Friday, February 1, 2019

Bercuti ke Universal Studios Singapore Bersama Anak Anak

Hahaha tajuk nampak sangat nak rebut keywords Google Search Engine 😝

So earlier this week kami telah ke Universal Studios Singapore yeay akhirnyaaa! Selalu dah ke Johor berangan nak ke sini namun tidak pernah kesampaian. Since our trip to Legoland last year we saw that our boys have been so brave naik all the rides dan main semuaaa slides at waterpark, we concluded that the boys are finally ready for more actions in USS. Iyalah tempat mahal takkan nak bawa anak jalan jalan bersiar siar sahaja and then semua benda takut takut nak main (eh sindir diri sendiri ke tu wakakaka 😆 #Mommybersiarsiar).

USS Tickets

Adults = RM203/pax
Kids (above 4 years) = RM157/pax

Ahad tengahari kami sekeluarga termasuk tiga adik ipar bertolak dari Puchong ke Johor Bahru. Stayed in Tune Hotel sebab konon just untuk tidur sahaja pun tak perlulah hotel mahal (Tune Hotel RM65/night, hotel paling murah aku pernah duduk seumur hidup 😆) sekali Allahu sempit gilaaaa aduuuuh hahaha lawaklah kena tidur melintang. So lesson learnt no.1, walaupun sekadar untuk tidur kena juga pilih hotel besar hei anak deret deret kannnn mana boleh cheapskate! 


Tidur melintang.


Isnin pagi, our private shuttle datang. Kami guna private shuttle, RM750 for JB-USS-JB. Rasanya Tune Hotel pun ada sediakan bilik yang pakej dengan bas sekali tapi entah, fikir nak selesa breastfeed Maryam dalam perjalanan so naklah yang selesa sikit. Perjalanan JB ke USS memakan masa 1 jam setengah, alhamdulillah masuk ke Singapore tu tak jammed sangat. It was Hyundai Starex, alhamdulillah memang sangat luas dan selesa. Di setiap immigration checkpoint akan diperiksa setiap penumpang di dalam kenderaan termasuklah bayi, ada sekali tu Maryam tengah menyusu dalam nursing cover kelam kabut aku kena cabut dia. Lesson learnt no.2, dilarang menyusukan anak masa nak masuk sempadan negara orang 😆

We arrived in USS around 10:30am, driver turunkan di Point 3 Resort World carpark dan berpesan untuk tunggu di sini petang nanti. 


Dari sini kena naik escalator untuk ke USS, since kami ada stroller bayi maka perlulah naik lif.




Level atas, depan lif. Ambui macam takde anak je kau kan.


Mandatory photo with the globe.

Sampai sampai tengok punyalah ramai orang ya Allah weekdays kot?? Ramai gila pelancong China India biar betul adakah sekarang ini waktu cuti persekolahan negara China dan India?? Lesson learnt no.3, study jadual cuti persekolahan seluruh dunia jika ingin bercuti 😑. At the entrance for every ride ada menunjukkan estimated waiting time, and I'm telling you, tiada yang less than 30 minutes! 

We tried to queue for one ride, Enchanted Airways.



Sanggup tengok anak menunggu lama macam ni? Almost 1 hour beratur, tak sanggup okayyy. Kesian sangat so we decided to buy Universal Express, and the price was SGD110/ticket. Exchange rate SGD1 = RM3.03 haaa kiralah sendiri berapa total untuk 7 tickets. #melambaiduitsayupsayup.....

Actually Universal Express itu kalau beli in advanced menerusi apps Klook harga baru RM183 sahaja per ticket. Jauh bezanya kan? Tapi siapa je yang akan beli express ticket in advance especially bila datang weekdays? Of course la kita expect tak ramai orang sangat betul tak? So bila beli last minute masa kita sudah pun masuk ke dalam USS tu, redha sajalah bayar harga berkali ganda tu. Takpelah. Kebahagiaan anak anak paling penting. Indeed, dah tak rasa pun semua tu bila tengok how much everyone is enjoying our time there, serious rasa semuanya berbaloi.


Dah ada Universal Express, barulah semangat nak explore the whole rides! Map ni boleh dapat kat mana mana kaunter je dalam USS ni, wajib ambil map so that boleh atur perjalanan dalam ni. 


 Ammar Yusuf tukang baca map and decide mana nak pergi after each ride. USS ni taklah besar mana pun, inshaaAllah sehari boleh habis naik semua rides. 


USS map. Boleh klik untuk baca dengan lebih jelas setiap satu attractions yang ada.



Our first ride using express pass. This one was at Madagascar - A Crate Adventure. Feeling guna express pass ni macam VIP okayyy boleh jalan lajuuuu je di sebelah barisan yang beratur panjang bersimpang siur megah semacam rasa macam orang kaya kakakaa diamlah. 

Settle Madagascar, the boys meluru ajak ke The Lost World. Inilah yang paling mereka nantikan sebenarnya sebab dah berhari hari tengok Ryan's Toy Review pergi USS masuk Jurassic Park 😑.


 Kami bermula dengan Jurassic Park Rapid Adventure di mana kami menaiki raft menyusuri ombak yang deras eh best betullah yang ini aku ada record video tapi sikit sikit sajalah sebab derassss takut tercampak iPhone! Basah jugalah baju dan kasut, tapi ala kejap je kering sebab angin kuatlah sini. The ride for me was quite fun and thrilling, anak anak siap ajak ulang ulang lagi naik tapi takpelah banyak lagi nak explore ni.



Selepas berbasahan. Suka betul anak anak aku dengan dinasours.



This ride called Dino-Soarin'. Ni nampak macam boring je kan tapi very fun for the kids. And even this ride pun orang beratur 40 minit juga crazy.

After this ride Mommy, Daddy and Maryam pergi makan dulu while Abang dan Adam ikut Uncle Boy, Cik Nana and Tisya naik ride at Ancient Eqypt. Area sini dibuat based on filem The Mummy.



Angin kuat sangat sampai map boleh lekat kat badan 😂 Adam Muaz my brave boy. Semuaaaa rides dia paling laju cakap nak naik, sayang ada a few adult rides yang Adam Muaz belum cukup ketinggian. For adults rasanya perlu 125cm baru lepas. Adam Muaz dalam 117cm macam tu saja. Tak apalah baby boy, next time okay?


Pastilah Mommy pun taknak kalah 😛

At Ancient Egypt inilah kami semua naik Revenge of The Mummy (Ammar Yusuf naik 2 kali, second time with Mommy, Daddy and Cik Nana). Gilaaaaa punyalah seram roller coaster dia sebab start dengan reverse dulu dahlah hentak sana hentak sini nak tercabut jantung aku! Tiada gambar, sayang, sebab tak boleh bawa loose item.

Kami makan di restoran Nasi Arab area Ancient Egypt ni, semua orang makan Roasted Chicken Bryani berharga SGD16 each. Portion okay okaylah, mula mula nampak macam banyak tapi aku share dengan Adam Muaz both of us macam tak kenyang je hahaha. Tiada gambar, lapar sangat dah masa ini.

Selesai makan, kami terus ke area Sci-Fi City.


Belakang tu orang ramai sedang beratur untuk bergambar bersama Optimus Prime. Entah kena bayar berapa aku pun tak tahu. Kami meluru untuk naik ride Transformers pula, Mommy passed dulu sebab kenyang sangat takut termuntah so I stayed outside with my baby girl.


Geramnya budak cina ni. Maryam sangat sangat good sepanjang kami di sana. Minum susu, play, sleep. Repeat. Kami bergilir gilir jaga Maryam, alhamdulillah Maryam okay je dengan Aunties Uncle maka bolehlah Mommy Daddy bersuka ria juga 😁




Bukti semua orang bergilir gilir jaga Maryam hahaha. Do you know that everyone loves you too much Maryam Helena? Emm sebenarnya Daddy yang jaga paling lama tapi malangnya tiada gambar bukti pula 😝


Ready for Transformers The Ride: The Ultimate 3D Battle. Riuh Adam Muaz bercerita pasal ini, punyalah dia kagum haha. Seronok sangatlah tu.


Selepas itu kami berjalan jalan di New York pula. Ada pelbagai persembahan di sini, tapi semua orang like "Tu boleh tengok kat TV je, paling penting kena naik roller coaster". Kami sempat tengok Sesame Street Meet and Greet dan Boop'n Around tap show je. Yang tap show ni seksi sangat penarinya malu pula nak bagi anak anak tengok so kami pun sekali lalu jelah tak tunggu pun.







It's gonna be good, good life 💙

Dan akhirnya, masa yang ditunggu tungguuuu, 


Battlestar Galactica! 

Roller coaster paling dreadful di USS ini 😨😨

 Battlestar Galactica ada dua, iaitu Human (red track) dan Cyclon (blue track). Apa bezanya?? Haaa ini bezanya.



Nampak tak? Yang Human tu, kita duduk dalam car tu. Yang Cyclon tu kaki terjuntai nampak bawah okayyyy crazyyyyyyy of course aku tak naik! I keep telling myself "Dah sampai sini kenalah rasa sekali je naik mesti cuba mesti cuba mesti cubaaa". I tried the Human one with my husband, awww our first roller coaster ride together. Sepanjang perjalanan tu aku tutup mata tak tengok apa pun hahahahaha nak muntah rasa semua lunch tadi. I keep hearing my husband jerit "B come on B buka la mataaaa buka la mataaaa" aaaaaa takutttt tak mungkin aku buka mataaaa!!

After that my husband naik Cyclon punya pula, I straightaway passed. TAKNAK! Takpelah orang kata rugi pun. H ambil front seat okayyy!!! Dia kata sejak selalu pergi gym ni rasa tak takut apa dah, maybe sebab hormone dah balance so adrenaline rush tu dia boleh handle, padahal I remember masa muda muda dulu he said yang dia jenis gayat! He ride it with his brother and sisters, turun je my sister-in-law cakap nak nangis dah masa separuh jalan tu hahahaha! If it was me, I might peed a little 😵

Selesai Battlestar Galactica ini, Adam Muaz dah merengek sebab dia frust tak dapat naik roller coaster tu, terus kami ajak dia masuk ke tempat yang dia boleh masuk. We went to Far Far Away to watch Shrek 4-D Adventure


Movie tu dalam castle ini. 

Ni memang seronoklah Adam Muaz. Bagi kami yang dewasa ni pastilah biasa biasa saja. 4-D movie tu okaylah, rasalah bila Shrek naik kuda tu kerusi wayang tu pun bergerak berhayun hayun, bila part spider banyak tu rasa ada spider bawah kaki kat kerusi, and bila Donkey bersin memang terpercik air ke muka kami. Banyak kali pula tu bersin. Fun la for kids, rasa real. At Far Far Away ni previously my boys naik roller coaster Puss In Boots Giant Journey.


Dalam satu car tu naik 6 orang kot, best sangat menurut Adam Muaz. Adam Muaz tu semua dia kata best, yang tak best adalah benda yang dia tak boleh naik jelah. Terus kata "Boringlah datang sini" just because he couldn't ride 😑

Around 6.30 petang, baru selesai semuanya. My brother-in-law masa tu kata nak try lagi naik Cyclon tu but unfortunately dah ditutup pula. Masa ini the boys pun dah start cranky sebab terlalu penat plus tak tidur siang lagi, so we called our private shuttle to pick us up. Suasana pun dah agak gelap ketika itu.



Last photos at USS Globe with my girl.


In front of Resort World Theatre while waiting for our driver. Ammar Yusuf saja yang masih in the mood for a photo, Adam Muaz dah terlepek dalam stroller Maryam.

Overall, aku rasa USS ini memang sangat best especially for kids. Before this I've heard a lot of people cakap datang sini kalau nak enjoy jangan bawa kids eh nonsense la, bawa kids la yang paling seronok because they are the ones yang paling enjoy all the rides and Universal Studios characters! But perhaps only berbaloi jika anak anak sudah 120cm ke atas, or at least 117cm macam Adam Muaz itu pun dah banyak dah rides boleh naik. Haaa. Memang betul betul seronok that they are still talking about it until now.

Here's a video of our day at Universal Studios Singapore. We really had so much fun, balik rumah rasa so fresh and rejuvenate, rasa sangat bersemangat untuk buat kerja hehe. Looking forward our next trip!




16 comments:

Siti Yang Menaip said...

hihi dalam prancangan nak pegi juga tapi x jumpa masa sesuai lagi. bestnya tengok meriah trip anak2 pun happy kan.. tapi kalo pi CT pun akan pass banyak benda. hahaha penakot. nak main game yang comel2 je =D

Husna Hadzarami said...

Hi Siti! Thanks for reading! Hehe actually bila dah masuk dalam tu memang kita akan rasa macam nak try juga walaupun takut haha! Sebab dah alang alang masuk kan? Bawa la kids ke sana. Would be fun :)

Aidi-Safuan said...

berapa haribulan pergi ni? mungkin time cuti CNY agaknya... cadang nak drive masuk sampai ke USS julai ni. risau gak first time drive masuk tempat orang. hehe

JESS said...

Hi Admin & Kawan-kawan. :) mari join 💡"Singapore (SG) Tour 1-Day Trip" from JB serendah RM109 dengan sis / 🔎🚩Backpacker Trip Jelajah SG dari serendah 🔥RM90-RM60 sahaja...

Juga ada promosi; 🔖PAKEJ USS Trip dari JB @ 🔶Tiket Masuk Singapore (USS-SEA Aquarium-SKYLUGE-Lebih dari 30 JENIS!) All at %% Discount Price!

Bole WHATSAPP ke ✔+6012-7760219 (JESS) - Agent SG & JB, Love Travel *Contact: ✔+6012-7760219

*Silakan lawat☺ >> FB.COM/LOVETRAVEL86

Hdyhyaya said...

Hiii. Mcm mne awk requests shuttle service tu?

Hdyhyaya said...

Hiii. Mcm mne awk requests shuttle service tu?

Husna Hadzarami said...

Hi, shuttle service tu I contact travel agent who is my friend's friend. Kak Syiin namanya, boleh Whatsapp dia at 0123819854. Hope it helps!

Unknown said...

Sis sorry ye nk tny...sis bawak baby kan so mcm mana handle tu masa nk naik mainan semua

Husna Hadzarami said...

Hi! Kami pergi beramai ramai, so bergilir naik dengan adik beradik. Masa saya naik dengan husband, adik beradik yang lain akan jaga baby hehe

Ayu Maisarah said...

Salam husna, kita kena beli 2 tiket la yer.. 1 day pass 1 lg express.. so day pas dalam 200 express 183.. total 383 per person.. and then kalau kita x beli anak2 express lane tu.. boleh que dengan ibu bapa kat express lane tak?!!! Tq husna

Husna Hadzarami said...

Waalaikumussalam Ayu. Ya tiket day pass dan express pass adalah 2 tiket berbeza. Sebenarnya kalau betul2 bernasib baik, tak perlu express pass pun takpe. Means betul betul kena study waktu percutian seluruh dunia haha. Masa kami pergi itu tak cuti sekolah, weekdays dan bukan cuti perayaan, still ramai. Ada my friend pergi Sabtu Ahad pun tak ramai, so tak tahu nak agak macam mana. Masa kami pergi itu ramai pelancong dari China, rimas sangat. Bab beli express ticket ini for me macam gamble la, kalau beli dari awal sekali sampai sampai tak ramai orang: rugi. Kalau tak beli tapi sampai sana ramai gila orang dan terpaksa beli dari sana: pun rugi.

Express ticket dikira individu. Kalau parents beli anak anak tak beli, parents je boleh masuk. 1 ticket boleh guna untuk masuk 1 ride itu sekali saja. Means kalau dah naik ride guna express ticket, orang lain nak guna express ticket itu untuk naik ride yang sama dah tak boleh dah. Kalau nak jimat perhaps beli untuk 1 tapi naik ride berbeza setiap orang. Tapi tak best juga, sebab tak dapat nak naik bersama anak anak.

Hope it helps!

Lina said...

awk beli tiket uss tu dkt mana ye..

Husna Hadzarami said...

Lina,

Alamak dah tak ingat pula, rasanya beli dengan travel agent yang uruskan transport masuk ke Singapore tu.

ATIRANORASHID said...

Boleh bawak makanan dan minuman sendiri tak?

addinfarhani said...

bestnyaa.... nk naik roller coaster kaki juntai2 tu (^^,)
InSyaAllah ada lebih nanti, nak jejak jugak kaki kat uss ni...

JESS said...

💢👒 PROMO SINGAPORE HOLIDAY!! ☺💢
.
Jom book pakej murah-murah dgn sis:
🌐USS (Universal Studios Singapore), harga Lebih Murah dari⭐RM259 ya (PM untuk harga EXTRA DISKAUN) = pakej dengan bus dari JB 2 Ways Transfer tau. Tiket Sahaja pun ada - PM.
.
"SingaporeTour" Trip Bajet dari JB SENTRAL:...dari🔥RM97 seorang sahaja (if 3pax) Kalau ramai murah lagi..Tix lain-lain pun available. PRIVATE TRIP via ALZA & STAREX available. Dah sampai Johor? Jom lah kita masuk Singapore sekali. 😊
.
PM JESS di 🔸012-7760219
Love Travel --> www.facebook.com/lovetravel86
.
🍉www.wasap.my/60127760219/sgtour (JESS)