Kesinambungan daripada entri ini.
Tapi ini bukan nak cerita pasal pengasuh aku. Ni apa yang aku rasa perlu untuk kita ambil tahu jugalah
Malam semalam, aku berbual-bual dengan jiran depan rumah. Aku panggil dia Kak Yah je. Kawasan rumah kami tu memang jirannya sepakat membawa berkat, hehe. Kiranya saling mengenali dan bertegur sapa la. Kelebihan duduk rumah flat kan. Okay sambung. Jiran depan ni, merupakan seorang pengasuh budak-budak. Dia babysit ramai juga, rasanya baby (sebaya Ammar Yusuf) ada dua orang kot, dan tengah hari dia jaga budak habis sekolah pula seorang dua. Kiranya budak-budak tu transit di situ sementara tunggu ibu bapa pulang bekerja. Kecuali si baby, yang lain semua anak-anak jiran lain je.
So kami berbual. Banyak yang aku belajar dari dia, tentang isi hati seorang pengasuh ni. Benda yang mungkin agak susah aku nak berbual dengan Kak Ha, sebab takkan Kak Ha nak complaint itu ini pasal budak yang dia jaga, sebab dia cuma jaga anak aku je kan hehe seganlah dia. So daripada apa yang aku dengar dari Kak Yah, aku cuba belajar, dan cuba untuk perbaiki dengan Kak Ha.
Perkara yang kalau boleh kita elakkanlah bila hantar anak ke rumah pengasuh ni;
Cloth diaper
Ye aku faham. Cloth diaper lebih jimat. Beli banyak-banyak walaupun mahal tapi boleh ulang-ulang pakai sampailah besar. Dan katanya, lebih elok untuk kulit bayi. Tapi, semua itu bagus kalau awak jaga anak awak sendiri, means awak adalah suri rumah. Sebabnya, cloth diaper menyusahkan babysitter. Nak nak kalau dia beli yang murah, bocor. Selalu dah dengar Kak Yah cakap pasal ini. Kalau berak, jadi satu kerja untuk babysitter jirus buang dulu tahi lah apa. Kalau disposable diaper, tinggal nak cabut, buang dan basuh bontot baby je. Apa yang Kak Yah selalu cakap, baby yang pakai cloth diaper ni selalu cepat berbau, sebab kadang-kadang cloth diaper tu jemur tak cukup kering, ataupun mak dia jenis rendam lama-lama baru basuh, so bau dia kepam. Kesian anak kita. Disebabkan kita nak berjimat sangat, orang lain jadi tak suka anak kita. Sebab dia berbau. Budak-budak lain taknak pun main dengan dia. Sebab diaper dia selalu bocor dan babysitter kena basuh pula. Entah. No offense la kepada penyokong cloth diaper di luar sana, mungkin ibu si bayi yang Kak Yah jaga tu beli jenis murah ke apa. Tapi, kita ni berurusan dengan orang yang menjaga anak kita, bukan jaga handbag kita atau even jaga rumah kita pun. So don't compromise your child(ren). Biar orang suka anak kita, biar orang senang jaga anak kita.
Ambil lambat
Kalau di nursery, setiap jam yang kita balik lambat akan dicaj. Berbanding dengan pengasuh, ianya lebih kepada budi bicara. Ni aku risau juga, selalu tanya Kak Ha Ammar Yusuf ada ganggu dia nak solat Maghrib tak, ganggu masak tak. Sebab Kak Yah, mungkin dia jaga ramai budak lain, bila ada parents yang ambil lambat, dia terganggu waktu solatnya, waktu masaknya. Kalau boleh, habis kerja tu teruslah ambil anak kemudian barulah nak pergi dinner ke pergi shopping ke. Kadang-kadang pengasuh ni bukan tak suka anak kita, tapi dia geram dengan sikap ibu bapa anak yang dijaga. Bila baik sangat, diambil kesempatan pula. Dah jumpa pengasuh yang jaga anak kita dengan baik, jangan lepaskan. Sebab zaman sekarang ni dah tak ramai orang yang sanggup bersabar jaga anak orang lain. Sedangkan kita yang ibu bapa ni pun kadang kala boleh hilang sabar jaga anak sendiri, apatah lagi orang lain.
Syukur juga, Kak Ha cuma jaga anak kita seorang saja. So kasih sayang tu berbeza dengan jaga anak orang ramai-ramai. Tapi, kita tak tahu hati dia macam mana kan? Selalu-selalulah tanya ada apa yang tak cukup ke, anak kita behave ke.. Risau juga, nak-nak bila Ammar Yusuf dah makin lasak ni. Ni kami baru dapat bonus, dah plan nak bagi Kak Ha bonus juga hehe. Ambil hati sikit. Orang dah jaga anak kita elok-elok kan? ;)
Okay 2 points dululah buat masa ini, nanti aku update lagi. Sekali lagi aku nak ulang pesanan Mama dan ibu mertua. Dengan pengasuh ni, jangan berkira. Jangan berkira. Jangan berkira. Kalau nak berkira, berkiralah dalam hal lain. Cut short perbelanjaan makan malam ke, potong sesetengah channel Astro yang kita jarang tengok ke, tapi bukan dalam hal penjagaan anak kita.
Nak kemas nak balik, rindu tengok gambar anak dari tadi. Babai!