Tuesday, October 11, 2016

Definisi Sayang

...Piece by piece I fell far from the tree
I will never leave her like you left me
And she will never have to wonder her worth...
(Piece By Piece, Kelly Clarkson)

Wonder her worth. Kali pertama dengar lagu ini memang ayat ini terus terserap di hati sanubari. If a person loves you, he/she should never makes you wonder your worth. Kalau seseorang itu sayangkan kau, dia tidak sepatutnya membuatkan kau tertanya tanya apakah sebenarnya nilai kau di mata dia. Kalau kita memang disayangi, kita tidak akan pernah tertanya tanya. Sebab kita tahu, dan kita rasa.

It suddenly makes me worry. Risaunya anak anak membesar tertanya tanya adakah aku sayangkan mereka, tertanya tanya adakah mereka bernilai di mata aku. Adakah apa yang aku lakukan selama ini meyakinkan mereka akan hakikat sebenar yang mereka bagaikan nyawa aku? Sedih okay kalau aku tak membuatkan mereka rasa disayangi. Faham tak perasaan yang tertanya tanya dan tidak nampak yang diri ini disayangi atau tidak? Sebagai anak, sebagai isteri, sebagai manusia?

So one night I decided to start a routine.

Setiap kali sebelum tidur, kami berempat akan bersalam salaman memohon maaf (ini sebenarnya babysitter yang ajar Adam Muaz dan membuatkan kami semua pun terikut ikut rutin ini so she deserved the credit), anak anak minta maaf pada ibu bapa, dan kami pun akan minta maaf juga dengan anak anak. Kemudian kami pun berbaringan, masa ini aku akan tanya anak anak dimulakan dengan Ammar Yusuf.

"Abang tahu tak yang Mummy sayang sangat kat Abang?"

Without fail, dia akan jawab, "Tahu"

Then aku akan tanya,

"Macam mana Abang tahu?"

Sejak aku memulakan rutin ini, macam macam jawapan pernah aku terima and kadangkala jawapan yang diterima itu kita pun tak expect pun akan keluar dari mulut dia, it's kinda amazing learning the definition of love from our children's perspective you should really try yourselves!

Well, honestly 'cinta' atau 'sayang' di mata anak anak aku, masih lagi berkisarkan kebendaan, dan fizikal. Based on apa yang mereka nampak dan rasa.

Antara jawapannya;

"Abang tahulah, sebab Mummy tadi belikan Abang banyak seluar panjang" (dah berbulan bulan sekolah aku baru tahu yang dia sebenarnya perlu pakai seluar panjang masa daycare supaya solat-ready, selama ini aku bagi baju basahan dengan seluar pendek je kesian dia so bila tahu tu aku terus bawa dia pergi beli banyak banyak seluar panjang).

"Sebab tadi Mummy dukung Abang naik tangga"

"Sebab Mummy tolong Abang color"

"Sebab semalam Mummy tepuk Abang masa Abang nak sleep"

As for Adam Muaz, well, he seemed couldn't care less. Jawapan dia tiap kali pun samaaa je, "Ala Adik tahulah" itu je haha. Kecil lagi budak ini, perhaps belum cukup vocabulary to describe his feelings :p

So itulah lebih kurang senarai jawapan jawapan Ammar Yusuf untuk soalan "Macam mana Abang tahu Mummy sayang Abang?", straightforward sahaja, namun cukup membuatkan aku berasa berbunga bunga dan lega. Rasa puas, knowing that kita dah buat yang terbaik sebagai seorang ibu untuk hari itu. 

Until one day.

Malam itu, dia sedang cuba menyiapkan satu mukasurat buku latihan Matematik yang aku dah lama belikan. Tak suruh pun sebenarnya, dia yang ambil sendiri dan cuba nak buat. Dengan Ammar Yusuf ni, jujur aku cakap sejak dia bersekolah memang jaranglah aku nak check prestasi pelajaran dia, nak ulangkaji bacaan dia, nak dengar Iqra' dia, nak tengok kira kira dia. Sebab aku macam taknaklah dia balik sekolah nak suruh belajar lagi kan kesianlah penat otak dia nanti. Tapi hari itu, aku noticed dia macam struggle nak jawab even soalan yang mudah pun, aku pun apa lagi mulalah nak panik sikit. Dia kata dia tak belajar lagi substraction kat school. Okay takpe. Aku suruh dia tutup buku Maths itu, ambil buku reading sekolah dia pula yang Siri Cepat Membaca tu. Dia kata sekarang dia sudah masuk buku 5, so aku suruh dia ambil buku 4 just to see his performance. Randomly I picked one page, and I asked him to read. Again, he seemed struggling, dan aku pun semakin frustlah. Frust satu sebab rasa macam teacher ni tahu nak habiskan syllabus je ke tak kira budak dah pandai ke belum, and mainly, frust dengan diri sendiri sebab dah lama tak ambil tahu pelajaran dia.

And after that I did something which I really hoped I reacted differently. I scolded him. Emm actually no, bukanlah marah, aku macam meluahkan kekecewaan aku pada dia, perlahan je aku cakap but enough to break his spirit :(

"Abang tak belajar ke kat school? Teacher tak ajar Abang ke? Senang je ni Abang..." lalu aku tutup buku dan terus suruh dia ready to sleep. Aku ni jenis kalau rasa macam dah mula nak marah tu memang aku akan stop dan suruh semua orang tidur, sebab aku taknak ajar anak anak dalam keadaan marah. Masa tu H tak ada di rumah, jumpa client AIA. So I whatsapp-ed him ceritalah semua benda siap emo emo salahkan cikgulah salahkan diri sendirilah. H cakap mungkin aku penat kot, dah malam pun patut rehat dah. Betul juga, kesian kat Yusuf, I seriously didn't blame him at all, tapi reaksi aku tu memang membuatkan dia rasa seolah olah dialah yang bersalah.

After I calmed myself down, aku pun baring sebelah dia. Diam je semua orang. Aku usap kepala dia, dan meneruskan rutin soalan aku setiap malam.

(Tarik nafas dalam dalam)

"Abang tahu tak, Mummy sayang sangat kat Abang.."

"Abang tahu," jawabnya.

"Macam mana Abang tahu?" tanyaku lagi.

"Sebab tadi Mummy marah Abang tak tahu reading. Mummy marah Abang tak tahu count. Mummy marah, sebab Mummy sayang Abang. Mummy marah sebab Mummy nak Abang jadi good. Abang minta maaf..."

.........

Basah bantal aku malam tu T_________T


No comments: