expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, February 28, 2013

Isteri Mengandung dan Melahirkan: Peranan Suami

Ibu mengandung ni, banyak cabarannya.

Please jangan anggap entri ini adalah entri rungutan, sebab aku faham tidak ada pahala untuk orang yang tidak redha. Merungut bermakna tidak redha.

Cuma mungkin, orang lelaki ni sekala perlu diberitahu, atau diperingatkan, tidak mudah membawa perut yang besar ni.

Ibu mengandung, trimester pertama, loya-loya, muntah-muntah, hilang selera makan. Mungkin bukan semua orang akan alami perkara ini. Tapi aku nak cakap bagi pihak orang yang mengalami lah. Selesa ke perasaan itu? Siapa suka kan? Sakitnya nak keluarkan makanan dari perut naik ke kerongkong keluar di mulut... Sakit tahu tak?

Ibu mengandung, masuk trimester kedua, atau sesetengah orang baru first trimester pun, dah mula kerap buang air kecil. Makin besar perut, makin keraplah ke tandas. Tidur memang tak aman, setiap 2 jam, kadangkala setiap sejam akan bangun ke tandas. Letih tahu.

Ibu mengandung, masuk trimester ketiga, dah mula sakit badan sana sini, jalan pun dah tak boleh nak ayu, sebiji macam penguin. Daripada baring/duduk nak berdiri, senak rasa perut. Perlu berpaut pada sesuatu. Nak solat pun mengah. Kadangkala nak bercakap pun mengah. Kalau kena naik turun tangga, azabnya Tuhan saja yang tahu. Macam tak tertarik nafas, suffer. Masa ini haba dalam badan pun dah berganda, gigi/gusi kerap berdarah, keyakinan diri makin kurang, emosi makin sensitif. Ada yang mula bengkak kaki, kadangkala masa tidur tiba-tiba kaki kejang, sakitnya memang boleh mengalir air mata. Tidur semakin tidak lena, bukan hanya kerana kerapnya ke tandas, badan pun tidak lagi bekerjasama. Baring telentang sakit, mengiring sesak nafas, meniarap.. kau gila? Semua serba tak kena.

Tibalah hari melahirkan anak. Tak perlu ceritalah sakit contraction tu macam mana. Memang tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata. Bila orang tanya aku sakitnya macam mana, sakit di bahagian mana, memang aku tak boleh nak describe. You have to feel it to believe it. Sakit melahirkan anak ni kan sakit kedua yang paling sakit, selepas sakit dicabut nyawa. Melahirkan anak ni, ibarat bertarung nyawalah. Kita akan buat apa sahaja, asalkan anak yang dikandungkan selama 9 bulan 10 hari tu, selamat dilahirkan.

Okay selepas berhabisan bertarung nyawa, anak selamat dilahirkan. Habis di situ sajakah kesakitan seorang ibu? Tidakk.. Selagi luka jahitan tidak sembuh, selagi itulah sakit takkan habis. Sakit menyusukan anak lagi, puting luka berdarah, ngilu menangis demi nak bagi yang terbaik untuk anak. Bila luka jahitan sembuh, macam aku dulu kena buasir pula disebabkan tekanan yang extra kuat pada usus masa meneran nak keluarkan anak. Laaamaa baru sembuh. Seksa tahu, melahirkan anak ini. Buat anak je tak seksa. Eh. Masalah rambut gugur lagi. Dan kalau yang decide nak fully breastfeed, kesusahpayahan bawa pam susu ke pejabat, bangun malam pam susu...

Menjadi ibu yang membawa kandungan memang tak mudah. Melahirkan anak, lagilah tidak mudah. Selepas melahirkan anak, masih tidak selesai.

Siapa yang diharapkan untuk bantu kita? Suamilah. Siapa yang sepatutnya meringankan beban kita, mengurangkan sakit kita? Suamilah kan. Syukur, rumah parents kami dekat. Banyak kelebihan orang takde kampung ni. Masa pantang, Suami boleh duduk sekali dengan kita. Siang pergi kerja, malam sama-sama jaga kita yang tengah sakit, jaga anak. Kan ke sedih kalau masa pantang kena hantar jauh ke kampung, sebab suami perlu bekerja? Anak menangis malam-malam, takkan nak harap mak kita bangun jaga anak. Sakit nak pergi toilet malam-malam, takkan nak kejut emak minta tolong papah ke toilet. Ada orang, memang tak ada pilihan, nak buat macam mana dah memang rumah parents jauh di kampung manakala suami perlu bekerja. Ada jenis suami pula, memang awal-awal dah decide pantang je nak hantar balik kampung, lepas 2 bulan datang ambil. Suami tak guna. At least seminggu sekali baliklah kampung jenguk isteri jenguk anak! Aku, aku tak rasa aku boleh pantang sendiri tanpa Suami. Aku tak boleh berpantang berdua dengan anak di rumah family, atau rumah mertua, berasingan dengan Suami yang duduk seorang di rumah sendiri. Sebab berdasarkan pengalaman pertama, Suami sangat-sangat membantu ketika aku dalam pantang. Maka aku memang sangat memerlukan dia. Especially bab bergilir berjaga malam tidurkan baby. Apa lagi bila nanti ada seorang lagi anak yang memerlukan perhatian, lagilah peranan Daddy diperlukan.

Jadi bila tadi aku terdengar perbualan lelaki-lelaki haprak sebentar tadi, "Bini kau dah start pantang kan? Kau hantar balik kampung kan? So kenduri kat mana malam ni?".... siap boleh ketawa berdekah-dekah, siap boleh sambung dengan lawak kotor yang langsung tak kelakar....

Aku tak boleh bayang apa perasaan si isteri kalau dengar kata-kata ini. Memang selalu sangat dengar kisah lelaki tak boleh tahan nafsu ketika isteri di dalam pantang, dan cari jalan mudah makan luar. Kau memang kahwin untuk seks semata ke? Kau nak anak, semata-mata untuk tunjuk yang kau mampu ke? Semata-mata nak tunjuk yang kau hebat? Tolonglah hargai isteri anda, ibu yang melahirkan zuriat anda. Tolonglah, sebab anda takkan mampu bayangkan sakitnya proses melahirkan anak, daripada mengandung hingga selepas melahirkan anak.. Tolong kuatkan sikit iman, ingat dosa pahala, ingat Allah. Cuba tenung wajah bersih bayi anda, tak rasa bersalah ke? Kalaupun tak boleh nak ringankan kesakitan isteri, tolong jangan tambah sakit isteri lagi. Hish benci aku.











12 comments:

  1. omg.geramnya kalau dgr cmtu.tapi mcm tu laki kalau bergurau,kita perempuan faham lain.lagi2 akk tengah preganant kan.buat pekak je kak,lg skt hati kalau difkrkan.harap2 diorg tu bergurau je la,kalau x kesian isteri diorg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes undeniably sometimes it's just a joke. A lame joke actually.

      Delete
  2. Lelaki camni cakap ja besar...cuba suh msk LR teman bini beranak....masing2 kecut

    ReplyDelete
  3. hm..byk kes mcm ni..moga2 suami2 kita xtergolong dlm lelaki2 seperti itu..

    ReplyDelete
  4. assalam..hi dear..congrats on yr 2nd pregnancy =)..my case hubby blk twice a week cuz of work load..nk buat cmne..mmg kite bpntg ni kne b strong...if not bole meroyan kn...ppe pn gd luck for yr confinement! =) n congrats in advance for yr 'newborn' =)

    ReplyDelete
  5. hehe im the one yg kena berpantang kt kg without husband. mmg sedihhh sgt time tu husband blk every 2weeks jeh sbb busy keja.. bdway, klu i kt tempat u time tu i sound direct jehh hamboii bkn main tak ingat anak bini kerrr hehee

    ReplyDelete
  6. lelaki camne pikir apala kat kepala dia tu. haih. btw tak sabarnya nak mengandung :')

    ReplyDelete
  7. Ya allah.. sedehnya baca.. semoga hubs kita semua x tergolong dlm lelaki2 mcm tu.. nauzubillah..

    ReplyDelete
  8. harap-harap suami kita semua tergolong suami yang mithali aminnn...

    ReplyDelete
  9. Betul tu kaum lelaki ni kna baca entry ni.

    ReplyDelete
  10. Sebenarnya bagi saya, sangat seronok jaga isteri berpantang ni.. Memang satu pengalaman baru yang sangat berharga.. Ni nukilan personal experience saya sendiri menjaga isteri berpantang..

    http://miaqaisarah.com/2015/08/10/pengalaman-jaga-isteri-berpantang/

    ReplyDelete