Saturday, January 19, 2019

Maryam Budak Baik

Maryam Helena adalah satu satunya anak yang kami suami isteri jaga sendiri hampir 100% (once a week only when Mommy is attending a weekly meeting, Grandma jaga). Ramai yang cakap, "Bertuah Maryam, Mommy dah tak kerja. Sepanjang masa boleh lekat dengan Mommy.". The truth is, akulah sebenarnya yang bertuah, kerana dianugerahkan Maryam Helena yang alhamdulillah bukan sahaja sangat adorable malah mudah dijaga dan sentiasa 'bertolak ansur' dengan jadual Mommy yang busy siang malam ni.

Seawal 2 bulan Maryam dah ikut Mommy masuk meeting, pergi event. Dulu bila ada meeting/event panjang yang tak dibenarkan bawa anak, susah betul hati rasa sebab Maryam taknak botol susu, so mesti Mommy akan balik sekejap separuh hari untuk susukan Maryam. Now alhamdulillah Maryam dah boleh terima susu dari botol walaupun tidaklah sepenuhnya, tapi a lot better than before.



Bila Mommy ada urgent work to do at home, Maryam kena belajar to play on her own pusing sana sini tengok ceiling main bubbles air liur haha. Selalu bila aku buat kerja di hadapan laptop, Maryam aku baringkan di sebelah aku ataupun letakkan di atas katil dan walaupun mata aku mengadap laptop, dari ekor mata boleh nampak Maryam pandang je Mommy dan bila Mommy toleh je ke arah dia, terus dia senyum lebar awwwww what a sweetheart sampai cair hati Mommy terus tinggal semua kerja 😂


Geramlah.


Cheeky sangat muka macam ni macam mana Mommy nak buat work macam ni?!

Bila Maryam tidur Mommy akan terus bangkit siapkan kerja satu persatu, lepas buat kerja rumah terus buka laptop laju laju reply and attending my teammates' needs, when it's all done tengok Maryam masih sleep buka excel sheets pula untuk merangka future plans. Selesai semua baru nak baring baring tengok social media Maryam dah bangun, bila dalam hati aku baru nak "Alaaa dah bangun kee" cepat cepat aku remind myself betapa Maryam dah terlalu lama bertoleransi untuk aku, kenapa aku diberi betis mahukan peha pula? 

Bila tengok Maryam yang diam je bersabar tunggu Mommy siapkan kerja, teringat abang abang dulu ditinggalkan 8-10 jam apabila Mommy keluar bekerja 😔 Lama sebenarnya mereka bersabar dan tunggu je kita datang jemput dengan harapan bila dah bersama, kita akan spend masa dengan mereka. Kita rasa kita berkorban untuk anak anak, hakikatnya anak anak sebenarnya yang berkorban untuk kita. So bila balik kerja tu bermainlah dengan anak anak, spend masa sepenuhnya dengan anak anak. Janganlah jadi parents yang terlalu demanding dahlah tinggalkan mereka berjam jam, bila balik kerja masih nak demand mereka untuk be on their best behaviour sementara kita nak uruskan perkara lain pulak lagi. Berapa banyak me-time yang kita nak lagi astaghfirullahalazim.


Maryam Helena kesayangan semua. Thank you for being such an angel, my darling baby girl. Maryam lahir dalam bulan yang sama Mommy dinaikkan pangkat. Juggling between a new career path and having a newborn baby at the same time can be so overwhelming but you make it so smooth and easy. Having you is very empowering. Mommy nak Maryam jadi strong and resilient macam Mommy, dalam masa yang sama we have to know our limits tak perlu pun buat semua benda sendiri. You know, of course we can do everything but don't you think it is a lot better if somebody else is doing it for us? 😉 You have to know how important self-love is. Start with loving yourself first, and the rest will follow 💖



No comments: