expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, February 20, 2013

Tentang Persiapan Anak Kedua

Assalamualaikum,

How's life treating everybody? Mine is good, still standing, still holding on. Today, I'm already at my 29th weeks. BELUM BELI APA-APA LAGI.

Persiapan untuk anak kedua, basically agak berbeza dengan anak pertama. Mungkin dah ada sedikit sebanyak pengalaman, maka dah boleh estimate apa yang perlu, bila ianya diperlukan, kenapa ianya diperlukan. Emotionally juga berbeza. Mengandungkan Ammar Yusuf, aku hanya berdua dengan Suami. Sangat banyak masa lapang.

Dulu, kerap mengaji malam.
Dulu, rajin buat latihan Matematik.
Dulu, rajin buat Sudoku.

Semuanya demi membentuk janin yang berakal bagus, mudah-mudahan inshaAllah.

Dulu, setiap hari minum air kelapa.
Dulu, setiap hari makan epal merah.

Ini pula kononnya supaya anak lahir kulit cantik, putih. Ammar Yusuf lahir memang berkulit cerah, tak tahulah kesan air kelapa dan epal merah, ataupun sebab dah memang Mummy Daddy pun kulit cerah so ianya adalah genetik ke apa.

Memang banyak masa terluang. Memang banyak yang kita buat. Tak salah berusaha, hasil akhir (end-result) Allah juga yang tentukan.

Sekarang, tidak lagi berdua. Masa yang ada ya Allah memang sangat terhad. Balik rumah, memang nekad untuk luangkan dengan Ammar Yusuf dan Suami sepenuhnya. Kalau weekdays memang jarang betul pegang handphone malam-malam.

Maka, banyak yang aku tak dapat buat untuk kandungan kali ini. Aku hanya mampu mengaji malam sebelum tidur, itu pun kalau tak tertidur depan TV. Memang selalu sangat kami bertiga tertidur depan TV, sebab budak bertuah tu kalau nak tidur dia nak kedua-dua Mummy Daddy baring sekali dengan dia kiri dan kanan, sebab dia nak belai rambut kita. Mananya aku tak terlajak terus tertidur.

Untuk Adik ni, check up di Klinik Kesihatan pun dah missed several times. Sebab tak ada masa langsung untuk ambil cuti, I have to catch datelines for submission, dan hampir setiap hari ada submission dateline. Gila. So Suami cadang kita buat di klinik swasta sahaja. Boleh pergi on the weekend, tak perlu menunggu lama. "Abang bayar, tak apa.". My sister, Kakna suggested one of her bestfriend's clinic, so we went there for check up and being given a massive discount by the clinic's owner ya Allah syukurnya. Hah lagi best kalau Kakna ada klinik sendiri juga kan hehe? Check up Ammar Yusuf juga kami buat di situ. And Hubby also suggested to continue pregnancy check up there, sampai Adik lahir, dan nanti monthly check up untuk Adik pun buat di situ. We'll see how. Sebab plannya nak bersalin di Hospital Serdang (kalau Mama tahu ni mesti berleter sebab Mama adalah pro-hospital swasta. "Korang dua-dua pun kerja dah elok-elok, pergilah kat Specialist." Anak-anak Mama semua lahir di hospital swasta yelah dah all cost borne by Berita Harian and TV3 aku paling mahal dulu lahir normal pun almost 5k -__-). Boleh ke kalau monthly check up buat kat klinik swasta, tapi nak bersalin kat hospital kerajaan? Aku bukannya apa, sebab aku selalu rasa hospital kerajaan ni bekalan darah banyak, ramai pakar bersalin, ramai pakar kanak-kanak, in case terjadi apa-apa, tak perlu nak dikejarkan ke sana sini.

Tengoklah nanti macam mana. Suami, kerajaan ke swasta ke, dia memang dah ready je. Cuma kalau nauzubillah kena c-sect, 8-10k juga tu nak kena ready. It's something we have to consider, semoga dapat bersalin normal la. Not only it's cheaper, but post-natal punya penjagaan pun mudah, dengar-dengar bersalin c-sect ni kesannya jauh lebih sakit selepas bersalin. Takut :(

Banyak yang aku cuba perbaiki. Belajar dari pengalaman.

Kalau boleh taknak dah beli rompers, sebab sekejap sangat boleh pakai compare to set baju dan seluar. Tapi rompers la banyak yang comel-comel kan? Hee.

Ada rezeki lebih nanti, nak beli Medela Freestyle pula. Before this pakai cousin punya, of course kena pulangkan balik amboi takkan nak buat harta. Aku punya Swing pun macam elok lagi sebenarnya. Tapi dia single pump, dengan jadual kerja aku yang padat, aku risau tak ada masa nak tunggu 40 minit untuk setel pam both sides.

Nanti Adik lahir, nak breastfeed juga, kalau boleh lebih lama dari Ammar Yusuf yang dapat setahun je. And when you've decided to breastfeed, you have to give a full commitment. Pemakanan khasnya. Inilah silap aku dulu. Breastfeed, tapi makan tak jaga. Air sejuk minum almost everyday. Mungkin sebab itu walaupun Ammar Yusuf was breasfed, dia tetap kerap demam sedangkan sepatutnya antibodi dia lebih kuat. But my boss said, it's OK for a baby to catch a fever, it shows that the antibody is building up and trying to fight the fever. Tak apalah. Mungkin supaya Mummy Daddy boleh belajar sesuatu.  

Banyaklah nak cerita, tapi masa tak mengizinkan. Ini pun boleh blogging sebab PC aku tengah formatted ke apa benda entah so it cannot be used for the next 2-3 hours. Tak boleh nak buat kerja pun. Oh, Ammar Yusuf sekarang dah boleh cakap more than 1 word, tapi masih pelat-pelat dia lagilah.

I wuf yu! (I love you!)
Anyak bash/loyi (Banyak bas/lori)
Sayammm Adik (Sayanngg Adik - sambil kiss perut Mummy)
Nak nashik/shushu (Nak nasi/susu)

Tapi belum ayat panjang-panjang lagi. Atau mungkin dia ada cakap tapi Mummy yang tak dapat tangkap. Banyak benda yang Kak Ha (babysitter) lagi faham apa yang dia cakap, yelah dah dia spend masa lebih lama dengan Ammar Yusuf :(

Tak apalah, Mummy chill je. Syukur Ammar Yusuf dijaga oleh orang yang sangat menyayangi dia, orang lain ada yang dapat orang gila jaga anak dia, kesian sangat kena dera :(

Til then, see you in the next post, perhaps a month later T_T

Take care everybody.







- Posted using BlogPress from my iPhone



5 comments:

  1. "Boleh ke kalau check kat klinik swasta, tapi nak bersalin kat hospital kerajaan?"

    Saya rasa boleh je (based on my conversation with my superior who's also having her 2nd pregnancy).

    Dia cakap (aritu),
    Kalau nak bersalin, yg penting kena ada buku pink yg hospital bagi tu je. Maksudnya, even kalau buat check up regularly kat private clinic/hospital, mesti kena ada at least SEKALI buat full check up kat hospital kerajaan (dan diorg akan bagi buku pink tu lepas pendaftaran).
    Buku pink tu penting sebab kalau nak bersalin nanti dan tak ada buku itu, ada hospital tak nak terima sebab takut komplikasi.
    Ada kes pesakit yang nak bersalin tak diterima dalam hospital sebab takde buku tu.
    Oh btw, my boss tu mmg selalu check up kat klinik swasta sbb dia mmg always needed in office, kalau dia tak ada mmg haru biru office jadinya.

    ReplyDelete
  2. Ouch! Lama sgt x bc update husna. Take care dear!

    ReplyDelete
  3. take care kak.May Allah bless u.=)

    ReplyDelete
  4. take care kak.May Allah bless u.=)

    ReplyDelete
  5. kalau nak try private yg murah n puas hati, try ukmsc dekat hukm. layanan specialist tp kat gov hosp. charge pun tak mahal, nurse semua baik2(based on my experineces 2011). i kena c-sect charge 5k++ je termasuk bil untuk baby.Takde masalah bekalan darah tak cukup ke, doktor memang semua doktor pakar. so far mmg puas hati. cuma hukm tu masalah dgn parking je. parking sgt limited.

    ReplyDelete