Monday, January 13, 2020

HforHome: Penentuan Qiblat Rumah oleh Persatuan Ahli Falak

Sebenarnya sebelum kami mengambil keputusan untuk terus menetap di sini, aku sudah pun contact Persatuan Ahli Falak ini untuk pengukuran dan penandaan arah qiblat. Selama kami datang ke sini, solat kami berpandukan qiblat yang ditentukan melalui apps sahaja. Bukanlah tidak yakin, tapi nak bagi betul betul pasti hehe. Pada mulanya hanya cuba nasib sahaja, sebab setahu aku Persatuan Ahli Falak ini cover untuk Kuala Lumpur dan Selangor sahaja, tapi just tanya sajalah in case mereka boleh buat untuk Nilai sekali. Selepas whatsapp the number which I got from my boss, individu tersebut minta untuk isi online form, dan tidak lama kemudian ada seorang petugas yang contact kita to set appointment.

We have actually made appointment last month already, malangnya pada hari yang sepatutnya datang itu petugas mengalami kemalangan jalanraya so we have to reschedule, selepas itu sebab terlalu sibuk pindah randah aku pun tak adalah follow up lagi dengan petugas itu, bimbang mengganggu pula sebab kasihan tengok keadaan keretanya ketika itu.

Alhamdulillah pada minggu lepas, mereka hubungi semula aku untuk re-appointment dan semalam mereka pun sampai untuk buat penanda arah qiblat.


Serabut betul keadaan rumah aku semalam, tapi hari ini dah siap kemas dah finallyyy.


Ini peralatan yang mereka gunakan. Alhamdulillah, qiblat yang mereka tetapkan itu SAMA dengan arah qiblat kami solat selama ini. Risau juga selama ini bersolat salah qiblat 😩


We did asked the petugas here sama ada arah qiblat menggunakan apps boleh dipercayai ke? Mereka explain, BOLEH, jika ketika kita cari qiblat itu kita pegang handphone at least 3 kaki dari lantai. Means jangan letakkan phone di atas lantai. Sebabnya, besi dalam foundation rumah boleh mengganggu magnetic handphone kita katanya so bacaan qiblat itu boleh jadi tidak tepat.


Kami decide untuk pasang satu tanda arah di ruang tamu, sebab usually Baba kalau datang rumah akan bersolat beramai ramai di ruang tamu.


Another one of course, in our guest room. Ini paling penting. Memudahkan tetamu kami nanti.


Dan satu lagi di masterbedroom. Untuk cari qiblat itu di tingkat atas, mereka perlu buat step by step melalui tangga.

Alhamdulillah, selesai penanda qiblat untuk rumah kami.

Upah yang dikenakan untuk pengukuran dan penandaan qiblat adalah RM50 termasuk transportation, untuk RM50 itu kita akan dapat 1penandaan arah qiblat. Kalau kita nak mereka tambah sticker qiblat itu lebih dari satu, mereka caj RM10 each which I think is reasonable. So kami request tiga tempat untuk buat arah qiblat dan letak stickers, total bayaran adalah RM70 sahaja.

Baguslah ada servis begini, highly recommended. Masa aku upload di Instagram Stories semalam ramai yang tanya macam mana nak contact Persatuan Ahli Falak ini, so here you are;

Ustaz Abdul Latip: 016-606 1653
Haji Sukiman: 019-219 4777
Sauban Uzair: 013-307 6003



No comments: