali dengan makan tengahari. Tak sure pula berapa harganya kalau pakej itu. 


Pulau Sapi ni kecil je, rasanya separuh dari saiz Pulau Manukan tadi. Lagilah crowded rasanya masa ni.


Anak baru selesai makan jajan tepi pantai, masa ni dah mula rasa panas terik, kat Manukan tadi tak rasa sangat. Tapi budak budak ni seronok membina istana pasir, mana reti rasa panas.


Emaknya duduk tepi je bawah pokok. #diva




Budak dua orang ni memang betul betul have fun. Seronok tengok.


Masa ini ada budak Korea sebaya depa dok tembak tembak guna pistol air. Seronok main bersama.


Ada minah Korea ambil gambar, tapi bagus dia ni, siap minta izin "Can I take photo of your sons?" #anakartiskatakan bahahaha.



Dah almost pukul 3, Daddy kena panggil anak anak ajak balik.


Obviously protesting. Susah betul nak ajak balik!!


Sementara tunggu bot sampai. 

Overall, judging from these two islands, well, pulau pulau ini memang air nya subhanallah cantik sangat! Crystal clear! Kalau snorkelling memang bestlah rasanya. Tapi I was glad that I didn't do it sebab nanti lepas dah settle snorkelling or swimming nak mandi tukar baju memang tak ada tempat. Shower room dia open, memang terbuka macam itu je tengok orang pakai bikini bersihkan badan. Then belah toilet pula tak ada air, dan bau toilet dia tak payah cakaplah. Ish aku memang tak bolehlah. Geli! Tapi sebenarnya taklah surprise sangat, masa kat Phuket pun macam itu juga toilet di pulau pulau. Tak well-maintained sebab itu memang mengelak mandi laut, kecuali kalau kami memang menginap di hotel tepi laut yang mana lepas mandi terus boleh naik bilik je.

Selesai island hopping, kami pulang ke Jesselton Jetty. Semua orang dah kelaparan, turun bot terus jalan kaki pergi shopping mall berhampiran, Suria Sabah if I'm not mistaken. Memang boleh jalan kaki je. Makan Kenny Rogers ambil meal paling besar haha #kebulur. Makan lunch sekali dengan dinner, then jalan kaki balik ke hotel. Kalau naik Uber dari jeti ke Kinabalu Daya Hotel tu taklah mahal pun dalam RM4 je, tapi saja nak jalan kaki untuk tengok tengok apa yang ada di bandar KK ni.

Despite the toilet issue, I really recommend those yang melawat Sabah untuk cuba aktiviti island hopping ni. It's one of the thing yang sayanglah kalau you tak buat kalau you datang Sabah. Lagi best kalau boleh snorkelling, inshaaAllah we'll do that bila anak dah besar sikit nanti. Memang nak juga bawa anak anak ke mana mana. Renyah macam mana pun, entahlah, tak ready lagilah nak travel seorang atau berdua dengan Suami je tanpa anak anak. It will be like... meaningless without them. You think I'm the overly-attached one? No you're wrong. The Daddy is WORSE haha! Anak tidur sekejap rumah nenek depa pun dah tak keruan laki aku tu πŸ˜‚πŸ˜‚. So far begitulah, belum bersedia lagi, In future siapa tahu, But as of now apa apa pun memang nak juga tunggu anak besar sikit, dah faham sikit baru boleh bawa. Barulah berbaloi.

Stay tune for the last chapter, I'll continue tomorrow inshaaAllah 😊




No comments:

Post a Comment