Thursday, August 3, 2017

Happy 6th Birthday Ammar Yusuf!

Muhammad Ammar Yusuf anak soleh Mummy turns 6 years old today! 


1 day of Ammar Yusuf. I knew I loved you before I met you 💓

Dah 6 tahun, dah habis dah fasa pertama anak (0-6 tahun) yang sangat perlu dimanfaatkan oleh ibu bapa sebaik mungkin. Fasa di mana otak anak anak adalah pada tahap terbaik untuk menyerap segala yang dipelajari dan 'meniru' segala yang diperhatikan oleh mereka. Fasa yang anak anak sangat perlu dimanjakan dan dilayan seperti raja, seperti saranan Rasulullah (SAW). 

I've read somewhere, bentuklah anak sebaik-baiknya ketika mereka berusia 0 hingga 6 tahun, kerana sifat anak pada usia 6 tahun akan berkekalan hingga ke besar. The personal traits, keperibadian anak. Yes walaupun banyak perkara akan berubah mengikut peringkat umur, tapi dalaman dan sikap anak itu akan sama. Perkara itu sering membuatkan Mummy risau, adakah Mummy telah memanfaatkan the first 6 years of your life to your best potential... Sebab itu aku sangat tidak bersetuju apabila ada orang menekankan yang "Masa muda inilah kena kerja keras tinggalkan keluarga sekejap, untuk kesenangan masa depan anak anak juga" sebab bagi aku keberadaan ibu bapa bersama anak kecil semenjak lahir hingga 6 tahun itulah yang paling penting dalam pembesaran anak anak.

Mummy minta maaf kerana tidak mampu untuk berada bersama Abang sepenuhnya sebelum ini. Tapi Mummy bersyukur kerana dulu Abang dijaga oleh Ibu yang sangat sangat mengasihi Abang dan membentuk Abang menjadi manusia yang penyayang. Mummy betul betul berusaha nak menebus kembali masa bersama anak anak, I want to make it up to them so that I won't be missing anything more.

6 tahun Ammar Yusuf, alhamdulillah Abang telah membesar menjadi kanak kanak baik dan berjiwa besar. Abang sangat mudah mengasihi dan mengasihani. Mummy masukkan Abang ke kelas taekwondo supaya Abang kuat, tapi niat Abang pula berbeza, "Supaya Abang boleh tolong orang kalau kena buli dengan budak naughty". Abang kata Darjah 1 nanti Abang nak jadi pengawas, supaya Abang boleh tangkap budak naughty dari buli orang lain. Aduhlah Abang 😅

Banyak dah Mummy nampak sifat Abang yang Mummy harap akan berkekalan sampai ke besar. You love to try something new, when you develop a passion towards something you will be so into it and try your best to do it. You're so lively, you always have ideas to turn something so boring into something so exciting! You love taking pictures, you love to be in the pictures, you love to draw, and most importantly, in everything you do you want all your family members to be in it too. You are really a family person, you want Mummy and Daddy to take part in all your activities and you never pick sides between Grandma/Grandpa and Nanny/Atok. You love both sides of your grandparents, you love to be around all of your cousins and that makes you even more lovable for all of us.




Abang pemaaf, dan mudah minta maaf. You do a self-reflection a lot for your age. Setiap kali buat salah dan dimarahi, memang Abang akan minta maaf dan tahu kenapa Abang minta maaf. Abang jarang mengasari, membuatkan Mummy risau kalau Abang tidak mampu menjaga diri sendiri bila Mummy Daddy tiada bersama. Tidak salah untuk berbuat baik, tapi Abang perlu kuat untuk jaga diri sendiri dan jaga Adik juga ya.


My precious son, Ammar Yusuf. Membesarlah dengan baik, jadilah anak soleh yang inshaaAllah membantu Mummy dan Daddy yang serba khilaf ini untuk ke Jannah. Mummy harap sangat Abang gembira dilahirkan sebagai anak Mummy Daddy; you did not choose us after all, you are our decision. So we promise to always do our best to protect you, to love you unconditionally, and to always be by your side, physically and spiritually. Maafkan Mummy Daddy atas apa saja kekurangan yang Abang rasa sepanjang kita hidup bersama. Mummy tak kaya, tapi Mummy harap Abang rasa betapa mewahnya cinta dan kasih sayang Mummy untuk anak anak Mummy. 

Happy birthday Ammar Yusuf!


1 comment:

Unknown said...


Hi, I came across your blog and I enjoyed reading your amazing stories. Interested to collaborate? Email me at nurul.aini@my.zalora.com I couldn't find your email so I am leaving a comment to u. Hope to hear soon. Thanks! Ps: this is NOT a spam yah haha :)