expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, October 24, 2016

Parenting In Public

Setuju tak kalau aku cakap, yang kita sebagai ibu bapa ini selalu tersepit di antara mendidik anak dan 'kelihatan' mendidik anak?

Okay I give you two situations for example;


1. You sekarang berada di shopping mall, your 3-year old son minta sesuatu yang you tahu dia ada banyak dah pun kat rumah. Atau sesuatu yang dia tak boleh miliki (contohnya barang milik anak orang lain). Pendek kata sesuatu yang you tak boleh/tak dapat/tak akan beri pada dia. Lalu dia menangis, menjerit, bergulingan, bergayut pada kaki. Semua orang memerhatikan anda berdua. Berbisik bisik. You mula rasa anxious, malu, geram. You tahu memang you tak boleh give in to the situation, tak boleh mengalah dengan anak. Tapi anak juga tak akan mengalah. You tak suka marah anak in public, tapi you tidak mahu kelihatan seperti tidak mendidik anak?

2. You sedang berbual dengan keluarga (your parents/siblings) ataupun rakan rakan, masa itu juga anak you terjerit jerit minta perhatian untuk perkara yang tidak penting langsung. Your mom/friends sedang bercakap, tapi your son juga haih tidak faham faham. Lagi kuat suara orang dewasa lagi kuat your son menjerit. You mula rasa geram. Bukan selalu dapat jumpa keluarga dan rakan rakan, takkan budak ini tidak mahu beri peluang langsung? You sedar dan memang tahu tidak elok marah anak depan orang lain, tapi kalau you tak betulkan anak you sekarang adakah keluarga you akan sangka aku tidak ajar anak pula?

Ini adalah situasi yang aku sendiri pernah hadapi, malah masih hadapi dan sering hadapi sepanjang lebih 5 tahun bergelar ibu. Constantly torn between being a good parent, and seeing as a good parent. Jujur aku cakap, aku juga pernah kalah dengan situasi seperti ini. Rasa malu dengan karenah anak di hadapan orang lain lalu kita pun hilang kawalan. Gagal. 

Until one day. I was at my mom's place at that time. Ketika itu hanya aku dan anak anak sahaja balik kampung, H rasanya kerja kot. Aku sedang berbual bual dengan Mama, I wasn't in a good shape at that time entah tak ingat sebab apa tapi memang tengah stress sangat sangatlah most probably pasal kerja. Ah kerja lama aku tu, benci aku mengingatkannya. Masa sedang bercakap cakap itulah si Yusuf dok lalu lalang cakap depan muka aku ajuk ajuk ayat aku dengan Mama. Aku cuba bersabar tapi haishh geram pula rasa, dalam masa yang sama rasa malu dengan Mama. At one time Yusuf makin berlebih lebih mahukan perhatian dalam hati aku semakin menggelegak lalu aku bangun dan tangan aku pantas tampar dia terkena sikit di bibir (sebab jarak kami agak jauh ketika itu). Semua orang terdiam. Mama juga terdiam. In fact aku juga terkejut dengan tindakan luar kawalan aku itu. Then I gave him a good lecture about manners, about respecting older people, about jangan menyampuk kalau orang tua sedang bercakap. Dia diam je dan pergi dari situ, tapi dalam 10 minutes kemudian dia datang semula dan minta maaf, dan aku juga minta maaf.

Tidak ingat apa terjadi ketika itu, rasanya segalanya biasa biasa sahaja tapi seminggu kemudian Mama phoned me, talking about that particular incident. Ayat pertama Mama tanya,

"Kau stress sangat ke sekarang ni?" Dan Mama cakap yang Mama tak tidur malam teringat ingat aku pukul Yusuf depan Mama. Sebenarnya bukan kena sangat pun pukul tu, I was more to shut him up bukan nak sakitkan dia pun sebab kalau aku nak sakitkan dia baik aku cubit je kaki dia hihi :p. But still, tak eloklah buat macam itu. Lepas itu Mama cakap something yang aku tersedar dan terus berubah selepas itu.

Jangan sesekali mendisiplinkan anak di hadapan orang lain, it is very bad for his self-esteem.

Perkara ini, semua orang tahu sebenarnya. Jangan marah anak depan orang, apa lagi pukul anak depan orang. Kawal perasaan, kawal tindakan. Jangan mengalah dengan situasi yang mendesak kita untuk lakukan sesuatu yang against our principal. Tapi ramai yang gagal nak ingat perkara ini apabila terjadi situasi yang menuntut kita untuk memilih sama ada mendidik anak, atau 'kelihatan' mendidik anak. Dua perkara yang sangat berbeza, dan kita perlu sangat untuk beri keutamaan yang mana lebih penting for your children well-being. Siapa yang lebih penting, emosi anak anak atau pandangan orang lain terhadap kita? Astaghfirullahal'azeem.

It really changes me. PRIORITIZE. Apa yang lebih penting? Siapa yang lebih penting? Inilah apa yang aku pegang dalam diri aku bila terjadi situasi terdesak seperti ini. Anak merengek rengek ketika kita sedang berbual bual dengan kawan kawan? I stopped the conversation and attend to his needs. Anak menjerit panggil panggil suruh kita tengok dia buat Lego robot ketika kita sedang berbual dengan ibu bapa, I'll excuse myself, pandang anak dan respond to him seperti yang dimahukan. Anak mengamuk mahukan barang di shopping mall? Well ini belum pernah terjadi alhamdulillah but aku harap aku boleh mengawal situasi sekiranya ia berlaku nauzubillah.

Dan memang menakjubkan, bila kita 'menghormati' hak dan harga diri anak kecil, mereka juga akan menghormati kita sebagai ibu bapa. Mereka lebih tolerable, mereka lebih berdisiplin, mereka lebih berkeyakinan diri dan mereka jadi lebih menyeronokkan sebenarnya. Kita hanya dapat membentuk anak yang penyabar, jika kita juga seorang yang penyabar. You gotta practice what you preached, you reap what you sow. Like it or not, that is parenting. 

Jadi parents ni hati memang perlu cekal; kalau ianya berlaku di hadapan orang awam jangan pedulilah apa mereka fikirkan pasal kita. Do whatever you gotta to do tapi jangan membelakangkan emosi dan harga diri anak anak. Kita nak pukul anak konon nak dilihat pandai mendidik anak, tahu tak yang we actually broke their hearts, we killed their self-esteem, and ironically we are also the one who are going to mend their broken spirit. Orang ramai hanya tahu bercakap, mereka tidak akan membantu apa apa dalam perkembangan anak anak kita, jadi apa yang mereka fikirkan tentang kita dan anak anak langsung tidak penting. Anak anak kitalah yang paling penting. Dan sekiranya situasi itu berlaku di hadapan keluarga dan kawan kawan baik kita, jika mereka benar benar sayangkan kita dan anak anak, percayalah yang mereka akan lebih terluka bila melihat kita mendisiplinkan (marah/pukul) anak di hadapan mereka.

Pilih saja. Adakah kita benar benar mendidik anak, atau sekadar mahu kelihatan mendidik anak?


2 comments:

  1. Hurmm.. Samala keadaannya.. Kalau Ayesha mengamuk xdpt apa yg dia nak, solutionnya, baik saya biarkan saja.. Tunggu dia reda br pujuk sebab kalau pujuk masa tu xde guna memang makin kuat jeritannya. Itu kalau kat rumah lah.. Tapi, bila kat luar, serba salah saya nak biarkan saja, nanti org pk sy ibu yg kejam biar je anak mcm tu... 😩😩😩😩

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa dilema kan. Saya kalau kat rumah pun most of the time saya akan biar je dia mengamuk dulu tapi memang end up akan pujuk. Usually bila biar dia akan lebih rasional dan pandai fikir sendiri. Tapi itulah, kalau mengamuk kat luar is totally different story kan..

      Delete