Monday, February 22, 2016

To KLCC With Love

Amboi tajuk dia.

KLCC ni adalah antara tempat nostalgia percintaan kami cewah. Dulu kami sama sama kerja di Jalan Pudu, nak ke KLCC memang senang naik train je sampai, jadi agak keraplah ke sini. Bajet orang kaya, tapi balik balik lepak food court dan Kinokuniya je pasangan nerd manakah ini kahkah. Ingat lagi dulu H pernah cakap, "Nanti kahwin dengan awak ni mesti anak pandai pandai sebab emaknya rajin membaca.." HAHAHHAHAHA pick-up line tak boleh nerd lagi ke?? Sebelum kahwin memang rajin membaca, dah kahwin ni susah nak cari time untuk membaca, rasa macam selfish pula balik kerja anak rindu kita, kita dok melepak dengan buku. Buku memang dah penuh almari, H lah rajin beli, entah bila nak sambung membaca. Tunggu anak besar sikitlah.

So last week, Ammar Yusuf tiba tiba tanya, 

"Mummy pernah tak pergi KLCC?"

Alamak macam kesiannya soalan. Dia tak pernah pergi, yelah tak kuasalah nak ke KL on weekends, pening kepala bersesak sesak, dengan parking yang mahal lagi. Then tiba tiba dia buat Lego berbentuk Twin Tower tu pula, tengok dari gambar kot. Jadi semalam, lepas siap masak dan had our late breakfast, sajelah ajak H bawa anak anak naik train. H okay je, siap ajak adik adik dia dan anak buah. Tak decide lagi nak ke mana, dah nak naik train, baru H cakap kita ke KLCC. Tak plan nak ke situ pun sebenarnya, ingat nak round area KL Sentral je. Kalau tahu nak ke KLCC aku pakai lagi vogue okayy huhuhu ini pakaian macam bibik je takpelah, biar baju tak cantik, tapi berhati mulia kahkah tetiba.

Naik train dari Kelana Jaya. Kids were so excited. Kelana Jaya tu first station so senanglah dapat seat. Aku perhati sekeliling, memang orang semua baik baik nampak je orang tua ataupun ibu yang dukung anak memang ramai yang bangun offer seat. Masa nak balik tu aku dukung Adam Muaz, orang ramai tapi aku masuk je terus ada orang offer seat. Alhamdulillah.




Sampai KLCC, turun train lalu Rotiboy. Confirm 200% kena pau. Memang setiap kali lalu Rotiboy, memang tiba tiba anak anak akan mengadu lapar mengada tau padahal baru lepas makan.

After that, we went for lunch, kat foodcourt je. Senang.


Dah lunch, takde apa apa plan pun dan lebih kepada berlari larian mengejar budak budak je. Tiga beradik ini kalau dah bergabung memang ibu bapa akan ketandusan tenaga. Lari sana lari sini semput nak kejar.




Nampak benda ini semua berebut nak naik. Nasib baik Daddy si Fawwaz ni baik masukkan coins RM2 bolehlah bergerak gerak benda ini, nak harapkan kami berdua memang jangan haraplah nak bagi bergerak haha #cheapskate.



Lepas tu masuk kedai Lego dan bermain dengan percuma. Anak anak aku ni senang je, masuk kedai bagi main main sekejap okay dah, tak pernahlah yang berguling gulingan minta dibelikan Lego lagi. Setakat inilah. Taknak cakap besar HAHA bukan boleh jangka budak budak ini. Setakat ini, alhamdulillah lah.







Duduk dalam ini selagi tak ajak keluar memang sampai ke malamlah kat sini je. Anak anak aku terlampau suka Lego, tapi tak pernah lagi aku beli yang betul betul jenama Lego. Mahal sangatlah. Merepek je, kedai DIY boleh dapat jauh lebih murah with the same quality. Takpelah anak anak, jenama itu tidak penting, sebab kalau kita awesome, main Lego jenama Leego pun tetap tidak akan berkurangan ke-awesome-an nya =)))))



Lalu kedai Auntie Anne's, confirm kena pau juga. Rotiboy dan Auntie Anne's adalah obsesi beliau. Tak makan nasi tak apa, tapi mesti makan Rotiboy dan Auntie Anne's -______-"

Dah petang sikit, bawa anak anak ke kawasan luar pula. KLCC ni menarik betul persekitarannya, dah terlampau lama tak datang. Ingat lagi masa remaja dulu selalu ikut Kakna bawa anak anak mandi kat pool luar KLCC, tapi lepas itu confirm demam budak budak, it's either sebab terlampau terdedah dengan cuaca panas atau air yang tidak bersih.

Lalu kawasan kolam tu, rasa geli sikit pun ada. Terlampau ramai foreigners!



Dan ini antara foreigners yang ada kahkahkah! Tourist betul bergambar depan KLCC ni. Kasi chance lahhhh anak anak aku excited.



Paling teruja tengok menara berkembar inilah. Kagum betul Ammar Yusuf. Selama ini tengok dalam gambar je.



Teruja betul. Aku pun sama sama teruja dan teringin sangat nak naik tapi bimbang pula ditiup wisel hahaha. Sini memang 12 tahun ke bawah je boleh main. Hampir sahaja aku mahu menyamar sebagai kanak kanak berumur 12 tahun namun memandangkan tubuh badan seperti 40 tahun maka hasrat itu kulupakan saja.



Cinta hati aku tiga orang ini.


Fawwaz ini langsung tak takut apa. Memerlukan pemantauan yang berterusan.






Semakin adventurous sejak bersekolah. Sebelum ini nak buat apa pun takut takut, sekarang sudah semakin berani mencuba dan berkeyakinan diri. Sayanglah Mummy kat awak ni.

Around 5.30 petang, kami pun beransur pulang. LRT dari KLCC penuh sangat sangat kesian Abang kena berdiri dengan Daddy for a few stations. Tapi sekejap je pun berdirinya, dan budak budak ini pun nampak seronok sangat!


A shameless wefie in the train hehe. Things you do for your loved ones :')


Keletihan masing masing.

 Sampai Kelana Jaya, masuk je kereta terus pengsan dua dua. Mummy pun rasa nak pengsan juga memang penatlah naik train ni! Tapi seronok betul, aku suka bila badan aku betul betul penat, barulah terasa hari kita berlalu dengan lebih bermakna, full of activities. Paling penting, anak anak dapat merasai pengalaman baru hari ini, jauh perjalanan luas pemandangan kan? ;)


Friday, February 19, 2016

Tudung Lilit Lilit Dan Solat

Baru baru ini aku terbaca someone RT (RT is Retweet, if you don't know) about perempuan yang bertudung pusing sana pusing sini lepas tu bermekap tebal, di mana persoalan yang dilontarkan adalah, "Yang pakai tudung lilit sana sini dan bermekap tebal ni, rajinnya kau orang nak buka tudung dan lilit semula lepas tu apply make up semula setiap kali nak solat, ke kau orang tak solat?" Amboi sangat soalan itu hmmphh. Aku tak salahkan dialah, sebab aku dulu berpersepsi begitu juga, sebab masa fresh grad dulu aku kenal ramai juga orang yang jenis bertudung dan bermekap tebal, yang unfortunately, liat solat. Sebab yelah, nak kena buang mekap tanggal pin tudung satu persatu, malas kan? Masa itu aku jenis pakai tudung biasa biasa dan tidaklah bermekap sangat. 

Tapi persepsi itu berubah sejak aku bekerja di sini. Di sini aku masih tidaklah bermekap sangat, masih seperti dulu cuma lately dah tambah eyeliner jelah, tapi cara aku bertudung agak berubah dan kini aku pula yang dilontarkan soalan, "Tak leceh ke nak solat pakai tudung camtu??" Tipulah kalau cakap tak leceh, tapi of courselah aku bersolat jahatnya cakap aku tak solat. Dan di tempat kerja aku sekarang, memang ramai perempuan yang bercantik cantik, bertudung lilit sana sini, dan bermekap, dan kesemua mereka memang jaga solat. Dalam toilet office memang ada pencuci muka siap dengan berus gigi lagi.


Sebenarnya kalau kita ada keinginan, anything is possible. Tahu tak apa keyword-nya?

DETERMINATION.


Haha. Determine untuk kelihatan cantik, dalam masa yang sama masih menjaga solat. Kena rajin. Kena pantas. Betul pun, tiada perempuan yang tidak cantik, yang ada hanyalah perempuan yang malas. Perempuan semuanya cantik, kalau malas rupa yang cantik pun jadi tak cantik. Itu bagi akulah. Sebab rupa aku masa malas memang tak ubah macam Hantu Kak Limah juga kuikuikui.

So aku cerita sikit cara aku dan betapa determine-nya aku hehe.

Pagi pagi selepas selesai solat Subuh dan siapkan baju sendiri, husband dan anak anak, sebelum mandi aku dah salam H siap siap, dah hug and kiss habis habis kekeke. Lepas mandi, aku terus berwudhu', bersiap dan bermekap terus dalam keadaan berwudhu' itu. Masa ini memang kena jagalah. Sampai office, first thing aku buat terus masuk surau sarung telekung (tak cabut tudung pun) for Dhuha then only breakfast. Jaga wudhu' ini memang agak stress, tapi ianya secara tidak langsung membuatkan kita sentiasa menjaga pergaulan dan batasan. Saspen lah pagi pagi kalau ternampak my boss (Chinese man) dia ni jenis salam salam memang cepat je aku lambai lambai dari jauh dan zasss melencong ke tempat lain (masih belum berani untuk tolak salam boss sebab taknak jatuhkan air muka dia huhu my bad padahal kalau bagitahu tak boleh salam entah entah dia okay je. Will improve on this inshaaAllah doakanlah aku hoi!).


Untuk Zuhur, memang takde option mesti kena cabut tudung ambil wudhu' baru. Kau gila nak tahan wudhu' dari Dhuha sampai Zuhur? Birulah muka aku tahan angin tak bagi keluar nanti kahkahkah bodo. Kalau aku Zuhur awal, sometimes aku lilit balik tudung kalau rajin, kalau malas tu aku pakai je tudung spare (tudung awning) yang memang ada kat surau tu so memang 2 jam la aku rupa macam makcik dalam office tu sementara nak tunggu Asar. Aku memang rasa rendah diri sikit kalau pakai tudung awning ni, nampak tua. Kalau aku Zuhur dalam pukul 2.30-3pm tu, aku jaga wudhu' sampai Asar. Otherwise, memang ambil jelah wudhu' lain. Lepas Asar, aku tak mekap dah, cuma apply sunblock and lipstik je. Aku kalau takde lipstik memang kusam dan pucat sangat, macam berpenyakit je muka.


Sebenarnya jaga wudhu' kat office ni taklah susah sangat, jaga wudhu' kat rumah or kalau keluar berjalan jalan dengan family lagi susah. Selalu terlupa terpegang tangan husband lah terpeluklah lepas tu marah marah HAHAHA padahal sendiri yang salah. Memang most of the time aku yang tak ingat, H yang selalu ingatkan "Eh B kan ada wudhu'???".


Pasal mekap ni, depends pada masing masing la. Ada orang cakap tak elok bermekap mekap ni sebab isteri kan hanya boleh bercantik cantik untuk suami sahaja. So one day aku cubalah keluar tanpa mekap, dah siap pakai tudung semua, aku pusing ke H.

"B tak mekap hari ni. Macam malas je. Okay tak?" and expecting my husband to say, "Haa okaylah tu natural beauty" kahkahkahkah angan angan tak boleh blah.

But instead, dia terdiam kejap dan dengan takut takut (takut aku marahlah tu) dia cakap, "Ermmm pakai bedak sikit lah kot. Boleh?"

Wuuuuuuu where is my natural beauty T_______T

So aku rasa, it depends on your husband. Bagi aku, kita buat jelah ikut apa yang husband KITA suka, bukan husband orang lain or husband in general. HUSBAND KITA. Ada suami memang jenis tak suka isteri pakai mekap, ada yang tak kisah langsung mekap atau tidak, ada yang memang nak isteri cantik cantik dan bermekap. Asalkan bukan berlebih lebihan. Semua benda pun perlu berpada pada. Aku mekap nipis je pun, bukannya ada shading shading hidung mancung lengkap dengan bulu mata palsu siap. Eye-shadow pun tak pernah pakai, tak reti. Aku rasa orang lelaki ni suruh bermekap or bercantik cantik bukan sebab nak tayang tayang kecantikan isteri pun, tapi lebih kepada supaya kita nampak presentable, takdelah nampak macam miserable-nya rupa bini aku ni sejak kahwin dengan aku huhu. Biarlah, aku nak husband aku gembira dengan aku, kau buatlah apa yang husband kau gembira dengan kau.


Itulah lebih kurang cara aku berlilit lilit tudung tanpa perlu korbankan solat. Sedih okay kalau tahap korbankan solat, kita keluar cari rezeki yang datang dari Allah, tapi kita lupakan Allah. Kita cantik pun Allah yang bagi, lagi nak ketepikan Allah sebab malas nak buang mekap cabut tudung. Tapi sebenarnya, aku harap sangat ada instant shawl yang pakai pakai je, terus jadi macam shawl yang aku pakai sekarang huhu. Style yang aku pakai sekarang ni memerlukan 4 brooches dan 5 jarum okay, tabah tak aku cabut pakai cabut pakai berulang kali? Beauty is pain sangat. Banyak yang ada di pasaran sekarang ni tak cantiklah dengan muka bujur aku ni. Ataupun aku sendiri yang tak yakin kot. Or, maybe I should produce myself?






Note: All six colors of basic shawl above are produced by yours truly. Puas hati dan murah pula itu. Untuk sendiri pakai sahaja buat masa ini :)


Tuesday, February 16, 2016

Logik Akal Ammar Yusuf

Ammar Yusuf is so into drawing recently, apart of coloring which has always been his obsession. Last night he drew this;


Our apartment. Tinggi kan? Rumah kami yang atas sekali, siap ada langsir merah kat tingkap haha. Warna hitam di sekeliling itu menunjukkan suasana di waktu malam. Okay, make sense.


And this, masih rumah kami (as per langsir merah), but I help him to draw the trees in the middle (see, I'm so talented :p), and he continues with another two trees on the right side which looked more to women's head with green hair (of course I didn't tell him that). But err.. what's with the watermelon flying around????!

Anyways, he drew the suns, and told me with full of excitement.

"Mummy tengok. Ada 3 suns!"

"Pandainya Abang lukis sun. Tapi kan Abang, kat Bumi ini ada 1 je sun tau.." aku memberitahu.

"Kenapa?"

"Sebab Allah jadikan 1 je sun."

"Kenapa Allah tak buat 3 suns?"

Emmm. I tried to think of something more scientific and sounds intelligent but couldn't think of any at that moment (-____-") so I ended up with this,

"Sebab 1 sun pun dah panas dah Bumi, kalau 3 suns lagilah panas. Abang tak suka panas kan?"

"Ooooooo..." and it ends there lega aku HAHAHA.

Budak budak punya logik akal ni kadang kadang bukan sahaja mencabar minda, malah boleh jadi menggelikan hati juga. Ada satu hari tu, masa dalam perjalanan entah ke mana (tak ingat pula), we passed by kawasan construction rumah yang baru naik rangka rumah sahaja. No wall, no roof, nothing, hanya rangka rumah sahaja. 

Suddenly Ammar Yusuf said,

"Daddy tengok rumah itu, tak ada pintu, tak ada tingkap.."

Kami pun layankan sajalah, "Rumah itu belum siap lagi. Kalau rumah macam itu boleh ke nak sleep kat situ Abang?"

"Mana boleh!" tegasnya.

"Kenapa?" tanya kami, saja nak tengok sejauh mana dia berfikir. Dalam fikiran aku sudah membayangkan jawapan seperti "Sebab tak ada bumbung, nanti hujan basahlah semua" ataupun "Tak ada dinding, nanti orang lain boleh masuk rumah" something like that.

But his answer is,

"Sebab, tak ada katil. Macam mana nak sleep?"

=))))))))))))


Biar rumah tak ada dinding mahupun bumbung, tapi mesti ada katil untuk sleep T___T



Monday, February 15, 2016

Sabar dan Redha

Semalam berbual dengan H pasal sabar dan redha. Jujur aku cakap, nak sabar dan redha tu memang super duper susah. Kita cakap pasal positivity, kita tweet pasal be positive, kita post Facebook status pasal berfikiran positif, kita blog on how we should be positive, tapi bila tiba saat yang menduga emosi dan akal fikiran, bukan senang untuk kita practice what we preached. Aku mengaku jelah, dalam banyak situasi aku bukanlah positif sangat, terutama pada awal awal kita diduga tu my first reaction was never positive. 

Biasanya aku akan mula dengan rasa marah dan kecewa, aku akan start to overthink, aku bayangkan segala yang tidak baik sahaja. Selepas beberapa ketika, selepas menarik nafas panjang and having some deep thoughts, baru aku boleh mula berfikiran positif. Selalunya selepas solat, selepas membaca Al-Quran, atau selepas scroll Facebook timeline dan nampak ada banyak lagi orang di luar sana yang diduga dengan lebih hebat lagi.

Aku ni jenis perlu sentiasa diingatkan dan sentiasa mengingatkan diri untuk berfikiran baik. Aku bukan naturally positive, bertuahnya sesiapa yang sentiasa dalam mode positive tidak kira apa dugaan yang melanda. Aku ni mudah kecewa, biarpun aku rasa diri aku sekarang sudah berubah jauh dari diri aku pada zaman lagho dulu, still aku rasa masih lagi jauh untuk aku menjadi manusia yang benar benar baik. Apa yang aku selalu buat untuk mengekalkan momentum 'bersifat baik' ni, adalah membuang apa sahaja perkara/manusia yang boleh membuatkan aku 'bersifat tidak baik'. 

Tapi aku nak cakap kat sini, bila aku berjaya paksa diri untuk bersabar (ye, perlu paksa diri, perkara baik perlu dipaksa sehingga ianya menjadi rutin yang menyenangkan) dan akhirnya mulai redha, mesti akan berlaku sesuatu yang sangat indah dan menggembirakan. Allah ini baik betul, terlalu baik yang aku rasa tak layak untuk manusia seperti aku untuk terima kebaikan itu. Sebab balasan untuk kesabaran dan keredhaan itu..... cepat betul aku dapat rasa. 

Hari ini for some reasons, aku rasa gembira betul, bersyukur sangat atas segala yang aku terima. Rasa nak terus sujud syukur. Life's good, Allah makes it good. Alhamdulillah. Semua ini membuatkan aku lebih bersemangat untuk mengubah diri menjadi manusia yang lebih baik dan menyenangkan. Meanwhile I'll still continue to preach about being positive, sebab apa yang aku cakap/tuliskan itu sebenarnya bukanlah untuk menasihati sesiapa, tapi jujurnya ianya memang lebih kepada peringatan untuk diri sendiri.


Saturday, February 13, 2016

Emosi Adam Muaz

Adam Muaz lately... *sigh*. Kami tak tahulah apa yang tak kena, tapi perangai dan emosi dia berubah banyak sangat sekarang ini. Adam Muaz sebelum ini jenis tak peduli sangat, jenis happy boy, jenis couldn't careless of what happened around him asalkan dia dapat main dan makan banyak huhu. Tapi sekarang dia lain sangat. 

Macam macam kami fikir;
Mungkin dia kena buli di rumah babysitter sebab Abang dah tak ada, tapi cannot be sebab kalau Abang ada pun, Abanglah pembuli dia -___-"
Mungkin dia sunyi seharian tanpa Abang.
Mungkin juga dia rasa rendah diri bila Abang balik school dan tunjuk apa yang dia belajar dan menyanyi lagu yang Adik tak tahu, so he feels left out.

Kesian juga bila fikir kemungkinan di atas, tapi bila dia start mengamuk tanpa sebab, boleh hilang akal juga kami nak layan. He's being angry for no reason, sometime for a very ridiculous reason.

Lagi menggeramkan, sekarang dia dah malas nak buang air kat toilet, padahal dia memang dah pandai kencing dan berak kat toilet dah sebenarnya. I've read somewhere that budak yang dah toilet-trained and suddenly balik ke asal kencing berak kat dalam seluar ni mungkin sebab perubahan emosi, or there's something scared him off. Tapi apa benda? Buntu juga kami memikirkan.

Kalau bawa keluar memang disaster, sebab dia bila terusik sikit mood atau tak dapat satu benda pun yanv diminta, memang menjerit2 la dia menangis mengamuk. Menangis dia bukan sikit sikit, sampai tegang tegang urat kat leher sebab dia keras keraskan suara sampai tak ada air mata takut tengok urat urat tu timbul.

Macam tadi kami keluar makan, masa makan dia kata dah kenyang taknak makan. Sibuk main itu ini. Bila semua orang dah siap makan and dah tapaukan untuk dia pun, tiba tiba dia mengamuk cakap nak makan and menjerit jerit taknak balik sambil bergayut kat baju aku. Tapi aku jalan je terus seret dia yang bergayut kat baju aku tu malu okay orang kiri kanan tengok tapi sebab dah selalu sangat dia macam itu aku dah rasa biasa dah. Dia takkan makan pujuk pun, biasanya aku akan cuba pujuk sikit dan tengok dia makin marah memang aku biar je dia menangis dan berhenti sendiri.

Talking about public parenting, aku tak suka nak marah or pukul anak in public just to show that we 'educate' our children, it will be bad for their emotional development and even worse I think I'll be seen as a worse mom sebab itulah pandangan aku terhadap ibu bapa yang memarahi/memukul anak di khalayak ramai ni.

It was hard though, sometimes I almost losing it because as a parent, dalam situasi seperti itu kita betul betul tersepit sama ada nak marah anak or biarkan dulu but I choose to remain calm and composed nevertheless because either way, we'll still be judged by public anyway. Kita marah anak, orang akan cakap kita bad mom, kita biarkan pun orang akan cakap kita bad mom juga sebab tak hormat surroundings.

My advise is, choose the right person to please. If you choose to please the public (who means nothing to you), you may scold/spank your child in public. But I choose to please my child so I let them be like that for a while as I know my children better. You may stop judging us.

Back to Adam Muaz, up til now he is still hard to be understood. He is so adorable, loving and angelic in one second, and in a split second he can change his behaviour to something totally opposite.



Baru lepas mengamuk ni. Dia main benda ini dengan Abang taknak kemas, bila Daddy dan Abang dah siap kemas dia mengamuk habis cakap nak kemas sendiri so taknak burukkan keadaan Daddy pun punggah balik wooden blocks ni dan biarkan dia kemas sendiri T______T

Haaaihlah Adam Muaz. Mummy tak tahu apa yang awak marahkan sangat. Kami ni sampai dah fikir yang rumah kami ni ada jin la apa la sebab Adik asyik mengamuk je. Buntu betul rasa. Mungkin ada ketidakpuasan hati dia pada kami cuma dia tak tahu nak luahkan macam mana. Sedih Mummy tengok awak ni :(


Tuesday, February 9, 2016

Trust

Setuju tak kalau aku kata kepercayaan adalah kunci utama dalam sesuatu hubungan? Rasa percaya dan dipercayai membuahkan satu hubungan yang selesa dan aku rasa tak mungkin sesuatu hubungan itu boleh berjaya tanpa kepercayaan, tak kiralah apa jenis hubungan pun.

Dalam hampir setiap situasi, kita perlukan rasa percaya dan kita perlu keyakinan yang kita dipercayai, then only things can be worked out.

Contohnya dalam pekerjaan, aku tak tahulah orang lain macam mana tapi aku memang perlu rasa dipercayai baru aku boleh bekerja dengan baik. It sucks not to be trusted, because I have been there before, bekerja dengan kelompok yang aku tidak diyakini dan setiap keputusan aku diragui. Di tempat kerja aku sekarang, things were not good all the time and it was undeniably stressful, but one thing that encourages me to stay and be strong is, I feel trusted. My boss values my opinion, I even can object hers by suggesting something else and she accepted it (even if she might not entirely happy with it sometimes) but the point is, I can feel that she trusted me. I loved being trusted, I feel good when she asked me to see her just to get my opinion, I feel needed and inportant.

That is one example of how trust is crucial in our daily life. Trust is the foundation of any strong relationship. Itu baru dalam pekerjaan, dalam perkahwinan lagilah penting. I need to feel trusted, I need to know that my partner has faith in me. Who doesn't? I have seen many people who lived in shady, who hides a lot of things from their partner just because they thought their partner is doing the same towards them too ("Taknaklah bagitahu dia, pun banyak berahsia dengan aku juga"). How can we live in that situation? We don't trust our partner and we believed that our partner didn't trust us too.

Lack of trust leads to so many problems. We started to lie, we started to keep secrets, we started to ask for our personal space. You've been married and you've shared almost everything inside out, what kind of personal space are you talking about? I strongly believed that husbands and wives shouldn't ever asked for personal space.

"Don't check my email, it's my personal space"
"My handphone is my personal space, stay out of it"

Request for some 'me-time' is different than asking for personal space. Asking for some personal space kinda shows how lack of trust you have in each other. I don't know what I'm rambling about now, but I believed TRUST is the main key in everything.

You trust yourselves, you'll succeed.
You trust your partner (and your partner trusted you), your marriage will succeed.
You trust Allah, your life will succeed.