expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, October 12, 2016

Main Mak-Mak

Hari ini Yusuf tidak ke sekolah, sudah dua hari demam pasang surut semenjak semalam. Lemah je dia bila demam, lepas makan ubat tadi dia tidur dalam 30 minit, dan bangun dalam keadaan segar bugar. Terus ajak mandi. Selesai mandi, si Muaz terlonjak lonjak memanggil.

"Abang! Abang! Jomlah main mak-mak!"

Hoh, main mak-mak. Mana pula belajar ni? Teringat masa kecil pun selalu main mak-mak dengan adik beradik dan kawan kawan. Seorang akan pegang watak emak, seorang watak ayah. Watak emak tu dialog tak habis habis suruh anak pergi kedai HAHA. Lepas tu konon konon masaklah, suruh anak kemas rumahlah.

"Ala tapi Kakak Along takde.." kata si Yusuf. Oh baru aku faham. Mereka pernah main di rumah pengasuh rupanya. Kakak Along ni anak saudara pengasuh mereka, umur dalam 8-9 tahun macam tu rasanya. Kalau ada Kakak Along ni memang agak seronok sikit, sebab budak baya itukan kreatif sikit merancang permainan.

"Aahlah, Kakak Along takde..." kata Adam Muaz kehampaan.

Aku masa tu tengah key-in sales Cuckoo, perhati je budak budak ni. Tiba tiba si Yusuf datang menghampiri.

"Mummy lama lagi ke nak habis work?" tanya dia. Sejak aku duduk rumah ni aku dah fahamkan budak budak ini yang bila aku buka laptop di rumah, I'm actually working so I expect them to understand and give me some space. Bukan lama pun, pagi dalam 10-15 minit, petang dalam 10-15 minit.

"Kejap je lagi nak siap, kenapa?" tanyaku.

"Mummy jomlah main mak-mak dengan kitaorang," ajak beliau dengan wajah penuh mengharap,

Nak tergelak aku dengar. "Siapa nak jadi emak?" aku tanya soalan yang sudah dapat agak jawapannya.

"Mummy lah jadi mak," jawab Yusuf dan Muaz serentak.

"So Abang jadi ayah ke?" tanyaku dah ketawa ketawa. 

"Taklah. Abang jadi abanglah, adik jadi adik" jawab mereka innocent je.

DAH TU APA YANG KITA NAK MAINNYA?? Bukan ke permainan ini kena ada seorang yang berlakon jadi emak dan lakonkan watak emak dan orang itu haruslah bukan seorang emak? Paham tak aku cakap ni? I mean, MANA ADA ORANG AJAK EMAK MAIN MAK-MAK OMG =)))))

Let me get this straight. So nanti aku akan main emak emak. Aku jadi emak yang ada 2 orang anak, lepas tu akan 'berlakon' suruh anak anak baca buku, siapkan homework, habiskan nasi lepas tu tidur tengah hari. Lepas tu petang nanti 'ayah' balik dari kerja, kita 'berlakon' makan malam, lepas tu sleep. Bet it will be so much fun for me =))))))))


Dua budak innocent.







2 comments:

  1. hehehe comellll
    anak2 sy pun suka tukar role.. kakak-mama, abang-abah- adik-abang.. baby je tak leh main lagi..
    nanti selalu dengar bunyi ajuk apa yang marah OMG!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaha bila anak ajuk gaya kita tu baru tahu macam mana rupa kita bila marah =)))

      Delete