Wednesday, June 10, 2015

Raksasa Turtle

Living with the boys, memang tidak dapat tidak kita akan jadi lebih lasak daripada biasa. Iyalah, budak lelaki, mainnya kasar. Aku dulu pernahlah cuba join them main Ultraman (yang mana aku kena jadi raksasa of course lah kan -____-), habis sakit sakit badan aku! Sudahlah kita diserang, dalam masa yang sama kita juga perlu jaga pergerakan mereka supaya tak terhempas kepala, tak tersadung kaki. Apakah semua ni? Mana boleh raksasa yang kena jaga Ultraman!

After a while, I surrender. Aku memang tidak lagi turut serta dalam permainan ini. Permainan lain Mummy okay, but not lawan lawan. Sakit tau badan ni, diorang tumbuk bukan main main, sepenuh hati sampai getar getar pipi menghayati watak. I just let my husband handle them, kalau balik rumah Mama atau pergi rumah Aunty Hana, aku memang cepat cepat jadikan pakcik pakcik ataupun sepupu sepupu mereka sebagai raksasa, supaya aku tidak lagi menjadi mangsa.

Until last week. When they 'invented' a new monster, Raksasa Turtle. 

Segalanya bermula pada suatu malam aku sedang baring meniarap di atas tilam sambil menonton TV. Oh kami sekarang tidur secara bergelimpangan di ruang tamu. Seronok begitu. Ambil dua single mattresses, letak depan TV. Tapi tak adalah mengadap TV sampai tertidur, tepat 10 malam (or paling lewat 10.30), kami sudah offkan TV. Okay anyway. Sedang aku baring meniarap, tiba tiba Ammar Yusuf susun bantal satu persatu di atas belakang badan aku sambil ketawa ketawa.

"Mummy macam turtle. Adik! Tengok Mummy macam turtle," seronok nampaknya. Dan tiba tiba dia berteriak seolah olah baru dapat idea. 

"Haa! Mummy jadilah Raksasa Turtle. Adik jom lawan Raksasa Turtle!" aku pun bangunlah cuba berlawan dengan Ultraman dua orang itu tapi dihalang Ammar Yusuf.

"Jangan bangun, Raksasa Turtle kena duduk diam diam je!"

Wow. This is nice. Hanya perlu baring meniarap depan TV, siapa tak mahu tugasan ini kahkah! Kadang kadang sampai aku tertidur dalam keadaan itu. Ada dalam 3-4 hari jugalah aku memegang watak Raksasa Turtle ni.

Suatu hari tu, sedang seronok bermain, kedengaran suara Adam Muaz menangis dalam bilik.

"B tengok jap Adam Muaz nak apa tu," kata H.

"Daddy pergi la. B tak boleh bergerak ni," balas aku.

"Kenapa pulak??"

"B kan Raksasa Turtle," I said, matter-of-factly HAHAHA. H bangun anyway to attend to Adam Muaz. God I love my husband :')

Being Raksasa Turtle is the best job ever. How I wished they've invented this long time ago :p


1 comment:

adianiez AIDA said...

aida ada gak jadi raksasa turtle.
penunggang nyer ialah anak bertuah ijat la :)