Tuesday, February 26, 2019

Barang WAJIB ADA Untuk Kebahagiaan Seorang Isteri

Eh yang lelaki lelaki tu nak pergi mana tu janganlah lari, penting tau baca post ini 😆

Orang perempuan ni, kalau boleh semua benda pun dia nak buat sendiri.  Entah kita ni datang dari mana kekuatan tu, sampai kadang kala kita boleh buat perkara yang tak terjangka pun kita mampu untuk lakukan. Tapi perlu ingat, keupayaan kita ini ada hadnya, I know I know nothing is impossible tapi kudrat kita ini jika dipakai secara berlebihan, nanti kita sendiri yang stress lepas tu depressed sorang sorang. Ada banyak perkara yang boleh kita improvise supaya hidup kita jadi lebih mudah. Contoh macam aku yang bekerja dari rumah ini. Well, orang cakap bekerja dari rumah ni best, emm memang best pun HAHAHA (tampar kang Husna). But really, bekerja dari rumah ni akan rasa sangat best dan membahagiakan hidup you sekeluarga hanya jika you ada pengurusan masa yang bagus. It's tricky, sebab jika you dah buat keputusan to work from home, namun gagal atur masa dengan baik, hidup you boleh jadi lebih stress daripada stress kerja pejabat yang you escaped tu. Haa scary kan?

Setiap hari sebelum tidur, aku memang dah plan siap siap sama ada secara fizikal (tulis dalam planner), secara virtual (to-do list in iPhone) or secara mental je haha ni kalau malam tu dah penat sangat dah. Benda basic as a work-at-home-mom ni sebelum apa apa, urusan keluarga perlulah diselesaikan. Tapi house chores ni mana pernah habis, takkan dari pagi nak buat kerja rumah je sampai siap semua baru nak start attend to my job, tak bolehlah begitu sebab ada banyak perkara yang memerlukan perhatian dan fast decision from me as a manager. So kalau you guys jenis macam kami yang taknak ada bibik kat rumah (tak selesa ada stranger tinggal serumah, plus rumah kondo tidak sesuailah nak ada bibik) adalah amat penting untuk setiap wanita untuk mempunyai 'helpers' seperti di bawah.

1. Philips Steam Iron

My husband bought early last year, masa kami masih tinggal di rumah lama lagi. Dan semenjak itu kehidupanku telah berubah 😆😆. Seriously weeyyyyy, Philips Steam Iron ni memang very life changing! Setiap hari Ahad gosok baju sekolah dua orang anak (sekolah agama dan sekolah kebangsaan) dan baju kerja husband (ketika itu suami masih kerja pejabat) total 20-30 helai rasanya tak sampai sejam pun siap! Gosok depan je automatic belakang pun dah licin, sekali gosok je terus cantik tak perlu ulang ulang pun. Masa nak beli tu promoter siap cakap boleh gosok up 9 helai bertindan tindan dalam satu masa fuyyohh. Aku taklah pernah try pun haha sebab lambatlah pula kalau nak susun baju atas iron board sampai 9 helai baru nak start menggosok 😝 Punyalah best sampaikan kalau pergi holiday boleh murung bila nak iron baju guna iron hotel hahahah! Stress sebab kena gosok ulang ulang kali! Dengan Philips Steam Iron ni, kini menggosok baju telah menjadi terapi untuk aku menenangkan fikiran dan ber'me-time' 😆 #makmaksangat


Gambar masa hari pertama beli hehe. Terlalu happy sampai ambil gambar kakaka lawaklah. Tak ingat ini model apa but at that time my husband beli dalam RM1600 kot, tadi aku tanya husband semula pun dia dah tak berapa ingat. Masa tu H baru dapat bonus, baik kan wife beliau tak minta barang kemas pun, minta steam iron saja 😚😚


 Rasanya sekarang ni dah ada model yang lebih updated dan harga mungkin lebih murah, you guys pleaseeeee laaa kalau rumah takde bibik macam kami ni you may save up to buy yourselves one of this. Seriously sangat sangat puas hati!

2. Air fryer

Apaaa?? You guys masih belum pakai air fryer?? Hello air fryer betul betul wajib ada la di setiap rumah! We bought our first air fryer last 2 years, and I'm telling you, that was one of the best decision I ever made, after getting married. And having kids. And quit my job 😜 Rasanya agak tidak munasabah untuk tidak memiliki air fryer di rumah, sebab air fryer bukan sahaja menghasilkan makanan yang sihat (goreng makanan yang sepatutnya deep fry, tapi tanpa setitis pun minyak!) malah rasanya juga lazat. You have to try, and you'll believe me. Mine is Philips, we bought it around RM700++ at that time tapi my mom use Haier and my sister use Khind (which is way cheaper I think around RM200++ only) and those brands worked just as good. Seriously, STOP DEEP FRY ALREADY! It's really unhealthy, membazir duit beli minyak dengan kerap dan mencemarkan alam sekitar! Banyak tau sisa sisa minyak yang dibuang dalam longkang je. Haa don't get me started. Get your own air fryer now! Beli kat Lazada pun boleh, banyak yang murah dan elok. But try one of the brands I suggested above la, sebab itu sahaja brands yang I dah tengok dan rasa sendiri hasilnya. At first memang you akan tak biasa, lama lama you'll find that air-fried food ni sama sedap saja dengan deep-fried food, and it is way healthier!


I punya ni jenis manually adjusted temperature and timing. Ada yang jenis digital tapi tak payahlah membazirkan duit, beza almost RM400 untuk hasil masakan yang sama saja. Yang manual ini pun dah cukup bagus dah.


Must have 'gadgets' for every home. Ini masa kat rumah lama. Rindulah rumah ini.


Ayam goreng kunyit. Cantik kan?


Meatballs.


Keropok lekor.


Nuggets. Bila anak suka sangat nuggets ni, goreng air-fried takdelah rasa bersalah sangat 😅. Kalau tidak, dahlah junkfood, minyak lagi. Kan? Whatever I said to justify it 😝


Ayam goreng kunyit again. Because it's our favourite. Lepas air-fried boleh buat sambal ayam. Or ayam kicap. 

"Samalah tu tak healthy juga!" Diamlah makcik bawang. At least we managed to reduce oil usage kan?


Keropok lekor again. Keropok lekor is life. Life is meaningless without keropok lekor 😛

Banyak lagi sebenarnya, I use air-fryer ni almost on daily basis. Hampir setiap hari pakai. Senanglah. Letak bahan mentah dalam raga tu, tutup, set temperature (biasanya aku guna 180 or 200 je, never less than that), set time dan boleh tinggal. Eh zaman sekarang ni semuanya kena cepatlah, tak ada masa dah nak berdiri je depan kuali tunggu masakan siap takde kerja lain ke 💁

3. CUCKOO Multicooker M10

THIS. IS. AMAZING! And I insist that every house should own Cuckoo multicooker! Yes, periuk serba guna yang terjual setiap 10 saat di Korea kini dijual di Malaysia dan semakin mendapat tempat di setiap lapisan masyarakat. Apeni try hard betul menjual, heyy mestilahhh! Periuk serbaguna PALING BEST yang you guys patut ada dalam rumah tau! Dengan hanya 1 periuk ini, dah boleh ganti rice cooker, kuali, steamer malah oven pun boleh simpan je tak payah guna dah. Aku dah pakai Cuckoo multicooker ini dah lama, dulu pakai hanya untuk masak nasi sebab tak terfikir pun nak try other dishes, namun sejak 2-3 bulan kebelakangan ini I tried to utilize several functions in this multicooker and you know what, it was awesome!

Pernah tak terfikir yang kita boleh masak nasi goreng TANPA GORENG?
Bihun goreng TANPA GORENG?

Benda yang paling aku rasa gempak sangat adalah nasi goreng tu dimasak straight dari beras terus jadi nasi goreng tanpa tukar tukar periuk pun!


Masuk beras.
Air ikut sukatan biasa masak nasi.
Bawang bawangan.
Mixed vege.
Telur.
Kacaukan sikit.
Tutup penutup periuk.
Tekan fungsi Multicook. Tekan Cook.
Tinggalkan, pergi gosok baju ke apa.


Cukup masa, akan keluar lagu lagu Korea haha. Gaulkan sikit supaya lauknya sekata, SIAP! Sini aku masukkan ayam goreng kunyit air-fryer, sebab anak anak aku suka benda yang rangup rangup, depa tak suka sangat ayam warna putih dalam nasi goreng tu. Otherwise dari awal dah boleh masuk sekali ayam/daging/udang mentah dalam beras.

Senang sangat kan?! Anak anak memang suka sangat nasi goreng, selama ini masak secara conventional kena guna periuk nasi untuk masak nasi, lepas tu kena goreng dalam kuali pula. Goreng tu tak boleh tinggal pula, kena jaga sampailah siap. Dahlah berminyak, ambil masa kita pula tu. Eh zaman sekarang yang memerlukan segalanya pantas ni, mana ada masa dah nak berdiri lama lama kat dapur tak buat kerja lain. Kita kenalah multitasking, masa yang ada siang dan malam tu kita perlulah manfaatkan sepenuhnya kan?

Dan di bawah ini aku senaraikan antara masakan yang boleh dibuat menggunakan Cuckoo Multicooker M10 ni.


Rendang ayam 40 minit siap TANPA PERLU KACAU. Jimat tenaga.


Tenggiri Asam Pedas.


Kuih Seri Muka! My favourite ni. Selama ni rasa macam susahnya nak buat kuih ni, tapi guna multicooker M10 ni terus jadi senang.


Nasi Arab.


Roasted chicken! Tak perlu nak panaskan oven dan kemudian nak kena bersihkan pula oven tu. Guna periuk pun boleh.


Siakap Stim Limau. Boleh steam tau, masuk semua bahan, pilih fungsi Multicook dan set 15 minit siap! So simpan jelah periuk kukus you guys, M10 dah boleh buat semua 😏

And then, haaa jangan tak tahu, M10 boleh buat kek juga tau huaargghhh laparnyaa tengok gambar gambar ni 😭




 Apa yang bestnya Cuckoo multicooker ni, masakan TAK PERNAH MELEKAT, serious tak kira berapa garingnya bawah masakan tu dia takkan melekat. I remember last few months aku pernah buat roasted chicken guna oven, ya Allah punyalah susah nak basuh tray tu! Rendam sampai 2 hari pun masih perlu sental kuat kuat lagi. Terus rasa demotivated untuk masak roasted chicken lagi. Entah rasa macam renyah je padahal nak makannya bukan banyak pun. Lepas tu makanan lambat basi tau, pernah kami masak nasi and pergi bercuti lupa nak buang nasi dalam periuk, 2 hari kemudian balik rumah pun nasi tak basi lagi 😱 Sampai rasa seram pula hahahah! Sebab periuk Cuckoo ni vacum dia kuat so bacteria tak boleh masuk dalam periuk tu. Lagi satu, periuk Cuckoo ni standard size sahaja, tidaklah terlalu besar dan bulky so bolehlah digunakan setiap hari walaupun dalam rumah ada 2-3 orang sahaja. Yelah bukan setiap hari kita nak masak banyak macam hari raya kan, so memang best dan boleh dimanfaatkan sepenuhnya tak perlu nak tunggu hari raya or tetamu datang baru nak keluarkan periuk mahal mahal hehe.

Cuckoo multicooker M10 ni harga cash RM1415.09, dapat warranty selama setahun. Tapi kalau taknak keluarkan duit banyak sekaligus boleh je sewabeli RM70 sebulan (bayaran pertama RM270, dan bulan seterusnya RM70 selama 23 bulan). Untuk sewabeli dapat warranty selama 2 tahun. Boleh pakai je and genap 2 tahun terus jadi hak milik.

Tolonglah wahai kaum suami, belikanlah isteri anda Cuckoo M10 ni. Memang sangat sangat berbaloi dan aku jamin dengan adanya M10 di rumah, tahap kerajinan memasak isteri anda akan meningkat at least 50% 😍. Haa lagi satu aku perasan, sebulan dua pakai M10 ni setiap hari, walaupun aku makan banyak since I am still breastfeeding, kelmarin timbang berat badan turun 2kg tau! I think sebab dah lama tak guna minyak, dah setiap makanan yang kita makan tu khasiat dan vitamin dalam makanan tu kekal dalam makanan tu dan masuk ke badan kita. Betul, rasa nak melompat timbang berat badan hari tu haha. Memang betul betul meningkatkan tahap kebahagiaan 😂😂

Okay inilah dia 3 barang yang wajib ada demi kebahagiaan isteri 😍. Baik suri rumah, isteri yang bekerja di rumah mahupun isteri yang bekerja di luar rumah. Sebenarnya ada 2 lagi barang yang aku rasa betul betul memudahkan kerja tapi aku belum pakai lagi, iaitu Electrolux Washer/Dryer (tak perlu lagi nak jemur baju) dan Dyson 360 Eye robot vacuum cleaner (boleh suruh robot je vakum rumah). Ini memang termasuk dalam wishlist aku tapi harganya boleh mengucap panjang kau 😩. InshaaAllah one day, perhaps bila dah pindah ke rumah sendiri nanti.

So guys, if you want to make your wife happy, try surprise them with these 'toys'. Happy wife, happy life! 💖



No comments: