Wednesday, October 28, 2020

Bisnes Jujur di Cuckoo Bersama HUSNAZARA

Ramai juga yang screenshot dan send to me link tentang isu hangat mengenai 'scam' yang dibuat oleh sekumpulan besar ejen Cuckoo di luar sana yang diviralkan oleh beberapa page di dalam Facebook. 

Aku sebenarnya malaslah nak ulas method team lain yang mungkin kelihatan cepat kaya, tapi aku suka nak cerita tentang method team aku yang sebenarnya masih ramai orang pandang sebelah mata, walaupun join team aku ni obviously TANPA MODAL.

Sebab team aku adalah team genuine BUAT SALES.

JUAL BARANG.

Bukan team yang menggunakan term 'Smart User' (agent = customer, nak join wajib beli product baru boleh daftar) dan kemudian turun temurun cari orang bawah untuk JADI AGENT YANG WAJIB BELI PRODUCT. Bukan cari customer untuk beli produk.

So dalam kes di atas, sebenarnya customer mereka adalah AGENT sendiri.

Manakala customer team kami adalah genuine customers yang memang mahu beli product.

Faham tak?

My brother-in-law sebenarnya hampir terjerumus dengan modus operandi itu, kerana terpengaruh dengan shady advertisement on Instagram yang menawarkan pekerjaan dari rumah dengan pendapatan yang lumayan,

Tanpa jual barang. Tanpa cari orang. Gaji lumayan. Bukan MLM. Tapi tak cerita business apa, company apa.

So he left the Zoom session and straightaway called us once he knew that the business is actually Cuckoo. 

"Kak Una, betul ke ada benda macam ini dalam Cuckoo?".

 No such thing. Dah ramai yang terminated sebenarnya, dengan syarat mangsa haruslah melaporkan pada HQ beserta bukti penganiayaan. But almost always, apa yang terjadi adalah, yang kononnya mangsa adalah orang yang awalnya kelabu mata dengan tawaran pendapatan lumayan dan bersetuju untuk join, bila tak dapat cari downline baru nak cakap jadi mangsa dan teraniaya. The reason I said this adalah, kebanyakan mangsa yang menghubungi aku taknak pun report ke Cuckoo. Sekadar mengeluh kesah bukan dapat apa apa, ingat boleh menang ke dengan cerita sedih? Sebab hakikatnya ramai yang join atas sukarela, dan ramai yang tak berani report sebab mereka dah pun buat pada orang di bawah mereka pula. The cycle goes on and on. Ada juga yang buta buta teraniaya, orang tua tua kat kampung kampung, pelajar universiti.. What we can do is to educate people around us, pakcik makcik kita, adik adik kita yang masih belajar, ambil tahu apa yang mereka buat, siapa yang mereka jumpa and so on.

Cuckoo sebenarnya adalah company yang sangat telus, company yang sangat aku sayangi kerana alhamdulillah telah mengubah hampir 100% kehidupan aku, tapi malangnya commission plannya yang bagus itu telah disalahgunakan oleh ramai orang untuk kepentingan sendiri.

There is one thing I couldn't fathom. Kenapa benda yang free orang taknak, yang perlu bayar ramai pula nak cuba? 

Join team kami free, registration free. Marketing materials disediakan secara aggressive SETIAP HARI, bukan module yang dah berzaman zaman pakai yang sama ya, no no no. Team kami sangat up-to-date, poster yang disediakan adalah fresh beserta copywriting genuine yang kebanyakannya DICIPTA OLEH AKU SENDIRI. 

Malu ke join team yang jual barang? Lagi malu bila kena cari orang bawah, ambil kesempatan pada orang yang terdesak mahu menambah pendapatan bulanan, dan kemudiannya ajar orang bawah untuk buat kepada orang lain pula. Itu lagi malu bagi aku. Hati pun tak tenang, sebab aku tahu you guys semua orang baik baik, takkan tergamak nak suruh orang yang niat untuk tambah pendapatan tapi terpaksa tambah komitmen secara paksaan pula.

Dengan cara itu sebenarnya your prospect akan jadi sangat limited. Once you dapat agent untuk beli barang (yang you temberang kata wajib beli tu), dia akan beli product dari you untuk diri sendiri dan habis di situ sahaja. One-off.

Sedangkan jika you genuine jual product, 1 prospect itu takkan habis dengan 1 barang. Dia dah beli penapis air, dia boleh beli satu lagi penapis air untuk rumah ibu bapa/mertua/nenek, lepas itu boleh promote penapis udara, boleh promote multicooker. Dan bila Cuckoo International (CKI) wujudkan cabang business baru seperti WonderLab skincare dan disinfection WonderKlean, kita tetap boleh promote service itu pada our existing customers. Ada ramai agents aku yang berjaya close sale 3-4 units products dari 1 orang customer sahaja. Kita build a good reputation, kita jaga hubungan baik dengan setiap orang, maka bercambah cambahlah rezeki setiap bulan. Hati pun tenang, happy. Sebab kita tak buat kerja yang menyusahkan sesiapa. Customer kita adalah orang yang memang mencari produk. 

 Once you hit Manager level, passive income kita juga steady meningkat setiap bulan. Kerana customer yang memang genuine customers are obviously better pay masters compared to agent yang 'terpaksa' beli hasil dari ajaran yang tidak betul. Jarang sangat kami berhadapan dengan issue customers nak return product sebab tak mampu bayar, customers teraniaya dan sebagainya. Kerana decision pembelian product yang mereka buat, bukan atas paksaan sesiapa pun.

"Jadi agent mestilah kena pakai sendiri product, barulah boleh support company, barulah senang nak yakinkan orang"

Ya, memang betul. Jadi agent bagus kalau ada product sendiri. Bagus untuk support company (katanyaa). Tapi kan kau dah jadi agent, kalau nak beli products kau belilah sebagai sales sendiri, masuk ke akaun sendiri. At least dah ada 1 unit untuk bulan ini yang you akan dapat commission pada bulan hadapan. Bukannya masuk akaun orang atas kau. Itu membongak namanya. 

Paling penting yang aku nak highlight di sini, dengan cara jujur jual products ini pun, HUSNAZARA tetap boleh jadi team yang tersohor di seluruh Malaysia. Bertahun tahun tetap berada di dalam ranking Top 10 nationwide, tetap ramai ahli team kami earn ribuan, malah puluh ribu ringgit setiap bulan. And we did all of these, 100% ONLINE! 

 Terlalu banyak method marketing secara online yang kami sediakan, yang mana jika you buat setiap satunya secara aggressive and consistent (all using phone and internet sahaja), inshaaAllah minimum RM3700 sebulan boleh dapat. Benda bukan cakap kosong, benda ini memang terbukti berkesan. Ada orang kata cara jujur susahlah sikit nak kaya, we beat the odds and we beg to differ, and we prove to many people out there yang kita tetap boleh jadi top, tetap boleh jadi hebat, dengan cara yang betul dan inshaaAllah diberkati Allah SWT.

Marketing cara betul is hard.

Marketing cara tak betul is also hard.

Choose your hard.

Be part of the hype now,

Be #HusnazaraHotshots!



Sunday, August 23, 2020

Suri Rumah Berpendapatan Lumayan

Teringat masa anak pertama saya Ammar Yusuf first time kena chicken pox when he was a baby, stress and sedih sambil jaga anak sambil Google apa kerja yang boleh dibuat dari rumah. Banyak sangat list keluar, tak ada satu pun yang meyakinkan. Ada juga kerja like data entry, dari luar negara. Tak ingat macam mana prosesnya tapi kena sign up dengan beberapa website, upload resume dan employer kita worldwide tau. Sempatlah buat 1 job itu, employer dari Pakistan tak salah. Key in beribu ribu data, tapi payment rasanya RM10 saja kot. Jika kerja kita bagus, dia akan rate berapa star dan bila banyak star maka besarlah peluang untuk employer lain hire kita pula. Kerja punyalah penat tapi tetap ambitious sebab fikirkan benda itu boleh buat dari rumah saja so tetap nak continue juga walaupun upah rendah, sampailah one day rasa tak berbaloi dah. Then terjumpa kerja jahit apa entah yang menjanjikan pendapatan lumayan, tapi kena transfer duit dulu for them to deliver the kits, rasa ragu ragu pula. Tak kurang juga pekerjaan yang berupa scam, something like money laundering ke apa entah seram betul nyaris terjebak nasib baik kita kaji betul betul!


Semuanya kerana nak sangat bekerja dari rumah.

Saya cemburu sangat dengan orang zaman sekarang. Peluang besar begini terbentang di hadapan mata. Kerja yang legal dan halal, genuine, commission straightforward, tak perlu keluarkan modal permulaan, bukti kejayaan terlalu banyak dan semuanya sahih, siap ada guidance from time to time.

Kenapa ya masih tak mahu grab peluang ini? Jangan selamanya jadi yang melihat sahaja, for once, rebutlah peluang yang terbentang ini.

Boleh jual healthy appliances (penapis air, penapis udara dan multicooker).
Boleh jual skincare yang sangat best imported from Korea.
Boleh jual disinfection services which is sangat relevant dengan keadaan semasa.

Semuanya mempunyai market yang sangat besar dan takkan pernah habis, dan ketiga-tiganya di bawah satu naungan syarikat yang sama. Best sangat.

Hanya memerlukan kesungguhan dan semangat yang tidak putus putus untuk mengubah hidup.

Calling for all stay-at-home moms out there, let’s do this together.

Hanya klik sahaja link di bawah, 


Be part of the hype now,
Be #HusnazaraHotshots 🙌


Friday, June 19, 2020

Selepas 3 Bulan

Semalam 18 haribulan Jun 2020, genap 3 bulan kita semua melalui Perintah Kawalan Pergerakan sempena pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia. Taip ini pun rasa goosebumps rasa.

Daripada PKP, kepada PKP Bersyarat (PKPB), dah kini kita sampai ke fasa PKP Pemulihan (PKPP), apabila aku reflects balik apa yang berlaku sepanjang tempoh rasa sebak betul. Daripada tak biasa, bertatih jadikan biasa, hingga lama-lama bila fikir kehidupan sebelum ini rasa macam tak percaya how much we have changed.

Masa kali pertama diumumkan PKP untuk 2 minggu, kebetulan ketika itu baru 5 hari cuti sekolah yang kami sepatutnya pergi bercuti keesokan harinya. My family memang jarang sangat cuti sekolah duduk di rumah lama-lama. Boleh jadi stress, boleh jadi mental sebab anak anak jenis aktif dan mesti ada aktiviti while both of us are also working from home. Setiap kali cuti sekolah memang kami dah plan separuh dari tempoh cuti itu kita mesti pergi bercuti to keep our sanity 😩

So apabila dengar kena stay at home for 2 weeks dan semua pergerakan dihentikan, I'm not going to lie; I was so devastated. Bukan kerana perlu handled anak anak 100% come on, tapi semua pekerjaan (kecuali essentials party) sahaja dibenarkan bekerja bermakna syarikat kami bekerja juga terpaksa stopkan semua operasi. Tiada installation of CUCKOO products boleh dibuat, 18 haribulan Mac yang sangat bersejarah, I literally cried so bad!

Lama sangat aku kumpul semangat, trying soo hard to adjust with the new routine. Ketika itu online homeschooling with the boys' school teacher masih belum bermula. My group sales terhenti di 72 units pada 18th March, syukur sudah melepasi target minima insentif sebagai Sales Manager. Barang memasak yang dibeli ketika panic buying mula berkurangan, husband keluar setiap 4 hari untuk cari groceries, almost always dari 10 barang yang disenaraikan, lebih separuh sudah tiada lagi di atas rak supermarket.

1. Cuba hiburkan hati untuk cuba beberapa makanan viral,


 Tiba-tiba keluar status Facebook viral betapa rakyat Malaysia suka membazir. Sepatutnya berjimat cermat dengan bahan bahan yang ada. Sepatutnya catu makanan.

Terkesan betul hati ketika itu, rasa takut, rasa bersalah, adakah kita akan melalui fasa darurat, adakah aku tergolong kalangan orang senang yang membazir bahan makanan?

Talked with Mama almost everyday by phone, when I said to her yang kami nak try berjimat jimat makanan just so anak anak faham erti susah, Mama terus berleter,

"ANAK ANAK NAK MEMBESAR TAK PAYAHLAH NAK JIMAT JIMAT MAKAN!! BAGI JE CUCU AKU TU NAK MAKAN APA, BERAPA KERAP PUN!"

Terus aku rasa lapang hati. Betullah, bila fikir semula kami dulu membesar biarpun susah, adik beradik ramai kecil kecil, tapi Mama tak pernah halang kami makan. Yes lauk pauk memang bercatu, tapi Mama setiap petang rajin sangat baking, pelbagai jenis kek, buat roti inti kelapa, roti inti sambal, sebab Mama kata anak anak kuat sangat makan dan tak mampu nak beli di luar so buat sendiri jimat sebab anak ramai. The point is, Mama tak pernah halang anak anak makan. So whatever I want to do, I just do it. I take it as membantu ekonomi orang lain. Mesti kena berbelanja, janganlah hidup ketakutan sampai taknak berbelanja langsung, macam mana ekonomi Malaysia nak pulih??

2. Tried banyak jenis dishes yang tidak pernah dimasak pun sepanjang tempoh perkahwinan. Contoh paling lawak adalah Nasi Lemak. Tahu tak hampir 10 tahun perkahwinan aku sekali pun tak pernah masak Nasi Lemak???? Alasan sebab rumah tinggi takde daun pandan hahaha. Sekali dah masak, 3 bulan PKP ini rasanya lebih 5 kali dah masak Nasi Lemak punyalah senang hahaha! Thanks my colleague Ain for the recipe, Ain dulu pernah jual Nasi Lemak so I trusted her recipe. Memang sedap. Nasi sedap, sambal sedap, semualah sedap!


Sedap gila okay Nasi Lemak aku ini tahap boleh buat berniaga 😆

3. Baked 4 types of cake, our oven kali pertama digunakan ketika PKP inilah. Sempat bagi jiran lagi kek hahaha confident betul! Ada yang menjadi sangat sedap, ada yang terlebih manis (malu betul dengan jiran, dah buka puasa baru rasa). I even joined beberapa group masakan di Facebook. That's a new me, I rarely join any Facebook group before!


Classic butter cake. Yumm taip pun rasa meleleh air liur haha.

4. Went crazy with online shopping, hampir setiap hari datang parcel ke rumah. From baking utensils to baking ingredients (brown sugar, cooking chocolate, different types of flour......) to kids toys (ada je alasan aku nak beli toys untuk reward itulah inilah padahal nak menggembirakan anak anak) to kerepek bawang, to keropok lekor to cordless vacuum cleaner (oh I owe you guys my review on it)! Nanti aku blog kan separately). My credit card statement penuh dengan Shopeeeeee je 🙊




I asked on my Instagram Story whether or not it's worth it to buy PlayStation for the kids, one of my friend suggested to just buy Brick Games. And it was the most brilliant suggestions ever HAHAHAHAHAHA 2-3 hari kemudian terus sampai. RM5 each. What a bargain 😆


Maryam's wooden kitchen all the way from China.


Spiderman collectible set, also from China. Panjang betul cerita toys yang order dari China ni, menyesal pun ada order hahahaha punyalah lamaa!


Airbot Hypersonics cordless vacuum. Nanti one day aku review pasal ini dalam blog. Short review for now; Taklah sangat sangat best, tapi for me wajib ada. Especially untuk rumah dua tingkat.

5. Obediently stayed at home. Tak keluar rumah langsung. Ada sekali tu I need to go out to buy something tak ingat apa, I went to Speedmart which is only like 2km from my home, and the experience was traumatic! Nak pegang apa pun rasa geli, nak berselisih dengan orang pun rasa seram, not all people practice social distancing and it was scary!! Negeri Sembilan adalah antara negeri yang mempunyai jangkitan COVID yang tinggi di Malaysia, takut sangat!

6. Entering Juzuk 8 for my Road to Khatam Quran. Started on the first day of Ramadhan and yet to finish it I know I know it is not impressive, I will do better from now on pray for me please.


7. Finished Crash Landing On You, Money Heist, YOU, The World of The Married, currently on Season 7 of Modern Family OMG PATUTLAH LAMBAT NAK KHATAM QURAN!!!

6. Developed new interest in indoor plant. Mestilah beli pokok yang viral sahaja, katanya senang jaga tapi belum sebulan pun dalam rumah ni dah ada beberapa daun yang kering dan gugur 😭😭😭




7. Celebrated our first raya ever at home, jauh dari ibu bapa tercinta. With only 5 of us. 


My feeling was so gloomy on the Raya eve and in the Raya morning I cried so bad on the phone with my mother. Rasa macam takde mood langsung, macam malas nak buat apa apa. But I woke up energetically, terus masak (soto ayam dan bergedil), put on a nice make up dan siapkan anak anak. We performed solat sunat Aidilfitri together and have a raya meal after that, suddenly jiran datang hantar ketupat palas, lemang, rendang daging, rendang ayam dan ayam masak merah. I cried inside, rasa terharu sangat dapat semua ini di kala berjauhan dengan keluarga.

Our raya this year went so beautiful, so calm. No rush like previous rayas, pagi pagi nak ke rumah Mama then nak ke rumah Umi (or the other way round), then nak visit nenek saudara pula. This time sangat tenang, anak anak pun behaving so well as if they understood what is happening. Jangan kacau mood Mommy hahaha, Mommy is so fragile now.


Raya pertama yang Maryam dah berdiri. Barulah cantik pakai baju kurung. 

8. Developed extreme paranoia towards eating outside. Rasa geli memikirkan pinggan, sudu garpu yang digunakan di restoran. Adakah mereka betul betul basuh bersih? Adakah orang yang pakai sudu garpu sebelum ini berkemungkinan positif COVID-19 huwaaaa this really drives me crazy 😩😩😩. Ada je rasa keinginan nak makan kat restoran yang tak deliver GrabFood, teringin nak pergi Chili's, teringin nak makan steamboat, tapi for now memang paranoid terhadap kebersihan eating utensils itu mengatasi keinginan untuk makan best best. Aaaa haraplah semua perasaan ini hanya sementara saja!

9. Berjaya menyiapkan 15 videos berkenaan CUCKOO pelbagai topik yang memberi impak besar pada my personal and also group branding. Sebelum ini nak buat satu video pun bukan main susah, 3 bulan PKP tak sangka boleh buat 15 videos yang bukan video ala kadar tapi videos HD yang diatur dengan baik skrip dan jalan ceritanya. Even I was impressed with myself 😆

10. Solat berjemaah setiap waktu, setiap hari, sepanjang tempoh PKP. Inilah blessing paling besar yang kami rasai dalam kesulitan yang dihadapi ini.

3 bulan asalnya nampak seperti sangat panjang, tapi tak sangka kita berjaya melaluinya without any dramatic incidents 😅. Kami mula keluar beberapa hari selepas kerajaan mengumumkan kebenaran merentasi negeri,


Durian feast at my mom's.


Cousins beza umur 2 bulan reunited.


Jalan jalan cuci mata tengok showhouse.


Hangout at my husband's cousin's. Sebab inilah relatives yang tinggal paling berhampiran dengan rumah kami.

InshaaAllah, PKP ini menjadikan kita semua manusia yang lebih baik, lebih menjaga kebersihan dan paling penting lebih menghargai hubungan kekeluargaan.




Tuesday, June 9, 2020

Maryam Helena Turns 2!

Genap 2 tahun usia Maryam Helena, satu satunya anak perempuan kami yang sangat sangat kami sayangi. Rasanya Maryamlah yang paling jarang kami ceritakan di blog, disebabkan lahirnya Maryam adalah pada saat kemuncak kerjaya Mommy dan biarpun kedua-dua Mommy dan Daddy bekerja dari rumah, apparently kesibukannya melebihi kerja di pejabat!

We're sorry, Maryam. Hanya kurang coretan di blog, namun tidak sedikitpun kurang di hati kami malah Maryam adalah pelengkap hidup kami. Sebelum lahirnya Maryam, selalu rasa cukuplah dua sahaja anak. Tapi mulut sahaja cakap cukup tapi hati ada satu rasa keinginan yang tak tergambar. Rasa belum complete, yang mana perasaan itu lenyap seratus peratus apabila lahirnya Maryam Helena.

Maryam dilahirkan tepat pada masanya, tidak terlalu awal, tidak terlalu lewat. Perfect. Ketika Adam Muaz pun sudah besar, 5 tahun usianya ketika bergelar abang.

Maka lahirnya Maryam terus jadi kesayangan semua. Sangat dinanti-nantikan, dan ketika tahun pertama Maryam dilahirkan hampir setiap pagi Maryam adalah the first person yang abang abang akan jenguk sebaik sahaja bangun pagi. Maryam is Mommy's bestfriend and Daddy's sidekick. Maryam seolah olah dilahirkan untuk menenangkan Mommy dan Daddy daripada kehidupan yang stress dan emosi yang marah. Yes she literally her brothers' saviour; everytime Mommy Daddy sedang meleteri abang abang, Maryam di tepi akan turut sama meleteri abang abang siap dengan body language yang sama, terus buat Mommy Daddy stop marah sebab tak dapat nak tahan ketawa! Geramlahhhh. Kadang kadang ketika semua orang tengah marah, tiba tiba dia ketawa like it is so funny terus semua orang tak jadi marah lawak laa Maryam!!


Maryam Helena, the girl of our dream.
She is everything we ever wanted in a daughter. So loving, so girly (walaupun tak suka ikat rambut 😑). She loves all the girly toys like plush toys, dolls, kitchen set dan sebagainya. Tak sabar nak belikan dollhouse untuk dia yang besarrr tu (sebenarnya Mommy yang dah lama teringin 😝).

We love you so much Maryam, there is nothing we wouldn't do to protect you. Tak tergambar dengan kata kata betapa kami semua sangat menyayangi Maryam.

InshaaAllah Maryam akan membesar di bawah lindungan Allah SWT, Mommy sentiasa berdoa agar dipinjamkan dengan lebih lama lagi untuk terus membahagiakan Mommy Daddy 😭, sentiasa sihat dan sentiasa gembira jadi anak Mommy dan Daddy.

Happiest birthday Maryam Helena!




Here is a video we made for her first birthday, let's watch to recap her first year of life 💕










Sunday, March 22, 2020

Bila Tiada Pilihan

Hari kelima tempoh kuarantin. Sejak semalam hati aku rasa sebak betul. Rindunya kat Mama Baba. Sepanjang tempoh kuarantin ini, setiap hari call cakap dengan Mama. Tanya masak apa, tanya semua orang sihat ke, ada tanda tanda sakit ke, tanya barang dapur cukup ke. Hati aku entahlah, rasa ralat dan sesal kerana selama ini tak ambil kesempatan pulang ke rumah Mama Baba dengan lebih kerap, seminggu sekali at least. Padahal kerja sendiri saja pun, masa kita atur sendiri, flexible kan.

Bulan Ogos tahun ini, masuk tahun keempat aku bekerja dari rumah. Sepatutnya sudah biasa, sepatutnya tak adalah susah sangat nak menjalani tempoh kuarantin ini. Tapi sungguh, berbeza sangat bekerja dari rumah yang kita tahu bila bila kita boleh keluar, dengan bekerja dari rumah yang kita tahu kita langsung tidak boleh keluar.

Padahal rutin kita sama saja. Tanpa arahan kuarantin ini pun ada masanya 3-4 hari aku tidak keluar juga. Tapi sebelum ini kita tahu apabila kita bekerja, walaupun dari awal kita dah plan nak masak apa apa, bila tiba masa ada urgent things yang perlu dibuat atau simply tiba tiba dah tak ada mood nak masak, boleh terus keluar saja makan di luar. Boleh ambil udara sikit. Release tension sikit, cuba makanan baru sikit. It feels good when we know that there will always be a Plan B for everything. It's like we always have 'safety net' for everything we are doing, you know?

Seperti larangan masuk ke Masjidil Haram buat sementara waktu ini. Selama ini alhamdulillah kami sekeluarga memang dah mampu untuk pergi dan kita tahu bila bila masa kita boleh pergi cuma kita tak pergi lagi for many reasons. Nak pergi ramai ramailah. Nak tunggu Maryam stop breastfeedinglah. Nak tunggu anak besar sikitlah. Macam macam lagilah. Tapi bila tahu Masjidil Haram ditutup dan kita tidak lagi boleh pergi walaupun kita mahu, Allah.. sedih sangat! Sebab selama ini kita rasa bila kita finally ready to go, the place will always be there, tak ke mana pun.

Like there was one time I know someone yang never ready to have kids, she was in fact did not even like children. Suddenly dia dapat tahu yang rahimnya bermasalah dan dia takkan boleh mengandung, she cries so bad that people asked, "I thought you don't want to have a baby?" She said that the feeling is so different bila dia tahu dia tak boleh ada anak, walaupun selama ini dia tak bersedia pun untuk ada anak. 

It is so different when we feel like we always have a safety net, that we always know apabila suatu hari nanti kita ubah fikiran, kita masih boleh dapat apa saja perkara yang pada awalnya kita tak rancangkan pun. Kita selalu ambil mudah pada perkara yang kita rasa kita sentiasa ada pilihan. 

Kita kerja sambil lewa, sebab kita rasa kerja macam mana pun hujung bulan tetap dapat gaji.
Kita bertangguh buat perkara yang penting, sebab kita rasa esok masih punya masa.
Kita lalai dan leka, kerana kita rasa kita sentiasa ada masa untuk bertaubat.
Kita jarang tanya khabar ibu bapa, sebab kita seolah olah rasa mereka hidup sampai bila bila.

Aku betul betul berdoa apabila semua wabak ini berakhir, kita semua telahpun menjadi manusia yang jauh lebih baik dari sebelumnya.




Thursday, March 19, 2020

Best Tak Kerja Dari Rumah?

Hari kedua perintah kawalan pergerakan sempena mengawal COVID-19, menyaksikan rata-rata rakyat Malaysia bekerja dari rumah. Scroll timeline Facebook dan Instagram, geli hati aku tengok gelagat kawan-kawan yang cuba untuk bekerja di rumah tapi sentiasa dikelilingi anak-anak. Senang tak kerja dari rumah? 😆

Rasa macam impossible boleh buat kerja. Rasa macam senang lagi kerja di office. Lebih fokus siapkan kerja, lunch hour boleh rehat, habis rehat boleh sambung kerja. Rasa penat boleh sandar kejap berbual bual dengan rakan sekerja topik orang dewasa. Nak ke toilet, pergi jelah takde yang nak mengikut haha! Betul tak?

2 tahun pertama aku bekerja dari rumah, my husband masih full time kerja di pejabat. So urusan dengan anak anak hampir 90% akulah yang buat. Kita bukan stay-at-home mom ya, kita work-at-home mom. Combination seorang ibu yang bekerja dan suri rumah, memang workload dia ya Allah, tak tahu nak cakap macam mana. Awalnya rasa susah betul, tapi aku selalu ingatkan diri sendiri yang susah mana pun kerja ini,  susah lagi kerja sebelumnya. Kena bersyukurlah jangan kufur nikmat.

Time-management is EVERYTHING. Kita ini ibu mereka kan, at one point kita dah boleh susun jadual dah, waktu ini mereka akan buat apa, bila waktu anak anak akan tidur siang,  bila yang anak anak mesti main bersama, kalau anak anak meragam itu boleh tahu dah apa sebabnya. We sort out the problem (lapar, tak puas tidur, nak perhatian etc), uruskan mereka dan apabila mereka sudahpun kenyang dan boleh bermain sendiri, kita boleh segera buat kerja sambil monitor anak. Bila mereka dah penat kita tidurkan, dan bolehlah 100% fokus buat kerja. Kerja bukan hanya kerja yang menjana pendapatan, tapi housechores juga. Tapi aku bab housechores aku taklah gunakan energy aku habis-habisan sangat, panggil maid harian saja. Kerja yang tak value-added seperti housechores janganlah dipeningkan kepala, kita sub je pada orang lain. Bukan kita malas, anggaplah yang kita berkongsi rezeki dengan maid itu 😌

Dengan team aku yang sangat besar ketika itu mashaaAllah, tak menang tangan dibuatnya. Tapi buat satu persatu selesaikan perkara kecil dulu. Bila stress, Whatsapp je husband luah perasaan haha. Kita mesti nak kena berbual dengan orang dewasa juga kan. Husband balik je kerja terus menggalas separuh bebanan urusan anak anak alhamdulillah.

Susah sangat kerja dari rumah, tapi bagi aku kesusahan itu berpadanan dengan apa yang kita terima. Susah-susah pun, ‘boss’ kita adalah orang yang kita sangat sayang hehe. ‘Boss’ kita very demanding and needy, tapi kita juga yang kawal ‘boss’ kita.


Sekarang ini boss besar kita yang di tengah itulah 😏

InshaaAllah, sehari dua lagi aku percaya you guys akan mula biasa dengan rutin anak anak. Keep them occupied,  sebelum nak mula buat kerja pejabat yang dibawa ke rumah itu make sure semua orang dah wangi dan kenyang. Itu yang paling penting bagi aku untuk ibu yang bekerja dari rumah. Kita dan anak anak mesti wangi means dari awal pagi lagi dah mandi dan sikat rambut. Mesti sikat rambut, otherwise rasa rimas je melihat. Dan KENYANG.

Anak anak yang bersih, kemas, wangi dan kenyang akan lebih cooperative, sebab mereka selesa. Kita sendiri wangi, bersih dan kenyang, lebih gembira untuk mulakan tugasan harian. Pakai perfume walaupun dalam rumah ya. Take care of these two things first, inshaaAllah slowly you guys boleh jadi work-at-home mom yang awesome!





Tuesday, February 25, 2020

HforHome: Built-in Wardrobe and Wainscoting for Masterbedroom

Asyik bertangguh nak post pasal ini, until 2-3 hari lepas ada kawan tanya pasal wardrobe dan wainscoting bilik, aku macam terlupa lupa berapa harga and details contractor. Tak boleh jadi ini, mesti kena post juga, senang nak refer in future kot beli rumah baru dan nak guna kontraktor yang sama 🙊

Cerita tentang built-in wardrobe dan wainscoting for masterbedroom ini, panjang ceritanya haha. Pada awalnya kami memilih kontraktor dari M*re Des*gn (MD), sebab tengok kat Instagram MD aduh cantiknyaa hasil kerja mereka terutamanya wainscoting. Memandangkan kami beli katil, TV console dan sofa dengan mereka, we invited them to come over to take measurement so that senang sekali jalan je nanti deliver semua sekaligus. So dalam beberapa minggu kemudian mereka pun datang datang ukur semua dan mereka janjikan akan bagi quotation beserta design and drawing in 3D format, dan akan aturkan delivery/siapkan kerja SEBELUM hantar katil. Yelah nanti serabut pula nak buat wardrobe semua bila dah ada barang. Gembira betul masa itu. Hari berganti hari, kami tak adalah follow up sangat sebab tak ada urgency ketika itu, lepas seminggu, baru kami tanya follow up. Okay dia kata esok bagi. Esoknya kami tak follow up sebab busy, 3 hari kemudian baru follow up, dia kata esok lagi. Okay okay sabar tunggu. Esok pun masih tak dapat lagi, bila follow up dia kata laptop dia hilang so kena buat semula 3D design tu, aku kata takpelah tak ada design pun, bagi harga je dulu. 

So harga yang diberi;

Wardrobe melamine board material = RM5,490
Wainscoting for feature wall only inclusive painting work = RM2500

Total = RM7,990

Rasa macam okay (sebenarnya sebab malas nak fikir lagi) so macam nak proceed, tapi susahnya nak dapat kerjasama, akhirnya we decided to cancel je and ask them to only deliver the bedframe, mattress, sofa and TV console. Itupun susah sangat dia nak bagi delivery date, bukan kami minta cepat pun tapi just nak tahu date saja so that we can prepare, kami dahlah dari Puchong nak ke Nilai. Nak tunggu dapat delivery date saja pun makan bulan. Long story short, MD ini barang memang cantik, tapi very poor customer service. Baca review pun ada orang tulis the same thing. Kalau you guys urgent nak pindah nak beli furniture, carilah kontraktor lain, because price-wise pun theirs are actually on the high side. Overpriced. Takpelah.

So, apa cerita wardrobe kami? Since dah cancel dengan MD, aku pun pandai pandai design wardrobe sendiri guna IKEA Pax Planner.


Final design using IKEA PAX Planner, pintu almari full mirror untuk ilusi bilik yang lebih besar.


Dalamnya begini.

Lepas siap design, kita akan dapat details setiap panel kayu dan divider sekali dengan railing and everything, total TIDAK TERMASUK penghantaran dan pemasangan = RM4,390.

Delivery charges to Nilai = RM160
Installation (10% dari harga barang yang dipasang) = Estimated RM400++

So total untuk wardrobe dalam RM4900++.

Since lagi murah dari MD punya harga aku ingat nak proceed je, lupakan jelah wainscoting, dah malas nak cari kontraktor wainscoting lain, taknaklah guna kontraktor wainscoting yang living hall punya, banyak problem tu!

Then I uploaded my design on Instagram Story, one of my friend responded yang IKEA wardrobe ni lama prosesnya, nak install queue panjang. Dan harga RM4900 itu taklah murah sangat. She gave me her contractor's contact number named Danny and talked highly about him, dan memandangkan kawan aku itu adalah orang yang aku percayakan citarasanya, I straightaway contacted him

Aku terus bagi design IKEA itu pada dia, dia terus bagi harga RM4500.

Aku tanya juga boleh buat ke scarves rail seperti ini, 


Aku nak scarves rack seperti ini tapi pull out from the wardrobe, means dah siap attached dengan almari. Danny kata dia tak buat, tapi dia boleh outsource dari orang lain, custom-made, additional RM300.

Okay deal.

Then we made appointment untuk Danny datang ukur, dah alang alang ukur wardrobe itu aku terus tunjukkan feature wall masterbedroom aku and tanya, you ada buat wainscoting?

Danny buat! Yeay, and he quoted RM1500 for wainscoting feature wall, inclusive painting work for the whole room. Kami hanya perlu sediakan cat saja.

Di bawah ini adalah wardrobe ilustration by Danny,


Dalam.


Luar. Mirror sliding door di bawah dan atas swing doors cabinet, untuk letak luggage, TOTO dan sebagainya. I think the price is reasonable considering that the wardrobe is full wall.

Bult-in wardrobe full wall = RM4500
Wainscoting for feature wall only inclusive painting = RM1500

Total = RM6000.

Dalam masa seminggu, orang Danny sudah sampai dan mereka mulakan kerja wainscoting terlebih dahulu.


Baru buat bahagian bawah.


Kontraktor ini buat measurement semua cara old-school guna measuring tape dan kayu pembaris saja. Takde pun guna laser ke apa, tapi lajuuuu kerja dia. Otai ni.


Berbeza dengan living hall, for masterbedroom aku request double layer wainscoting for upper half only, nak buat atas bawah pun boleh, sama je harga tapi I nak atas sahaja sebab bawah itu nak letak katil pun.


Siap pun pemasangan kayu sahaja. Nampak compang camping sebab belum cat lagi.


Kerja cat bermula. I choose Nippon Paint Light Pewter code 4231P. Warna dia grey kebiruan macam itu.


Sementara itu, wardrobe pun hampir siap. Tak sempat nak ambil gambar progress haha sebab kami datang datang je dah nak siap dah. Kami ulang alik Puchong - Nilai ketika ini.


Reflection from wardrobe's mirror.


Wainscoting for masterbedroom's feature wall is done! Excuse the crappy lighting, masa ini lampu kat masterbedroom ini hanya satu lampu ceiling dan dua lampu dinding ini sahaja yang menyala. Lain semua rosak! Dah lama tinggal rumah kan. 


Selepas beberapa hari, my scarves rack pun sampai. Ya Allah thrill-nya perasaan ketika ini.


Ini rupanya selepas susunkan scarves di setiap railing. Aku letak plain scarves at one side, and all printed scarves on the other side. Aaaaa bestnyaaa dream come true! 

Overall, Danny did a very good job making my request into reality. But I must highlight that his job bukan terus perfect tau, masa inspection ada beberapa perkara yang aku tegur and requested to rectify, and the good thing is dia akan terus fix the problem immediately tanpa bertangguh.

He is very flexible too, macam my friend cakap dia pasang wardrobe for her di dinding yang ada soket, he removes the socket without extra charge pun. Harga yang diberi juga for me, adalah very reasonable.

"As long as you recommend I to your friends," katanya.

Need to be in touch with Danny? Follow my Instagram HusnaHadzarami hahahaha and DM me, I will definitely share his contact number 😝


And here's the look of our wainscoting selepas katil sampai. Our first night sleeping at #HforHome. 

I'm going to update more on HforHome from time to time for my future reference, please bear with me ya. Thanks for reading!


Monday, January 13, 2020

HforHome: Penentuan Qiblat Rumah oleh Persatuan Ahli Falak

Sebenarnya sebelum kami mengambil keputusan untuk terus menetap di sini, aku sudah pun contact Persatuan Ahli Falak ini untuk pengukuran dan penandaan arah qiblat. Selama kami datang ke sini, solat kami berpandukan qiblat yang ditentukan melalui apps sahaja. Bukanlah tidak yakin, tapi nak bagi betul betul pasti hehe. Pada mulanya hanya cuba nasib sahaja, sebab setahu aku Persatuan Ahli Falak ini cover untuk Kuala Lumpur dan Selangor sahaja, tapi just tanya sajalah in case mereka boleh buat untuk Nilai sekali. Selepas whatsapp the number which I got from my boss, individu tersebut minta untuk isi online form, dan tidak lama kemudian ada seorang petugas yang contact kita to set appointment.

We have actually made appointment last month already, malangnya pada hari yang sepatutnya datang itu petugas mengalami kemalangan jalanraya so we have to reschedule, selepas itu sebab terlalu sibuk pindah randah aku pun tak adalah follow up lagi dengan petugas itu, bimbang mengganggu pula sebab kasihan tengok keadaan keretanya ketika itu.

Alhamdulillah pada minggu lepas, mereka hubungi semula aku untuk re-appointment dan semalam mereka pun sampai untuk buat penanda arah qiblat.


Serabut betul keadaan rumah aku semalam, tapi hari ini dah siap kemas dah finallyyy.


Ini peralatan yang mereka gunakan. Alhamdulillah, qiblat yang mereka tetapkan itu SAMA dengan arah qiblat kami solat selama ini. Risau juga selama ini bersolat salah qiblat 😩


We did asked the petugas here sama ada arah qiblat menggunakan apps boleh dipercayai ke? Mereka explain, BOLEH, jika ketika kita cari qiblat itu kita pegang handphone at least 3 kaki dari lantai. Means jangan letakkan phone di atas lantai. Sebabnya, besi dalam foundation rumah boleh mengganggu magnetic handphone kita katanya so bacaan qiblat itu boleh jadi tidak tepat.


Kami decide untuk pasang satu tanda arah di ruang tamu, sebab usually Baba kalau datang rumah akan bersolat beramai ramai di ruang tamu.


Another one of course, in our guest room. Ini paling penting. Memudahkan tetamu kami nanti.


Dan satu lagi di masterbedroom. Untuk cari qiblat itu di tingkat atas, mereka perlu buat step by step melalui tangga.

Alhamdulillah, selesai penanda qiblat untuk rumah kami.

Upah yang dikenakan untuk pengukuran dan penandaan qiblat adalah RM50 termasuk transportation, untuk RM50 itu kita akan dapat 1penandaan arah qiblat. Kalau kita nak mereka tambah sticker qiblat itu lebih dari satu, mereka caj RM10 each which I think is reasonable. So kami request tiga tempat untuk buat arah qiblat dan letak stickers, total bayaran adalah RM70 sahaja.

Baguslah ada servis begini, highly recommended. Masa aku upload di Instagram Stories semalam ramai yang tanya macam mana nak contact Persatuan Ahli Falak ini, so here you are;

Ustaz Abdul Latip: 016-606 1653
Haji Sukiman: 019-219 4777
Sauban Uzair: 013-307 6003



Saturday, January 11, 2020

Kaya Raya Bersama WonderLab dan Cuckoo

Happy New Year! Masuk dah tahun 2020 yang sentiasa meniti di bibir kita semua semenjak zaman sekolah rendah 15 tahun dahulu. Wow nak cakap umur sekarang baru 20an kah? 😝 #takhabishabis. Perasan muda tak apa, jika ianya memberi kita energy orang muda. Bukan macam engkau orang, usia masih 20an dah lemah gemalai jalan tembel mengalahkan warga 60an boleh cepat sikit tak?! #tibermarah.

Okay tahun ini, adalah tahun yang aku perlu sekali lagi cabar diri sendiri untuk buat perkara yang TOTALLY DIFFERENT. Sebab pekerjaan aku kini mengembangkan sayap ke bidang penjagaan kulit pula OMG apeni orang kulit kusam macam aku ini macam mana nak jual? Ewah macamlah sebelum jual penapis air dulu aku dah memang semula jadi jadi pakar penapis air 💁


Itulah aku nak cakap dengan you guys. Yang sebenarnya kalau nak berjaya dalam business ini, kita tak perlu pun nak gelabah nak insecure yang kita tak tahu pun bidang itu, risau yang kita tak pakar pun bidang ini kemudian irihati dengan orang lain "Dia bolehlah dia memang pandai menjual". You think semua orang memang dilahirkan semulajadi pandai menjual? TIDAK! Semua orang, hakikatnya, start from zero. Kebanyakan orang yang sangat hebat dalam bidang sales sebenarnya bukan sebab dia suka sangat jadi salesperson, tapi sebab dia suka duit! Mindset you kena ubah. Bila you dah ada satu reason yang besar untuk keluar dari kepompong kemiskinan yang mana setiap bulan duit gaji masuk habis semua bayar hutang dan komitmen sepertimana kami semua pun dahulu, you hanya perlu stick to that reason, that BIG WHY untuk buat apa sahaja yang termampu, tanpa mempedulikan kekurangan yang ada pada diri sendiri. To keep moving, to always work hard, with eyes on the prize 💰💰💰

Tak pandai? Boleh belajar.
Malu? Boleh dipupuk untuk buang rasa malu.
Malas? TAK ADA SIAPA BOLEH TOLONG.

Selagi you tak ada sifat ketiga itu, YOU BOLEH BERJAYA.

So tahun 2020, syarikat yang aku bekerja sekarang bernama CKI, kini mengembangkan sayap dari hanya menjual healthy home appliances berjenama Cuckoo, now telah pun membuka bidang baru iaitu healthy lifestyles yang sekarang dimulakan dengan skincare range dari Korea under jenama WonderLab. 

Cuckoo
WonderLab
Cuckoo
WonderLab

Mana satu nak jual ini? Mana lagi best? Mana lagi kaya? 

Mestilah DUA-DUA wahahahaha!



Aku sebenarnya hyper sangat sekarang tak tahu nak cakap macam mana, betapa terujanya aku dengan WonderLab ini. Sebab apa tau, ini adalah peluang aku untuk jadi antara yang pertama berkecimpung dalam WonderLab. Tiga tahun lepas masa aku join Cuckoo, ketika itu Cuckoo sudah dua tahun berada di Malaysia. Mula mula taklah rasa apa, tapi bila tengok orang yang join Cuckoo lebih awal sudah sangat kaya gaji RM50-RM100ribu sebulan, rasa macam kenapaaaa la aku tak join dari awal. That is why bila keluarnya WonderLab ini, dalam hati aku terus, "THIS IS IT. THIS IS MY CHANCE". Inilah peluang aku untuk tebus kelewatan aku join Cuckoo dulu. Sebab WonderLab in Malaysia is very new, just like Cuckoo suatu ketika dahulu. KITA BOLEH JADI PIONEER! 

Di WonderLab, aku orang baru. Bos aku pun orang baru. Bos kepada bos aku pun orang baru. Kita semua setaraf di WonderLab ini, semuanya baru nak bermula. Baru nak merangkak cipta nama dalam bidang skincare pula. Aku tengok my boss who is a man, pun bersungguh belajar steps skincare. Sebab beliau pun mahu rebut peluang ini dan tidak mahu kalah dengan orang lain. Aku pun pastilah tidak mahu kalah! 

Sepertimana CKI bawa jenama Cuckoo dari Korea yang sangat berkualiti tinggi, aku percaya WonderLab yang dibawa oleh CKI ini juga bukan product yang calang calang. I believe in CKI! Thus I want to do personal sales of RM10,000 a month. I want to groom my team to create a group sales of RM100,000 a month! I want YOU in my team. We are one of the best CUCKOO Sales Team in Malaysia, I believe we can be one of the best WONDERLAB Sales Team in Malaysia too!

Siapa yang berminat untuk join our skincare sales team,
Yang betul betul nak gaji 5 angka sebulan, 
Yang semangat tinggi, tidak goyah dengan cabaran,
Yang rajin, rajin dan RAJIN!

Boleh klik link di bawah untuk segera Whatsapp aku okay. Daftarkan pasangan anda sekali. Suami jual Cuckoo, isteri jual WonderLab. Kaya raya satu keluarga inshaaAllah 💞