Thursday, January 24, 2019

Botol Air Tupperware


Hari ini Ammar Yusuf tertinggal botol air di sekolah. AGAIN. Ini kali kedua; kali pertama dulu memang hilang terus tak jumpa jumpa dah. So my husband and I are expecting the same for the second one. Bengang betul kami suami isteri, sebab kedua duanya botol air Tupperware 😫😫 Maka bisinglah Daddy meleteri kecuaian Abang, Daddylah paling geram sebab Daddy yang beli! Cantik pula tu botol air tu. Masa tu Ammar Yusuf tak cakap apa sangat, dia just cakap "Kalau cikgu jumpa mesti cikgu akan tolong simpankan". Jawapan yang aku rasa dia sendiri pun tak yakin.

Dah hampir masuk waktu tidur, aku jengah bilik anak anak bujang aku. Usually every night I'll try my best untuk baring dengan the boys, to recap their days dan bertanya soalan rutin sebelum tidur iaitu apa perkara best yang terjadi hari ini dan apa perkara tak best yang terjadi hari ini. Dimulakan dengan Adam Muaz, perkara best hari ini adalah boleh pakai jacket Abang masa pergi buat passport HAHAHAHA TU PUN BEST KE?! Amende entah Adam Muaz ni suka betul kalau dapat pakai jacket, perhaps because Malaysia ni cuaca panas so peluang untuk pakai jacket itu jarang berlaku 😝 Fast forward, bila tiba giliran Ammar Yusuf, aku mulakan dengan apa perkara yang tak best berlaku hari ini. Belum sempat dia jawab, aku dah terus teka, "Paling tak best hari ini mestilah kena marah sebab hilangkan botol air kan?"

Dia diam, dan kemudian bersuara,

"Abang geram betul.."

He stopped for a few seconds.

"Geramlah tertinggal botol air tu, Abang sedihlah Abang boleh lupa botol air tu. Geram betul Abang..."

Terdiam Mommy. Tak jadi nak berleter lagi. It just occurred to me that dia pun actually TAKNAK benda itu terjadi. Sedihlah dengar. Sedih sebab kita orang dewasa ni bila anak buat silap, kita selalu anggap yang they couldn't care less and tak rasa apa apa pun hilangkan barang orang dewasa. Cuai. Tak hargai barang. Mentang mentang bukan beli guna duit dia. Sedangkan hakikatnya, anak anak sebenarnya turut sama upset seperti kita. Perasaan mereka sama je macam kita, kita rasa geram dia hilangkan barang, dia pun sebenarnya geram dengan diri sendiri sebab hilangkan barang. Perhaps sekali sekala kita boleh berlebih kurang dengan kesilapan anak anak. Cut themselves some slack. If you find it necessary to give them some lectures, do it moderately and when the messages have already been delivered, we should stop and acknowledge that they might have already learnt the lesson. Sedih sebenarnya dengar anak menyalahkan diri sendiri, anak rasa diri sendiri tak guna. Sedangkan kita orang dewasa pun selalu buat mistakes, tertinggal barang berulang kali, apa lagi kanak kanak seusia dia. We all should learn to be a little bit lenient untuk perkara yang tidak disengajakan. Kita tak suka ianya berlaku, tidakkah kita terfikir yang anak anak juga TAK suka ianya berlaku? 



No comments: