Friday, March 1, 2019

Malu Ke Jual Penapis Air?

Soalan ini aku dah selalu sangat dapat, dari dulu sampailah sekarang. Yang aku perasan, soalan ini biasanya datang dari mereka yang teringin untuk cuba tapi tiada sales background. Sebab kalau orang yang dah biasa dalam bidang jualan ni, mereka tak akan question pun tentang malu atau tidak ini sebab for them mereka hanya teruskan apa yang mereka sudah biasa buat, cuma tukar produk sahaja.

So, I think soalannya adalah bukan mengenai penapis air, tapi mereka malu untuk menjual anything in general. Macam mana nak mengatasi rasa malu tu?

Okay let me just share my experience.

Pada awal penglibatan aku dengan bidang jualan penapis air ni, tak tipulah aku memang malu. Malulah, kerja kerja menjual ini macam bukan diri aku. Rasa jatuh ego aku ni. Masa tu aku masih bekerja, di tempat kerja pula aku macam jenis yang macam bagus bagus sampai colleagues pun panggil Diva. Takkanlah Diva nak kerja direct selling kan? And then di tempat kerja itu aku tidaklah ramai kawan sangat, aku hanya bergaul dengan orang satu department sahaja. Company tu besar tau, ada 2-3 block dan banyaklah officenya, aku bukan kenal pun department lain.

Tapi aku jenis bila aku dah ambil satu langkah untuk mencuba ini, aku akan buat sampai habis. Disebabkan malu yang menebal, masa awal awal tu aku tak announce publicly pun aku jual penapis air. In fact, aku buat secara personal. Personal message/direct message. Semua yang dalam contact aku, aku personal message. Facebook, Whatsapp, Instagram. Sebab aku fikir, dia bukan nampak muka aku pun hahaha. So kalau kena reject pun bukanlah secara depan depan huwaaa aku tak kuaaattt hahaha. Bila aku dah mulakan langkah menjual/mempromosi dan mula terima feedback walaupun bukan mereka beli pun, aku dah mula dapat kesedaran. Terutama apabila ada yang reply, "Laa aku baru je beli 2 hari lepas!". Damn. Aku tak boleh lambat lambat tembel mak enon dah. Aku kena lebih pantas. Sebab dalam fikiran aku kalau aku tak promote sekarang, mungkin saat ini ada seorang lagi kawan aku yang akan beli dengan orang lagi yang dia tak kenal pun!

You know, kalau kau tak mula buat, KAU TAKKAN TAHU. Benda ini aku selalu sangat pesan dengan my teammates, sebab dah terlalu kerap terjadi pada ramai yang mula lambat dan mereka menyesal sungguh.

Okay sambung cerita.

So bila dah berjaya close sales satu demi satu, secara automatic keyakinan diri kita bertambah. Betul, kalau you nak improve your personality, nak tambah warna warni dalam kehidupan you yang suram, nak tambah 'life' dalam kehidupan yang rasa macam 'takde life' sampai perlu bergosip tentang orang lain yang 'ada life' sebab deep inside your heart you actually envy them, try buat sales. Direct selling. Sebab dalam bidang sales, you tak boleh nak berfikiran negatif. You tak ada masa nak bergosip, you tak ada masa nak meroyan di social media, sebab kerja you takkan habis as you will be so busy of planning, promoting, dealing with your prospects and customers, and paling best, you sangat busy tapi hati you semakin bahagia sebab you finally 'ada life', Hidup you ada tujuan. 

So bila dah berjaya close deal satu dua sales itu, daripada online sebalik tabir sahaja, aku mula beranikan diri approach orang secara berdepan. Start dengan orang yang you biasa dulu. Semakin ramai you approached, semakin rasa biasa dan tidaklah lagi rasa malu. Rejection depan depan pun rasa biasa je. Sebab dengan orang yang kita kenal/kenal kita ini, mereka bukannya kejam sangat nak reject dengan kasar, biasanya mereka akan reject gelak gelak je. I dah stop fikir pasal pandangan orang lain, instead dalam hati aku just ulang ulang remind diri sendiri, 

'Kalau aku tak inform, dia tak tau pun aku jual. Nanti kotlah bila bila dia nak beli, dia beli dengan orang lain. Nanti kotlah satu hari tu dia dengar kawan dia tengah cari penapis air, dia tak recommend pun aku sebab dia tak tau aku ada jual huwaaaa tak boleh tak boleh. Aku kena juga inform. Kena juga promote?'

Hebatkan aku psycho diri sendiri? 😆😆😆

So, dari seorang Diva, aku bertukar kepada Direct Seller hahaha. Setiap department yang aku singgah, dengan semua orang aku sebut pasal penapis air. Takde yang terlepas hahaha, even dengan orang yang aku tak pernah berbual pun selama ini! Dari hari itu jugalah, aku berjaya recruit (unintentionally) 6 orang pertama dan terbentuklah group Husnazara (formerly known as Cuckoo Diva) and we grow from a small group of 6 to nearly 600 agents under my wing at one point. Hanya bermula dengan BUANG RASA MALU.

And now, bila aku fikir balik pasal rasa malu aku di awal penglibatan dulu, rasa nak tergelak pun ada. Aku bukan siapa siapa pun, bukannya selebriti terkenal atau menteri atau siapa siapa yang disegani ramai ke sampai rasa malu nak tiba tiba buat kerja sales. In fact selebriti cantik cantik kaya raya pun semuanya menjual barang. Siapa je aku ini. Bila you dah tanya macam mana nak mengatasi rasa malu menjual ini, bermakna you sedar yang you memang memerlukan pendapatan tambahan dan satu kaki you sudahpun melangkah ke arah bidang jualan, cuma mental sahaja belum kuat. 

So kita ubah mindset. Talk to yourselves everyday.

"Malu ke jual penapis air?"

Lagi malu dengan isteri/anak apabila terpaksa catu perbelanjaan harian sebab nak jimat belanja.
Lagi malu apabila melihat ibu bapa sendiri masih hidup susah sedangkan kita sudah dewasa dan sepatutnya menyenangkan ibu bapa.
Lagi malu bila kita hanya balik kampung melawat ibu bapa 4-5 bulan sekali sebab sebab setiap bulan baru 15hb kita sudah mula pangkah kalendar menunggu hari gaji.
Lagi malu bila anak minta sesuatu kita marah mereka terlalu meminta minta sedangkan kita sebenarnya marah dengan diri sendiri sebab tak mampu tunaikan.
Lagi malu bila hutang keliling pinggang.

Even worse,

Lagi malu dengan diri sendiri nak tunjuk macam hidup senang dan selesa sangat seolah olah tiada masalah duit tapi hakikatnya.... kita nak tipu siapa?

So concentrate on yourselves. Focus on what you want to achieve. Make it happen, shock everyone 💪




No comments: