expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, August 3, 2016

Ammar Yusuf is 5

Ammar Yusuf sejak lahir lagi ramai yang cakap he looks more like me, dan apabila dia membesar aku merasakan yang dia semakin menjadi refleksi diri aku yang sebenarnya.

Banyak perkara yang aku nampak dalam diri dia, saling tak tumpah macam diri aku. Kami berdua memiliki hati yang sangat keras tapi sangat rapuh juga at the same time cewah #dalamhatiadataman. Ammar Yusuf kalau kena marah, tak menangis. Even kalau kena pukul pun dia keras tak menangis. Tapi kalau contoh Adik tiba tiba menangis dan kita meluru datang dari dapur dan terus tuduh dia sebagai pesalah, itu boleh membuatkan dia terluka hatinya dan menangis.

Aku begitulah. Orang kutuk orang keji, hati aku kebal je. Orang marah aku, aku marah balik definitely takdenya aku nak rasa terluka lalu menangis. Entahlah, it's all about ego kot. Tapi bila merasakan diri tidak dipercayai, tidak didengari dan semuanya melibatkan orang yang sangat aku sayangi, itulah yang lebih meruntun jiwa.

Dengan Ammar Yusuf, segalanya perlu dipenuhi kesabaran, kelembutan dan kasih sayang. Kita nak dia sayang Adik, kita sendiri perlu tunjuk kasih dan sayang kita terhadap dia terlebih dahulu. Sambil berbual sambil usap rambut, suara kena rendah, tegur pun dengan suara yang lembut. Susah okayyy tapi alah bisa tegal biasa la. Sebab bila kita berlembut dengan dia, dia akan 10 kali berlembut dengan orang lain. Betulll. Aku rasa dengan Ammar Yusuf ni (or perhaps kids in general), we really have to practice what we preach. Kanak kanak tidak ikut apa yang kita cakap, tapi dia ikut apa yang kita buat.

Itu memang terbukti pada aku dan anak anak. For the past few months aku dah jarang sangat marah anak terpekik terlolong macam orang tak siuman, dah mula melatih diri sendiri untuk bersabar mendengar setiap cerita anak anak biarpun cerita mereka banyak yang fantasi dari realiti, dan cuba memaksa diri untuk senyum setiap kali melihat wajah polos anak anak tidak kira betapa teruknya perjalanan hidup aku pada hari itu. Hasilnya aku nampak Ammar Yusuf lebih berlembut dengan adiknya, anak anak lebih bekerjasama dan aku juga lebih gembira.

Kita layan anak anak sepertimana kita sendiri mahu dilayani, regardless their age. Cubalah. Aku pun masih belajar, dan aku nampak cara ini sangat berkesan dalam membentuk peribadi anak anak aku. 

So Ammar Yusuf turns 5 years old today. We had a small celebration with my family-in-law this evening at one Arabic restaurant nearby, they planned it themselves actually sebab dah tahu aku takkan ada plan apa apa hahaha dasarrr.


They even brought the birthday cake OMG thank you alhamdulillah :')



Thank you for doing this for Ammar Yusuf, he's extremely happy sebelum tidur tadi dia kata "Abang seronok sangat sangat sampai syurga!" ('Sampai syurga' is his usual indication of too many/infinity; "Abang nak beli buah banyak sangat sampai syurga", "Nanti abang nak lukis pokok banyak sangat sampai syurga" etc).



Little man with a big heart.


I bought something he'll surely appreciates for his birthday gift. Something educational of course. Bermain sambil belajar, Abang kan budak skema suka belajar kekeke :p


And it's a wrap for today, dah baring nak tidur dah asalnya tiba tiba kelam kabut bangun ambil wudhu' pergi solat Isya', in his very own room, alone in the dark. Masih belajar tak tinggal Isya', selalu juga dia terlupa dan Mummy pun tak remind sebab malas nak bangun teman huhu, until his father said just now, "Dia boleh pergi sendiri lah". Dah big boy rupanya anak Mummy :')

Happy 5th birthday Muhammad Ammar Yusuf. You have no idea how much I learn from you. Jadilah apa sahaja yang awak mahu, but please choose to be a better Muslim as your priority. Hargailah semua yang menyayangi Abang, jadilah anak yang baik budi pekerti dan berakhlak mulia, itu sudah cukup untuk membuatkan Mummy dan Daddy bahagia. Mummy sayang Yusuf sangat sangat, 'sampai syurga'...


2 comments:

  1. Ya Allah, bijaknya abang. dalam usia 5 thn dah boleh pegi solat sendiri.. Happy Birthday AMMAR YUSUF.. semoga menjadi anak yg soleh, berjaya didunia dan akhirat.. aamiin..

    ReplyDelete
  2. Dah besar dah abg Yusuf.. wuwuwu dulu tengok dalam blog ni, baby lagi.. wuwuw.. tiba-tiba emo hahahaha!

    Happy Birthday Ammar Yusuf! Semoga sentiasa dalam rahmatNya , menjadi anak yg soleh serta berjaya dalam kehidupan. Amin! :)

    ReplyDelete